Ciri-ciri soya yang selamat

7 ciri-ciri Soya Yang Selamat:

(1) Ditanam secara organik.
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat
yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

(2) Tidak menjalani proses genetik (non-GMO).
KACANG SOYA GMO – lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan
pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

(3) Mengandungi 9 asid amino penting. 9 ASID AMINO – adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim.
Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan
proses-proses penting dalam tubuh.

(4) Dibasuh dengan air.
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%!
Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan
hormon dan jisim tulang. Di Shaklee, dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya, kepingan
soya dihancurkan dan dibasuh dengan air.

(5) Bahan anti-thyroid & anti-pertumbuhan disingkirkan.
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm
meningkatkan risiko kanser.

(6) Diproses tanpa dipanaskan.
KACANG SOYA YANG DIPANASKAN – merosakkan kandungan proteinnya!

(7) Ditambah dengan kalsium.
KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang
ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.
Ps: sehingga hari ini, saya hanya mendengar dan membaca basa basi dari doktor ini dan itu tanpa kajian dan ujian klinikal. Tapi saya ada beberapa kajian tentang kebaikan non-gmo soya dan ada satu kajian klinikal ttg bagaimana soya membantu bekas pesakit kanser.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kenaoa perlu makan protein?



AKAK ABANG TAHUKAH ANDA 25 PERATUS daripada tubuh badan kita dibina dari protein.
Lihat kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kebenaran yang perlu diterim.

Secara mudah, struktur dalam badan kita dibina daripada susunan berikut:
SEL -- TISU -- ORGAN -- SISTEM
Struktur badan terdiri dari sel. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. 

Sebab itulah badan kita sangat memerlukan protein sebenarnya.

ABANG KAKAK mahu tahu kenapa?
Kerana protein adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, kita makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein kan?
Macam ayam, ikan, telur, kacang, daging dan macam-macam lah lagi.
Tapi sedar atau tidak yang protein ni mudah sangat termusnah. Terutama bila terkena suhu tinggi.
Contohnya, ikan kalau goreng lagi garing lagi sedap kan. Tapi pernah tak kita fikirkan. Sebab mahukan kesedapan tu, berapa jelah protein yang tinggal agaknya?
Haa! Di sinilah pengambilan ESP tu menjadi penting sebagai sumber protein yang utama dan berkualiti.
Hasil pemprosesan yang terbukti diuji di makmal dan selamat. Terbukti dengan review hebat mereka yang telah mengambil ESP secara konsisten.
Di mana rambut lebih sihat, kuku lagi cantik, "aset" lebih anjal, kulit lebih gebu dan macam-macam lagilah.
Jadi sampai bila hanya mahu bergantung pada makanan yang sudah hilang khasiatnya yang lebih hampasnya dari zatnya.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : ALLAH SAYANGKAN KITA

TAZKIRAH : ALLAH SAYANGKAN KITA


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang pakcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu.
"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas terus memeluk anaknya yang berada di situ dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Susu ibu adalah emas



ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.

ESP mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.

ESP membantu proses penghasilan susu ibu dan bantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit je.

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.

ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging. Senang cakap ia bebas dari lemak

ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink.

ESP promosi bulan ni tau. Boleh dapatkan 2 botol ESP dengan penjimatan lebih 5%.

ESP juga PERCUMA 1 u tuk mereka yang beli 6 botol terus. Kongsilah beli dengan kawan-kawan.
Tunggu apa lagi? Boleh dapatkan ESP FRESH from gudang hanya dari SAYA.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kanser



TAHUKAH ANDA Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.


                                                     

