Apa itu jerawat?

JERAWAT.

Jerawat adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan bintik hitam, benjolan kecil pada muka, bahu, belakang, leher, dada dan bahagian atas lengan.
Jerawat juga boleh menjadi blackheads, whiteheads, sista dan nodul.

Jerawat biasanya timbul bila masa seseorang meningkat baligh.
Pada peringkat itu, kelenjar sebaceous atau minyak bergerak aktif.
Kulit manusia ada liang yang menyambungkan kelenjar minyak di bawah lapisan kulit iaitu dermis. Folikel menyambungkan kelenjar dengan kulit. Folikel adalah sejenis kantung yang menghasilkan dan merembeskan cecair.
Kelenjar yang menghasilkan minyak dipanggil sebum.
Sebum mengangkut sel kulit mati dari folikel ke kawasan dermis ke epidermis. Rambut atau bulu juga tumbuh melalui kawasan tersebut.
Jerawat terjadi apabila folikel ini tersumbat dan minyak terbentuk dibawah lapisan kulit.
Sel kulit, sebum dan rambut boleh berkumpul dan menghasilkan satu gumpalan. Gumpalan ini dijangkiti bakteria dan menyebabkan benjolan.
Dari situ jerawat mula dihasilkan.
Bakteria yang menghasilkan jerawat dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes)
Jerawat la pulakkkkk hari ini.

TAZKIRAH : ALLAH MAHA PENGAMPUN


Apakah pintu taubat masih terbuka? Sedangkan dosaku teramat banyak…Bahkan dosa tersebut terus berulang. Dan sekarang aku ingin bertaubat.
Tidak perlu berputus asa, saudaraku. Jika benar engkau ingin bertaubat dan kembali jadi baik, pintu taubat begitu terbuka.

Ingatlah ayat,
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
(Surah Az Zumar: 53-54).

Saudaraku… Setiap Dosa Dapat Diampuni
Ayat di atas adalah seruan untuk segenap orang yang terjerumus dalam maksiat, baik dalam dosa kekafiran dan dosa lainnya untuk bertaubat dan kembali pada Allah. Ayat tersebut memberikan kabar gembira bahwa Allah mengampuni setiap dosa bagi siapa saja yang bertaubat dan kembali pada-Nya. Walaupun dosa tersebut amat banyak, meski bagai buih di lautan (yang tak mungkin terhitung). Sedangkan ayat yang menerangkan bahwa Allah tidaklah mengampuni dosa syirik, itu maksudnya adalah bagi yang tidak mahu bertaubat dan dibawa mati. Maksudnya jika orang yang berbuat syirik bertaubat, maka ia pun diampuni. Lihat keterangan Ibnu Katsir mengenai ayat di atas dalam kitab tafsir beliau.

Dalam ayat lain disebutkan,
Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?
(Surah At Taubah: 104).

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah An Nisa’: 110).

Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.”
(Surah An Nisa’: 145-146).

Kepada orang Nasrani yang berpegang kepada ideologi triniti, Allah masih menyeru untuk bertaubat. 
Allah Ta’ala berfirman,

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.
(Surah Al Maidah: 73).
Kemudian setelah itu, Allah Ta’ala berfirman,
Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al Maidah: 74).
Walau mereka -Nasrani- berkata keji dengan mengatakan bahawa Allah adalah sebahagian dari yang tiga, namun Allah masih memiliki belas kasih dengan menyeru mereka untuk bertaubat jika mereka mahu. 
Lihatlah orang yang telah membunuh wali Allah, juga diseru untuk bertaubat jika mereka ingin,
Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(Surah Al Buruj: 10).
Hasan Al-Bashri rahimahullah mengatakan, 
“Lihatlah pada orang-orang yang merasa mewah tersebut, mereka telah membunuh wali-wali Allah dan Allah masih menyeru mereka untuk bertaubat.”
Ayat seumpama di atas sangat banyak yang juga menerangkan tentang hal yang sama bahawa setiap dosa akan diampuni bagi yang mahu bertaubat. Lihatlah sampai dosa kekafiran pun dapat Allah ampuni jika kita benar-benar bertaubat, apalagi dosa yang lebih kecil dari itu. Sehingga tidak boleh seorang hamba berputus asa dari rahmat Allah walau begitu banyak dosanya. Kerana ingatlah saudaraku bahawa pintu taubat dan rahmat Allah begitu luas.

Segeralah Bertaubat, Jangan Tunda-Tunda!
Setelah Allah menyebutkan ayat di atas, lalu Allah mendorong untuk segera bertaubat, jangan ditunda-tunda.
Allah Ta’ala berfirman,
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).”
(Surah Az Zumar: 53-54).
Maksud ayat ini adalah kembalilah pada Allah dengan berserah diri pada-Nya sebelum datang siksaan yang membuat mereka tidak mendapat pertolongan, iaitu maksudnya bersegeralah bertaubat dan melakukan amalan soleh sebelum terputusnya nikmat. Demikian huraian Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya.

Waspada dengan Berputus Asa dari Rahmat Allah
Dalam hadits yang disebutkan oleh ‘Abdur Razaq dalam Mushonnafnya,
Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata bahwa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa selesa dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.
(Hadis Riwayat. Abdurrozaq).
Hadis ini menunjukkan bahawa berputus asa dari rahmat dan luasnya ampunan Allah termasuk dosa besar.
Semoga Allah memberi kita taufik untuk menjadi hamba yang tidak berputus asa dari luasnya rahmat dan ampunan Allah. 
Wallahu waliyyut taufiq.
Sumber penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

#DoozyBeauty


Adakah buah-buahan baik untuk anda?


Tidak!
Bagi anda yang ada masalah kesihatan. Berhati-hati. Buah boleh menaikkan kandungan gula dalam darah secara mendadak.
Durian, anggur, tebu, epal.

Tapi jawapan spontan bagi orang yang sihat.
Of course! Jawapan spontan gitu.
Buah baik untuk kulit juga kesihatan.
Buah mengandungi kandungan serat yang tinngi.
Juga mengelakkan sembelit.
Selain itu, vitamin dan mineral juga multivitamin yang banyak.
Makan buah, kulit cantik.
Instant sihat dan cantik.
Buah juga bagus untuk anda yang dalam proses menurunkan berat badan.
Mamajura bercerita tentang buah asli tau. Gula pon dari gula asli buah-buahan tersebut.
Bukan buah proses jadi jeruk.
Atau jadi jus yang banyak di jual dipasaran. Tu semua bikin ðŸ˜œ yang banyak di jual dipasaran. Tu semua bikin ðŸ˜œ

10 makanan yang membuatkan kulit anda berseri-seri.



1- Dark Chocolate.
Kajian menunjukkan dark chocolate memelihara kulit dari kerosakan sinaran matahari. Dark chcolate merupakan salah satu agen anti penuaan yang kaya dengan anti oksida yang dipanggil flavanoids yang mana ia melawan radikal bebas.
Dark chocolate mengandungi bahan yang boleh menghalang kulit dari sinaran UV dan melambatkan kewujudan kedutan dan garis halus. Padan la masker dan rawatan spa ada rawatan coklat ðŸ˜˜

2. Kacang Walnuts
Kacang walnuts antara kacang mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi. Juga kandungan VitaminE yang membantu kulit anda lembut dan anjal. Kacang Walnuts juga melindungi kulit dan rambut anda dari sinaran cahaya matahari dan memastikan rambut bercahaya.
Rasa nak buat masker walnut tak?

3. Spinach atau Bayam.
Kegemaran Popeye kan? Hehehe. Bayam mengandungi 3 kali ganda antioksida iaitu VitaminC, vitaminE, dan beta-carotene.
Buat la sup bayam setiap hari pon tak apa. Masak sup je, tak payah tumis pon takpe. Sangat berkhasiat dan sedap.

4. Lentils.
Sumber protein dan zat besi yang baik. Bantu pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat.

5. Chia Seeds
I love Chia Seeds. Bukan ada rasa pon, tapi dah terbiasa. Chia seeds kaya dengan antiboksida, protein dan asid lemak omega 3. Kelebihan lain Chia Seeds adalah mengurangkan kolesterol, membuat anda kenyang lebih lama ðŸ˜œ kurus u ols!

6. Almonds.
Kaya dengan flavonoids dan VitaminE. Almonds juga mengandungi kandungan fiber dan protein yang tinggi. Bantu dalam mengurangkan radikal bebas dalam badan termasuk asap rokok. Padan banyak losyen dan alat kosmetik ada minyak almond kan?

7. Flaxseeds
Flaxseeds mengandungi asid lemak omega 3 dan 6 yang tinggi. U ols tahu tak, minyak omega membantu membuatkan kulit anda pinkish dan lembap? Tak ada flaxseeds, telan saja Omega Guard Shaklee. Berseri-seri juga ðŸ˜˜

8. ðŸ¥‘ Avocado
Superfood. Ada dalam Shampoo, lotion dan mask muka.
Avocado memgandungi antioksida yng tinggi, fiber, potasium, magnesium dan folate.

9. Berries
Strawberry, rasberry, blue berry..
Semua la. Cherry berry je tak ye. Hahahaha
Berries kaya dengan vitaminC. Tak ada berries, roger MJ order VitaminC.

10. Seaweeds.
Sayur laut. Tinggi dengan zat besi dan phytonutrients. Membekalkan nutrisi yang memaintain kan anda rasa cantik, kulit lembap.
Kaya sengan iron, magnesium, Zinc omega 3 dan 6 juga selenium.

So ada yang dah nak ke pasaraya beli superfood di atas?
But its okay, tak ke pasaraya pon tak apa. Roger MJ.. Shaklee kan ada ❤️

#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Kebaikan mandi bunga.



Mandi bunga ini ibarat aromaterapi.

Khasiat yang terdapat pada bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. 
Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang baik kepada di pengamal mandi bunga.

Rawatan bunga juga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.

Sebab paling utama mandi bunga adalah menaikkan seri wajah.

Dalam amalan moden kini, mandi bunga tidak memberi perubahan fizikal kecuali menambahkan keyakinan diri.

Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yanh boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Kalau tak ada bunga segar, minyak aromaterapi dan lilin berbau bunga-bungaan pon boleh menjadi alternatif terbaik.

Ha, ada rasa nak bakar lilin wangi-wangi tak sekarang?

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Apa itu mandi bunga?


Mandi bunga ialah ritual untuk membersihkan aura, menaikkan seri dan membuang sial.
Ritual ini terkenal di kalangan orang Asia.
Upacara ini wujud sejak beribu tahun dahulu.

Asalnya dibawa oleh pengikut agama Buddha dari India.
Dari sudur Islam, tiada dalam nas yang sahih. Cuma ia sebagai adat. Tidak salah mandi bunga tapi niat harus betul. Niat supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Dari sudut sains yang di kongsi oleh DFK,
“Mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga. Ini kerana khasiat yang terdapat pada bunga itu menyerap kedalam tubuh”
Ada rasa nak mandi bunga tak?