Detox with DTX Complex part 3



Gatal buang toksin takpe.
Jangan gatal benda lain 😜

Nota kaki: kalau MJ, gatal nak shopping je 😜

Detox dengan DTX part 2





Baru nak sedekah. Tengok-tengok boleh pakai balik.

Jimat duit 😜

#TeamDetoxMJ
#EasyDetox
#LetsDetox
#better2017

TAZKIRAH : DI SEBALIK CIPTAAN ALLAH




Mengapakah lebah dan lalat sering dikaitkan bersama? Bahkan, dua serangga ini turut dijadikan perbandingan serta perumpamaan dalam hidup manusia. Persoalannya, mengapa dikaitkan?
Sudah tentu, ada cerita dan pengajaran daripada kedua makhluk Allah swt itu.
Berikut merupakan beberapa perkara yang terdapat pada lebah dan lalat dari beberapa sudut;

1# Tempat Tinggal
Lebah lebih suka tinggal di tempat yang bersih, tinggi, bukit-bukit, pohon kayu dan menyerap bahan-bahan yang bersih sahaja.
Firman Allah swt,
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia’.”  (An-Nahl : 68)
Tetapi lalat lebih suka tinggal di kawasan yang kotor seperti sampah-sarap, dan tempat yang mempunyai bau-bauan busuk seperti longkang busuk.

2# Makanan
Lebah menghisap sari pati bunga atau nektar daripada bunga-bungaan yang cantik, segar dan berwarna-warni. Hal ini seperti disebut dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud;
Dari Abdullah bin Amru bin Ash bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin seperti lebah. Dia memakan yang baik dan mengeluarkan yang baik, hinggap namun tidak memecah dan merosakkannya.”  (Hadis Riwayat Ahmad)
Lalat pula sentiasa dilihat mengerumuni benda-benda busuk, seperti bangkai binatang, makanan basi, tahi dan lain-lain.

3# Minat
Lebah lebih meminati bunga-bungaan yang berwarna-warni, cantik, baunya harum, wangi, dan tumbuhan hijau yang segar.
Manakala lalat pula lebih menggemari benda-benda kotor seperti buah-buahan yang busuk.

4# Kelebihan
Lebah memiliki kelebihan yang tidak ada pada serangga lain, iaitu menghasilkan madu yang berkhasiat untuk kesihatan dan penawar bagi penyakit yang menyerang tubuh badan manusia.

Firman Allah swt:
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” ( An-Nahl : 69)

Begitu juga lalat, ada sumber mengatakan bahawa lalat membawa racun di bahagian sayap kiri dan membawa penawarnya di sayap bahagian kanan. Hal ini seperti hadis Rasulullah saw yang bermaksud,

Dari Abu Hurairah r.anhu beliau berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Jika lalat hinggap ke dalam minuman salah seorang di antara kalian, maka hendaklah ia menenggelamkannya, kemudian buanglah (lalat tersebut), kerana sesungguhnya di salah satu sayapnya ada penyakit, dan di sayap lainnya ada ubat.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

5# Kelemahan
Walaupun lebah membawa faedah kepada manusia, iaitu menghasilkan madu yang dihisap melalui pati bunga-bungaan, serangga kecil ini juga memiliki kelemahannya iaitu menyerang manusia atau sesiapa yang menganggu sarangnya dengan menggunakan ‘senjata tajam’ di punggungnya.
Begitu juga lalat, serangga bertubuh hijau dan bermata bulat ini juga boleh membawa penyakit kepada manusia, antaranya penyakit desentri, diare, demam typhoid dan penyakit cholera.
Demikianlah perbandingan antara kedua serangga ini. Adapun, sama ada lebah atau lalat kedua-duanya memiliki keistimewaan yang tersendiri. Kedua-dua serangga ini adalah antara makhluk Allah yang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Kesimpulannya, dalam hidup ini kita hendaklah mengambil sikap seperti lebah iaitu hanya mencari kebaikan atau perkara-perkara yang elok sahaja.
Lebah tidak meninggalkan kotoran atau penyakit tetapi awas, jika kita cuba mengganggunya, dia akan bertindak untuk melindungi dirinya. Begitu juga perumpamaan manusia yang baik, beriman dan bertakwa diibaratkan seperti seekor lebah, tidak memakan makanan yang haram, berusaha menjaga dan melindungi dirinya dan hanya melihat kebaikan sahaja.
 Bukan seperti lalat yang sering mencari benda-benda kotor atau dalam erti kata lain, keburukan, selain menyebarkan pelbagai penyakit.
Begitu juga manusia, usahlah kita menjadi seperti lalat yang hanya melihat keburukan orang lain dan tidak sedar keburukan itu ada pada diri sendiri.
Kemudian, disebarkan pula keburukan tersebut pada orang lain dengan cara mengadu domba, mengumpat dan sebagainya sehingga membawa mudarat kepada orang lain.
Sesungguhnya, segala ciptaan Allah swt itu pasti memiliki hikmah bagi kehidupan manusia.
Oleh itu, bersamalah kita renungkan setiap ciptaan Allah dan teladani perkara bermanfaat dari kehidupan mereka (serangga, binatang dan hidupan lain).

Wallahua’lam.
Penulis: Marina M. Arus

Apa itu DETOX?



Detox ni merupakan satu proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan kita.

Ye lah kak ton, berapa tahun dah kita hidup. Kita "service" tak badan kita? Kereta pun berapa bulan sekali kena "service" juga kan?Kalau tak berkeladak minyak hitam tu. Dah kena major service.

Sama juga dengan badan kita, tak tau lah kalau boleh tengok macam mana rupa sebenar usus kita. MJ kerja tengok usus orang. Macam-macam pesen ada. 😜

Sebenarnya kan, badan kita ni mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Detox ni dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Nampak glowing gituuu..

Selain itu ia juga, DETOX turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Sebab tu detox tu penting. Untuk pastikan segala keladak dan toksin dalam badan ternyah dengan cara terhormat.

Nanti MJ sambung cerita pasal DETOX okay.

Nota kaki : Nak makan pisang tanduk siram gula kejap 😜

Detox dengan DTX part 1



Jangan pandang belakang kalau ada suara sayup-sayup panggil. Takut makhluk berambut panjang.

Tapi lepas makan DTX dan membuang, toleh la.

Mana tahu ada hasil yang lumayan.
Harta karun bertahun yang lama tak di buang 😜

#LetsDetox
#Better2017
#TeamDetoxMJ
#EasyDetox


0126647809

TAZKIRAH : SEBELUM JUMAAT KALI INI JAUH MENINGGALKAN KITA



Inline image 2
Mari sama-sama tambahkan selawat dalam harian. Moga Allah memberkati seluruh hidup kita.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.






TAZKIRAH : PELIHARA LIDAH, PERINDAH AKHLAK



Inline image 1

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”
(Surah Qaaf ayat 18).