TAZKIRAH : DIDIK ANAK ERTI HIDUP

TAZKIRAH : DIDIK ANAK ERTI HIDUP

Bising dalam group Whatsapps PASTI anak saya. Seorang ibu mengadu anaknya selalu hilang alat tulis. Ibu itu minta guru-guru pantaulah anak-anak yang suka pinjam atau terambil supaya hantar semula kepada anaknya.
Kata beliau, anaknya tidak akan pergi sekolah selagi tidak cukup kelengkapan alat tulis. Jadi, setiap hari beliau terpaksa beli baru untuk lengkapkan alat tulis.
Sahabat subahat, usia 5 dan 6 tahun adalah usia yang sangat bagus membina karakter dan mind set anak-anak.
Tanam dalam diri mereka erti hidup yang sebenar. Erti kehilangan sesuatu yang disayangi. Erti menggunakan apa yang ada demi mencapai matlamat dan tujuan. Erti berusaha menjaga hak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Satu hari, anak saya sedang melukis. Dia tersilap lukis lalu mahu memadamkannya. Dia datang mengadu. Saya arahkan dia ambil gelang getah di dapur.
Gelang getah diikat pada batang pensel. Saya tunjukkan cara memadam menggunakan gelang getah itu. Anak itu nampak kagum.
Di situ dia dapat belajar sesuatu. Apabila datang masalah fikirkan solusinya segera, tidak perlu siasat apa-apa. Kedua, dia belajar erti guna apa yang ada untuk laksanakan kerja. Walhal, ada sedozen pemadam yang saya simpan. Ketiga, dia dapat belajar sesuatu yang baru.

sumber penulis: Ahmad Saifuddin Yusof

Tidur BOLEH kurus?

 



Dengan memiliki tidur yang cukup ianya secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu memiliki berat badan yang sempurna.

Jika anda mahu kelihatan lansing, sebenarnya anda perlu juga merancang waktu tidur anda lebih awal dari biasa.

Pengkaji di University of Chicago menemukan bahawa orang yang diet dengan waktu tidur yang baik,  lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. 

Kajian juga mendapati, orang yang kurang  tidur lebih cepat lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika kita mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : PESAN AYAH

TAZKIRAH : PESAN AYAH


Abah terdengar jeritan dari bilik anak gadisnya. Disusuli dengan tangisan sayu. Lantas dia bangun. Menuju ke bilik anaknya. Ketuk pintu bilik anaknya.

“Kenapa ni? Boleh abah masuk?”

Anaknya masih menangis di dalam.

“Tak boleh… Tak boleh…”

Anak gadisnya itu dikuasai emosi. Tak mampu berfikir dengan baik kala itu. Abahnya segera dapat menangkap isi cerita.

“Lelaki yang kamu suka tempoh hari tu, dah tinggalkan kamu ke?”

Raungan makin kuat kedengaran dalam bilik. Si abah masih berdiri di hadapan pintu bilik yang berkunci. Nampak seperti tekaannya tepat pada sasaran. Seketika, si anak mulai berbicara dalam sendu tangisnya.

“Salah ke kalau saya gemuk berisi? Apa hina sangat ke? Saya tak minta pun badan cepat naik macam ni!

Lelaki semua sama saja! Nak yang cantik! Nak yang solid! Nak yang slim!

Yang tak seberapa macam saya ni, tak fikir panjang terus tolak buang macam tak ada harga!”

Abah duduk bersandar di depan pintu anaknya. Dia tahu anaknya itu berada di sebalik pintu sana melalui bayang di bawah pintu.

“Tahu tak, kita tak perlu jadi kurus atau cantik pun? Yang lebih penting adalah sihat. Agama tak suruh jadi kurus atau jadi terlalu gemuk.

Agama suruh jaga kesihatan supaya senang beribadah. Hambakan diri pada Allah.”

Anaknya menjawab,

“Tu Allah nak. Tapi, lelaki tak nak.

Lelaki nak yang cantik bergaya slim ramping!”

Abah mendengar luahan si anak. Menjawab kembali,

“Andai badan yang cantik kuruslah yang lelaki itu kejarkan, kenapa nak lagi lelaki begitu? Kerana sudah jelas, terang bersuluh, hatinya tidak pada hatimu. Cuma bernafsu pada lekuk tubuhmu.

Menyintai seseorang yang tiada perasaan pada kita, ibarat tanam batu dalam tanah dengan harapan ianya bercambah menjadi pokok yang subur. Memang taklah.”

Dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13, Allah berfirman,

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 
— Al-Hujuraat, ayat 13

Abah sambung berbicara,

Bukan siapa yang lebih cantik, siapa lebih kurus, siapa lebih slim, siapa lebih menawan dan menarik hati dan mata yang memandang. Tetapi siapa yang lebih bertakwa antara kamu.

Andai lelaki itu mahukan tubuh slim semata-mata, adakah dia lelaki bertakwa? Jawabnya tidak.

Dia biar kamu sakit, kamu terseksa, kamu sengsara hati, diet sampai tak makan, gastrik jatuh sakit, makan pil itu dan ini yang mudaratkan organ semata-mata untuk kurus seperti kehendaknya, semata-mata demi memenuhi nafsu keinginannya, adakah ini tanda takwa?

Jawabnya tidak. Cuma lelaki bayangan syaitan. Nafsu menguasai dirinya.”

Anaknya menangis lagi. Namun, tangisannya kian mereda.

“Tapi abah, saya cintakan dia.”

Abahnya cuma tersenyum di balik pintu, seraya berkata.

“Bila benar cinta, dia takkan sanggup buatmu terluka. Andai benar dia mahu kamu terlihat kurus cantik, maka lamarlah dari tangan wali ini. Dari abah.

Kemudian, ketika perjalanan menuju nikah atau selepas nikah, dia sendiri yang berikan sokongan, dorongan kepada calon isterinya untuk berubah.

Mengurangkan obesiti. Mengurangkan lemak. Dengan bersenam dan sebagainya. Ikutlah apa namanya, diet atkins ke diet gaya kevin ke. Asalkan sihat dan tidak beri tekanan.

Bukan dengan mendera hati dan perasaan. Tapi dengan beri galakan dan sokongan dengan mesra dan memahami jiwa.

Dia yang menjadi trainer. Dia yang bersama dalam setiap susah dan rintangan sepanjang proses kuruskan badan.

Dia nak kamu terlihat cantik, dialah yang usahakan sehabis dayanya. Hendak cantik perlukan usaha dan sokongan. Bukannya petik jari atau seru saja, hatta mengarah bagaikan bos. Dia bukan bos sebelum akad.

Abahlah bos kamu sebelum akad.”

Suasana sepi seketika. Pintu dibuka. Si anak keluar dari biliknya. Peluk bapanya dengan sendu tangis.

“Abah..sakitnya hati ini..”

Abahnya menenangkan.

“Abah faham. Hidup ini ujian. Dengan ujian inilah yang akan lebih matangkan kamu. Supaya kamu tidak lagi jatuh dalam lubang berbisa yang sama untuk kedua kalinya.

“Lelaki yang ‘keras hati’ dan kasar pada kamu, tak elok dijadikan suami.

Nabi s.a.w. pesan:  
“Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut, dia adalah luput dari segala kebaikan.” 
— Hadis Riwayat Muslim

Biarlah tak kurus badan hingga jatuh sakit. Asalkan tak kurus iman. Hati berpenyakit.

 
Sumber Penulisan: Muhammad Rusydi







Kurus dengan cepat.

Ramai yang teruja nak kurus. Pantang tengok iklan yang beri jaminan kurus sekelip mata. Ramai yang cepat teruja.


Tahukah anda dapatkan berat badan yang ideal memang dituntut. Tapi bukan dengan cara segera yang akhirnya membahayakan kesihatan.

Antara tips untuk turunkan berat badan secara sihat ialah; 

1. AMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI

2. MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI

3. AMBIL PROTEIN YANG CUKUP

4. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK

5. KURANGKAN PENGUNAAN GULA PUTIH

6. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

7. MINUM 3-4 LITER AIR PUTIH SEHARI

8. MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Untuk dapatkan nasihat pemakanan seimbang dan diet yang berkesan, hubungi saya sekarang.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : MASIHKAH ADA BERHALA DALAM HATI KITA

TAZKIRAH : MASIHKAH ADA BERHALA DALAM HATI KITA

Berhala biasanya ditafsirkan sebagai patung, objek yang disembah, dipuja, dan diagung-agungkan. Namun, untuk makna yang lebih luas, berhala juga boleh membawa maksud apa-apa yang disembah selain Allah S.W.T. Tidak semestinya dalam bentuk objek, bahkan mungkin juga dalam bentuk -isme atau perkara-perkara lain.
Persoalan terpenting, wujudkah berhala dalam hati? Apakah ia telah pun terwujud dalam hati kita? Ya! Mungkin kita sahaja yang tidak sedar akan kehadirannya. Mari kita sama-sama menelitinya.
PEMBENTUKAN BERHALA DALAM JIWA
Bagaimanakah wujudnya berhala dalam jiwa?
Mudah! Berhala dalam jiwa ini tercipta dan terwujud apabila kita melebihkan perkara lain melebihi Allah S.W.T, sehinggakan kita rasa ia lebih penting dan lebih diutamakan berbanding Allah S.W.T. Maka, secara tidak langsung, sudah terwujud ‘berhala’  dalam kehidupan kita.
Ketaatan, ketundukan, pengorbanan kita, semuanya kita berikan melebihi apa yang kita berikan kepada Allah S.W.T. Silap hari bulan, kita tidak lagi memberikan ketaatan, ketundukan dan pengorbanan yang mutlak kepada Allah S.W.T.
Pada titik ini, hakikatnya ‘berhala’ sudah pun terwujud.
Walaupun pada mulut, kita menyatakan bahawa kita tidak menyembah selain Allah S.W.T, tetapi ketahuilah sesungguhnya keimanan itu bukan dengan kata-kata sahaja. Ia adalah apa yang tersemat dalam hati dan dibuktikan dengan amal.
Maka sekarang, perhatikanlah kehidupan kita. Wujud perkara-perkara yang membuatkan kita mengendahkan arahan Allah S.W.T, meringan-ringankan perintah-Nya dan mendekatkan kita dengan larangan-Nya?
Maka, itulah ‘berhala’ kita.
PENANGAN BERHALA DALAM JIWA
Kewujudan berhala dalam jiwa ini, pasti menyebabkan kita semakin jauh daripada Allah S.W.T. Bagaimanakah agaknya fokus seorang manusia boleh kekal 100%, apabila dia perlu memberikan perhatiannya kepada dua perkara yang berbeza?
Misalnya, menonton bola di stadium hingga solat ditinggalkan. Antara bola dan solat, bola dirasakan lebih penting. Solat bolehdiqada, tetapi bola kalau ditonton yang tidak live, tidak sah katanya!
Hukum-hakam Allah kita tinggalkan, tidak terpakai. Alasannya, ia ketinggalan zaman dan tidak relevan. Hukum-hakam ciptaan manusia pula dijunjung. Malah bagi kita, itulah kemodenan.
Ataupun, memuja-muja sesuatu melebihi pujaannya kepada Allah S.W.T. Tidak pernah berzikir kepada Allah S.W.T, tetapi artis pujaan, bintang bola sepak, pelakon atau penyanyi pula, lebih diingati dan disebut-sebut. Itu juga adalah berhala-berhala dalam jiwa.
