Gout



Bila sebut gout terus terbayang daging, ketam udang dan pelbagai makanan lain yang sedap-sedap. Tapi malangnya hanya mampu melihat tidak dapat merasa.

Gout sebenarnya disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh (protein dikenali sebagai purin). Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing. Tapi, apabila ia berlebihan, ia terkumpul di dalam sendi. Ini sebenarnya punca gout.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, Alfalfa dan herblax sangat membantu. Di mana ia bertindak sebagai agen detok. 

Detox semulajadi yang menyingkirkan toksik dalam badan secara lembut. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

Hubungi saya untuk membantu anda hidup sihat bebas dari gout.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : SYUKUR

TAZKIRAH : SYUKUR



Kisah ini menceritakan seorang budak yang kehilangan duit sebanyak RM50. Dia merasa begitu sedih dan menangis semahu-mahunya.


Bapa saudaranya yang kebetulan berada di situ merasa kasihan, kemudian dia menghampiri budak itu.


“Kenapa kamu menangis?” tanya bapa saudaranya dengan penuh kasih sayang.


“Duit saya hilang RM50.” katanya sambil teresak-esak.


“Oh, bawa bertenang ya, ni pak cik gantikan… pak cik  kasi RM50 untuk kamu. Jangan menangis lagi ya!” kata bapa saudaranya sambil menyerahkan sekeping duit RM50. Namun, budak tersebut tetap saja menangis. Kenapa?


“Kenapa kamu masih menangis? Kan sudah diganti?” tanya pakciknya lagi.


“Kalau duit saya tidak hilang… tentu saya sekarang dah ada RM100.” kata anak itu dan terus menangis.


Bapa saudaranya terkesima…


“Terpulanglah….”, katanya sambil pergi.


Tiba-tiba si ayahnya yang baru pulang dari pejabat mendapati anaknya masih sedang menangis.


“Kenapa sayang? Kenapa menangis ni. Tengok mata tu, sudah bengkak begitu. Menangis dari tadi ya?” tanyanya sambi mengesat air mata anaknya.


“Duit saya hilang RM50.” kata anaknya mengadu.


“Ooohhh. Eh, tu kan duit RM50? Mana ada hilang?” tanya ayahnya yang hairan kerana dia melihat anaknya memegang sekeping RM50.


“Ini dari pak cik tadi…. duit saya yang sebenar dah hilang. Kalau tidak hilang tentu saya mempunyai RM100.” jawabnya sambil terus menangis.


“Sudahlah…. ni ayah ganti. Ayah ganti dengan jumlah yang lebih besar ni. Ayah kasi kamu RM100. Jangan menangis lagi ok!” kata ayahnya sambil menyerahkan RM100.


Si anak menerima duit itu. Tetapi masih tetap saja menangis. Ayahnya kehairanan, kemudian bertanya lagi.


“Kenapa masih menangis? Kan sudah diganti?”


“Kalau tak hilang, duit saya tentu sudah menjadi RM200.”


Ayahnya hanya geleng-geleng kepala.


“Kalau begitu diberi sebanyak mana pun, kamu akan terus menangis begini.” Katanya sambil mengendong anaknya.


*********

Realitinya ramai orang yang memiliki sikap seperti anak tadi. Dia hanya melihat apa yang tidak ada, dia hanya melihat apa yang kurang, tanpa melihat sebenarnya dia sudah memiliki banyak hal. Sifat manusia yang selalu merasa kurang padahal nikmat Allah begitu banyaknya sudah dia terima.


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".


(surah Ibrahim:7)

Packaging selamat dari Schenker

TERUJA TINGGI BUBBLE WRAP SCHENKER.






Dulu (4,5 bulan lepas) Schenker bekalkan gabus putih ala-ala salji. Tapi kali ni, dapat bubble yang comel, lebih besar dan lebih best. Tapi masih ada function yang sama.
Lebih besar dari bubble wrap kecil-kecil tu.
(Kalau boring, kita boleh main letop2)


Bagi yang tidak tahu..

Produk shaklee direct dari US. Bukan pack di Malaysia. Atau re-pack di Malaysia. Dah sampai ianya disimpan di warehouse di SCHENKER. Di Bukit Jelutong Shah Alam je.

Bukan main susun-susun je. Bukan main boh je kat rak tau. Tapi shaklee bagi pada yang pakar dalam penyimpanan produk pharmaceutical.
Supaya kualiti terjamin. Yang penting, aircond, tidak terlalu bercahaya. Produk kesihatan tak boleh kena panas n cahaya yang tinggi tau.
Bila kita buat online order, produk keluar dari warehouse. Boleh tengok di kotak yang sampai.
Packing pun kemas. Mereka menggunakan kotak grade A dan diseal rapi.
Semut pon tak berani intai tau 🐜🐜
Sebab tu saya suka guna perkhidmatan ni. Sebab kualiti penghantaran dan kualiti produk yang sangat di titik beratkan.

Nota kaki : SCHENKER ni bukan syarikat biasa2 tau. Mereka memang specialist dalam bidang warehouse di beratus-ratus buah negara maju dengan standard kualiti yang tinggi.
Tapi kadang saya ada jugak order untuk sedikit stok di rumah. Sebab ada customer yang dekat-dekat nak COD.
Ada jugak yang suka pos pakai poslaju. Tak mau Gdex/Citylink. So saya pos stok yang ada dengan saya je la.

Alternatif untuk sakit kepala

Sakit kepala.

Bila sakit kepala, semua aktiviti jadi terganggu.
Macam saya, nak muntah, nak jalan pon tak boleh rasa macam berdengung otak 😁
Ada masa sakit tang kening la. Blkg tengkuk la. Itu biasa jadi bila sindrom PMS.



Macam-macam pe'el sakit kepala. Bergantung pada orang juga. Ada yang steady je boleh meneruskan kehidupan tanpa tarik muka dan marah-marah. Hahahahah..



Ada orang makan Cafergot. Mandi basah kepala. Shampoo rambut. Buka aircond. Tidur 3 jam. Bangun tidur segar.

Saya dulu buat MRI scan tau sebab selalu sakit kepala. Masa tu MRI machine di trauma PPUM. Kisahnya sebab doktor bising asyik makan ubat sakit kepala.

Sekarang lain la saya. Hormon pon tak berubah. Dan dah belajar lebih kan pasal pain-killer. Saya beralih kepada yang lebih selamat.

Kalau ada angin-angin nak datang, sy telan Ostematrix dan Bcomplex. Itu adalah natural pain-killer tau.
Bukan saya yang cakap tapi pakar yang cakap.
Saya cuba dan sy buat.
Betul kata dia.
Lebih cepat berkesan dari panadol.

012-6647809




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : SEGALANYA BAIK DI SISI ALLAH

TAZKIRAH : SEGALANYA BAIK DI SISI ALLAH



Renungan yang sangat berharga untuk hari ini,

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُون
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah: 216)
Syaikh As-Sa’di rahimahullah menerangkan dalam tafsirnya :
Ayat ini memerintahkan untuk berperang di jalan Allah. Padahal kerana kelemahan manusia, mereka enggan untuk berperang. Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berhijrah ke Madinah dan ketika kaum muslimin semakin ramai, Allah membebani untuk berperang dan dikhabarkan pula bahawa memang hal itu juga berat bagi jiwa kerana akan ada perasaan keletihan dan kesulitan. Namun di sebalik peperangan itu ada pahala yang besar. Orang yang menjalaninya akan selamat dari seksa yang pedih. Kalau menang pun akan mendapatkan ghanimah (harta rampasan) yang besar.

Untuk perkara kebaikan akhirat, umumnya tidak disukai oleh jiwa kerana ada keberatan dalam kebaikan tersebut. Sedangkan perkara keburukan sangat disukai karena begitu lazat ketika menikmatinya tanpa diragukan lagi.

Adapun perkara dunia, maka Allah memberikan sebab supaya kita dapat menyukainya dan akhirnya memperolehnya.

Perkara di atas seharusnya membuat kita mensyukurinya. Kerana kita tahu bahwa Allah begitu menyayangi diri kita daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Allah juga yang menentukan kebaikan bagi hamba-Nya. Makanya dinyatakan,

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Maka setiap takdir Allah itu diterima baik takdir yang kita rasakan senang di dalamnya atau yang kita rasakan susah di dalamnya. Demikian penjelasan dalam Taisir Al-Karim Ar-Rahman.

Ibnu Katsir menyatakan, “Hal di atas “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu”; itu berlaku untuk semua perkara. Boleh jadi manusia menyukai sesuatu, padahal tidak ada kebaikan dan maslahat sama sekali di dalamnya. ”

Ibnu Katsir menyatakan lagi dalam kitab tafsirnya, “Allah yang mengetahui akhir sesuatu dari perkara kita. Allah yang mengabarkan nantinya mana yang maslahat untuk dunia dan akhirat kita. Maka lakukan dan patuhlah pada perintah-Nya, niscaya kita akan mendapatkan petunjuk.”

Hanya Allah yang memberi taufiq.



Lemak berlebihan

Kalau cakap tentang lemak ketam ke lemak siput ke, boleh mengencis air liur. Tapi kalau cakap tentang lemak di hati. Adoi padah yang menanti.
Hati berlemak atau steatosis merupakan satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika,  25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.
Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. 

Namun, kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu:
♥ Letih
♥ Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.
Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah:
● Busung
● Pembekakan hati
● Demam
● Jaundis

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi masalah hati berlemak, pesakit perlu menjalani:

Pemeriksaan imbasan ultra atau imbasan CT. Bagi melihat lebih jelas perubahan pada hati akibat pengumpulan lemak, sedikit cebisan hati akan diambil melalui kaedah biopsi hati.
Ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserid dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati.
Pengambilan DTX dapat mengatasi masalah lemak pada hati.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

OAB

"BILA KALI TERAKHIR AKU TIDUR LENA?"


Kata seorang teman yang kelihatan lesu dan tidak bermaya. Dia dah tak ingat bila kali terakhir agaknya dia tidur dengan lena.
Setiap malam dia akan terjaga dua atau tiga kali untuk buang air kecil. Setiap kali dah terjaga agak sukar mahu melelapkan mata. Maka esoknya dia rasakan terlalu penat dan letih.

Sebenarnya dia mengalami masalah pundi kencing yang terlalu aktif ( OAB ) atau inkontinens urinari.

Masalah ini menggangu setiap 1 dari 6 orang dewasa. Ramai wanita sebenarnya mengalami masalah ini. Tapi mereka berfikir ianya kerana faktor penuaan.

TIDAK SEBENARNYA! OAB  bukanlah sejenis penyakit yang disebabkan oleh penuaan. Ia adalah sejenis masalah perubatan dan boleh dirawat.
OAB boleh menyebabkan kebocoran kencing ketika bersin atau batuk. Kadangkala ada juga kes inkontinens terdesak bila mereka tidak boleh menahan kencing sebelum sampai ke tandas.

Tanda-tanda OAB adalah buang air kecil lebih lapan kali satu hari dan tidak boleh tahan bila tiba masanya.

Sila dapatkan rawatan lanjut jika anda mengalami simptom sebegini.
Cegah sebelum parah adalah lebih baik.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty