TAZKIRAH : NASIHAT ITU TANDA CINTA



Nasihat adalah cinta. Saling menasihati itu tanda cinta. Kerana nasihat bermaksud menginginkan kebaikan pada orang lain. Kita ingin saudara kita itu jadi baik ketika dinasihati, bukan ingin mereka direndahkan atau disalahkan. Inilah dasar nasihat.
Imam Nawawi rahimahullah membawakan suatu Bab dalam kitab Riyadhus Sholihin, “Bab: Memberi Nasihat. Beliau rahimahullah membawakan beberapa dalil berikut dalam bab tersebut.
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” (Surah Al Hujurat: 10).
Dan aku memberi nasihat kepadamu.” (Surah Al A’raf: 62).
Aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (Surah Al A’raf: 68).
Dan beberapa hadis yang dibawakan:
وأما الأحاديث : فالأول : عن أَبي رُقَيَّةَ تَمِيم بن أوس الداريِّ – رضي الله عنه – : أنَّ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – ، قَالَ : (( الدِّينُ النَّصِيحةُ )) قلنا : لِمَنْ ؟ قَالَ : (( لِلهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأئِمَّةِ المُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ رواه مسلم .
الثاني : عن جرير بن عبد الله – رضي الله عنه – ، قَالَ : بَايَعْتُ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – عَلَى إقَامِ الصَّلاةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، والنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ . مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .
الثالث : عن أنس – رضي الله عنه – ، عن النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – ، قَالَ : ( لا يُؤمِنُ أحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحبُّ لِنَفْسِهِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .
1- Dari Abu Ruqoyyah Tamim bin Aus Ad Daari radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Beliau menjawab, “Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin serta bagi umat Islam umumnya.” (Riwayat Muslim).
2- Dari Jarir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Aku pernah berbaiat (berjanji setia) pada Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam supaya menegakkan solat, menunaikan zakat dan memberi nasihat kepada setiap muslim.” (Muttafaqun ‘alaih).
3- Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian sampai dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”  (Muttafaqun ‘alaih).
Lihat saja di awal bahasan bab, Imam Nawawi menyampaikan ayat bahawa setiap muslim itu bersaudara. Dan di akhir bab, beliau sampaikan hadis yang menunjukkan bahawa di antara bentuk cinta adalah menginginkan kebaikan pada orang lain sebagaimana kita ingin orang lain seperti kita.
Al Fudhail bin ‘Iyadh mengatakan,
المؤمن يَسْتُرُ ويَنْصَحُ ، والفاجرُ يهتك ويُعيِّرُ
Seorang mukmin itu biasa menutupi aib saudaranya dan menasihatinya. Sedangkan orang fajir (pelaku dosa) biasa membuka aib dan memburuk-burukkan saudaranya.” (Kitab Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam).

Semoga Allah memberikan kita sifat saling mencintai dengan saling menasihati dalam kebaikan dan takwa.

No Sugar Challenge

Weeekday kengkonon NO SUGAR CHALLENGE.
Tapi tengok air soya kat pasar malam, gerammmm nya.
“Pakcik, air soya tak nak gula 1. Gelas besar ye pakcik”
“Tak nak gula?”
“Ye tak nak gula”
Sekali minum, mak aih. Rasa nak patah balik kedai minta gula sikit.
Malu punya pasal, minum je la.
Nikmat rupanya gula ni.
Hahahahahahahaha..

Mulai 2018

Mulai 2018, rutin makan vitamin buat Adam dah berubah pada waktu pagi.
Waktu pagi sebelum masuk sekolah agama.
Sebelum ni Mamajura bagi sebelum tidur.
So dah tukar. VitaminC dan Omega juga Vitalea.
Dan bila dah mula bagi pagi ni, soalan dan statement pagi-pagi pon pelik. Ligat otak berfikir gamaknya.
“Mama, nanti Adam besar, Professor Comot dah tua. Adam pula boleh jadi Professor Comot kan?”
Suka sangat layan Sains Comot. Geram je mama nak rebonding rambut Prof tu.

Pos by GDEX.

Barang dari Shaklee sampai.
Pos by GDEX.
Apa yang bagusnya pos direct dari gudang Shaklee?
#1 U ols boleh nampak ada belon besar tu. Fungsi sebagai belon yang menyelamatkan barang dari pecah atau rosak. Bubble giant wrap. Memang giant. Kalau nak buat party, pon boleh guna belon ini untuk buat bunyi belon meletop. Hahaha (i did before)
#2 Kalau ada masalah keroskan barang. Pecah, bocor, rosak. U ols boleh claim terus dari Shaklee. Kalau guna poslaju, ngak bulih ya. Tanggung sendiri 😀
#3 Sampai direct to your doorstep. Bukan letak kat dropbox macam poslaju sekarang. Macam menyusahkan jeeeee poslaju sekarang.

dari kerana mata ;)


Kemas beg sekolah anak

Fail clip macam ni je..
Plastik.



Tahun ni Mamajura buat macam ni.

Satu subjek satu fail.
Lebih kemas dan lebih sistematik.

Adam Harith punya idea tau.
Mama ikutkan je sebab dia yang kemas beg sendiri.

Fail beli kat kedai rm2. 3 fail rm2 saja. So boleh stock up extra sikit je.

So far, tahun lepas pon buat macam ni untuk subjek BM, Matematik dan BI. Fail bertahan sampai habis persekolahan.

Better fail plastik dari fail kertas. Fail kertas 3 hari dah koyak.

Biji Emas YOUTH

Super Radiance VitC dan VitE.
Plus Rasberry.

60 ampules.
Clinically Proven.

Look Younger Longer.