TAZKIRAH : ZIKIR MENGHALANG SYAITAN



Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (Surah Az-Zukhruf: 36)
Ayat di atas menerangkan tentang orang yang berpaling dari peringatan Ar-Rahman iaitu Al-Qur’an. Al-Quran adalah sebesar-besarnya rahmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Siapa yang menerima peringatan Al-Quran, bererti dia telah menerima anugerah yang besar. Sedangkan yang berpaling dan menolak peringatan Al-Quran, maka dia sangat-sangat merugi dan tidak akan bahagia selamanya. Akhirnya, syaitan pun akan menjadi teman dekatnya. Demikian keterangan dari Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya.
Ternyata, yang berpaling dari zikir dalam ayat tersebut bukanlah zikir biasa, namun berpaling dari Al-Quran. Kata Ibnu Katsir ayat di atas serupa dengan ayat-ayat berikut.
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan dia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisa’: 115)
فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ
Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (Surah Ash-Shaf: 5)
Oleh kerana itu, Allah katakan pada ayat selanjutnya,
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.” (Surah Az-Zukhruf: 37)
Wallahu waliyyut taufiq.

Primer

Semalam tertinggal bab primer ni.
Lagi satu Mamajura nak share, cara menutup wajah yang ada pori besar.
Cara nya adalah dengan menggunakan Primer.
Fungsi Primer adalah Pore Minimizer. Ia membantu make-up tampak lebih smooth effects.

Primer ada 2jenis.
Silikon based dan water based.
Silikon primer digunakan bila foundation pon jenis silikon.
Begitu juga waters based jika guna foundation jenis cecair.
Primer hanya di dap dap, selepas menggunakan pelembap dan sebelum foundation.
Mamajura pernah guna primer Laura Mercier, Benefit dan Maybelline.
Yang mahal mesti lagi cantik kan?
Memang masa guna Laura Mercier tu rasa muka ni mahal. Hahahahaha.. make up nampak lawa yang berbeza lawa.
Anda guna primer brand apa?

Whiteheads dan Blackheads.


Punca nya sama, dari pori yang tersumbat dan membesar.
Pori tersumbat dek kerana minyak muka yang banyak dan faktor persekitaran.

Penting basuh muka tau.
Okay, berbalik pada cerita white dan black tu.
Cara mengatasi nya sama macam post MJ sebelum ni.
Tapi whiteheads lagi terdedah dengan masalah jerawat. Kerana whiteheads mengandungi bakteria dan seperti ada benjolan kecil di permukaan kulit. Udara tidak boleh masuk kedalam folikel kulit.
Dan, bukan saja di wajah, di bahagian belakang badan, bahu pon ada whiteheads ini.
Menggangu kan?
Heheh, bukan saja skrub muka. Skrub badan pon kena buat la ni kan?

TAZKIRAH : MAKSIAT PENGHALANG KASIH SAYANG ALLAH





Di antara kesan maksiat adalah menjadikan Allah itu melupakan dan meninggalkan hambaNya, lalu Allah akan membiarkannya terus menjadi teman dekatnya iaitu syaitan. Ini sungguh suatu kesengsaraan dan bukan suatu keselamatan yang diharap. 
Allah Ta’ala berfirman,
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah Al Hasyr: 18-19).
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan pada hamba-Nya yang beriman untuk bertakwa dan melarang dari mempunyai kemiripan dengan orang yang melupakan Allah dengan meninggalkan sifat takwa. Akibatnya apa bagi orang yang enggan bertakwa? Iaitu Allah akan melupakannya. Allah akan melupakan kemaslahatan dirinya. Juga Allah akan melupakan dirinya sehingga dia tidak selamat dari seksa. Di samping itu pula, Allah tidak akan membuat dia selamat di akhirat kelak yang merupakan kehidupan abadi seorang muslim. Dia juga tidak dapat meraih kelazatan, kesenangan dan kenikmatan kehidupan negeri akhirat nanti. Itulah akibat dari seseorang yang lupa akan keagungan Allah dan tidak mempunyai rasa takut kepada Allah. Itulah balasan dari keengganan taat pada Sang Kholiq akibat hari-harinya diisi dengan perbuatan dosa.
Ini menunjukkan bahawa ahli maksiat akan sukar meraih kebaikan untuk dirinya sendiri. Allah akan menutupi hatinya dari mengingat-Nya di mana Allah yang memberikan keterangan jiwa. Ahli maksiat seperti ini hanya mengikuti hawa nafsunya dan dia termasuk orang yang melampaui batas. Dia akan luput dari kebaikan dunia dan akhiratnya. Dia juga akan sukar meraih kebahagiaan di negeri yang kita akan kekal abadi di dalamnya. (Kitab Ad Daa’ wad Dawaa’)
Moga Allah menjadikan hati kita selalu mengingati Allah dengan ketaatan dan jangan sampai kita menjadi orang yang dilupakan oleh Allah. Karena jika Allah melupakan kita, siapa yang dapat memberi pertolongan dan kebahagiaan? 
Hanya pada Allah kita memohon petunjuk dan keselamatan dari perbuatan maskiat, lebih-lebih perbuatan syirik, kufur, dan dosa besar.Wallahu waliyyut taufiq.

