Cantik dari dalaman.

Cantik dari dalam?
• Sentiasa berfikiran positif
• Senyum always.
• Bersyukur
• Minum air banyak
• Hati kena baik
Dan yang penting kena Yakin.
Macam mana nak Yakin?
Guna Shaklee laaaaa.

TAZKIRAH : DOA BERLINDUNG DARI AKHLAK YANG BURUK



Di antara doa yang disebutkan oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam kitab Riyadhus Sholihin iaitu doa yang ringkas namun penuh makna adalah doa berikut ini. Doa ini berisi permintaan agar dianugerahi akhlak yang mulia, juga agar diberikan taufik untuk dapat beramal soleh.
Doa tersebut adalah: “Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’.”
Hadis yang menyebutkan doa tersebut adalah:
Dari Ziyad bin ‘Ilaqoh dari bapa saudaranya, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca doa,
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ Ù…ُÙ†ْÙƒَرَاتِ الأَØ®ْلاَÙ‚ِ ÙˆَالأَعْÙ…َالِ ÙˆَالأَÙ‡ْÙˆَاءِ
Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’ [Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar].” (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi)
Faedah dari hadis dan doa di atas:
Pertama: Dalam doa ini kita meminta perlindungan dari akhlak yang buruk. Doa ini merangkumi permintaan kita agar berlindung dari akhlak yang buruk dari sisi syari’at. Termasuk juga kita meminta perlindungan pada Allah dari sesuatu yang buruk secara batin.
Kedua: Doa ini merangkumi berlindung dari akhlak mungkar seperti begitu takjub dengan diri sendiri, sombong, berbangga diri, hasad dan melampaui batas.
Ketiga: Doa ini kita berlindung pada Allah dari amalan yang mungkar, iaitu amalan yang zahir kelihatan pada perbuatan.
 Keempat: Doa berlindung dari amal yang mungkar seperti zina, minum arak dan bentuk keharaman lainnya.
Kelima: Doa ini juga meminta perlindungan pada keinginan atau nafsu yang mungkar. Dan kebanyakan hawa nafsu mengantarkan kepada keburukan, itulah umumnya.
Keenam: Doa berlindung dari keinginan atau nafsu yang mungkar seperti berlindung dari aqidah yang buruk, niat-niat yang batil, dan pemikiran yang sesat.
Ketujuh: Doa ini mendorong kita agar berakhlak yang mulia dan beramal yang soleh.
Semoga dapat beramal bersama.


Doa pemanis dan penyeri wajah.


Jom sama-sama doa depan cermin ')

Petua kecantikan dalam Islam.



Orang Malaysia dah, India, Thailand dan Jepun.
Sekarang MJ nak share PETUA KECANTIKAN DALAM ISLAM.
1• Jangan tinggal solat. Dan sentiasa berwuduk.

2• Minum air suam selepas bangun tidur. Minum segelas dan kemudian baru bersugi.
3• Mengurut wajah dengan selawat. Caranya dari dagu hingga ke dahi sebanyak 3kali.
Zikir baca “Ya Badiyah” 1x
Zikir baca “Ya Nur” 1x
Zikir baca “Ya Hadi” 1x
Zikir baca “Ya Allah” 3x
4• Baca surah Al-Waqiah. Ayat 35-38
5• Baca surah Yusuf selepas subuh
6• Berdoa masa lihat cermin.
7• Elakkan makan makanan darat dan laut dalam satu masa. Kerana cas ion nya berbeza. Nanti bergaduh pula ayam dan sotong dalam perut kita.
8• Sebelum makan, makan buah-buahan dulu. Untuk mengelakkan sembelit. Kalau sembelit, muka berkerut. Tak comel kan? ðŸ˜œ
9• Mandi sebelum subuh. Bagi segar badan.
Kalau sempat, sebelum Azan tu, Tahajjud seround ðŸ˜˜

TAZKIRAH : LIHAT LANGIT INGAT ALLAH


Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Untuk menjelaskan hal ini, mari Pak Ngah terangkan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung? 
Mari kita lihat ciptaan langsung daripada Allah terlebih dahulu. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati yang anak-anak, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.    
Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.   
Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik  dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau anak-anak bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.  
Jadi pak Ngah hendak ingatkan, kalau hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah: 
“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.” 
Anak-anak tentu pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang. 
Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan).  Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini anak-anak jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati anak-anak akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.
Penulis: Ustaz Pahrol Juoi

Petua kecantikan orang Asia.

Petua kecantikan orang Thailand.
Makanan kaya dengan rempah ratus.
Minum jus serai
Amalam berurut (padan kat Thailand banyak pusat urut ðŸ˜œ)
Sapu santan dan limau nipis di rambut.
Rawatan herba, lidah buaya dan kunyit. (Orang sekarang dengar kunyit bahaya, nak nak pula di Thailand)
Alaaaa.. gurau je.

Jom kita tengok orang India pula.
Orang india mengamalkan mandi dan basuh muka dengan Air mawar. Padan la kalau nak cari air mawar, kita senang cari di kedai runcit India kan? Make sense kan?
Masker kunyit, maskar limau nipis.
Bagi rambut pula, minyak kelapa, minyak limau dan henna.
Padan orang india suka Henna ni.

Last Mamajura nak selongkar orang Jepun pula.
Orang Jepun mengamalkan minum teh hijau 2kali sehari. Teh hijau kaya dengan anti-oksida.
No sugar tau..
Mereka juga mengamalkan pengambilan soya. Soya di Jepun adalah Non-Genetic modified tau.
Bagi mereka yang ada tanah, mereka tanam sendiri dan proses sendiri. Fresh sangat.
Antara makanan ruji orang Jepun
adalah Soya.
Padan comel comel kulit.

Sekarang juga Mamajura rasa nak bancuh ESP Shaklee.
Soya semulajadi yang tidak diubah genetik nya.
Selamat dan sedap.

Petua kecantikan orang dulu-dulu.


Apa yang u ols masih ingat dan amalkan?
Antara yang boleh teringat lagi sekarang,
• mandi bunga untuk naik seri.
• jangan basuh rambut masa period.
• jangan pijak bantal.
• jangan habiskan makanan anak.
• jangan main diluar waktu maghrib.
• jangan gosok mata.
• pakai bedak sejuk.
• jangan mandi lepas berpeluh, nanti naik panau.
• bilas rambut dengan santan.

Yang kelakar pon ada kan?
• tak nak bagi ketiak busuk, gosok ketiak dengan lutut. Adoi.. How??? Howww???
• kalau demam, pkai baju tebal dan stokin. Selubung dengan selimut.
• nak buat kenduri kahwin, campar seluar dalam pengantin kat atas khemah supaya tak hujan.
Mitos atau kebetulan atau fakta?