TAZKIRAH : AZAM TAHUN BARU



Awal tahun baru 2108 sudah berlalu beberapa hari. Nak masuk Februari dah kan. Masih seperti dahulu, umat Islam melewati masa pergantian tahun Masihi itu dengan pelbagai cara. Ada yang melaluinya dengan jambatan ketaatan di malam hari, namun tak sedikit pula yang tenggelam dalam keburukan dan kemaksiatan.
Uniknya, walaupun berbeza cara, tetapi semua manusia mempunyai harapan yang sama. Sejak awal, mereka berharap semoga tahun 2018 ini menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Bagi orang beriman, membuat amalan yang terbaik dan berubah menjadi lebih baik adalah sebuah harapan keimanan yang tersemat di dada. Sebab iman yang mantap akan menggerakkan seorang Muslim untuk tidak pernah jemu dan berhenti dalam misi mencari ilmu dan beramal dalam kehidupan.
Allah berfirman, “Maka berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan”
(QS. Al-baqarah [2]: 148)

Nabi Muhammad (SAW) pernah mengajarkan sebuah doa yang baik untuk diamalkan dan merangkumi keseluruhan hajat. Ini kerana doa ini tidak hanya meminta kebaikan hidup di dunia, tapi juga memohon keselamatan hidup di Akhirat kelak. Sebaiknya doa ini boleh dimunajatkan setiap waktu sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah.
Dari sahabat Abu Hurairah Radhiyallahuanhu, Nabi bersabda:
 “Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang meurupakan penjaga keselamatan urusanku, perbakilah untukku urusan duniaku yang di dalamnya terdapat mata pencarianku, dan perbaikilah untukku urusan akhiratku yang akan menjadi tempat kembalilku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, dan jadikanlah kematian sebagai pemutus dari setiap keburukan.”
(Hadis Riwayat Muslim).

Pertama:  Doa agar agamanya diperbaiki
Sebagai asas kehidupan, urusan agama hendaklah menjadi fokus dan keutamaan dalam setiap urusan. Termasuk ketika memohon kebaikan kepada Allah. Lalai terhadap kewajipan agama adalah tanda kerosakan seluruh kehidupan manusia, dunia dan akhirat. Oleh itu dalam melayari kehidupan baru dalam suasana tahunbaru ini, antara azam yang boleh disematkan adalah supaya diperbaiki segala urusan agama dalam kehidupan harian.

Kedua: Doa agar dunianya diperbaiki
Sebagai agama yang sempurna, Islam tak hanya membicarakan hal berkaitan akhirat sahaja dan melupakan urusan dunia. Untuk itu, Nabi tetap menuntun umatnya agar tetap memperhatikan kehidupan dunia. Mulai dari urusan rezeki yang halal, isteri solehah, anak-anak yang boleh menjadi qurratu a’yun, hingga tempat tinggal dan kenderaan. Semua itu disebut sebagai kecenderungan manusia yang fitrah.
Bezanya, orang beriman menjadikan hal tersebut sebagai ladang amal untuk memperoleh pahala melipat dan balasan yang lebih baik di hari Akhirat kelak. Mereka menikmati dunia tetapi tidak sampai melenakan dan melalaikan diri dari hal keagamaan. Sebaliknya, orang-orang kafir menjadikan kesenangan dunia sebagai tujuan akhir dari kehidupan mereka.

Ketiga: Doa agar akhiratnya diperbaiki
Hidayah dan rahmat Allah adalah kunci utama kehidupan manusia. Dengan keduanya, manusia dapat membuka kebaikan apa saja sekaligus terhindar dari keburukan yang ada. Termasuk dalam munajat tersebut adalah istiqamah dalam ketaatan, husnul khatimah dalam kematian, dan mendapatkan rahmat serta ampunan agar bebas dari ancaman seksa api neraka.

Keempat: Doa agar bertambah kebaikan dalam kehidupan
Panjang umur menjadi salah satu impian kebanyakan manusia. Dalam Islam, selain dipanjangkan usia, hal yang lebih utama untuk diminta sebenarnya adalah keberkahan usia. Suatu ketika Nabi ditanya, siapa orang yang paling baik? Nabi menjawab:
 “Siapa yang panjang umurnya dan bagus amalnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kelima: Doa agar terhindar dari keburukan dengan kematian
Kematian adalah pemutus segalanya dalam kehidupan manusia di dunia. Bagi orang beruntung maka yang terputus itu adalah keburukan dan segala fitnah serta gundah gulana kehidupan dunia. Sedang kebaikannya tetap mengalir mengiringi perjalanannya menuju Rabb, Sang Pencipta. Nabi bersabda:
 “Seorang hamba yang mukmin beristirehat dari keletihan dunia dan kesusahannya, kembali kepada rahmat Allah. Sedangkan hamba yang jahat, para hamba, negeri, pohon dan binatang beristirehat (merasa aman dan tenang) darinya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Moga Allah membantu kita menjadi lebih baik dalam semua urusan dunia dan akhirat pada tahun baru ini. InsyaAllah.

TAZKIRAH : KHOSYAH...???




Apakah itu khosyah??
Khosyah itu rasa takut pada Allah. Rasa takut ini sangat penting kita miliki.
Pagi ini, cuba kita buka mushaf lalu renungkan ayat,
Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَØ®ْØ´َÙ‰ اللَّÙ‡َ Ù…ِÙ†ْ عِبَادِÙ‡ِ الْعُÙ„َÙ…َاءُ
Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama” (Surah Fathir: 28).
Sudah renungkan?
Saudaraku … rasa takut pada-Nya inilah yang membuat kita mudah menjauhi maksiat. Ada yang sering mengaji, banyak ilmu, rajin ke majlis ilmu, namun maksiat tetap diteruskan. Ada tidak? Ya jelas, ada.
Kenapa boleh jadi demikian?
Khosyah itu yang kurang lita miliki…. 
Jangan-jangan kita cuma faham hukum Islam (banyak mengaji atau menuntut ilmu), namun kerana tidak punya KHOSYAH (rasa takut pada-Nya), akhirnya maksiat tak pernah henti dan tidak mahu bertaubat.
Moga Allah memberikan kita rasa takut pada-Nya. Semakin takut, semakin kita menghampiri-Nya.

VITAMIN A



Vitamin A mempunyai beberapa fungsi untuk kecantikan kulit dan salah satunya adalah membantu merawat pigmen dan noda-noda hitam pada kulit.

Kawasan yang paling terjejas akibat kekurangan vitamin A adalah mata dan kawasan keliling mata.

Vitamin A juga merupakan antioksidan untuk menghalang proses oksidatif dalam sistem tubuh badan kita.

VITAMIN B



B is for BEAUTY.

Vitamin B Complex juga membantu dalam penghasilan kulit yang sihat.

Vitamin B membantu menguraikan protein kepada asid amino supaya sel-sel kulit mampu mendapatkan asid amino yang diperlukan.

Vitamin B5 dan B12 adalah sangat penting untuk metabolisma asid amino yang diperlukan untuk pigmentasi kulit yang sekata.

Vitamin B5 boleh didapati secara semulajadi dalam makanan seperti oat, telur dan beras, manakala vitamin B12 boleh didapati daripada daging, telur dan produk tenusu.

VITAMIN E



Vitamin E adalah vitamin larut lemak, yang melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada alam sekitar.

Vitamin E juga membantu untuk merawat kemerahan, kekeringan dan kerengsaan lain di permukaan kulit. Ia bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi.

Ini boleh mengurangkan risiko beberapa masalah kulit yang kering disebabkan pendedahan kulit yang terlalu lama terhadap cahaya matahari.

Vitamin E sangat mudah digunakan melalui diet anda seperti minyak zaitun, Vitamin E dan wallnut. Dan anda juga boleh menyapu vitamin E ini terus kepada kulit melalui krim pelembap atau losyen.

VITAMIN C




Vitamin C merupakan antioksidan yang bekerja untuk memudarkan tompok-tompok hitam seterusnya mencerahkan tona kulit.

Vitamin C juga membantu menghalang penghasilan melanin yang berlebihan (yang seringkali dikaitan dengan kerosakan kulit seperti jeragat). 

Vitamin C juga didatangkan dalam bentuk krim, lotion atau serum.

Untuk kesan yang lebih efektif, anda boleh mengamalkan set penjagaan wajah dan juga makanan tambahan.

Masalah kulit

"Walaupun saya tak ada masalah jerawat, tetapi kehadiran jeragat buatkan saya kurang keyakinan diri!"
"Tompok-tompok hitam semakin hari semakin tebal buatkan saya malu nak berhadapan dengan orang!"
"Saya buntu dah macam mana nak selesaikan masalah jeragat kat muka ni!"

Jeragat adalah penyakit kulit yang biasa yang seringkali terjadi kepada kita. Ianya tak merbahaya tetapi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa rawatan akan menjadi lebih serius dan boleh mendatangkan risiko kanser kulit.
Jeragat juga membuatkan kita tampak tua dari usia kita.
.
Terdapat 4 vitamin yang paling terkenal untuk mengatasi masalah kulit ini.
1) Vitamin C
2) Vitamin E
3) Vitamin A
4) Vitamin B
Teruskan bacaan di setiap gambar untuk ketahui lebih lanjut tentang vitamin yang dicadangkan.
Selamat Membaca, LIKE & SHARE jika anda rasa bermanfaat.
.