Cara mengecilkan pori.


Pori ni macam belon juga tau.
Nak besar, tiup.
Nak kecil, picit 😜

Mari, i ols share cara kecilkan pori. Tak banyak pon. 4 cara pon okay dah. Make sure konsisten tau.
1• Penggunaan kolagen. Tak kira makan atau sapu. Kedua-duanya membantu. Dalam post sebelum ni, MJ dah cerita punca pori wajah besar adalah kulit makin kendur. Sebab apa kendur? Kerana kurang elastik dan kolagen. Kolagen ada banyak jenis, MJ mesti pilih dari sumber laut kerana sumber laut lah yang kaya dengan kolagen.
.
.
2• Minum air dengan banyak. Bosan ke dengar nasihat minum air banyak ni? Jangan la u ols.. benda betul ni. Minum air buang toksin.
.
.
3• Makanan kita. Elakkan makanan manis dan bergoreng. Sebaliknya, perbanyakkan makanan yang kaya dengan resveratrol, Selenium, makanan rendah GI dan VitaminC. Ini membantu masalah kulit dan juga dalaman anda.
.
.
Dan yang terakhir,
4• Mask atau skrub wajah.
Skrub ais. Ais? Iyeee. Ais batu dari peti tu. gosok gosok saja pada wajah. Skrub ais jug membantu melancarkan peredaran darah. Muka lagi berseri nanti.
Skrub gula perang. Membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan minyak belebihan. Lepas skrub basuh muka tau. Kang bersemut.
Skrub putih telur, antara sanggup atau tidak 😜 Ada orang letak juga jus lemon. Jangan ambil buat kel sudah la.
Cara nya : lapiskan kulit dengan tisu dulu, kemudian sapu putih telur yang telah di pukul ke atas muka. Biar sampai kering tau. Biar selama 30min. Untuk keputusan yang lebih baik, buat 2kali seminggu.
Skrub kulit lemon, oren atau pisang. Pilih la.. kerana apa 3 buah ini? Kerana perasan tak u ols, buah ini ada lapisan putih. Lapisan putih itu kaya dengan Bioflavanoids yang kaya sengan VitaminC. So sila lah tonyoh pada wajah sebelum buang.
Menarik dan mudah kan?

TAZKIRAH : LIHAT LANGIT INGAT ALLAH






Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Untuk menjelaskan hal ini, mari Pak Ngah terangkan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung? 
Mari kita lihat ciptaan langsung daripada Allah terlebih dahulu. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati yang anak-anak, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.    
Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.   
Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik  dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau anak-anak bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.  
Jadi pak Ngah hendak ingatkan, kalau hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah: 
“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.” 
Anak-anak tentu pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang. 
Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan).  Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini anak-anak jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati anak-anak akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.
Penulis: Ustaz Pahrol Juoi

Apa itu pori?

Pori wajah besar dan blackheads.
Dah mula meraba muka la tu kan?
Atau tengok cermin?
Hehehe.. meh MJ cerita sikit.
Tengah rajin ni.
Apa itu pori wajah besar dan punca?
Punca : Genetik dan faktor usia.
Semakin tua, masalah kulit semakin besar. Kulit semakin menebal, terdedah kepada matahari, kulit makin kendur dan kering.
Ini menyebabkan kulit makin berminyak dan Pori wajah besar dan blackheads.
Apa itu pori wajah besar dan punca?
Genetik dan faktor usia.
Semakin tua, masalah kulit semakin besar. Kulit semakin menebal, terdedah kepada matahari, kulit makin kendur dan kering.
Ini menyebabkan kulit makin berminyak dan pori tersumbat. Apabila pori tersumbat, pori yang tersumbat itu, menjadi makin membesar dan lama kelamaan jadi blackheads.
Menggangu kan?
Kita boleh tahu dan tengok rupa kita atau orang lain.
Orang putih kata obvious 😜
Nanti Mamajura sambung cara mengatasi pori tersumbat.