Tips anak makan sayur.

Bila ada waktu lapang time rehat tengahari, Mamajura akan borak-borak dengan Dr Ida. Phd student dari Universitas GajahMada tu.
Jurusan Toxicology Forensic.
Hebat kan!
Orangnya sangat loud dan happy.
Kami berborak mostly pasal anak, rutin harian dan makanan. Juga tempat-tempat menarik di Yogjakarta dan Malaysia.
Dr Ida sejenis yang suka sayur. Sangat. Jus tomat pon dia minum. Terkebil2 ku melihatnya.
Katanya enak bangat!
Me “Dr Ida, macam mana ajar anak-anak makan sayur?”
Kalau u ols nak tahu, setiap hari anak-anak nya mesti makan sayur hijau. Breakfast dan dinner.
Sup bayam keutamaan anak-anak.
Katanya lagi “Di tadika tawakal saja kerana kita sudah bayar”
“Saya kata pada anak-anak, sayur ini makanan syurga. Semua ahli syurga suka sayur. Enak bangat”
Dia psycho anak-anaknya. Budak kecil kalau dengar syurga, suka kan?
Gitu la ayat dia.
“Sayur makanan syurga. Enak bangat”
(Baca dengan loghat indonesia dan siap kelip-kelip mata”)
Jom try pada anak-anak kita.
Mana tahu tips ini menjadi ðŸ˜˜

Parut part 2


Parut merupakan perubahan pada kulit yang tidak disenangi oleh tuan badan. Nak nak bila dipandang hodoh. Dan tambah pula parut dikawasan badan yang kelihatan seperti muka, tangan, kaki.
Parut bukan saja buat nilai diri itu dipandang negatif, tapi ia juga adakalanya mengganggu fungsi pergerakan sendi.
But not to worry, parut ini sebenarnya proses pemulihan kulit dan tisu selepas mengalami kecederaan akibat trauma, jangkitan, kemalangan atau pembedahan.
Tisu yang yang normal diganti dengan tisu fibrosis.
Parut akan pudar dan hilang, ambil masa dan jangka masa tertentu.
Yang tak hilang, parut di hati. Tak siapa yang tahu.. ecehhhhh!

Qada' Solat Tahajjud

Seronok rasa Subuh lewat sikit sekarang.
Bangun tidur boleh sidai baju dulu (malam sebelum tak larat nak sidai ðŸ˜œ)
Boleh gosok baju dan tudung (which i rarely do. Hahaha)
Boleh siap-siap makanan pagi.
Tak la terkejar-kejar masa kan.
Dan boleh buat solat sunat lebih sikit dari biasa.
Bagi yang tak sempat atau terlajak tidur, boleh baca poster di bawah.
Moga manfaat ðŸ’œ

Parut.


Annoying atau Rare?
Ada yang annoying, ada yang rare kan. Macam kenangan abadi gitu.
Bagi ibu-ibu mengandung dan bersain czer, mesti parut czer itu sebagai kenangan abadi yang manis. Kenangan manis sampai mati.
Walaupon rupanya dan sessi “membuat” parut itu menyakitkan.
Ha, mula la dah dok teraba-raba parut kan?
Mamajura pon ada parut kat lutut. Masa buat operation lutut 2 tahun lepas. Dulu panjang macam 3cm (2 torehan). Sekarang dah kecik. 1cm gitu.
Kena rajin la sapu krim yang power.
Over lahai u ols nak tengok kepala lutut.
Jap lagi sambung ye.

The best air jagung in TOWN.

The best air jagung in-town.
Mama cuti NSC hari ini.

Jagung cincau with jagung inside.

Warung ambo Shah ALam

12 Kebaikan Minyak Argan.





1• Sesuai dijadikan pengganti krim malam. Argan melembutkan dan melembapkan wajah anda. Tak percaya, cuba dan esok bangun pagi, rasa kulit sendiri macam mana.



2• Boleh juga dijadikan sebagai toner. Cara tradisional tau.

Ambil satu cawan air panas. Rendamkan satu uncang teh. Biarkan dalam 10minit. Kemudian keluarkan uncang dan titis kan essential oil yang u ols ada. (Orange, lemon ke tea tree) dannnnn titiskan juga argan oil.

Letak dalam bekas spray.
Siap! Toner tradisional. Guna selepas mencuci wajah dan sebelum moisturizer tau.

3• Sebagai skrub. Membuang sel kulit mati dan mengurangkan kedutan.


Caranya : gula perang dan titiskan argan oil. Skrub saja pada muka. Skrub dalam 10minit. Pus hati, kemudian basuh. Jangan tak basuh. Bersemut muka u ols nanti.



4• Mengurangkan jerawat. Its proven! Dan ada juga kajian mengatakan, mereka yang berkulit jerawat, harus combine adgan dan tea tree oil. Baru keputuasan lebih marvellous ðŸ˜œ

Argan oil mengurangkan fungsi sebum dari bergerak aktif. Dari situ minyak dan jerawat kurang terhasil.




 5• Mengurangkan stretch marks. Mengikut cara penggunaan nya, sama macam skrub. Kena sapu dengan gula perang. Jangan lupa basuh perut tau.

6• Melegakan luka selepas mencukur. Lelaki pon boleh guna tau. Sapu je kat muka tu.


 7• Pelembap seluruh badan. Satu badan boleh guna u ols. Kalau rasa tak cukup duit nak sapu satu badan, u ols cer cari benih pokok argan. Tanam depan rumah ðŸ˜œ



 8• Mengurangkan rambut hantu kak limah. Hehehe, guna la bila masa suka pon. Nak nak perempuan bertudung, masa tidur tu rerajin la sapu. Ala-ala leave-in conditioner gitu. Bau pon wangi. Tak la meninggalkan bau yang sadis di alas bantal anda.

9• Pelembap bibir yang paling best. Mengurangkan bibir merekah dan mengulupas. Ada orang allergik dengan lipstick atau lipgloss. Try sapu dulu argan oil ni. Sebenarnya bab kering dan mengelupas tu, u ols tak guna pelembap dulu. Itu pasai komplen produk ni tak elok, kering la. Guna la pelembap dulu.

Dan pelembap bibir ni juga boleh mengelakkan bibir dari jadi hitam. Elakkan guna pelembap yang ada menthol. Itu semua kimia ðŸ˜œ






10 • Mengurangkan rekahan kaki dan kering kulit kaki. Kulit kaki ni kalau kering, bersisik tau. Bersinar dari jauh. Sapu sapu la ye. Untuk mengelakkan dari mengatakan kaki ke ikan kerisi ni?


11 • Idea yang baik untuk merawat kutikel kuku. Anti bakteria dalam argan oil menjadikan ia bagus untuk melawan kuman. Dan juga cara senang untuk mencuci nail polish u ols.

12• Argan oil ada omega6 dan VitaminE. Bagus untuk antibakteria, anti radang dan juga antioksida untuk meningkatkan ketahanan badan. Mudah-mudahan jarang kena demam dan selsema. Sapu dan makan pon ada tau.






Argan oil dan kosmetik

Banyak produk kosmetik sekarang berasaskan argan kan. Sebab dunia dah tahu khasiat dan keistemewaan buah argan ni.
Sebab apa industri kosmetik taksub dengan argan oil ni?
Sebab argan, kaya dengan vitaminA dan vitaminE. Juga kaya dengan anti-oksida, omega6 dan linoleic acid.
Fungsi semua itu untuk melembapkan dan mencantikkan kulit dan rambut.
Lelaki dan perempuan boleh guna haih, tak merubah identiti u ols pon ðŸ˜œ