Zaman dahulu kala..

Lebih 100 tahun dahulu, lahir seorang manusia berfikiran hebat.
Seorang yang mampu berfikir dengan bijak sekali untuk kehidupan masyarakat 100 tahun kehadapan iaitu hari ini.
Siapa beliau?
Dr Forrest Clell Shaklee.
Nama diberi. Nama manja Forrest C. Shaklee.
Ye, Shaklee ini nama orang 😜
Bukan sekadar nama brand, tapi asal nya nama orang.
Siapa Dr Forrest Clell Shaklee?
👶🏻Forrest Shaklee dilahirkan pada 1894 bulan November di Carlisle, Iowa. Beliau merupakan anak kedua dari sebuah keluarga.
👶🏻Sewaktu beliau dilahirkan, doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit tuberculosis (batuk kering).
👶🏻Doktor meramalkan beliau boleh tidak hidup lama dek kerana melihat ritma pernafasan beliau. Juga ada doktor meramal yang beliau sebagai “living death”
👪 Menyedari rawatan untuk Tuberculosis adalah udara yang bersih dan segar, makanan yang sihat serta berkhasiat juga rehat yang mencukupi, keluarga beliau berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa berdekatan Moorland.
👦🏼Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat “bed rest” dan memerhati alam sekitar yang segar dan bersih.
Dek kerana terlalu memerhati alam sekitar dan ladang haiwan juga sungai mengalir jernih, beliau ada menulis ayat ini,
“Animal listens to the voice of nature, while men have forgotten how”
Beliau tidak sesekali membenarkan penyakit memakan diri, Forrest Shaklee dan ibunya sendiri mengumpul dan menanam herba dan sayur seperti “ground ivy, catnip, dandelion, chicory, curled dock, bergamot, joe-pye weed, wild cherry, goldenrod, dan wild ginger”
(Maaf, bahasa Inggeris lagi best, baru nampak macam Mamajura ni peminat Gordon Ramsey kan?)
Beliau merekacipta bahan bahan menjadi teh, salad juga tonik untuk beliau. Kira seperti “ubat” beliau.
Pemerhatian terhadap alam sekitar membuatkan beliau teruja tentang kuasa penyembuhan penyakit.
Penyembuhan penyakit dengan bantuan alam sekitar. Alam sekitar ada memain peranan dalam membunuh dan mengubati.
Lebih senang membunuh dari mengubati bukan?
Bagaimana alam sekitar mengubati?
HIDUP DENGAN HARMONI bersama alam sekitar.
LIVING WITH HARMONY.
Adakah mustahil untuk hidup dengan harmoni di abad ini?

