Impiam


KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN
Impian yang ditukar menjadi matlamat mudah direalisasi­kan. Impian hanyalah cetusan hati dan hasrat kita bagi mencapai sesuatu. la ada masanya kabur dan tiada masa yang ditetapkan bagi merealisasikannya. Malah kita juga tidak meletakkan sebarang perancangan dan mengenal pasti halangan-halangan yang wujud. Halangan yang mungkin membantut impian itu.
Sebaliknya matlamat adalah sesuatu yang lebih jelas dan terancang. Matlamat adalah sesuatu hasil yang mahu dicapai dalam satu tempoh masa yang disertai dengan perancangan yang rapi. la mestilah menghantui fikiran se­hingga kita sanggup melakukan apa sahaja bagi men­capainya.
Imagination is more important than knowledge. lni dipetik daripada kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi itu Iebih berkuasa daripada ilmu pengetahuan. lni kerana imaginasi mendorong tindakan. lmaginasi mencetus kegigihan dan mendorong diri bagi menerus­kan perjuangan ke arah kejayaan.
Jangan sekadar hanya berimpian tanpa matlamat.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Omega guard.


Masalah mata kering boleh diatasi dengan mempertingkat pengambilan minyak ikan. Minyak ikan semulajadi mengandungi kebaikan asid omega-3 (EPA dan DHA) yang sangat baik untuk mata.
Kajian klinikal menunjukkan wanita yang meningkatkan sumber omega-3 dalam diet mereka mempunyai risiko sindrom mata kering yang lebih rendah berbanding wanita yang kurang pengambilan minyak ikan.
Pengambilan minyak ikan harian yang disarankan adalah sebanyak 500mg bagi dewasa (tingkatkan 2 kali ganda jika mengalami penyakit jantung).
Anda juga boleh ambil dalam bentuk supplement. Omega Guard Shaklee pilihan terbaik untuk mengatasi masalah mata kering.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Kempiskan perut anda!

5 CARA KEMPISKAN PERUT SEPANTAS ABC

 MAKAN MAKANAN YANG BETUL
Untuk kempiskan perut, perlu makan makanan yang seimbang dalam diet harian kita. Diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein”, ikan dan teh hijau.

 TINGALKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan dan makanan segera sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan buatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya elakan diri dari ambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

 BERHANTI MAKAN LEWAT MALAM
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

 KURANGKAN MINUMAN SODA, JUS DAN BERGULA
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

 LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk kempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.


Cuba praktiskan 5 cara ini dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Perut anda kini lebih cantik dan slim. Tak adalah orang tanya berapa bulan dah mengandung tu. Upps!


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : NAFSU TERSEMBUNYI

TAZKIRAH : NAFSU TERSEMBUNYI


Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq.
Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah. Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apapun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak. Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami. Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Aku pun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.
Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku.
Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang, aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku. Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri. Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan. Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.” Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat.
Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu. Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.
Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya (menangis) dan si kecil pun tersenyum indah bak purnama. Kutinggalkan mereka berdua dan ku lanjutkan langkah kakiku, sementara beban hidup terus bergelutan difikiranku. Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan  perancanganku untuk menjual rumah.
Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.“Hei, Abu Muhammad...! Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.
"Masyaallah....!”, jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan.
 Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah  ia kumpulkan selama 30 tahun. Lantas dia rugi besar dan bangkrap. Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan. Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.
Bisnesnya meningkat dan berjaya. Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi, berganti dengan limpahan kekayaan. Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu, berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”
Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku. Sebagai bentuk syukur. Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi. Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup. Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh. Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku.
Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH.
Suatu malam, aku tidur dan bermimpi. Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat. Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan. Aku juga lihat, badan mereka membesar. Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya. Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah, isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.
Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan, sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.
Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi, perhitungan belum selesai. Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".
Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku. Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satu pun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.
Aku putus asa. Aku yakin aku akan binasa.  Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka. Tiba-tiba, aku terdengar suara,
 “Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”
“Masih...”, jawab suara lain. “Masih berbaki yang ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku... Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya. Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku, sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan. Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku. Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak  turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku.
Tidak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.  Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah. Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat. Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!
Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!
Allahuakbar!!! aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat-sahabat ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.
Sumber: tazkirah telah kupetik dari kitab "KISAH TAULADAN" "Ar-Rafi’i dalam  Qalam (2/153-160)". semoga bersama kita beroleh manfaat. Selamat beramal dan beristiqomah Oleh Abu Musoddiq

Tips untuk bakal pengantin.

TIPS DIET UNTUK BAKAL PENGANTIN

Tak lama lagi musim cuti sekolah tiba. Bermakna musim perkahwinan juga bakal menjelma.
Tingga beberapa minggu lagi. Bila makin nak dekat hari bahagia makin tulah badan mula nak mengembang. Ada nanti baju oengantin tak muat pakai.
Untuk anda yang bakal bergelar raja sehari, boleh amalkan tips penakanan di bawah ini untuk dapat tubuh kekal lansing semasa di pelamin nanti.
1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.
3. Tambahkan makanan yang berserat.
4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.
6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.
8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Herblax


Naik kematu lutut dok bertapa dalam toilet. Puas meneran tak keluar-keluar gak. Muka dah naik herot berkerut-kerut meneran. Peluh jantan dah habis membasahi ketiak.
Perghhh, azab! Tak boleh jadi. Malam ni kena telan 4-5 biji herb lax. Menyesal skip dah berapa minggu.
Herb lax ni selain bantu selesaikan masalah sembelit, ia juga bantu u tuk kempiskan perut tau.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : PERSEDIAAN KEHIDUPAN ABADI

TAZKIRAH : PERSEDIAAN KEHIDUPAN ABADI

Syekh Ali Thanthawi dari Mesir Rahimahullah pernah berpesan:-
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atas mu ada tiga.
1. Orang yg mengenalmu sekilas akan hanya akan mengatakan, kasihan.
2. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!
3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan.
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia".
Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu ! Hakikat ini memerlukan renungan. Usahakan dengan bersungguh-sungguh.
Jalankan kewajipan- kewajipan, hal-hal yg disunnahkan, sedekah, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga kita selamat.
Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

[surah Al-Hasyr:18]