TAZKIRAH : MUHASABAH SOLAT KITA

TAZKIRAH : MUHASABAH SOLAT KITA



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asham dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Manfaat Air putih

Air putih boleh dikatakan minuman wajib untuk semua orang. Banyak manfaat air putih pada badan antaranya,
 Melancarkan sistem pencernaan di dalam badan
 Menjadikan kulit awet muda.
 Mencegah penyakit Jantung
 Mengeluarkan racun dari dalam tubuh
 Dapat mengawal berat badan
 Mencegah penyakit batu karang
 Bantu mengawal emosi dan mood seseorang
 Menjaga kebersihan dan kesihatan gigi
 Elakkan kaki dari krem
 Lancarkan proses pembuangan air besar
 Ubat paling mujarab untuk masalah sakit kepala
 Kurangkan masalah kanser usus
 Otak boleh berfikir dan bekerja dengan lebih baik.
Pengambilan Performance Drink Shaklee boleh mengekalkan kadar cecair yang diperlukan badan dan mengelakan dari terdehidrasi.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Detox

Orang nak diet kita pun nak diet. Tapi sejauh mana diet itu berkesan untuk kita. 

Bagaimana caranya untuk dapatkan diet yang berkesan?
1. Belajar tentang nutrisi. Ambil tahu apa yang kita masukan ke dalam perut. Kenal pasti keperluan badan, berapa karbo, fiber dan sebagainya yang perlu kita ambil.

2. Jadikan diet satu yang menyeronok kan. Bukan menyeksakan. Pelbagaikan menu harian menjadikan ianya enak dan menyelerakan.

3. Dalam hidup perlu ada matlamat. Tak kira apa pun yang kita lakukan perlu ada target. Jadi untuk diet kita kena ada target juga. Kena tahu kenapa kita nak kurus. Berapa berat ideal kita nak capai. Barulah bersemangat untuk meneruskan misi diet hingga berjaya.

4. Salah sebenarnya jika berlapar semasa diet. Makanan beri tenaga, jika kita gunakan tenaga lebih dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Secara tidak langsung boleh menyebabkan metabolisma jadi rendah.

5. Lakukan perubahan perlahan-lahan, jangan terlalu drastik. Badan akan terkejut jika perubhana dilakukan mendadak. Jika sebelum ni makan 5 pinggan nasi sehari. Kurangkan kepada tiga dan seterusnya.

6. Cra diet yang betul bukan hanya pada makanan sahaja. Tapi juga gaya hidup. Jangan lakukannya sorang-sorang. Cari orang yang boleh beri sokongan dan inspirasi untuk amalkan diet bersama.

7. Amalan pemakanan yang betul hanya sebahagian sahaja dari cara untuk kurus. Lakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan, memanjat dan sebagainya. Aktiviti sebegini sebahagian dari cara hidup sihat.

8. Diet yang betul ialah makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. Ambil 5 hidangan setiap hari. Jangan tinggal waktu makan terutama sekali sarapan pagi.

9. Kurangkan makanan manis. Gula ounca utama ramai orang gagal menjayakan misi diet mereka. Tak guna kita jaga penakanan tapi masih ambil gula dengan banyak.

10. Air kosong adalah 0 kalori. Ha minumlah banyak-banyak. Sudahlah hilang dahaga, buang toksin, bantu proses makanan dan fungsi tubuh malah bantu untuk cover rasa lapar kita.

Jom diet dan detox mengikut gaya saya. Hubungi sekarang untuk konsultasi pemakanan percuma.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : 5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT


TAZKIRAH : 5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama , jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya."
Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua ," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima ?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Batuk teruk sampai terkencing.

Arghh BOCOR lagi!
Tengah seronok ketawa terbahak-bahak, tiba-tiba seluar terasa basah. Bukan sekali dua, tapi kerap. Kadang-kadang tu bila batuk bersin pun boleh terkencing.
Dah lah tu, bila rasa nak kencing, tak sempat sampai bilik air dah mencicir. Tak boleh tahan.
Siapa pernah mengalami situasi seperti ni?
Overactive bladder disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas.
Ianya bukan lumrah, tapi ianya boleh dirawat. Pengambilan Alfalfa, garlic dan GLA dapat mengurangkan masalah ini.

 Alfalfa Complex – Berfungsi sebagai mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kerap.
 Garlic Complex – Ia adalah antibiotik semulajadi yang dapat membantu daripada jangkitan kuman
 GLA Complex – Membantu membaiki paras estrogen dan testosteron serta membaiki  masalah pundi kencing terlalu aktif
Cegah awal dari terpaksa pakai pampers dikemudian hari.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kenapa dia?

Kak Long nak BEBAS JERAWAT cari ESP
Kak Ngah nak SUSU BABY cari ESP
Kak Uda nak SENTIASA BERTENAGA cari ESP
Kak Cik nak RAMPING cari ESP
Kak Teh nak FETUS SIHAT cari ESP
Kak Lang nak BABY cari ESP
Saya nak CANTIK dan GEBU harus cari ESP juga.
Uols tak kan nak baca je? Nikmati enaknya ESP sekarang.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Banana mealshakes


TAHUKAH ANDA 1/4 cup mealshake = 4 sudu besar = 3 gram fiber

Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber. 
Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka.
Jika anak anda mempunyai maslah sembelit, boleh berikan sehingga dua kali hidangan mealshake kepada mereka.
Namun untuk kanak-kanak 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1-2 sudu sehari.
Boleh bancuh mealshake dalam minuman kegemaran mereka sama ada dihidangkan sejuk atau suam.
PM saya untuk dose yang sesuai mengikut keperluan dan konsultasi percuma.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty