Detox


10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?
1. Buang toxin dari dalam badan.
Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu & sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.
Toxin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan kita sihat,namun sistem dalam badan kita telah “overload” & tidak mampu untuk membuang kesemua toxin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi yang membawa kepada penyakit.
*Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.
Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. *Detox membantu untuk berfungsi dengan baik.

4. Mendapat berat badan yang ideal.
Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
&Detox menyingkirkan toksin & membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

5. Melambatkan proses penuaan.
Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun).
*Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup.
Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin. Menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur & kurang tenaga.

7. Meningkatkan tenaga.
Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.

8. Meningkatkan kualiti kulit.
Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.

9. Mental dan emosi yang jelas.
Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.

10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.
Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : NIKMAT ALLAH

TAZKIRAH : NIKMAT ALLAH


Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.
"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.
“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”
Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.
Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”
Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.
Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”
Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.
"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.
_______________
Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.
Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,
Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,
Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yang dekat dengan kita tiada,
Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.


Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”


(Surah Ibrahim: ayat 34)



kekalkan memori yang baik



Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, si isteri bersuara.
" Eh abang! Tadi saya dah tutup suis seterika ke belum ek? Lupalah."
Masalah biasa yang menguji tahap kesabaran para suami. Kadang-kadang tu dah separuh jalan dia keluar soalan macam tu.
Streesnya tuhan je yang tahu. Hahahahaha.
Sebenarnya makin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat juga akan menurun.
Tidak kira sama ada pada isteri atau suami. Keupayaan memori seseorang memang berkait rapat dengan pertambahan usia.
Tapi TAHUKAH ANDA pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan.
Oleh itu usah khuatir lagi, ini kerana kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kalau En Suami tak mahu soalan diatas muncul lagi. Lebih baik hadiahkan ESP pada isteri tersayang.
Takut kalau dibiarkan melarat masalah nanti. 

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kenapa Perlu Detox?






















Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



TAZKIRAH : SIAPA YANG GILA?

TAZKIRAH : SIAPA YANG GILA?



Masjid Kampung Damai sudah lama sepi tanpa Jemaah. Penduduk kampung langsung tidak mahu mengambil tahu segala aktiviti di situ. Walaupun pelbagai aktiviti dan program dijalankan, mereka lebih suka hiburan karaoke yang baru menular masuk ke dalam kampung tersebut.

Berbulan-bulan lamanya ahli jawatankuasa masjid hanya tinggal kurang lima orang. Ada dikalangan mereka yang sudah putus asa.

Suasana Kampung Damai suatu malam tiba-tiba menjadi kecoh dan heboh, jam 10.00 malam mereka terdengar azan berkumandang dari masjid melalui pembesar suara yang memecah keheningan malam seolah olah sudah masuk waktu subuh.

Sikap ingin tahu dan marah membuatkan orang kampung mula datang berbondong-bondong ke masjid itu walaupun mereka sudah tahu siapa yang melakukannya; Tok Ali bilal masjid, suaranya sudah dikenali di kampung itu, umurnya sudah melebihi 70 tahun.

Mereka tertanya-tanya kenapa Tok Ali azan pada jam dua belas malam?

Ketika orang kampung sampai di pintu masjid, Tok Ali baru selesai azan dan sedang mematikan sound system.

“Tok Ali tahu tak, pukul berapa sekarang?” marah seorang ahli qaryah. “Azan apa dalam jam sebegini, Tok?”

“Jangan-jangan Tok Ali sudah ikut ajaran sesat,” kata mereka dengan nada perihatin. “Sekarang banyak sangat ajaran sesat ni.

“Ah, ntah-ntah Tok Ali sudah gila kot,“Kalau tak gila, mana mungkin boleh azan tengah malam macam ni?” Laungan Tok Ali gila memecah kesunyian perkarangan Masjid Kampung Damai malam itu.
Tok Ali hanya tersenyum.

“Sabar kalian semua......,” jawab Tok Ali tenang. “Tadi, waktu saya azan Isya’, saya tak nampak seorang pun yang datang ke masjid. Sekarang saya azan jam 10 malam, kalian boleh pula datang ramai berbondong-bondong macam ni ke sini. Satu kampung lagi.

Kalau macam tu... SIAPA YANG GILA.... cuba fikir?” Penduduk kampung sangat terkejut dengan kenyataan Pak Ali itu. Mereka mula pulang dan berfikir akan kebenarannya. Strategi yang digunakan oleh Tok Ali pada kali ini kelihatan sangat agresif.
Begitulah sikap orang Muslim yang tidak akan pernah jemu mengajak orang melakukan kebaikan walaupun terpaksa melakukan apa jua cara.
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman”
[Ali-‘Imran:139]

Detox kan tubuh kita


12 KEBAIKAN DETOX PADA TUBUH BADAN
Tengok menu-menu detox kawan-kawan kongsi rasa seram. Maklumlah kita ni "pencinta makanan" sekali menu detox ni hari-hari sayur. Arghh pitams.

Tapi demi badan sihat dan bebas racun toksin, ku gagahkan diri.

Antara fungsi detox pada tubuh badan ni ialah;
1. MERANSANG TENAGA
Detox buat badan kita lebih bertenaga. Detox menyebabkan kita kurang atau tidak ambil makanan punca toksin seperti lemak, gula, kafein dan sebagainya.  Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga berpanjangan.

2. MENYINGKIRKAN LEBIHAN SISA BUANGAN
Walaupun kita sering emmbuang tapi paatikah ianya dibuang habis? Kebanyakan program detoks dicipta untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini.
Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detoks kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan.

3. BANTU TURUNKAN BERAT
Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yabg cepat.

4. SISTEM IMUN YANG KUAT
Detox memberi peluang oada organ dalam badan berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu untuk memberikan imun badan 'boost' pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dengan lebih baik dan ini termasuk vitamin C.
Kebanyakan herba yang diambil semasa berdetoks akan membantu sistem limpa dan ini memainkan peranan penting pada tubuh badan.

5. KULIT MAKIN CANTIK
Kulit kita ialah organ terbesar di dalam badan. Jadi, masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detoks. Satu cara untuk membantu program detoks ialah bersauna untuk membantu badan berpeluh toksin yang berlebihan.

6. PERNAFASAN LEBIH BAGUS
Ada teori mengatakan bahawa satu penyumbang kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkannya dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik kembali, kita akan mendapati pernafasan kita kembali elok.

7. BANTU BADAN LEBIH SIHAT
Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng atau makanan yang rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan ketagihan itu. Selalunya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti itu, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama.
Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

8. FIKIRAN YANG LEBIH TENANG
Penggunaan meditasi selalunya dicadangkan sebagai cara untuk kembali berhubung dengan badan semasa proses pembuangan dan pembersihan toksin.
Pengikut detoks selalu mengaku bahawa mereka akan hilang perasaan keliru, dan mampu untuk lebih berfikiran positif semasa berdetoks daripada tidak mengikuti program itu.

9. RAMBUT LEBIH SIHAT
Pada masa kita melihat rambut kita, ia sudah dirasakan mati, kerana semua kesuburan berlaku bermula dengan folikel rambut. Ini adalah sebab kenapa ia penting untuk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detoks yang kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruhi oleh toksin dalaman, kita akan lihat dan rasai perbezaannya.

10. RASA DIRI LEBIH RINGAN
Antara kebaikan detoks yang dilaporkan ialah perasaan diri lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi iaitu jika kita memgikuti proses pembersihan kolon sebagai salah satu proses detoks.
Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang memberatkan tubuh badan, dan menggantikan dengan makanan yang lebih baik seperti buah-buahan organik yang segar dan sayur-sayuran, perasaan diri lebih ringan akan mudah dirasai.

11. ANTI PENUAAN
Toksin yang sentiasa berlaku yang terpaksa badan hadapi adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika menurunkan jumlah kerosakan radikal bebas kepada tubuh, kita akan melihat perubahan bukan sahaja dalam jangka masa pendek, tetapi manfaat dalam jangka masa panjang dengan penambahan kesihatan.
Apabila kita sudah selesai menjalani program detoks, ia adalah penting sekali untuk tidak kembali kepada cara hidup lama yang dipenuhi dengan toksin. 

12. PENINGKATAN RASA KESELESAAN HIDUP
Apabila kita berdetoks, kita akan rasa lebih bagus, dan apabila kita rasa lebih bagus, perkara yang pelik akan berlaku. Detoks selalunya digunakan secara strategik untuk menurunkan berat badan atau melakukan rancangan diet yang baru tetapi tiada sebab yang lebih bagus selain untuk merasa lebih bagus.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Bahaya bayam

BAHAYA BAYAM!
Selalu kita dengar sayur merupakan makanan kesihatan terbaik untuk tubuh. Tapi tahukah anda jika kita salah menyediakannnya ia boleh mengundang BAHAYA.
Bayam akan mengeluarkan racun jika ianya dipanaskan kembali. Kandungan nitrat yang ada di dalam bayam mampu menjadi racun yang menggalakkan kejadian melecur.
Nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosin yang sangat berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.
Perubahan kimia kandungan nitrat menjadi nitrosin terjadi ketika memanaskan bayam yang sudah lama sejuk.
Ketika bayam yang sudah mengalami perubahan kimia tersebut dimakan oleh orang dewasa atau anak-anak maka boleh mempengaruhi kerja-kerja darah untuk menghantarkan oksigen ke suluruh tubuh, dan tidak dapat diramalkan pada bila-bila masa darah dapat berhenti melakukan tugasnya untuk membawa oksigen seluruh badan.
Oleh itu pastikan kita tak panaskan kembali bayam yang telah sejuk selepas dimasak.
Ini kerana hanya akan menimbulkan pelbagai kemungkinan datangnya penyakit,  dari yang ringan hingga yang parah.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty