TAZKIRAH : JANGAN TAMAK!

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini berasa sangat lapar,

“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke perdu pokok ara.

“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung pula.

“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar juga. Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang bersuara.

Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.

“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.

Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.

Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.

“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan lahapnya.

“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula melaung dari arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojoh.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.

Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.

“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu lagi.

“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja. Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam semak.

“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.

“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,” katanya lagi.

Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka meluru ke arah Buyung.

Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.

Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan semula perjalanannya.

Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.

“Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan biarlah berpada-pada dan tidak membazir,” kata Awang lalu beredar meninggalkan tempat itu.

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”
[Surah al-A’raaf: 3]

TAZKIRAH : SEDEKAH ITU INDAH

“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.

“Satu RM14.90 kak” jawabnya.

“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.

“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.

Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.

Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.

Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu

“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.

Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.

Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?

Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.

Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

SELAMAT TAHUN BARU 2017

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..

Apa azam tahun baru u ols?
Azam tahun baru saya ada 2 saja.
Pertama : Melancong ke Jepun.
Kedua : Menunaikan umrah sekali lagi.

Klise sangat la menguruskan badan. hahahaha.. setiap tahun azam yang sama. tak turun-turun pon.

Saya akan lebih kepada monthly goals. Setiap bulan saya akan tulis apa monthly goals saya.

Bulan Januari
ala..... malu nak sebut. tapi sis cuba. LOL

NO BAJU BARU
NO SELUAR ATAU SKIRT BARU
NO TUDUNG BARU (tapi sale ARIANI ) menangis jap.
NO BAJU BARU FOR ADAM

wish me luck!!

Resepi Sandwivh Tuna yang lazat

Yes, salah satu cara bagi orang yang susah nak makan supplement. MJ dah makan dah, best je. Siap 2keping roti lagi tauuuu.

Another interesting way to enjoy your daily dose of immunity. Try our delicious Nutriferon® Tuna Sandwich. Contact your Shaklee distributor or visit http://bit.ly/29wxrcv to get your Nutriferon® today!
#LiveAmazing #ShakleeImmunity #ShakleeMalaysia #DidYouKnow

"ROTI EXPIRED"


Jangan ambil mudah pada roti expired!
Ini kerana sebelum 3 hari roti itu expired kulat dah mula tumbuh dan bau kulat pun kita dah boleh hidu sebenarnya.

Kulat yang tumbuh sukar dilihat dengan mata kasar guna mikroskop. Ada orang tak kisah pun makan roti expired.
Tapi tunggu dalam 10 tahun lagi bila umur meningkat dan imuniti pada badan menurun. Kulat menghasilkan spora, bila kita sentuh pada permukaan roti ia terbang masuk hidung dan masuk udara sekeliling tanpa sedar.
Bila masuk ke hidung ia ke paru-paru dan membiak dalam paru-paru tau!
Nota kaki : MJ insoffff.

TAZKIRAH : MASIH ADA SERIBU ALASAN UNTUK TERSENYUM


Seorang anak kecil yang buta duduk bersila di depan sebuah tangga pintu masuk salah sebuah pusat membeli belah. Yup, dia adalah pengemis yang mengharapkan belas kasihan dari para pengunjung yang lalu lalang di depannya. Sebuah mangkuk kecil dan juga beberapa bekas tisu untuk jualan tersusun di hadapan anak itu dengan hanya beberapa keping duit syiling di dalamnya, sedangkan kedua tangannya memegang sebuah papan yang bertuliskan “Saya buta, kasihanilah saya.”
Seorang pemuda yang kebetulan melalui di depan anak kecil itu. Ia menyeluk sakunya, mengeluarkan beberapa keping duit, lalu memasukkannya ke dalam bekas anak itu. Dia terhenti seketika, pemuda tersebut memandang dan membaca tulisan yang terpampang pada papan yang sedang di pegang budak buta itu. Dia mula memikirkan sesuatu.
Lalu permuda tersebut meminta papan yang sedang dipegang budak itu, membalikkanya, dan menuliskan beberapa ayat diatasnya. Sambil tersenyum, pemuda itu kemudian mengembalikan papan tersebut, lalu pergi meninggalkannya. Sepeninggal pemuda itu, pendapatan anak itu mulai rancak.Tisu yang dijualnya mulai kurang satu per satu. Kurang dari satu jam, bekas duit anak itu sudah hampir penuh dan tisu jualannya juga habis. Sebuah rezeki yang luar biasa bagi anak itu.
Beberapa hari kemudian pemuda itu kembali menemui si anak lalu menyapanya. Si anak berterima kasih kepada pemuda itu, lalu menanyakan apa yang ditulis olehnya di papan miliknya. Pemuda itu menjawab, “Saya menulis, ‘Hari yang sangat indah, tetapi saya tidak dapat melihatnya.’ Tulisan tersebut hanya ingin mengutarakan betapa beruntungnya orang yang masih boleh melihat. Saya tidak ingin pengunjung memberikan duitnya hanya sekedar kasihan melihat kamu. Saya ingin mereka memberi atas dasar terima kasih kerana telah diingatkan untuk selalu bersyukur.”
Pemuda itu berkata lagi,
“Selain untuk menambah pendapatan kamu, saya ingin memberi pemahaman bahawa ketika hidup memberikan kepadamu 100 alasan untuk menangis, tunjukkanlah bahawa masih ada 1000 alasan untuk tersenyum.”

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
(Surah An Nahl: 78).

Soalan KBAT ;)

Sekali lagi soalan kbat datang menjelma dalam lena akak.
Bangun-bangun ada soalan yang beraras tinggi menjengah.
" Saya dah minum ESP 3 hari, tapi jerawat saya tak hilang pun sis "

Dengan mata yang mulanya separuh terbuka terus cerah jadinya.
Beberapa minggu lepas akak terima soalan lagi comel.
"Beb, kenapa masa aku ambil Vitamin C, kulit aku cerah je. Ni dah tak ambil kusam balik"
Akak cuma nak tanya je,
Hari ni bersalin esok terus boleh berlari ke?
Hari ni dok belah perut esok terus melekat cantik ke?
Awak makan hari ni kenyang seminggu ke?
Pagi tadi gosok gigi, setahun tak payah gosok. Mulut kekal bau kasturi ke?
Oh adik, oh kakak. Nama pun makanan tambahan. Ianya bukan benda kekal. Bila awak ambil, ia bantu tampung mana-mana yang lompang.
Bila awak tak ambil yang lompang boleh terus berlubang.
Makanan tambahan ni bukan ubat wahai adik wahai kakak.
Ianya cukupkan apa yang perlu.
Tampung mana yang kurang.
Lengkapkan yang tiada.
Tak ada yang kekal adik kakak oi. Semuanya sementara sebab tu perlu istiqamah.
Gunakan pinjaman akal sebaiknya ok.
Akak tak marah aih.
Bak kata P. Ramlee.
"Siapa marah? nasihattttt"