Sarapan itu penting.

TAHUKAH ANDA jarang sarapan boleh mengakibatkan strok kerana tabiat tersebut mendorong kepada penyakit darah tinggi.
Kenyataan berdasarkan kajian ke atas 82,772 lelaki dan wanita Jepun berusia 45-74 tahun yang memiliki riwayat sakit jantung dan kanser sejak 1995 hingga 2010.
Kajian mendapati, strok akibat pendarahan otak juga sering terjadi pada waktu pagi.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Detox


⛑ AMBIL MAKANAN YANG BOLEH TINGKATKAN IMUN BADAN
Makan banyak sayur, buah dan bijirin. Pastikan ianya bukan dari GMO. Sayur dan buah dapat elakan risiko  kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun.

⛑ KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan  kanser  payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.

⛑ KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.
Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan  kanser  seperti  kanser  payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga  kanser  buah pinggang.
Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk  kanser  jika dimakan berlebihan dan kerap.

⛑ JANGAN MASAK MAKANAN DAN SAYUR SAMPAI LUNYAI
Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

⛑ AMBIL MAKANAN ORGANIK
Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan boleh juga cantikan halaman rumah.

⛑ ELAKKAN MINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.
Pastikan air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan  kanser  , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.
Penggunaan Get Clean Water Pitcher sangat membantu.

⛑ AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.
Ini adalah kerana nutrient-nutrient dalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar, ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.

Pengambilan supplement seperti Vivix, Alfalfa dan Carotamax dapat mengelak dari sel kanser terus bermaharajalela.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : JAUHILAH MAKSIAT

TAZKIRAH : JAUHILAH MAKSIAT

Imam Syafi’i rahimahullah pernah berkata,

شَكَوْت إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي فَأَرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُورٌ وَنُورُ اللَّهِ لَا يُهْدَى لِعَاصِي
Aku pernah mengadukan kepada Waqi’ tentang buruknya hafalanku. Lalu beliau menyruhku untuk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahukan padaku bahawa  ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.
(Kitab I’anatuth Tholibin, 2: 190)

Padahal Imam Syafi’i sebenarnya orang yang hafalannya sungguh amat luar biasa. Diriwayatkan dari Imam Asy Syafi’i, ia berkata, “Aku telah menghafalkan Al Qur’an ketika berumur 7 tahun. Aku pun telah menghafal kitab Al Muwatho’ ketika berumur 10 tahun. Ketika berusia 15 tahun, aku pun sudah berfatwa.” (Thorh At Tatsrib, 1: 95-96).

Sungguh luar biasa hafalan beliau rahimahullah. Namun kenapa hafalan beliau boleh terganggu? Ketika itu Imam Syafi’i mengadukan pada gurunya Waqi’. Beliau berkata, “Wahai guruku, aku tidak dapat mengulangi hafalanku dengan cepat. Apa sebabnya?” Gurunya, Waqi’ lantas berkata, “Engkau pasti pernah melakukan suatu dosa. Cobalah engkau merenungkan kembali!”

Imam Syafi’i pun merenung, dia merenungkan keadaan dirinya,

“Apa lah dosa yang kira-kira telah aku lakukan?”

Beliau pun teringat bahawa pernah suatu ketika beliau melihat seorang wanita tanpa sengaja yang sedang menaiki kenderaannya, tiba-tibatersingkap pahanya [ada yang mengatakan: yang terlihat adalah buku lalinya]. Lantas beliau memalingkan wajahnya.

Maka keluarlah sya’ir yang diucapkan di atas. Inilah tanda wara’ dari Imam Asy Syafi’i, iaitu berhati-hatinya beliau dari maksiat. Beliau hanya terlihat kaki wanita yang tidak halal baginya, lantas beliau menyebut dirinya bermaksiat. Sehingga ia lupa terhadap apa yang telah ia hafalkan.

