Sarapan


TAHUKAH ANDA Tak Sarapan boleh mengindang pada derita STROKE?
Ramai orang yang sering mengabaikan sarapan. Padahal, sarapan memiliki peran penting bagi aktiviti seharian.
Lambat mengambil sarapan menyebabkan seseorang itu dalam BAHAYA.
Kajian terbaru yang dilakukan saintis dari Osaka University Graduate School of Medicine di Jepun menemukan bahwa mengabaikan sarapan boleh menyebabkan STROKE.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Jintan Hitam

31 MANFAAT HABBATUS SAUDA / BLACK SEED / JINTAN HITAM

1. Merawat penyakit Diabetis Melitus
2. Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
3. Mengatasi masalah keputihan.
4. Meningkatkan kualiti dan oenghasilan susu badan
5. Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
6. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
7. Memperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan lelaki (meningkatkan kualiti dan jumlah sel sperma).
8. Mengatasi gangguan seksual dan impotensi
9. Anti alergi dan anti bakteria
10. Anti radang (merawat pelbagai macam radang)
11. Merawat penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus seperti cacar, herpes, dan lain-lain.
12. Anti tumor dan kanser
13. Mengatasi tekanan darah tinggi
14. Sesuai jntuk mereka yang ada tekanan darah rendah
15. Menyembuhkan jangkitan saluran perkumuhan
16. Merawat penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, dan lain-lain)
17. Merawat flu dan batuk
18. Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
19. Mengatasi depresi dan kelelahan
20. Anti Oksida dan anti penuaan
21. Normalkan kadar kolesterol dalam darah
22. Mengatasi gangguan kulit (jerawat, flek dan luka kulit)
23. Mengatasi epilepsi dan kejang
24. Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah kelumumur
25. Membantu menyelesaikan masalah gangguan pencernaan
26. Mengatasi masalah kebas
27. Mengatasi sakit kepala (migrain)
28. Menyembuhkan anemia
29. Mengeringkan luka-luka yang terbuka
30. Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
31. Menyembuhkan penyakit hati / hepatitis dan perlemakan hati kerana alkohol




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : HEBATNYA BERSEDEKAH

TAZKIRAH : HEBATNYA BERSEDEKAH

Pada suatu tengahari, sedang Jamal menjamu selera di satu restoran dengan seorang kawannya, datang sorang makcik minta sedekah.

Tanpa fikir panjang Jamal ambil RM5 dari dompet lalu menghulurkannya kepada makcik tersebut sambil dalam kepala terbayang kata-kata ustaz,

“Orang bersedekah akan dibalas 10kali ganda dan dimurahkan rezeki.”

Lalu makcik itu berlalu.

Usai segala makanan dan minuman dihabiskan, Jamal bangun untuk ke kaunter, tiba-tiba kawannya menghalang.

“Xpe-xpe. Hari ni aku belanja.”

Jika dikira kos, makanan Jamal berharga rm5. Tanpa Jamal sedar, dia jimat RM5 dan modal sedekahnya tadi telah pun dikembalikan!

1/10 dah dapat. 9/10 lagi di mana?

Sedang Jamal berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba Jamal teringat, tadi lupa letak syiling dalam meter parking. Dia berjalan sedikit laju, gusar dikompaun majlis perbandaran. Setibanya di kereta, dia berasa lega kerana tiada sebarang kertas di wiper.

Tiba-tiba Jamal terpandang seorang penguatkuasa sedang menyelitkan resit pada wiper kereta sebelah. Fuh. Jamal menggosok dadanya tanda lega. Tanpa sedar, RM10 Jamal terselamat dari hangus dikompaun.

Jamal masuk ke dalam kereta. Dia mengundurkan keretanya tiba-tiba terlanggar kereta belakang yang terlindung di sebalik blindspot. Jamal dan juga pemilik kereta belakang masing-masing keluar dari kereta untuk melihat kerosakan.

1 lampu kabus berharga RM35 pecah. Selepas bersalam dan meminta maaf, Jamal menyeluk poket untuk keluarkan duit. Tiba-tiba pemilik kereta itu menahan tangan Jamal sambil tersenyum,

“xpe bro. Sikit je ni”.

Lagi RM35 Jamal terselamat dari hangus.

Tanpa Jamal sedar, belum sampai setengah jam, modal sedekahnya tadi telah dikembalikan beserta untung penuh 10/10!

Tapi Allah itu maha baik. Biasanya Dia beri lebih. Dia beri sesuatu yang lebih dahsyat nilainya. Bukan sekadar berbentuk angka.

Jamal menyambung perjalanan untuk balik ke rumah. Jamal on radio, ada seorang doktor sedang bercakap mengenai petua-petua pemakanan untuk kesihatan buah pinggang. Penerangan yang dihuraikan sangat mudah dan praktikal membuatkan Jamal bersemangat dan berazam untuk mengamalkannya.

Tanpa dia sedar, dia dikurniakan ilmu yang boleh jimatkan puluhan ribu ringgit dari dibelanjakan untuk kos perubatan buah pinggang untuk 30 tahun akan datang.

Jamal berhenti di pam minyak untuk mengisi angin tayar. Dia merasa pelik, kalau tak silap sudah dua tahun tak tukar tayar tapi bunganya nampak cantik lagi. Boleh tahan 7-8 bulan lagi. Tanpa Jamal sedar, duit untuk tukar tayar tak perlu dikeluarkan lagi.

Jamal melepasi lampu isyarat demi lampu isyarat. Jumlahnya 8, hijau semuanya. Tanpa dia sedar tempoh perjalanan telah dijimatkan sebanyak 10 minit.

Lagi 2km sebelum sampai di rumah, tiba-tiba Jamal ternampak seorang makcik berdiri di tepi jalan, kebingungan memandang tayar belakang keretanya. Dia berhenti di belakang kereta makcik itu. Pancit katanya.

Jamal menawarkan diri untuk membantu menukar tayar dan meminta makcik itu masuk dalam kereta kerana cuaca sangat panas. Selepas selesai, Jamal pergi mendapatkan makcik tu untuk mintak izin untuk pergi.

Rupa-rupanya ada gegirl di tempat duduk penumpang. Cantik. Sopan. Clever. Lagi clever dari peserta Clever Girl.

Tiba-tiba ada vibrate di rusuk kiri Jamal. Eh. Jamal menghulurkan kad bisnesnya sambil menawar diri sekiranya makcik tu perlukan bantuan pada masa akan datang. Makcik itu berterima kasih sambil memuji-muji perwatakan Jamal yang baik itu.

Setibanya di halaman rumah, Jamal melihat pasu bunganya pecah lagi. Dia memandang sambil tersenyum ke arah budak-budak yang sedang bermain bola di kawasan rumah teresnya. Bukan seperti kebiasaan. Hari ini dia tenang, tidak ada rasa marah dalam hatinya.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah lalu merebahkan badan di sofa. Dia merasa hairan. Lain macam rasanya hari ini. Tidak serabut, tidak tertekan, tidak gundah resah gelisah. Yang paling pelik, pertama kali dalam hidupnya sanggup memberhentikan kereta untuk membantu orang yang tidak dikenali.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hatinya. Rasa rungsing duit RM5 sedekahnya tadi masih belum dibalas.

“ustaz tu kelentong ke apa? Ah, esok ada la tu rezeki datang”

Kadang-kadang rezeki itu datang tapi kita yang tidak nampak. Banyak sangat. Dalam pelbagai bentuk samada wang, masa, kesihatan, ketenangan, ilmu, persaudaraan dan macam-macam lagi. Tapi sayang, kita tak merasanya. Jadi macamana nak merasainya?

Teruskan buat baik. Sedekah. Solat dhuha. Tolong orang. Tolong binatang. Jaga silaturrahim. Mintak doa. Mintak orang doakan. Banyakkan ibadah-ibadat sunat disamping kekalkan ibadah wajib. Dalam masa yang sama tinggalkan sebanyak mungkin maksiat dan kejahatan semampu boleh.

Kemudian sandarkan semua yang berlaku kepada Allah, bersangka baik dengan Allah, bersyukur dan ucap alhamdulillah untuk sebarang kebaikan yang diterima. InsyaAllah. Perjalan hidup kita akan dilancarkan selancar mungkin.

Bagaimana pula jika ditimpa musibah? InsyaAllah posting seterusnya..

Tiba-tiba, Jamal vibrate lagi. Kini vibrate dalam poketnya pula. Jamal dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali.

“Helo Jamal. Ni makcik yang kereta pancit tadi haa. Makcik nak jemput datang rumah kalau tak keberatan. Makcik ada hajat besar ni. Suami makcik nak bincang sikit dengan Jamal.”

Jamal menamatkan panggilan sambil tersenyum.

“Alhamdulillah.. Ni baru rezeki. Haha”

Emm. Teruk betul. Kalau bab ni laju je nampak rezeki. Harap-harap pakcik tu panggil sebab nak tukar tayar kereta lain pulak. Atau nak suruh potong rumput ke. Panjat kelapa ke. Bukan sebab lain.


sumber: tazkirah.net



“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .
(Al Baqarah: 261)





Saiz seluar


"Masalah setiap kali nak cari seluar. Frust tau kadang-kadang.
Kadang tu pinggang muat, labuh sangat pula. Bila labuh ok, pinggang plak saiz Saiful Apek."
Jangan biarkan hidup terus merana. Jom dapatkan Set Healthy Fitness Set untuk kekal sasa dan bergaya



                                                          Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Arjuna dan zuriat



Bila cakap tentang zuriat, tidak adil jika isteri sahaja yang disalahkan, suami juga mainkan peranan dalam hal ini.

Sebagai suami harus titik berat tentang penjagaan kesuburan diri. Antara yang boleh dilakukan ialah:
 Jauhkan dari sinaran-X, racun perosak atau radiasi.
 Jangan duduk terlalu lama atau kerap bersauna. Ini boleh menyebabkan proses penghasilan sperma terganggu
 Jangan pakai seluar dan seluar dalam ketat
 Makan makanan yang tinggi antioksida
 Ambil Vitamin C dan E. Zink dan Selenium juga membantu penghasilan sperma.
 Jauhi alkohol, kurangkan pengambilan daging merah dan kopi.
 Berhenti merokok
 Dapatkan berat badan ideal
 Kurangkan strees
Mungkin telah cuba amalkan pun tips ni, tapi masih juga tak dapat zuriat. Satu pesanan saya, sebelum anda pasrah pasrah pada takdir, teruskan berdoa. Kerana, rezeki adalah urusan Dia.
Namun boleh juga berusaha u tuk dapatkan nasihat pakar. Mungkin ada masalah yang perlu dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : PENYAKIT PUJI-PUJIAN

TAZKIRAH : PENYAKIT PUJI-PUJIAN

Imam Ghazali sebut, pujian yang tidak elok boleh menimbulkan 6 penyakit, 4 daripadanya pada si pemuji dan 2 pula pada orang yang dipuji.

Bagi orang yang memuji, penyakit tersebut adalah:
1. Berlebih-lebihan dalam memuji hingga melampaui batas dan memuji sesuatu yang tidak ada, maka ia menjadi pendusta.
2. Menzahirkan kecintaan sedangkan dalam hatinya tidak sedemikian, maka ia menjadi munafik.
3. Memuji sesuatu yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak hakikatnya, maka ia berlebih-lebihan dalam memuji.
4. Boleh jadi orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim, lalu menyebabkanya dia memuji orang yang zalim.

Penyakit pada orang yang dipuji:
1. Menimbulkan rasa ego, ujub, riak, perasan dan lain-lain sifat yang tidak baik.
2. Boleh merosakkan amalannya.
Maka berdoalah ketika dipuji sebagaimana doa yang diucap oleh Abu Bakar ketika dipuji.
Abu Bakr berdo’a,
Imam Ghazali sebut, pujian yang tidak elok boleh menimbulkan 6 penyakit, 4 daripadanya pada si pemuji dan 2 pula pada orang yang dipuji.


Bagi orang yang memuji, penyakit tersebut adalah:

1. Berlebih-lebihan dalam memuji hingga melampaui batas dan memuji sesuatu yang tidak ada, maka ia menjadi pendusta.
2. Menzahirkan kecintaan sedangkan dalam hatinya tidak sedemikian, maka ia menjadi munafik.
3. Memuji sesuatu yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak hakikatnya, maka ia berlebih-lebihan dalam memuji.
4. Boleh jadi orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim, lalu menyebabkanya dia memuji orang yang zalim.


Penyakit pada orang yang dipuji:

1. Menimbulkan rasa ego, ujub, riak, perasan dan lain-lain sifat yang tidak baik.
2. Boleh merosakkan amalannya.
Maka berdoalah ketika dipuji sebagaimana doa yang diucap oleh Abu Bakar ketika dipuji.

Abu Bakr berdo’a,
Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
Bermaksud:
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku.
Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka.Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4: 228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25: 145, Asy Syamilah
Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
Bermaksud:
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku.
Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka.
Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4: 228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25: 145, Asy Syamilah

sumber: Ustaz Dr. Rozaimi Ramle

Subur


1. PISANG
Pisang bagus untuk tambah sperma.  Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut ada dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu tungkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).
Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
   
2. COKLAT
Banyak khasiat pada badan sebenarnya. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

3. BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang berperanan   penting dalam ereksi. Bawang putih  mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. DELIMA
Delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

5. DAGING MERAH
Daging mengandungi zat seperti zink yang bantu halang radikal bebas (free radicals) dari jadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga bantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  KACANG WALNUT
Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7.  BAYAM 
Terdapat banyak kandungan folic acid dalam bayam yang boleh bantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.  SALAD BUAH
Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma.
Dengan menjadikan buah-buahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh halang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

9. TELUR
Telur dapat bantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.
Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.  

10. AIR KOSONG
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty