Bagaimana nak pilih warna blusher?



Ahhhh.. suka nya mamajura tengok gmbar ni. Rasa nak beli semua je kan. Hari ni pakai pink, esok pakai oren, tulat pakai pink menyala. Indahnya kehidupan kalau boleh macam tu.

Mamajura kalau pakai pink fuschia tu, rupa badut sarkis dah. Serious story u ols tau sebab pernah beli. Sumpah menyesal.  Terkebil-kebil tengok muka sendiri.

U ols kulit yang warna apa? Tu mamajura dapat gambar ihsan google, tunjuk warna kulit dan warna blusher sesuai. Tak pening kepala kan nak tengok. Sebab kalau pergi kedai, semua nak beli. Kalau rasa diri tu putih, warna apa je sesuai. Tapi kalau warna kulit hitam manis tu, sedar pipi lah ye 😚

Jujur cakap, mamajura beli blusher untuk stok 4 tahun sekali punya. Padahal pipi ada 2 je. Pakai blusher pon seminggu tak sekali 😜 

Suka. Suka tengok benda cantik dan mencantikkan.

Ingat ye, pakai blusher untuk lebih berseri. Bukan untuk jadi badut yang menggelikan hati.

Jadi...pilih blusher dengan teliti.

Notakaki: nak kulit pinkish semulajadi, banyakkan makan vitamin c. Insyallah elok pipi macam kena blusher sepoi2 bahasa

Yang nak lawa tapi belum lawa,
Mamajura a.k.a Izura Mohamad Sobri

Apa jadi jika kita makan dengan cepat?

Dulu pernah dengar orang tua cakap, kalau makan cepat otak pun akan berfikir dengan cepat. Ada juga yang kata cam mana cara kita makan camtu lah cara kita bekerja. 

Kalau makan lambat makan siap kan kerja pun lambat. 

Tapi sebenarnya makan dengan cepat akan menyebabkan perut menerima makanan dengan lebih banyak. 

Secara tidak langsung ianya membebankan perut dan melambatkan proses penghadaman. 

Satu kajian yang di jalankan pada orang dewasa di Jepun, 3000 orang dewasa yang mengamalakan pemakanan yang cepat berisiko hadapi obesiti.

Saya menyarankan pengambilan herblax dan pappermint ginger untuk memastikan proses penghadaman dan pembersihan usus berlaku dengan lebih lancar.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : BELAJAR DENGAN SEMUT

TAZKIRAH : BELAJAR DENGAN SEMUT
 
"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."
Surah An-Naml ayat 17-19
Semut Yang Rajin Dan Bekerjasama
Semut bekerja menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah dilihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu.
Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka. Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain.
Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.
Semut mempunyai 500,000 sel saraf yang termuat dalam 2-3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
Istimewanya Makhluk Allah Ini.
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimia iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi (Feromon). Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
Semut rajin bekerjasama dan tolong-menolong untuk ikatan antara mereka yang kuat.
Semua spesies semut, yang jumlahnya mencapai kira-kira 8800 spesies, mencari makanan dan membawanya pulang dengan cara yang berbeza-beza. Dalam spesies-spesies tertentu, semut berburu sendirian dan membawa pulang makanannya masing-masing. Spesies lain berburu berkelompok dan membawa serta menjaga makanannya bersama-sama.

Berusaha hingga Berjaya
Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.
Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi. SubhanAllah.
Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Kisah Seorang Badwi dan Semut
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.
Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."
Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Menyimpan makanan
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Sebagai kata-kata motivasi untuk kita:

Anda bukan sahaja perlu rajin seperti semut, tetapi anda juga perlu gigih dan cekal seperti semut.


Sumber: iluvislam

jom kira kalori

BERAPA KALORI MAKANAN KITA? 

Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. 

Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk MESTI lebih rendah daripada kalori yang keluar. Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan.


Jom ketahui jumlah kalori makanan anda. 

🗣 Jenis Makanan: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

🗣 Jenis Makanan: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

🗣 Jenis Makanan: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

🗣 Jenis Makanan: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

🗣 Jenis Makanan: Buah-Buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

🗣 Minuman:

1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal

Lofattah

Perkongsian Kejayaan Neelofa. 

Neelofa dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai DNA berniaga. Dari nenek moyang dan ibunya memang minat berniaga. 

Beliau biasa membantu ibunya berniaga. Malah Neelofa pun mencuba bermacam-macam perniagaan seperti perniagaan kasut, jubah neelofa dan contact lens sebelum meletop dengan tudung instant shawl.

- Menubuhkan Neelofar pada tahun 2014
- Menjalankan perniagaan 💯 % online pada masa itu.
- Permulaan jualan, beliah hanya membuat 200 helai sahaja.
- Selepas mendapat sambutan, barulah mereka mula membuat jualan di bazar-bazar dan di expo-expo.
- Beliau mempunyai 800 agen yang berdaftar tetapi hanya 400 sahaja yang aktif. Sekarang telah membuat sistem yang lebih ketat untuk mencari agen yang berkualiti. 
- Apabila bertekad membuat biz beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja.
- Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.
- Jualan dalam negara pada tahun lepas 50 juta.
- Hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. 
- Selepas 3 tahun tidak berlakon, beliau rasa perlu kembali membuat marketing melalui lakonan. Jadi beliau berjumpa Micheal Ang.
- Kebetulan Micheal Ang kata ada 1 naskah dan setuju Neelofa jadi heroin drama tersebut iaitu Suri Hati Mr Pilot. 

- Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili 

     a) Warda semasa bujang
     b) Warda selepas berkahwin
     c) Warda selepas dapat anak. 

- Ternyata percaturan beliauk berjaya apabila jualan tudung warda meletop-letop sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot.
- Pesanan beliau kepada yang baru nak menceburi dunia bisnes

    a) Mesti tahu brand identiti yang ingin ditonjolkan. Logo, warna (beliau menetapkan tudung neelofar hanya menggunakan warna-warna pastel) cara copywriting (tentukan corak bahasa dari Day 1)
    b) Kena tahu siapa target market produk kita. 
    c) Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.
    d) Gunakan pemasaran yang murah. Beliau mulakan dengan low cost marketing. Hanya di FB dan instagram.
    e) Pos banyak kali dalam sehari. Guna gambar yang berbeza-beza.
    f) Bagi detail bagi setiap collection
    g) Feed info yang valuable kepada pelanggan
    h) Membuat marketing dengan cara yang berbeza (terlalu banyak org buat tutorial, video dan sebagainya- tahun ini beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri) Mesti kreatif!
     i) Manfaatkan sepenuhnya media sosial. 

Banyak input yang diperolehi daripada perkongsian Neelofa. Beliau memang berusaha keras untuk menjadikan bisnesnya  seperti hari ini.

Mamajura terjebak tengok cerita ni tau. Sebab nak tgk Neelofa, tudung dia, baju dia. Dan opkos la tgk abam pilot tu juga.

Amazing lebih 6juta penonton.
Pertaruhan yang berbaloi.

#SuriHatiMrPilot
#BeautyWithBrain

TAZKIRAH : UBAT PENAT DENGAN SOLAT


TAZKIRAH : UBAT PENAT DENGAN SOLAT
 
Pernah tak anda rasa macam nak menjerit ‘Ya Allah, banyaknya kerja!’? Sampai nak bernafas pun terasa payah. Ada hari yang kita boleh selesaikan, tapi akan ada masa yang tiba-tiba rasa macam bateri dah ‘kong’.
Pernah tak lihat ikan dalam satu bekas dan bekas tu tak cukup air? Tercungap-cungap dia nak sedut udara. Macam itulah rasanya kan?
Hari ini saya ingin kongsikan satu cerita yang pada saya satu kajaiban telah berlaku.
Saya ada kuliah di suatu pagi. Dari pagi saya sudah sibuk dengan kerja-kerja yang berderet. Habis sahaja kuliah pada jam 1 tengahari, ya Allah penatnya rasanya. Macam baru lepas berjogging dari pagi. Hilang semua tenaga.
Masuk pejabat, mula-mula ingat hendak ‘take a nap’ 15 minit. Tapi selang 5 minit saya sudah terbangun. Cuba sambung lelap tapi otak ligat teringatkan banyaknya kerja yang perlu dibuat.
Bayangkan, mengingatkannya saja sudah buat otak terasa penat. Sudahnya saya jadi macam ikan tadi. Tak cukup air dalam bekas sampai tercungap-cungap rasanya nak bernafas.
Akhirnya saya matikan jam dan bergerak menuju ke surau untuk solat Zohor, tapi dengan langkah yang terasa berat sekali. Beratnya tu seolah ada batu besar dipikul di bahu.
Berat, sampai saya rasa begitu lemah ketika solat. Akhirnya saya solat dengan sangat perlahan. Lama saya membaca dari satu ayat ke satu ayat. Setiap kali selesai satu ayat, saya menarik nafas yang agak panjang untuk membaca ayat seterusnya.
Bukan sebab kusyuk benar, tapi sebab saya rasa begitu lemah.
Dan ketika saya melakukannya beberapa kali, saya mula perasan sesuatu. Seolah-olah kepenatan yang saya rasakan tadi disedut keluar perlahan-lahan.
Hinggalah pada satu waktu, ketika sujud tiba-tiba saya teringatkan satu ayat yang baru saya baca sewaktu pagi.
“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat saja pada siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenalan.
Sungguh rugi orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk.”
Surah Yunus : 45
Ia seolahnya membisikkan kepada hati saya ‘This life is only for 1 second. For 1 second’
‘So hold on…’
Ya Allah, tiba-tiba laju air mata mengalir. Saya menangis dalam sujud hingga basah permaidani dek air mata hening yang mengalir. Saya menangis dan menangis.
Saya rasa betapa baiknya Allah pada saya. Saat saya merasa begitu berat dengan tugasan yang menanti,
“He is always there to comfort me. He always know what I need the most and He knows how to provide it the best way. The best way. Subhanallah.”
Saya merasa seperti seorang anak kecil yang baru cuba bertatih, tapi terjatuh hingga rasa nak menangis dan beratnya untuk bangun melangkah lagi.
Tetapi, tiba-tiba didatangi segera oleh ibunya dan dipeluk erat dan ibu itu berkata dengan penuh kasih sayang “its ok..sikit aje ya sayang. Kejap aje, nanti lama-lama mesti pandai jalan”.
Saya menangis dan membiarkan air mata terus mengalir.
Ya Allah, sungguh Engkau Tuhan yang amat baik kepadaku. Sedang aku hambaMu yang selalu lalai dalam mengingatiMu. Aku sibuk dengan urusanku, hingga lupa untuk memujiMu. Tapi, Kau tidak pernah lupa untuk menyayangiku’
‘Ya Allah, pimpinlah hambaMu yang lemah ini. Pimpinlah aku agar dapat aku terus mendaki tangga cintaMu. Hingga aku bertemu denganMu.
Kerana aku ingin dipeluk olehMu’
Itulah luahan hati saya dan tiba-tiba terasa hilang segala bebanan yang dirasakan tadi. Hilang seperti ‘kain’ bebanan yang membalut tubuh, yang tiba-tiba hilang ditiup angin.
Ya, semudah itu ia berlalu pergi.
Subhanallah. Ajaibnya pertolongan Allah. Apa yang saya rasakan berat, Dia boleh hilangkan seperti kain yang ditiup angin lalu.
Baiknya Allah pada kita, Dia dah bagi siap-siap kat kita cara macamana nak handle life.
Dulu, sejak kecil lagi saya selalu fikir yang solat ialah satu tanggungjawab, satu kewajipan. Sibuk macamanapun, solat itu wajib.
Tapi rupanya, Tuhan buatkan untuk kita satu cara khas untuk bantu kita ‘move forward happily’ setiap hari.Ketenangan, kebahagiaan, kedamaian, recharge tenaga, dapat ilham, dapat luahkan perasaan, dapat mengadu, dapat rasa disayangi, dapat mengaku salah, dapat meminta apa yang diingini, dapat memohon ampun sehingga merasa lega, dapat melahirkan rasa rindu, dapat mencurah rasa.
Kita dapat semuanya. Semua dalam waktu yang sama. Hanya dengan satu cara yang sangat mudah:
SOLAT.
Subhanallah.
Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya dengan memerintahkan kami bersolat, rupanya Kau memberi kami cara untuk mendapat apa yang didamba, hingga tidak perlu kami teraba-raba mencari jalan atau teknik yang lainnya.

Sumber: Siti Ujila (UPM)

Punca kejatuhan MLM

Punca kejatuhan sebuah perniagaan MLM
================= 

Makin hari kita akan makin matang menilai erti kehidupan.

Selama 20 tahun dalam Shaklee; saya belajar dari jatuh bangun saya sendiri dan melalui pengalaman orang yang sama berjuang dalam Shaklee.


Golongan yang sombong.
Mereka ini tak lama pun dalam bisnes. Sebab cakap besar; sombong dan jalan mendabik dada. Allah tak suka orang yg sombong. Maka nikmat itu ditarik balik.


Golongan yang tak hormat guru.
Tanpa guru ( upline@ super upline) kita takkan ada dalam bidang itu. Maka hormati dia. Selagi pengajaran upline atau super upline tidak bertentang dengan syarak dan hukum agama, hormatilah dia.
Walau guru kita tak sehebat kita tetapi hak guru di sisi Allah sangat tinggi. Oleh itu perlu hormati guru dan mendoakan guru dgn doa yg baik.
Mereka yang tak hormat guru pasti tak akan rasa barakah ilmu dan hidup. Kejayaan yg dikecapi juga hanya bersifat sementara.


Golongan yang meniaga sambil mencuri.
Menjual harga yg lebih rendah dari sepatutnya malah ada yang mencuri downline dari organisasi orang lain tanpa rasa bersalah.
Golongan ini juga takkan bersifat lama dalam bisnes sebab niat tak menghalalkan cara. Allah tak suka mereka yang berniaga tetapi menganiaya orang lain.


Golongan yang datangnya hanya kerana duit dan pangkat.
Ramai orang tak sedar solat mereka hilang khusyuk kerana hati mereka hanya tertumpu pada duit dan pangkat.
Dek kerana sibuk nak kejar duit dan pangkat mereka lupa pada hidup yg sementara.
Allah jugalah yang melenyapkan mereka dari bidang itu apabila duit dan pangkat telah dikecapi.


Maka nasihat kami; berniagalah dengan jujur: Allah maha melihat.
Pokok memang mengambil masa untuk membesar seterusnya menghasilkan buah.

Jika ada yg menawarkan anda sertai organisasi mereka dengan pangkat segera; percayalah ia TAK KEKAL LAMA. 

Tanyalah pada mereka yang pernah betray ( khianat) guru mereka ( upline mereka) di mana mereka sekarang?

Yang pasti golongan ini tidak dapat sebuah organisasi yang baik kerana bermula dengan cara yang tidak betul.


Jemputlah rezeki kerana Allah maha pemberi:

Duit ni sementara sahaja. Yg kekal adalah KEBERKATAN.
Bila rezeki berkat kita solat pun tenang.
Bila rezeki berkat, rumahtangga bahagia.
Bila rezeki berkat, harta benda selamat.
Bila rezeki berkat, anak juga menjadi penyejuk hati dan jiwa.
Bila rezeki berkat jiwa kita juga kuat.


Assalamualaikum! Moga mencapai kejayaan dan kebahagiaan yg hakiki.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty