TAZKIRAH : MAKSIAT PENGHALANG KASIH SAYANG ALLAH





Di antara kesan maksiat adalah menjadikan Allah itu melupakan dan meninggalkan hambaNya, lalu Allah akan membiarkannya terus menjadi teman dekatnya iaitu syaitan. Ini sungguh suatu kesengsaraan dan bukan suatu keselamatan yang diharap. 
Allah Ta’ala berfirman,
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah Al Hasyr: 18-19).
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan pada hamba-Nya yang beriman untuk bertakwa dan melarang dari mempunyai kemiripan dengan orang yang melupakan Allah dengan meninggalkan sifat takwa. Akibatnya apa bagi orang yang enggan bertakwa? Iaitu Allah akan melupakannya. Allah akan melupakan kemaslahatan dirinya. Juga Allah akan melupakan dirinya sehingga dia tidak selamat dari seksa. Di samping itu pula, Allah tidak akan membuat dia selamat di akhirat kelak yang merupakan kehidupan abadi seorang muslim. Dia juga tidak dapat meraih kelazatan, kesenangan dan kenikmatan kehidupan negeri akhirat nanti. Itulah akibat dari seseorang yang lupa akan keagungan Allah dan tidak mempunyai rasa takut kepada Allah. Itulah balasan dari keengganan taat pada Sang Kholiq akibat hari-harinya diisi dengan perbuatan dosa.
Ini menunjukkan bahawa ahli maksiat akan sukar meraih kebaikan untuk dirinya sendiri. Allah akan menutupi hatinya dari mengingat-Nya di mana Allah yang memberikan keterangan jiwa. Ahli maksiat seperti ini hanya mengikuti hawa nafsunya dan dia termasuk orang yang melampaui batas. Dia akan luput dari kebaikan dunia dan akhiratnya. Dia juga akan sukar meraih kebahagiaan di negeri yang kita akan kekal abadi di dalamnya. (Kitab Ad Daa’ wad Dawaa’)
Moga Allah menjadikan hati kita selalu mengingati Allah dengan ketaatan dan jangan sampai kita menjadi orang yang dilupakan oleh Allah. Karena jika Allah melupakan kita, siapa yang dapat memberi pertolongan dan kebahagiaan? 
Hanya pada Allah kita memohon petunjuk dan keselamatan dari perbuatan maskiat, lebih-lebih perbuatan syirik, kufur, dan dosa besar.Wallahu waliyyut taufiq.

Cara mengecilkan pori.


Pori ni macam belon juga tau.
Nak besar, tiup.
Nak kecil, picit ðŸ˜œ

Mari, i ols share cara kecilkan pori. Tak banyak pon. 4 cara pon okay dah. Make sure konsisten tau.
1• Penggunaan kolagen. Tak kira makan atau sapu. Kedua-duanya membantu. Dalam post sebelum ni, MJ dah cerita punca pori wajah besar adalah kulit makin kendur. Sebab apa kendur? Kerana kurang elastik dan kolagen. Kolagen ada banyak jenis, MJ mesti pilih dari sumber laut kerana sumber laut lah yang kaya dengan kolagen.
.
.
2• Minum air dengan banyak. Bosan ke dengar nasihat minum air banyak ni? Jangan la u ols.. benda betul ni. Minum air buang toksin.
.
.
3• Makanan kita. Elakkan makanan manis dan bergoreng. Sebaliknya, perbanyakkan makanan yang kaya dengan resveratrol, Selenium, makanan rendah GI dan VitaminC. Ini membantu masalah kulit dan juga dalaman anda.
.
.
Dan yang terakhir,
4• Mask atau skrub wajah.
Skrub ais. Ais? Iyeee. Ais batu dari peti tu. gosok gosok saja pada wajah. Skrub ais jug membantu melancarkan peredaran darah. Muka lagi berseri nanti.
Skrub gula perang. Membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan minyak belebihan. Lepas skrub basuh muka tau. Kang bersemut.
Skrub putih telur, antara sanggup atau tidak ðŸ˜œ Ada orang letak juga jus lemon. Jangan ambil buat kel sudah la.
Cara nya : lapiskan kulit dengan tisu dulu, kemudian sapu putih telur yang telah di pukul ke atas muka. Biar sampai kering tau. Biar selama 30min. Untuk keputusan yang lebih baik, buat 2kali seminggu.
Skrub kulit lemon, oren atau pisang. Pilih la.. kerana apa 3 buah ini? Kerana perasan tak u ols, buah ini ada lapisan putih. Lapisan putih itu kaya dengan Bioflavanoids yang kaya sengan VitaminC. So sila lah tonyoh pada wajah sebelum buang.
Menarik dan mudah kan?

