Tips memilih buah anggur 🍇


•Pilih yang tidak lembik.
• Plih yang tidak berkedut.
• Seeloknya yang dijual di dalam peti sejuk atau tempat sejuk.
• Makan buah yang segar. Sebab sekarang banyak yang sudah dikomersialkan dan dijadikan jem, jus. Semestinya ia semua sudah dicampur adunkan dengan gula.
Kriuk kriuk rangup makan anggur kan?

Kenangan kejayaan dahulu.

Bila rasa down dalam bisnes, ingat dua perkara.
1- Kenapa kita mulakan.
2- Kenang bagaimana kita capai tahap kegemilangan.

TAZKIRAH : SALING MELENGKAPI MERAIH RAHMAT ALLAH




Jagalah kata-kata, walaupun lagi kita kadang kala dalam dihimpit perasaan kepenatan bekerja, kekesal,kesedihan tertentu, atau apa jua keadaan jagalah perasaan si ibu, isteri atau anak perempuan. Memperlakukan sesuatu kepada golongan wanita ini berbeza kesannya berbanding lelaki.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ ، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَىْءٍ فِى الضِّلَعِ أَعْلاَهُ ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ
Berbuat baiklah pada para wanita. Kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Yang namanya tulang rusuk, bahagian atasnya itu bengkok. Jika engkau mencuba untuk meluruskannya (dengan kasar), engkau akan mematahkannya. Jika engkau membiarkannya,ia akan terus sahaja membengkok. Berbuat baiklah pada para wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Lihatlah ungkapan yang bagus dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam,
اِرْفَقْ بِالْقَوارِيْرِ
Lembutlah kepada gelas-gelas kaca (maksudnya para wanita).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Seorang ketua keluarga di rumah adalah sebagai pemimpin. Dia sebagai pemimpin, imam, qudwah (teladan) untuk keluarganya. Ia juga sebagai pemimpin yang dapat mengarahkan keluarganya pada sirathal mustaqim, pada jalan menuju syurga. Ia berusaha agar isteri dan anak-anaknya selamat dari siksa neraka.
Allah Ta’ala berfirman,
                               يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا     
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka” (Surah At- Tahrim: 6)
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di pernah menasihati para suami dalam mendidik wanita, “Arahkan mereka memiliki adab yang baik dan ajari mereka pada ilmu agama. Ajak mereka untuk mentaati perintah Allah. Seseorang akan selamat, jika dia menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan pula orang-orang yang berada di bawah kekuasaannya. Bermakna dia selamatkan pula isteri dan anak-anaknya yang berada di bawah tanggung jawab ketua keluarga.” (Tafsir As-Sa’di)
Kadang yang kita fikirkan menjadi ketua keluarga adalah hanya mengurus pengisian perut, tanpa mengambil peduli pengurusan akal isteri dan anak-anak. Padahal yang dituntut kita bukan hanya memberi nafkah lahiriyah, namun juga pemberian ilmu agama itu teramat penting. 
Lihatlah bagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengajar antara ciri menjadi suami idaman, dia mengajak isterinya untuk solat malam. Dalam hadis disebutkan,
رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ، وَرَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ
Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia membangunkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia membangunkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya.” (Hadis Hasan Riwayat Abu Daud).

Indahnya hidup bila mendapat rahmat dari Allah. Moga jadi renungan untuk kita bersama.








10 Khasiat anggur 🍇



#1 Kanser.
Anggur kaya dengan antioksida yang dinamakan POLYPHENOL.
Dan RESVERATROL yang didapati pada kulit anggur. 

Kajian mengatakan, RESVERATROL mampu melambatkan sel sel merbahaya ini.

#2 Kesihatan Jantung.
Kajian mengatakan, Quercetin dan Resveratrol boleh mengurangkan risiko atherosclerosis dan melindungi dari kerosakan salur darah akibat kolesterol jahat LDL.

Resveratrol dalam anggur mampu mengurangkan kolesterol LDL dalam darah.

The American Heart Association AHA mencadangkan pengambilan potassium supaya ia melancarkan tekanan darah dan juga kesihatan jantung.
Anggur kaya dengan potassium tau.

#3 Tekanan darah
Potassium melancarkan tekanan darah dan juga perjalanan darah.
Potassium mampu mengurangkan kandungan sodium (garan) berlebihan dalam darah.

Makan garan banyak, darah tinggi boleh naik.

#4 Sembelit.
Sebab apa? Sebab Anggur kaya dengan serat.
Ia melancarkan perjalanan “isi kandungan usus” heheeh.
Ia dipanggil peristalsis.

#5 Allergi
Dalam anggur ada Quercetin, ada kajian yang mengatakan, anggur boleh mengurangkan rengsa allergi. Tetapi kajian ini tidak begitu kukuh.

#6 Kencing Manis (Diabetes)
Kajian pada 2013 mengatakan anggur boleh mengurangkan risiko kencing manis. Buah tau, bukan jus.
Dalam masa kajian selama 22tahun, seramai 187,382 orang peserta mengambil bahagin. Dan, hanya 6.5% sahaja mengalami Diabetes.

#7 Masalah penglihatan.
Masalah penglihatan akan menjadi lebih teruk jika seseorang mengalami masalah kencing manis.
Resveratrol boleh melindungi dari masalah kencing manis seterusnya masalah penglihatan akibat kencing manis.

Anggur juga mengandungi zeaxanthin, yang melindungi mata dengan baik.
Membantu mencegah katarak dan kerosakan pada retina.
Juga Glaucoma.

#8 Jerawat.
Dalam kajian journal yang disiarkan dalam Dermatology and Theraphy, mengatakan Resveratrol boleh membantu merawat jerawat.

Beserta dengan gabungan Benzoyl peroxide.

#10 Masalah kesihatan lain
• Alzheimer
• Osteoarthritis
• Meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Tips bisnes dengan kental

Nak buat bisnes kena kental. Kental + degil. Tapi degil yang mendatangkan hasil. Bukan defil yang mengundang masalah tau.
Jalan lurus je, kalau dengar apa orang cakap memang tak kemana. Silap hari bulan, u ols masuk gear reverse.
Pada masa itu, orang sekeliling seakan buat party dan doa selamat tau. Meraikan “kejayaan” u ols mengundurkan diri.
Tapi bagi Mamajura la, musuh utama bisnes kita sendiri adalah DIRI SENDIRI.
Diri sendiri la. Jangan nak salahkan orang lain. Satu tunjuk kat orang, 4 patah balik tau.
Orang mengata kita, down malu. Terus masuk kepompong.
Orang mengata barang kita, terus percaya. Padahal produk sendiri international standard. Makmal juta-juta kot. Itu pon tak bangga lagi.
Family mengeluh sikit, merajuk. Sentap terus stop konon nak menjaga hati. Tapi hati sendiri? Seakan memberontak kan?
Duktur mengata baranga dagangan kita, terus terjun gaung. Padahal, duktur tu yang tettt..
Its all about YOU.
Kalau rasa down, nak cuti dari bisnes. Boleh!
Tapi paling lama 6 jam. 1 per 4 dari sehari.
Kalau lebih dari tu, memang susah nak capai momentum itu semula. Payah nak cari semangat.
Mamajura cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Ups and downs, to the left, to the right, ku dah rasa. Kalau nak cerita, boleh buat telemovie tau.
Ingat lagi detik-detik pertama memulakan bisnes Shaklee since 2013.
Somehow i wonder mana Izura yang dulu?

TAZKIRAH : SOLAT & SABAR



Sudah menjadi kebiasaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam jika ada kesulitan, kesusahan, kesempitan hidup beliau segera melaksanakan solat.
Allah Ta’ala berfirman,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (Surah Al-Baqarah: 45)
Faedah dari ayat di atas:
1- Bagi yang ingin meraih kebahagiaan dunia dan akhirat, maka minta tolonglah pada Allah dengan bersabar dan solat. Maqatil bin Hayan rahimahullah berkata tentang tafsiran ayat ini, “Mintalah tolong dalam mencari akhirat dengan sabar dalam melakukan kewajiban dan solat.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim)
2- Ada ulama yang menafsirkan sabar dalam ayat di atas dengan puasa, sebagaimana dikatakan Mujahid. Kerana bulan Ramadhan disebut dengan bulan sabar. Sebagaimana disebutkan oleh Al-Qurthubi dan ulama lainnya. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir.
4- Ada yang menyebutkan pula bahawa yang dimaksud sabar dalam ayat adalah menahan diri dari maksiat. Ada perkataan dari Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahbahwa sabar itu ada dua macam. Pertama, sabar dalam menghadapi musibah. Sabar yang lebih baik dari itu adalah sabar dalam meninggalkan yang Allah haramkan. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim.
5- Sabar akan memudahkan segala macam urusan. Begitu pula shalat yang merupakan timbangan iman dan dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar akan memudahkan berbagai urusan. Demikian kata Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya.

Moga jadi pelajaran berharga.




Fakta mengenai anggur

🍇 Kandungan khasiat dalam anggur boleh melindungi dari kanser, masalah mata, kesihatan jantung dan masalah kesihatan lain.
🍇 Resvaratrol adalah kunci kepada khasiat anggur.
🍇 Anggur mengandungi kandungan khasiat serat, potassium dan pelbagai vitamin didalamnya.
🍇 Anggur boleh dimakan oleh pesakit diabetic, tetapi.... jeng jeng jeng, ada hadnya.