Apabila wujud dua cinta yang berlawanan, salah satu cinta perlu dikorbankan. Malangnya, manusia sering mengorbankan cinta Allah S.W.T. Mereka mengutamakan berhala yang ada dalam jiwa mereka dek nafsu yang telah membutakan mata hati mereka.
Apakah kita juga merupakan sebahagian daripada mereka?
RUNTUHKANLAH BERHALA DALAM JIWA ITU
Secara ringkasnya, berhala dalam jiwa ini adalah kecintaan-kecintaan kita kepada apa-apa sahaja selain daripada Allah S.W.T. Bukanlah dikatakan kecintaan kepada anak isteri, sahabat-sahabat, ibu bapa itu tidak dibolehkan. Ia tidak dibolehkan hanya apabila kita mengangkat cinta-cinta itu lebih tinggi, melebihi cinta kita kepada Allah S.W.T. Contohnya, cinta kepada ibu bapa. Kita perlu taat kepada mereka. Namun, ada had dalam mentaati itu. Kita hanya mentaati mereka selagi mana mereka tidak menyuruh kita mengingkari perintah Allah S.W.T. Hakikatnya, kita mentaati ibu bapa pun adalah kerana ia adalah arahan Allah S.W.T.
Kerana itu, ketaatan, cinta, pengorbanan, semuanya perlu kita fokuskan kepada Allah S.W.T. Ini kerana, Allah adalah Ilah(sembahan) dan Rabb (Tuhan) kita.
Maka, berhala dalam jiwa ini, wajib kita hapuskan dengan ketundukan kita kepada Allah S.W.T dan ketaatan kita kepada-Nya. Dengan meruntuhkan berhala dalam jiwa ini, barulah kita mampu tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T, tanpa terikat sedikit pun dengan perkara-perkara lain.
PENUTUP: MEREKA PERUNTUH BERHALA. IKUTAN KITA
Namun, meruntuhkan berhala dalam jiwa memerlukan mujahadah. Bukan hanya dengan bicara kata semata. Ia memerlukan disiplin dan kekuatan. Oleh itu, kesabaran sangat diperlukan dalam usaha meruntuhkannya. Perlu juga kita mencari kekuatan-kekuatan yang mampu membina keutuhan roh agar mampu untuk meruntuhkannya.
Lihatlah kepada Nabi Ibrahim A.S. Dia menghapuskan berhala kaumnya, lalu kemudian dilemparkan ke dalam api. Ironinya, ketika dia dilempar itu, Jibril A.S dihantar untuk menghulur pertolongan. Tetapi, lihatlah apa yang dikatakan oleh khalilullah (kekasih Allah), Ibrahim A.S, pada saat tubuhnya sedang menunggu untuk dimasukkan ke dalam api itu.
“Kalau pertolongan daripada kau wahai Jibril, maka aku tidak memerlukannya. Cukuplah Allah sebagai pemberi pertolongan kepadaku.”
Inilah jiwa mukmin yang bersih. Tiada kebergantungan kepada perkara lain selain Allah dalam jiwanya. Selain Nabi Ibrahim meruntuhkan berhala batu dengan tangannya, dia juga telah membersihkan jiwanya daripada berhala-berhala yang ada di dalam dirinya.
“Kami berfirman: Hai api, jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim!” (al-Anbiya’: 69)
Allah S.W.T tidak menghanguskannya dalam api, bahkan menjadikan api itu terasa sejuk dan selesa untuk Ibrahim A.S.
Malah, perhatikanlah juga kebanyakan sabda Rasulullah S.A.W apabila para sahabat meminta nasihat. Nasihat Baginda S.A.W yang pertama-pertama sekali adalah (maksudnya): “Janganlah kau mensyirikkan Allah dengan apa-apa sekalipun.”
Rasulullah S.A.W menyuruh kita menghapuskan berhala dalam kehidupan kita. Berhala yang mengganggu hubungan kita dengan Allah S.W.T.
Apakah kita telah menyahutnya?

sumber penulis: Hilal Asyraf

Kurus bersama Ning Baizura

Kak Ning bercerita

What makes you fat?

Sugar. It’s very simple. Sugar makes you fat. Your liver converts the sugar in everything you eat and drink into fat. The more sugar you consume, the fatter you get. When you stop consuming sugar, you lose the fat.....Sugar is ADDICTIVE... Sugar was my worst enemy. Are you addicted to sugar? (20 second test)

Do you ever need sugar as a pick-me-up? Perhaps a sweet snack/chocolate/cookie with your mid-morning coffee? A dessert after a meal? A sweet protein or dried fruit bar after your exercise?Do you struggle to walk past a sweet treat without taking just one?Are your favourite foods sweet rather than savoury?If you have a whole day without sugar, do you suffer mood swings, headaches or low energy? If you answered yes to just one of the above questions, you are addicted to sugar.

Your use of sugar is not because you are weak-willed, a glutton, or have a personality defect. It is because you are addicted to a substance called fructose that is hidden in the food supply and has been fed to you for years. An addiction is an uncontrollable, compulsive behaviour, despite the health and social consequences.

Consequences of sugar addiction.

Obesity or being overweight (19)Metabolic syndrome or type II diabetes (13,16,18)Heart and arterial disease, high blood pressure (17). Fructose immediately raises blood platelet stickiness and clotting.Tooth decayStrokeDepressed immune system. A hit of fructose and some other sugars causes a spike in your cortisol level. The effect is immediate, and lasts for about five hoursStress. The elevated cortisol described above makes you more prone to stressHot flushes and other symptoms of a difficult menopausePolycystic ovary syndromeErectile dysfunctionInfertilityGoutKidney diseaseDementia and Alzheimer’s disease, depression, anxietyCancersFatty liver disease, cirrhosis, liver failureRapid agingPoor quality skinMineral depletion, causing a range of other seemingly unrelated health problems. POINT IS KNOW WHAT U EAT, KNOW WHAT U PUT IN YR BODY. DONT BE AFRAID TO CHANGE YR FOOD INTAKE LIKE I DID, AND STICK TO IT! We are our worst enemy most times... Say No To SUGAR"




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

12 TANDA BADAN ANDA PERLU DI DETOX

12 TANDA BADAN ANDA PERLU DI DETOX





1. SEMBELIT DAN SUKAR NAK MEMBUANG

Tak kira lelaki atau perempuan. Walaupun anda berbadan kurus, jangan terkejut jika anda mempunyai masalah untuk membuang. Bila sembelit berlaku, toksin makin banyak diskmpan dalam badan tanpa kita sedar.

2. BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN

Macam-macam produk kurus dah makan, tapi tak kurus-kurus. AWAS! Ia petanda anda perlu detox.

3. JERAWAT DAN RUAM BERLELUASA

Toksin yang banyak menyebabkan jerawat mudah muncul. Sama ada di wajah atau dia belakang badan. 

4. MOOD TIDAK MENENTU

Haa siapa kat sini suka marah-marah atau kerap moody! Upps, itu petanda anda perlu detox ya. 

5. LIDAH BERWARNA KUNING ATAU PUTIH

Kerapkan lihat lidah orang berwarna putih dan kuning dipermukaan. Kadang tu siap mengeluarkan bau lagi tau. Itupun petanda banyak toksin dan perlu detox.

6. BADAN MUDAH LESU

Baru je bangun pagi tapi muka dah tak bermaya. Buat kerja sikit dah mengah macam lari 400 meter. Mengantuk tak habis-habis. Itu salah tanda badan anda dipenuhi racun dan perlu didetox.

7. TERLIUR TENGOK BENDA MANIS

Pantang tengok benda manis, kuih muih, coklat. Lain macam selera dia datang. Itu antara badan kita dipenuhi dengan parasit. Ianya berpunca dari gula putih yang kita ambil seharian. 

8. PERUT BUNCIT

Badan cantik dah, berat pun ideal. Tapi tang perut macam mengandung tak bersalin-bersalin. Adoilah. Mungkin di perut tu tempat membiaknya cacing kerawit dan sebagainya. Kalau rasa bila kita masuk pintu, perut yang masuk dulu. Jom kita detox. 

9. SUKAR TIDUR MALAM

Dah pukul 1-2 pagi pun mata masih terkebil-kebil. Tak boleh nak lelapkan mata. Dah lah siang oenat belerja. Malam tak boleh tidur pula. Toksin yang berlebihan dalam badan juga menyebabkan kita sukar tidur malam. 

11. BADAN TERASA PANAS  DAN KERAP BERPELUH

Kadang tu cuaca tak panas mana pun. Tapi peluh menyimbah macam hujan. Dah tu berbau pula. Tak selesa sangat rasa. Jangan tunggu lagi. Jom kita detox.

12. MAKAN SUPPLEMENT TAK CANTIK PUN

Haa ni satu masalah besar. Macam-macam vitamin diambil. Tapi sama je, tak ada kesan pun. Orang lain makan kejap je dah nampak kesan. 

Selalu sebenarnya saya dapat feedback begini. Lagi sedih lepas makan supplement dapat keletihan melampau, demam teruk dan macam-macam lagi. 

Sebenarnya anda perlu detox dahulu agar proses penyerapan vitamin mudah berlaku. Sebab tu saya gemar suruh customer saya ambil dulu herb lax dan alfalfa sebelum makan vitamin lain.

Hubungi saya untuk detox tubuh anda.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty