2 komponen POWER dalam buah delima.


•Punicalagins
Antara anti oksida yang power.
Kajian menunjukkan punicalagins boleh mengurangkan radang di dalam badan.
• Punicic Acid
Sejenis minyak yang terdapat dalam buah Delima. Tetapi ia didapati dalam biji buah delima. So makan buah delima, gigit biji dan telan 😀
Dua komponen ini berkhasiat untuk tubuh badan kita.

Buah delima.

Baru tahu buah delima ni kategori berry.
Ingatkan berry buah yang boleh terus ngap.
Ye la kan, delima ni kan kulitnya keras.
Masuk juga kategori berry.
Banyak khasiat.
Serat, protein, VitaminC, VitaminK, Folate, Pottasium.

Buah delima atau Pomegranate.




Buah ini asal dari Iran, Afghanistan, Pakistan dan Utara India.
Kisah buah Delima ini telah ada dari zaman Rasullah SAW.
Ada kisahnya, seterusnya Mamajura kongsikan ye.

Cinch tea, teh tenaga.

REDBULL KE CINCH TEA
=====================
Perkongsian dari seorang teman yang sebelum ini kerap memandu malam. Namun untuk bertahan beliau memilih Redbull sepanjang perjalanan.

Dek kerana sayang kan suami. Cukup sekadar senyuman manis yang suami berikan setiap hari, tidak mahu kencing manis turut sama bertandang.
Maka Si isteri tukarkan Redbull kepada Cinch Tea, alhamdulillah fedback dari suami sangat memukau jiwa si isteri.
"Ayang, best betul rasa teh yang ayang bagi ni. Abang tak rasa ngantuk langsung. Paling best badan pun rasa segar je. Tak ada lesu ke letih. Ni buat abang lagi sayang ni"
Best ke best?
Antara sebab saya suka sangat Cinch Tea ini selain dari rasanya yang ummph ia juga,
🍷Bertindak sebagai sumber penggalak TENAGA semulajadi
🍷Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
🍷Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda ataupun manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
🍷TANPA GLUTEN, tanpa perisa, pewarna dan bahan PEMANIS TIRUAN
Jom tukar REDBULL kepada Cinch Tea semasa memandu. Terutama pemanduan di musim cuti ini.

Tips bisnes

Pagi ni Mamajura nak share pasal apa yang dibaca malam tadi.
Interesting yet scary. To me.. hahaha.
Ritma di Facebook. Ilmu ini sangat berguna bagi mereka berniaga dan yang memerlukan followers juga pelanggan.
Show the real YOU.
Contoh: Selfie, tunjuk apa yang dilakukan, apa yang dibeli, tunjuk kehidupan yang indah ataupon tidak. Dan terbaru, live atau video.
Motif: Supaya orang tahu kita tak fake atau berpura-pura. Contoh tengok Kim K dan adik beradik mereka. Kehidupan indah dan tidak, semua benda dia tayang. Dan tengok followers mereka berapa juta.
Tapi semua tu berbalik kepada niat kita kan. Bahasa Arab kata Nawaitu 😜
But somehow saya agree benda ini. As long as berpada-pada, tidak over dan menutup aurat. Balik kepada niat kita. Niat kena baik, baru Allah dengar. Dan orang yang baca pon hati kena positif.
Kita lebih senang berkawan dengan orang yang tak berpura-pura. Tapi jangan la korang selfie dengan kamera peloles gila. Apa namanya, 360. Tu fake bebeno..
Dan, bila kita berkawan walaupon di alam maya dengan kawan-kawan ini, perasaan macam dah kawan lama tu ada kot. Kalau jumpa tepi jalan pon ada benda bak diborakkan kannn?
Macam Mamajura sendiri tak rajin selfie (read: tak reti dan malu) tapi suka bercerita tentang kehidupan juga. Dan i have my own silent reader. Amazing gilaaa. Hahaha.
Ingat cerita biasa dan merapu tak ada orang baca. Mostly bila terjumpa mereka tanya pasal what i post about Shaklee and of course Adam.
Cerita lama dia nak beli hotel dan Vellfire pon kawan-kawan boleh recall balik.
Dan ada yang ingat Mamajura nak keluarkan produk sendiri, YOUTH namanya. Im amazed 😘
So u ols, yang berbisnes, adakalanya kita tepu kan? Tepu dalam marketing. Apa la kita nak buat lagi.
Dah ada idea kan?
Kalau dalam team Mamajura, kami istilahkan sebagai KOMPANG.
KOMPANG walaupon jual 1 benda.
KOMPANG walaupon dapat 1 testimoni customer.
KOMPANG walaupon pergi COD di depan rumah.
Dapat sesuatu tak?

Kumon


KUMON.
Bilamana Adam berada di KUMON, Mamajura akan lepak di parents lounge saja. Kalau kelas dia 2 jam, 2 jam la Mamajura bertapa disitu. Kalau sejam, sejam la. Waktu fleksibel.
Macam-macam aktiviti sendiri boleh dilakukan. Antara yang biasa Mamajura buat, baca Al-quran, update Facebook ke IG, dan borak dengan parents lain. Dan paling best, tidur. Hahaha. Sila jangan kecam saya.

Mamajura tak lepak kat kedai-kedai berdekatan sebab semuanya jual bak kut teh. Haremmmmm. Hahahah.
Ada juga kedai nasi ayam Chee Meng dan Mcd, tapi malas nak jalan. Sebab boring pula makan sorang-sorang kan.
Btw, bukan itu motif posting ini. Saja nak cerita, ada la Mamajura borak ngan parents lain kan, mereka ada dari centre Kumon yang lain. Pindah ke centre yang Adam belajar ini.
Antara sebab yang mereka kata, cikgu centre lama garang gila. Tengking dan marah budak. Adoiii. I cannot brain la. Marah teruk sampai anak itu sendiri tak nak datang. Fobia gamaknya.
Dan beri homework setebal buku. Pengsan la. Sebab Kumon ni jenis everyday homework. Kalau homework setebal buku, macam mana nak belajar dan buat homework sekolah lagi. Sampai parents tu cerita anak dia kena tidur pukul 12tgh malam baru siap semua kerja.
Dan ada centre yang racist. Pilih bangsa pula. Bangsa I dan M tak layan dengan baik. C saja. That shows you are not a good example.
Tips nak pilih Kumon kan,
#1, Survey dulu tempat. Tengok keadaan sekeliling. Tengok suasana dan keadaan kelas.
#2 Tengok cara principal tu layan kita bila nak survey. Dia welcome kita atau nak tak nak layan.
#3 Tengok dan perhati cara dia didik anak-anak yang lain. Tengking atau cakap elok-elok.
#4 Tengok cara tolak ansur principal dengan anak kita. Mamajura sendiri minta homework satu hari 2 helai sahaja. Sebab Mamajura tahu tahap kemampuan otak Adam. Dulu teacher pernah bagi 4 helai, kesian tengok Adam dah stress. Then bila minta 2 helai saja, teacher setuju. Adam pon happy.
Lagi satu Mamajura nak share betapa bertuah dan bersyukurnya sebab Allah mudahkan urusan Adam di sini.
Adam dah 2 tahun dapat ASHR (Advanced Student Honoured Roll) 1 year advanced untuk Matematik. Darjah 1 (tahun lepas) tapi dah buat bahagi. Mama yang stress nak ngajo. Hahaha..
Adam happy dan tak merungut nak datang Kumon.
Last week, ada karangan English di sekolah kebangsaan. Soalan nya “Who is your favourite teacher?”
Jawapan dia “Teacher Molly”
LOL, Mamajura gelak. Sebab Teacher Molly ni cikgu Kumon dia. Masuk juga korum. Mesti cikgu English di sekolah kebangsaan dia heran, “aku tak de pon kawan sekolah ni nama Molly”
Alhandulillah, Adam happy.
Semoga Adam istiqamah dan rajin belajar.



Anggur lagi.

‘Grape skin’ atau kulit anggur mengandungi serat dan resveratrol yang merupakan salah satu sumber antioksidan, iaitu flavonoid.
Flavonoids terdiri dari quercetin, prosianidin, katekin, dan antosianin. Beberapa kajian menunjukkan bahawa resveratrol sangat bermanfaat bagi kesihatan kerana kajian mengatakan mampu mencegah risiko kanser dan membuat awet muda.
Untuk mencegah proses oksidasi atau kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas, maka tubuh memerlukan antioksidan.
Kulit anggur mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi bila dibandingkan dengan antioksidan pada vitamin C.
Oleh itu, bila u ols makan buah anggur, sebaiknya janganlah buang kulitnya. Sebab Mamajura ada tengok orang style nya buang kulit anggur. Aduhhhh, leceh sungguh.
Nak nak pula kulit anggur (yang kebanyakkan jual di Malaysia) ini memiliki kulit yang lebih tipis bila dibandingkan dengan anggur import, namun kulit anggur ini juga mempunyai kandungan oksidan yang sangat tinggi.
Namun sebelum makan tu, sebaiknya anda cuci terlebih dahulu buah anggur dengan air bersih. Rendam dengan pencuci sayur atau Mamajura basuh dengan BasicH. Hal ini untuk membersihkan sisa-sisa pestisid yang masih menempel pada kulit buah anggur.
Buah anggur syok umtuk dimakan setiap hari. Haihhh... nak nak pula layan depan TV kan?