TAZKIRAH : LIHAT LANGIT INGAT ALLAH






Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Untuk menjelaskan hal ini, mari Pak Ngah terangkan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung? 
Mari kita lihat ciptaan langsung daripada Allah terlebih dahulu. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati yang anak-anak, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.    
Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.   
Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik  dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau anak-anak bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.  
Jadi pak Ngah hendak ingatkan, kalau hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah: 
“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.” 
Anak-anak tentu pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang. 
Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan).  Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini anak-anak jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati anak-anak akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.
Penulis: Ustaz Pahrol Juoi

Apa itu pori?

Pori wajah besar dan blackheads.
Dah mula meraba muka la tu kan?
Atau tengok cermin?
Hehehe.. meh MJ cerita sikit.
Tengah rajin ni.
Apa itu pori wajah besar dan punca?
Punca : Genetik dan faktor usia.
Semakin tua, masalah kulit semakin besar. Kulit semakin menebal, terdedah kepada matahari, kulit makin kendur dan kering.
Ini menyebabkan kulit makin berminyak dan Pori wajah besar dan blackheads.
Apa itu pori wajah besar dan punca?
Genetik dan faktor usia.
Semakin tua, masalah kulit semakin besar. Kulit semakin menebal, terdedah kepada matahari, kulit makin kendur dan kering.
Ini menyebabkan kulit makin berminyak dan pori tersumbat. Apabila pori tersumbat, pori yang tersumbat itu, menjadi makin membesar dan lama kelamaan jadi blackheads.
Menggangu kan?
Kita boleh tahu dan tengok rupa kita atau orang lain.
Orang putih kata obvious ðŸ˜œ
Nanti Mamajura sambung cara mengatasi pori tersumbat.

Pori wajah besar.

Menggangu kan?

Nanti Mamajura share cara mengurangkan LARGE PORES

Serum dan jenis kulit.

 U ols dah tahu ke jenis kulit memasing? Jom kita tahu jenis SERUM.

Kulit berjerawat. Carilah
•Serum VitaminC (meningkatkan penghasilan kolagen, mempercepatkan proses pembaharuan dan baiki kulit dan juga mengurangkan inflamasi)
• Retinol( antioksida dan mengurangkan
inflamasi)
• Zinc (mengurangkan iritasi dan penghasilan minyak dan hyaluronic asid (mengekalkan kelembapan)


Kulit kering- Carilah
• Serum vitaminE. (Antioksida, memelihara sel dari dioksida, niacinamide (membantu elastik kulit,
• Glycolic acid (membantu membuang sel kulit mati dan lighten discoloration
• Hyaluronic acid (mengekalkan kelembapan)


Kulit kusam - Carilah
• Serum antioksida seperti green tea, resveratrol, ferilic asid (melawan radikal bebas, meningkatkan pelindungan terhadap natahari, dan membakki sel dengan lebih cepat dan membenarkan proses pembaharuan kulit pada waktu malam.
Okay tak info i ni?
Nanti sambung pasal Argan Oil ye..

Apa itu serum?


Serum adalah salah satu produk penjagaan kulit yang digunakan selepas mencuci wajah dan sebelum menggunakan pelembap. Serum mengandungi bahan yang “power” sebab Ia meresap terus kedalam kulit.

************************

Kenapa Serum power?

Serum terdiri daripada molekul yang halus. Sebab itu ia terus meresap terus kedalam kulit. Kepekatan serum sangat tinggi dengan bahn aktif.
Sebab itu dalam penjagaan wajah, serum ini seperti item WAJIB.
Mungkin anda rasa tidak penting sekarang, tapi bila dah mula berjeragat, masa tu baru tergugat.


**********************************
Adakah serum sejenis pelembap?
Ya dan tidak.
Memang ya serum mempunyai bahan seperti hyaluranic acid yang menghalang kulit kering, tetapi serum tetap bukan pelembap. Jenis krim adalah lebih sesuai dan membentuk lapisan pelindung diwajah.
Serum meresap kan?
So ia tidak melembap di luar.


*****************************************
Bila masa kita perlu menggunakan serum?
Baca label. Bagi saya, sekali sehari saja sebelum ke kerja. Unless, kalau malam tu ada nak keluar jejalan, tepek lagi serum la kite..


********************************
Beza Serum, oil, dan essence?
Serum- water based. Ia memelihara bahagian bawah kulit. Bahagian atas nya adalah pelembap (moisturizer)
Oil- oil based. Ia mempunyai molekul yang lebih besar dari serum dan pelembap.
Lapisan pertama kita guna serum.
Lapisan kedua kita guna pelembap. Dan lapisan ketiga kita guna oil face ni. Oil face memelihara dan menjaga serum dan pelembap. Oil face seakan lock kelempaban kulit sepanjang hari.
Oleh itu, ia memelihara kulit kita supaya kelihatan smlembap dan bermaya.
Essence- sama fungsi macam serum. Tapi essence lebih water atau cair dari serum. Serum lagi pekat.
**
Oleh itu, u ols dah dapat gambaran?