Hafalan beliau terganggu kerana ketidak sengajaan. Itu pun sudah mempengaruhi hafalan beliau. Bagaimana lagi kepada kita yang kadang kala selesa melihat aurat wanita dengan sengaja atau sengaja mencari ruang-ruang untuk memandang perkara yang diharamkan oleh Allah.

Sungguh, kita memang benar-benar telah terlena dengan maksiat. Lantas maksiat tersebut menutupi hati kita sehingga kita pun terasa sukar melakukan ketaatan, malas untuk beribadah, juga sulit dalam hafalan Al Qur’an dan hafalan ilmu lainnya.

Allah Ta’ala berfirman,

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.”
(Surah Al Muthoffifin: 14)

Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata, “Yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dosa di atas tompokan dosa sehingga dapatmembuat hati itu gelap dan lama kelamaan pun mati.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 14: 268)

Mujahid rahimahullah mengatakan, “Hati itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan terbuka dan jika berbuat dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka jari-jemari perlahan-lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh telapak tangan tadi tertutupi oleh jari-jemari.” (Fathul Qodir, Asy Syaukani, Mawqi’ At Tafasir, 7: 442)

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sukar untuk mengenal petunjuk kebenaran.” (Ad Daa’ wad Dawaa’,107.)

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata,

بقدر ما يصغر الذنب عندك يعظم عند الله وبقدر ما يعظم عندك يصغر عند الله
“Jika engkau menganggap dosa itu kecil, maka itu sudah dianggap besar di sisi Allah. Sebaliknya, jika engkau mengganggap dosa itu begitu besar, maka itu akan menjadi ringan di sisi Allah.”

Imam Ahmad berkata bahawa beliau pernah mendengar Bilal bin Sa’id menuturkan,
لا تنظر إلى صغر الخطيئة ولكن انظر إلى عظم من عصيت
“Janganlah engkau melihat pada kecilnya dosa. Akan tetapi lihatlah pada agungnya siapa yang engkau maksiati (iaitu Allah Ta’ala).”

Ya Allah, berilah taufik pada kami untuk mudah melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat serta berilah hidayah pada kami untuk selalu rajin bertaubat.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ
Allahumma inni as-aluka fi’lal khoiroot, wa tarkal munkaroot.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan berbagai kebajikan dan meninggalkan berbagai kemungkaran.

Semoga bermanfaat.

Mak ayah

Antara isi kandungan kuliah maghrib yg disampaikan oleh Al Ustaz Suhaimi Abd Hamid. Mudir Maahad Tahfiz Mawaddah di Surau Taman Pelangi yg begitu menarik perhatian;
Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka.
Tapi,
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak. Tak boleh masak sesuka hati,  makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga,
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung.
Tapi
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun. Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak
Tapi anak-anak, belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada
Tetapi
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta.
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia yg akhir zaman ini.
Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti. In shaa Allah.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Dompet


ANGKARA DOMPET, BELAKANG SAKIT

Ramai lelaki meletakkan dompet  di belakang seluar. Mereka kurang sedar bahawa amalan itu sebenarnya telah mendatangkan bahaya. Dompet boleh menyebabkan sakit teramat pada belakang dan punggung, malah sehingga ke kaki. Betul ke semuanya angkara dompet dan bagaimana ia berlaku?
Kes ini pernah disebut di dalam "The New England Journal of Medicine" pada tahun 1966. Pada waktu ini, trend kad kredit  semakin berleluasa. Di dalam artikel tersebut menyatakan mengenai seorang peguam yang mengalami sakit kaki kiri dan bermula dari kawasan yang tidak jauh dari kedudukan dompet beliau.
Walaupun mempunyai dompet yang tebal boleh menyebabkan sakit tulang belakang dan sakit kaki, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lazim dan merbahaya. Ada banyak penyebab sakit belakang seperti "Herniated Disc", spinal stenosis, ketumbuhan tulang belakang.
Di dalam kes dompet penyebab sakit belakang, ia dipanggil "Piriformis Syndrome".
Otot Piriformis adalah satu otot yang terdapat di bahagian dalam punggung kita.
Apabila kita duduk terlalu lama dan dompet terkena atau menekan otot Piriformis, ini akan "spasm" dan menekan saraf sciatic. Apabila saraf sciatic ini ditekan, ia menyebabkan kita berasa sakit belakang dan menurun  ke belakang kaki. Masalah ini akan hilang jika kita tidak meletakkan objek besar di kocek belakang seperti dompet, bola golf dan sapu tangan.
Jika sakit masih berterusan walaupun anda sudah tidak meletakkan apa-apa objek di kocek belakang serta anda sudah makan ubat tahan sakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana mungkin ada penyebab lain.
Sumber: Dr Shaharom Sulaiman, Thalia Clinic, Kuantan Pahang



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty
TAZKIRAH : DI SEBALIK LAFAZ SYUKUR


Syukur yang paling tepat, bukan hanya pandai mengucapkan alhamdulillah. Sudah semestinya, syukur itu diwujudkan dalam amalan.
Cuba perhatikan ibarat syukur yang diungkapkan oleh Ibnul Qayyim,

الشكر يكون : بالقلب : خضوعاً واستكانةً ، وباللسان : ثناءً واعترافاً ، وبالجوارح : طاعةً وانقياداً .
” مدارج السالكين ” ( 2 / 246 )
“Syukur itu dengan hati, dengan tunduk dan merasa tenang. Syukur itu dengan lidah, dengan memuji dan mengakui. Syukur itu dengan anggota badan, iaitu dengan taat dan patuh pada Allah.”
(Madarij As-Salikin, 2: 246)

Seorang yang sangat dikenali dengan kezuhudannya pada masa silam, iaitu Abu Hazim menyatakan tentang bersyukur dengan anggota badan adalah,

أن تكف عن المعاصي ، وتستعمل في الطاعات
“Engkau tahan anggota badanmu dari maksiat dan engkau gunakan dalam ketaatan pada Allah.”

Abu Hazim juga berkata,

وأما مَن شكر بلسانه ولم يشكر بجميع أعضائه : فمثَلُه كمثل رجل له كساء فأخذ بطرفه ، فلم يلبسه ، فلم ينفعه ذلك من البرد ، والحر ، والثلج ، والمطر ” .
“Siapa saja yang bersyukur dengan lisannya, namun tidak bersyukur dengan anggota badan lainnya, itu seperti seseorang yang mengenakan pakaian. Dihanya memakai hujung pakaian sahaja, tidak dia mengenakan seluruhnya. Maka pakaian tersebut tidaklah manfaat untuknya untuk melindungi dirinya dari cuaca sejuk, panas, salji dan hujan.”
(Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 84)

Semoga jadi renungan berharga di pagi ini.






Kafein

Bila sebut kopi memang mak atau ayah di kampung tu cerah mata. Kopi antara minuman kegemaran ibu ayah.

Tapi tahukah anda KOPI boleh mengundang bahaya? Antaranya ialah,
❣Getaran Jantung Tinggi. Kandungan kafein dalam kopi dapat meningkatkan degupan jantung. Maka dari itu bagi penderita serangan jantung sebaiknya elak dari ambil  kopi secara berlebihan.
❣ Lemahkan daya tahan tubuh. Kandungan kafein dalam kopi memiliki sifat menyerap vitamin, mineral, serta cairan dalam tubuh. Hal ini dapat akubatkan daya tahan tubuh kita menjadi lemah.
❣Kadar trilegserida tinggi. Kopi dapat meningkatkan kadar trigliserida dan kolesterol dalam tubuh, hal ini akan mengakibatkan lemak dalam tubuh mengendap serta penyempitan pembuluh darah yang mana dapat menimbulkan serangan jantung atau stroke
❣Risakan Gigi. Kopi dapat mengakibatkan gangguan pada gigi, yaitu gigi berlubang dan menyebabkan gigi kuning, serta mengakibatkan timbulnya karang gigi.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty