Periksa kelembapan kulit.

Nak check tahap kelembapan kulit.
Bukan, ini bukan untuk check suhu demam.
Ini untuk check kelembapan kulit.
Mamajura dapat buat test ni kat SHAKLEE.
Seronok sebab kita tahu jenis kulit macam mana.
Masa guna ni, Mamajura bebas dari alat makeup dan pelembap wajah. Naked face gitu. Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Jenis kulit dan pilihan pelembap.

Kenali jenis kulit u ols. Dan Mamajura dah selitkan sekali jenis pelembap / moisturizer yang sesuai.

•KULIT KERING•
Antara masalah terbesar pada kulit wajah. Masalah kulit kering kebanyakkan nya adalah dari keturunan, faktor persekitaran seperti kerjaya, makanan, masalah hormon dan cuaca.

Cuci muka setiap hari untuk memastikan sel kulit mati terbuang. Penggunaan serum, dan pelembap yang mengandungi hyaluronic asid, glycerin dan bahan laut seperti kolagen laut dan alga sangat membantu.
Ini bagi mengekalkan kelembapan dan memegang air. Nama pon amik supplement dari laut, muka pon rasa lembap macam di lautan.


•KULIT NORMAL•
Yang berkulit normal pula selalu masalah kulit kering di pipi. Sebab pipi pau kot 😜
Kulit normal dan tak berminyak ini seusai dengan pelembap jenis gel atau krim kerana gel atau krim lebih meresap dengan baik dan lama.

•KULIT BERMINYAK•
Kulit berminyak, dari pandangan mata kita boleh nampak kan. Bersinar dari jauh. Apatah lagi orang yang mengalaminya. Kulit berminyak tampak sihat tapi cepat berkedut.
Pelembap jenis essence lebih sesuai kerana jenis yang tak berminyak. Takkan nak pakai krim, lagi tampak berminyak kan?

•KULIT SENSITIF•
Masalah kulit sensitif sangat merunsingkan dan boleh membuatkan anda jadi down.
Malu dan tidak ada keyakinan diri.
Bahan yang ada dalam alat kosmetik juga perlu dititik beratkan. Harus lah bebas free paraben, pewangi sintetik, sulfate detergents, phthalaters, urea, DEA TEA.
Cara bagi anda yang berkulit sendirif, pertama bila nak try alat kosmetik atau penjagaan wajah, try pada lengan dulu. Biar dalam 30min.
Bila lengan takde masalah, tak ada gatal atau naik merah, try belakang telinga. Kalau tak ada masaah, okay la tu. Sesuai lah anda dengan produk tu.
So, dah boleh detect apa jenis kulit u ols?
Moga manfaat 😍

Kenali jenis kulit u ols.


🌀 Normal
🔆 Dry
🚫 Oily
Macam mana nak detect?

Kacang yang tiada masalah jerawat.

Semua kacang menyebabkan jerawat?
Tidak la, jangan la “cakap kacang begitu”
Almond mengandungi asid oksalat baik untuk merawat kulit dan mencegah jerawat.

Kacang soya pula mempunyai protein dan asid amino yang lengkap untuk mencantikkan kulit. Dan terbukti dapat melawan inflamasi dalam badan. Juga mencegah kulit kering supaya tampak lebih muda.

Almond dan kacang soya ini adalah contoh “kacang lupakan kulit”
😜😜😜😜😜

Makanan dan jenis darah.





Anda jenis darah mana?
Baca bahagian AVOIDS. Terutama kacang.
Boleh la baiki cara makan.
Pst:: Jangan tanya kolum darah pahlawan ke, darah mahsuri ke darah manis ke...
Kanggggg eeee kangggg!
Kecik beso kecik beso.

Kacang dan jerawat.

Suka makan kacang tapi takut jerawat?
Jawapan utk mengatasi?
Bersenam.
Biarkan peluh keluar melalui pori wajah. Aktifkan pori muka supaya tidak tersumbat. Dan jangan lupa minum banyak air.
Nak lagi berpeluh kaw kaw orang kata, bersenam dengan Cinch Tea.
Meningkatkan metabolisma kita 😘

TAZKIRAH : SAHAM KEBAIKAN DAN KEJAHATAN




Barangsiapa menolong dalam perkara yang haram atau dalam berbuat dosa, maka dia dihukumi sama dalam melakukan maksiat. Ini kaedah yang telah disimpulkan dari Al Quran dan hadis.

Allah Ta’ala berfirman,
Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. ” (Surah Al Maidah: 2) 
Ayat ini menunjukkan bahwa larangan saling tolong menolong dalam perbuatan maksiat.
Dalam hadis juga disebutkan,
Barangsiapa yang memberi petunjuk pada kejelekan, maka ia akan mendapatkan dosa dari perbuatan jelek tersebut dan juga dosa dari orang yang mengamalkannya setelah itu tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun juga.” (Hadis riwayat. Muslim).
Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang memberi petunjuk pada kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengikutinya. Sedangkan barangsiapa yang memberi petunjuk pada kesesatan, maka dia akan mendapatkan dosa seperti orang yang mengikutinya. Aliran pahala atau dosa tadi didapati baik yang memberi petunjuk pada kebaikan atau kesesatan tersebut yang mengawalinya atau ada yang sudah mencontoh sebelumnya. Begitu pula aliran pahala atau dosa tersebut didapati dari mengajarkan ilmu, ibadah, adab dan lainnya.”
Sedangkan sabda Rasul –shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Lalu diamalkan oleh orang setelah itu“, maka maksudnya adalah dia telah memberi petunjuk (kebaikan atau kesesatan) lalu diamalkan oleh orang lain setelah itu ketika yang contohkan masih hidup atau sudah meninggal dunia. Demikian penjelasan Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim ketika menjelaskan hadis di atas.
Intinya, dua dalil di atas menunjukkan dengan jelas bahwa siapa saja yang memberi petunjuk pada dosa atau maksiat, maka ia akan mendapatkan aliran dosa dari orang yang mengikutinya. Ini sudah jadi cukup bukti dari kaedah yang dibahas kali ini, iaitu siapa yang menolong dalam maksiat, maka dikira dia berbuat maksiat.
Moga Allah membimbing kita ke arah kebaikan.