TAZKIRAH : HEBATNYA MEMBERI SALAM



Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Hak muslim pada muslim yang lain ada enam.” Lalu ada yang menanyakan, ”Apakah keenam hal itu?” Lantas beliau sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasihat, berilah nasihat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamkallah’), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke pemakaman).” (Hadis Riwayat Muslim)
Apakah hak-hak yang disebutkan di sini adalah wajib?
As Son’ani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan bahawa inilah hak muslim pada muslim lainnya. Yang dimaksud dengan hak di sini adalah sesuatu yang tidak baik untuk ditinggalkan. Hak-hak di sini ada yang hukumnya wajib dan ada yang sunnah mu’akkad (sunnah yang sangat ditekankan) yang sunnah ini sangat dekat dengan wajib.” (Kitab Subulus Salam)
Hukum Memulai Mengucapkan dan Membalas Salam
Jika kita melihat dari hadis di atas, akan terlihat perintah untuk memulai mengucapkan salam ketika bertemu saudara muslim kita yang lain. Namun sebagaimana dinukil dari Ibnu ‘Abdil Barr dan selainnya, mereka mengatakan bahawa hukum memulai mengucapkan salam adalah sunnah, sedangkan hukum membalas salam adalah wajib. (Kitab Subulus Salam)
Ucapkanlah Salam Kepada Orang yang Engkau Kenali dan Tidak Engkau Kenali
Imam Bukhari membawakan dalam kitab sahihnya Bab ‘Mengucapkan salam kepada orang yang dikenal mahupun tidak dikenal’. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahawasanya ada seseorang yang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
Amalan Islam apakah yang paling baik?” Beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas menjawab, “Memberi makan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang tidak engkau kenali. ” (Hadis Riwayat Bukhari)
Bahkan bila mana mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja, dan tidak mahu mengucapkan salam kepada orang yang tidak dikenali merupakan tanda hari kiamat.
Imam Bukhari mengeluarkan sebuah hadis dalam Adabul Mufrod dengan sanad yang sahih dari Ibnu Mas’ud. Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa dia melewati seseorang, lalu orang tersebut mengucapkan, “Assalamu ‘alaika, wahai Abu ‘Abdir Rahman.” Kemudian Ibnu Mas’ud membalas salam tadi, lalu dia berkata,
Nanti akan datang suatu masa, pada masa tersebut seseorang hanya akan mengucapkan salam pada orang yang dia kenali saja.”
Ibnu Hajar mengatakan, “Mengucapkan salam kepada orang yang tidak kenali merupakan tanda ikhlas dalam beramal kepada Allah Ta’ala, tanda tawadhu’ (rendah diri) dan menyebarkan salam merupakan syi’ar dari umat ini.” (Kitab Fathul Bari)
Saling Mengucapkan Salam akan Menimbulkan Rasa Cinta
Mengucapkan salam merupakan sebab terwujudnya kesatuan hati dan rasa cinta di antara sesama muslim sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam,
 Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan pada kalian suatu amalan yang jika kalian melakukannya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)
Moga Allah beri kekuatan untuk kita beramal soleh.


#Misi2018

Misi 2018 adalah Misi kulit cantik.
Btw, u ols guna tak argan oil untuk wajah?

Boboiboy darjah berapa?

Soalan paling susah mama nak jawab.
“Mama rasa-rasa Boboiboy darjah berapa? Dia sekolah kat Selangor juga ke mama?”
Tolong bagi idea.
Kot la siapa tahu.

Shaklee MLM yang baik hati

Mamajura ada tanya kawan-kawan bisnes lain. Macam mana flow bisnes dan cara beli barang.
Suprisingly. Menggaru kepala pon ada.
Mungkin pada peringkat dropship tu kira senang. Sebab apa customer order, dropship pon order saja pada agen. Tak payah ke poslaju bagai. Just bank in dan agen atau stokis/grand stokis yang uruskan.
Margin untung tak banyak. Rm3-10 macam tu.
Ada juga yang kena beli stok.
Rm3000 monthly.
Ada yang kena beli 3 biji blusher dengan warna sama sekali. (Tapi customer nak 1 je, lagi 2 kira stok)
Ada yang kena beli 60 batang lipstick sekali restock. (Tak boleh pilih warna)
Ada yang beli 1 dapat 5%, beli 2 dapat 10%, beli 3 dapat 20%.
Ada yang kalau tak archieve target jadi agen, bulan depan turun pangkat jadi dropshipper.
Bila mendengat cerita kawan-kawan sekeliling yang buat bisnes ni seronok. Marketing plan berbeza. Ada yang bagus, ada yang macam menganiaya orang pon ada.
Betul la istilah “stok bawah katil sampai reput”. Tak tahu katil reput ke stok korang yang reput.
Somehow im proud of Shaklee.
Sistem belian barang takde menganiaya orang.
Tak kira you pangkat apa, dari Master (pangkat tertinggi) sampai ahli baru masuk (Distributor) semua harga sama.
Tiada diskriminasi pangkat. Sama je semua. Harga sama. Barang pon sama kuantiti. Tak ada kurang seketul dua ketul.
Adil dan saksama.
Dan dalam team Mamajura, tiada istilah beli stok banyak2.
Beli stok yang mana memang pakai sendiri dan saja standby.
Tak banyak pon, macam Mamajura sendiri, ada la stok VitaminC, BasicH, Herbal Blend.
Gitu je. Buat geli-geli.
Dan apa u nak, u beli. Tak perlu beli 3 VitaminC, 3 kotak kolagen.
Apa u nak guna, beli 1 je. Tak perlu beli sekawan atau segerombolan. Tak ada kena marah dengan stokis ke agen ke apa nama hiraki ntah.
Turun pangkat? Tak ada. Walau perjalanan bisnes u ada ups and down kan, pangkat tu you naik. Pangkat tu juga la bila bisnes u ada turun.
For me, apa pun.. sebelum buat sesuatu kena kaji dan fikir jangka masa panjang.
Do what you LOVE,
LOVE what you do.

TAZKIRAH : PERGI TANPA BEBAN DI HATI



Berapa lama lagi kita akan hidup? 10, 20 atau sekadar lima tahun lagi? Saya yakin tidak ada orang yang mampu menjawabnya. Jika mendengar khabar ada sahabat, kenalan atau saudara kita meninggal dunia kerana kemalangan atau serangan jantung, apa perasaan kita?
Cuba bayangkan, apakah si mati pernah membayangkan bahawa dia akan mati pada saat kematiannya itu? Agaknya, apakah yang ada di dalam hati dan perasaannya beberapa bulan, minggu, hari atau beberapa jam sebelum ajalnya tiba?
Saya yakin tentu sekali masih banyak list-to-do (senarai perkara yang ingin dilakukan), tetapi tidak kesampaian. Mungkin antaranya adalah kata-kata cinta yang belum diluahkan kepada isteri atau suami, hasrat ingin meminta maaf kepada kedua-dua ibu bapa atau mungkin juga kesudiannya memberi maaf kepada insan tersayang, tetapi masih belum dilaksanakannya.
Sekiranya manusia tahu saat kematiannya, apakah semua perkara yang penting itu tidak diberi keutamaan? Jawabnya, tidak!
Jadi, bagi kita yang akan meninggal dunia dan tidak tahu pula saat kematian itu (sama seperti si mati sebelumnya), hakikat itu sewajarnya mengajar kita agar tidak bertangguh. Jangan sekali-kali menangguhkan ucapan-ucapan yang baik, perbuatan-perbuatan yang benar dan keputusan-keputusan yang tepat. Sementara masa masih ada, usia masih bersisa. Jadilah “si mati” yang telah beres segala kerjanya.
Pergi Tanpa Beban
Bagaimana hendak mencapai rasa hati yang begitu? Mudah sahaja, ingat mati selalu. Ingatkan diri kita sendiri bahawa hari ini mungkin hari terakhir kita hidup di dunia. Apabila bangun dari tidur, katakan kepada diri:
“Wahai diri, hari ini mungkin hari terakhir aku hidup di dunia. Oleh itu, aku tidak akan menangguhkan ucapan kasih sayangku kepada semua yang akrab denganku. Aku tidak akan menangguhkan amal kebaikan yang telah lama aku berazam untuk lakukan. Aku tidak akan menunggu lagi untuk meminta maaf dan memberi maaf kepada semua orang yang aku bersalah dengannya atau yang bersalah denganku.”
Alangkah leganya jika kita meninggalkan dunia yang fana ini tanpa beban kerja yang belum dilangsaikan. Ketika itu, tentulah orang yang kita tinggalkan akan merelakan pemergian kita tanpa rasa terkilan di hati. Isteri atau suami yang ditinggalkan pasti berasa sedih, namun mampu menghadapinya dengan sabar kerana tidak ada lagi rasa terkilan yang tersimpan. Segalanya sudah tuntas dan selesai. Ibu bapa akan terasa kehilangan, namun jauh di sudut hati mereka ada rasa lega kerana kita pergi tanpa label anak derhaka.
Mengingati mati itu sangat penting untuk menjalani kehidupan. Ia ibarat janakuasa yang menggerakkan amal bakti untuk bekalan hidup sesudah mati. Hati yang ingat mati adalah hati yang hidup. Hati yang ingat mati akan menggerakkan seluruh pancaindera dan anggota untuk melakukan ketaatan dengan segera. Ia umpama “deadline” yang menjadi peringatan untuk menyiapkan tugasan, malah lebih daripada itu. Hakikat bahawa mati itu datang secara tiba-tiba adalah satu gesaan, dorongan malah paksaan untuk kita melakukan ketaatan. Justeru, solatlah seolah-olah itu solat kita yang terakhir.
Cuba kenangkan, jika benarlah solat yang kita akan dirikan nanti adalah solat yang terakhir … tentulah kita akan bersegera, bersungguh-sungguh dan melakukannya dengan penuh rasa takut, harap, malu, cinta dan hina kepada Allah I. Mana mungkin kita menangguh-nangguhkan solat atau melaksanakannya sambil lewa jika kita merasakan itu solat kita yang terakhir. Mungkin seorang pesalah yang akan dihukum gantung sampai mati sahaja yang boleh menceritakan rasa hatinya ketika mengerjakan solatnya yang terakhir!
Hadiah Terakhir
Betapa terkilannya rasa hati apabila kita tinggalkan isteri dalam keadaan marah-marah. Rupanya itulah kali terakhir kita melihat wajah dan mendengar suaranya. Oh, pasti ada rasa sangat kesal! Mengapa bentakan, wajah yang masam dan tolakan yang kasar kita “hadiahkan” sempena pertemuan terakhir itu? Ya, kita tidak mungkin pulang lagi kerana kita telah pergi tak kembali lagi.
Ramai yang benci apabila ada yang mengingatkan bahawa mungkin hari ini hari terakhir kita. Nafsu yang inginkan keseronokan sentiasa berbisik, saat itu masih jauh. Ditusuknya jiwa kita dengan pelbagai alasan dan justifikasi palsu.
“Engkau masih muda. Masih sihat. Masih kuat. Saat matimu lambat lagi!”
Mati akan memadamkan rasa lazat terhadap maksiat. Mana mungkin syaitan tegar membiarkannya. Lalu, syaitan dan nafsu berpadu tenaga melupakan manusia saat ia pulang menemui Penciptanya.
Jika ada penasihat yang kata-katanya sangat berkesan untuk mengingatkan orang yang masih hidup, semestinya orang yang telah mati. Malangnya, mereka tidak pernah kembali untuk mengingatkan kita.
Apa yang telah dilihat, didengar dan dirasakan oleh mereka di alam barzakh sana? Apakah kekesalan atau kelegaan mereka? Aduh, kita tidak akan mengetahuinya kerana kita akan diberi peluang untuk itu hanya apabila kita sendiri sudah sampai di sana!
Namun bagi orang yang beriman, tidak perlu jasad sampai ke alam barzakh untuk mengetahui dan merasai kebenarannya. Cukup ayat-ayat al-Quran, hadis danatsar  yang menjelaskan hakikat hidup setelah mati. Inilah di sebalik pesanan Rasulullah g: “Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam ‘genggaman’-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat al-Bukhari)
Kita tidak mungkin mendapat nasihat daripada si mati, tetapi kita dituntut untuk mendapat nasihat daripada kematian. Justeru, Rasulullah g  berpesan lagi, “Cukuplah bagimu mati itu sebagai penasihat.” (Riwayat)
Semoga hari-hari tidak berlalu tanpa kita tidak mengingati mati. Kematian itu pasti dan setiap yang pasti itu dekat. Lalu apa lagi yang ditunggu? Ucaplah, buatlah dan bertindaklah atas segala kebaikan dan kebajikan yang masih kita tangguhkan. Jangan meninggalkan sebarang “hutang” dengan manusia untuk menghadap Tuhan Yang Esa!
sumber: Buku Bicara Iman Untuk Tenang- Ust Pahrol Mohamad Juoi

Hari pertama sekolah

 😘
Ini kisah saya.
Masa ada rambut, songkok lipat ni ngam. Cantik je kat kepala saya. Saiz 21.

Tapi hari ni, rambut sudah kena cantas, begini lah rupa songkok saya.
Pengudaraan yang lebih. Senang ilmu masuk 😆