#DoozyBeauty


Adakah buah-buahan baik untuk anda?


Tidak!
Bagi anda yang ada masalah kesihatan. Berhati-hati. Buah boleh menaikkan kandungan gula dalam darah secara mendadak.
Durian, anggur, tebu, epal.

Tapi jawapan spontan bagi orang yang sihat.
Of course! Jawapan spontan gitu.
Buah baik untuk kulit juga kesihatan.
Buah mengandungi kandungan serat yang tinngi.
Juga mengelakkan sembelit.
Selain itu, vitamin dan mineral juga multivitamin yang banyak.
Makan buah, kulit cantik.
Instant sihat dan cantik.
Buah juga bagus untuk anda yang dalam proses menurunkan berat badan.
Mamajura bercerita tentang buah asli tau. Gula pon dari gula asli buah-buahan tersebut.
Bukan buah proses jadi jeruk.
Atau jadi jus yang banyak di jual dipasaran. Tu semua bikin 😜 yang banyak di jual dipasaran. Tu semua bikin 😜

10 makanan yang membuatkan kulit anda berseri-seri.



1- Dark Chocolate.
Kajian menunjukkan dark chocolate memelihara kulit dari kerosakan sinaran matahari. Dark chcolate merupakan salah satu agen anti penuaan yang kaya dengan anti oksida yang dipanggil flavanoids yang mana ia melawan radikal bebas.
Dark chocolate mengandungi bahan yang boleh menghalang kulit dari sinaran UV dan melambatkan kewujudan kedutan dan garis halus. Padan la masker dan rawatan spa ada rawatan coklat 😘

2. Kacang Walnuts
Kacang walnuts antara kacang mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi. Juga kandungan VitaminE yang membantu kulit anda lembut dan anjal. Kacang Walnuts juga melindungi kulit dan rambut anda dari sinaran cahaya matahari dan memastikan rambut bercahaya.
Rasa nak buat masker walnut tak?

3. Spinach atau Bayam.
Kegemaran Popeye kan? Hehehe. Bayam mengandungi 3 kali ganda antioksida iaitu VitaminC, vitaminE, dan beta-carotene.
Buat la sup bayam setiap hari pon tak apa. Masak sup je, tak payah tumis pon takpe. Sangat berkhasiat dan sedap.

4. Lentils.
Sumber protein dan zat besi yang baik. Bantu pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat.

5. Chia Seeds
I love Chia Seeds. Bukan ada rasa pon, tapi dah terbiasa. Chia seeds kaya dengan antiboksida, protein dan asid lemak omega 3. Kelebihan lain Chia Seeds adalah mengurangkan kolesterol, membuat anda kenyang lebih lama 😜 kurus u ols!

6. Almonds.
Kaya dengan flavonoids dan VitaminE. Almonds juga mengandungi kandungan fiber dan protein yang tinggi. Bantu dalam mengurangkan radikal bebas dalam badan termasuk asap rokok. Padan banyak losyen dan alat kosmetik ada minyak almond kan?

7. Flaxseeds
Flaxseeds mengandungi asid lemak omega 3 dan 6 yang tinggi. U ols tahu tak, minyak omega membantu membuatkan kulit anda pinkish dan lembap? Tak ada flaxseeds, telan saja Omega Guard Shaklee. Berseri-seri juga 😘

8. 🥑 Avocado
Superfood. Ada dalam Shampoo, lotion dan mask muka.
Avocado memgandungi antioksida yng tinggi, fiber, potasium, magnesium dan folate.

9. Berries
Strawberry, rasberry, blue berry..
Semua la. Cherry berry je tak ye. Hahahaha
Berries kaya dengan vitaminC. Tak ada berries, roger MJ order VitaminC.

10. Seaweeds.
Sayur laut. Tinggi dengan zat besi dan phytonutrients. Membekalkan nutrisi yang memaintain kan anda rasa cantik, kulit lembap.
Kaya sengan iron, magnesium, Zinc omega 3 dan 6 juga selenium.

So ada yang dah nak ke pasaraya beli superfood di atas?
But its okay, tak ke pasaraya pon tak apa. Roger MJ.. Shaklee kan ada ❤️

#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Kebaikan mandi bunga.



Mandi bunga ini ibarat aromaterapi.

Khasiat yang terdapat pada bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. 
Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang baik kepada di pengamal mandi bunga.

Rawatan bunga juga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.

Sebab paling utama mandi bunga adalah menaikkan seri wajah.

Dalam amalan moden kini, mandi bunga tidak memberi perubahan fizikal kecuali menambahkan keyakinan diri.

Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yanh boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Kalau tak ada bunga segar, minyak aromaterapi dan lilin berbau bunga-bungaan pon boleh menjadi alternatif terbaik.

Ha, ada rasa nak bakar lilin wangi-wangi tak sekarang?

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Apa itu mandi bunga?


Mandi bunga ialah ritual untuk membersihkan aura, menaikkan seri dan membuang sial.
Ritual ini terkenal di kalangan orang Asia.
Upacara ini wujud sejak beribu tahun dahulu.

Asalnya dibawa oleh pengikut agama Buddha dari India.
Dari sudur Islam, tiada dalam nas yang sahih. Cuma ia sebagai adat. Tidak salah mandi bunga tapi niat harus betul. Niat supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Dari sudut sains yang di kongsi oleh DFK,
“Mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga. Ini kerana khasiat yang terdapat pada bunga itu menyerap kedalam tubuh”
Ada rasa nak mandi bunga tak?

TAZKIRAH : MOGA DIRI TIDAK MENURUTI SYAITAN

Apakah maksud mudah didekati oleh syaitan?

Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (Surah Az-Zukhruf: 36)
Ayat di atas menerangkan tentang orang yang berpaling dari peringatan Ar-Rahman iaitu Al-Quran Al-‘Azhim. Al-Quran adalah sebesar-besarnya rahmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Siapa yang menerima peringatan Al-Quran, bererti dia telah menerima anugerah yang besar. Sedangkan yang berpaling dan menolak peringatan Al-Quran, maka dia sangat-sangat rugi dan tidak akan bahagia selamanya. Akhirnya, syaitan pun akan menjadi teman dekatnya. Demikian keterangan dari Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya.
Ternyata, yang berpaling dari zikir dalam ayat tersebut bukanlah zikir yang biasa, namun berpaling dari Al-Quran. Kata Ibnu Katsir ayat di atas sama maksudnya dengan ayat-ayat berikut.

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisa’: 115)

فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ
Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (Surah Ash-Saff: 5)

Moga kita semua sentiasa istiqamah membaca dan berusaha untuk mentadabur Al-Quran dalam kehidupan ini.
Wallahu waliyyut taufiq.



Keburukan tidak berpantang dengan betul.


• Masalah pengumpulan angin dalam badan. Errrr errrrkkk je nanti 😜
• Cepat sakit badan dan kerap demam. Erti kata lain, salah urat.
• Mudah terkena bentan.
• Perut cepat buncit dan otot mengeleber. Macam mana nak pakai swimming suit 😜
• dan paling teruk, boleh kena meroyan. Badan tak sihat, mental pon jadi tak sihat.
Thanks my bebeh
Noor Nadia Ishak semoga ilmu yang diberikam dapat dimanfaatkan oleh pembaca MJ.