                                                      Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty





TAZKIRAH : HATI, KAKI & KASUT

TAZKIRAH : HATI, KAKI & KASUT

Kasut atau sepatu cuma alat, yang penting kaki. Kaki pun masih alat, yang penting hati. Apabila hati baik, insya-Allah kaki jadi baik. Apabila kaki baik, sepatu yang dipakainya akan digunakan untuk melakukan perkara yang baik-baik atau pergi ke tempat-tempat yang baik.
Oleh itu nilai kasut bukan pada bahan apa diperbuat, atau secantik dan secanggih mana reka bentuknya, tetapi nilainya terletak pada apa tujuan ia dipakai.
Mudahnya, kasut yang berharga murah akan menjadi tinggi nilainya jika dibawa untuk bersolat di masjid. Sebaliknya kasut yang berharga beribu-ribu ringgit akan menjadi tidak bernilai apabila dipakai untuk melakukan maksiat di hadapan Allah s.w.t.
Sebab itulah, pemakaian kasut bukanlah soal kecil atau perkara yang remeh. Jika demikian, masakan Rasulullah menunjukkan tatacara menggunakannya.
Baginda bersabda:  “Apabila kamu memakai kasut, mulakan dengan kaki kanan. Apabila kamu menanggalkannya, hendaklah mulakannya dengan kaki kiri. Dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua-dua belah) atau menanggalkan semuanya.” (Riwayat Ahmad)
Setiap apa yang ditakrirkan, disebutkan dan ditunjukkan tatacaranya oleh Rasulullah, itu disebutkan sebagai sunnah. Dan tentunya, setiap sunnah Baginda itu bernilai dan berguna untuk diikuti termasuklah dalam soal pemakaian kasut.
Bahkan itulah bukti cinta dan mahabbah kita kepada Rasulullah. Jika sunnah Rasulullah dalam memakai kasut itu dapat diteladani dengan rasa mahabbah kepadanya, insya-Allah itu boleh membawa kita ke jannah.
Justeru, jangan memandang remeh setiap sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah, kerana sudah tentu ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Dan ingat, kita bukan hanya berkasut di dunia… tetapi juga bakal berkasut di akhirat.
Sudah tentulah kasut syurga tidak sama dengan kasut dunia. Yang mana, ia pasti sangat indah, selesa dan tahan lama. Malah, tidak dapat dibayangkan oleh akal dan perasaan kita betapa hebatnya material, kualiti dan reka bentuknya kasut syurga.
Namun persoalannya, bagaimanakah caranya ingin memakai kasut syurga?
Teladanilah Sayidina Bilal bin Rabah yang derap kasutnya sudah didengar oleh Rasulullah semasa Baginda dimikrajkan ke langit.
Baginda pernah memanggil Bilal, lalu bersabda: “Hai Bilal, mengapa engkau mendahuluiku masuk ke syurga? Sesungguhnya ketika aku masuk syurga malam tadi (malam Israk), aku mendengar suara derap kasutmu dihadapanku.’
Bilal menjawab: ‘Wahai Rasulullah, tidaklah sekali-kali aku menyerukan azan melainkan terlebih dahulu aku melakukan solat dua rakaat. Dan tidak sekali-kali aku berhadas, melainkan aku berwuduk sesudahnya.’ Rasulullah bersabda: ‘Kerana ini.”’ (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Walau bagaimanapun, sekiranya kasut yang digunakan itu adalah untuk melakukan kejahatan, maka ia akan membawa si pemakainya ke neraka. Akibatnya, si pemakai akan diseksa dengan azab yang sangat pedih.
Nu‘man Bin Basyir menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari Kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya sepasang bara api neraka (kasut) sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya.
Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika memakai terompah neraka pun boleh membuatkan otak manusia mendidih, apalagi kalau jasadnya yang lain. Sudah tentulah akan hancur binasa. Allahuakbar.
Subhanallah, melalui kasut juga Allah mentarbiah RasulNya. Allah mendidik Nabi Musa sekaligus mentarbiahkan kita agar merendahkan diri kepada-Nya.
Lihatlah pada surah Taha yang berlatar belakangkan lembah suci yang bernama Tuwa.
Diceritakan ketika Nabi Musa menuju nyalaan api di Tuwa, tiba-tiba Baginda terdengar suara: “Wahai Musa, sesungguhnya Aku adalah Tuhan kamu.” (Surah Taha 20: 12).
Lalu Allah memerintahkan Nabi Musa menanggalkan kasutnya ketika berada di lembah suci Tuwa. Dan pada ketika itulah, Allah mengangkat  Nabi Musa sebagai rasul.
Lihat, begitulah tarbiah Allah agar Nabi Musa merendahkan dirinya kepada-Nya dengan penuh sifat kehambaan. Jangan rasa tinggi, tetapi merendahlah dengan rasa lemah di sisi-Nya.
Begitu juga adab orang Islam apabila masuk ke tempat-tempat suci seperti masjid dan pusat-pusat pengajian. Kita mesti masuk tanpa berkasut sebagai kesucian dan penghormatan yang patut diberikan ke tempat tersebut.
Malah dalam kalangan masyarakat kita, sudah menjadi budaya kita diajar untuk memakai kasut di luar rumah dan di tandas. Dan mesti menanggalkan dan meninggalkannya setiap kali ingin masuk ke dalam rumah.
Tujuannya agar di dalam rumah terhindar daripada sebarang najis dan kotoran di tandas dan di luar rumah.
Dalam sejarah peradaban dunia, ada di antara pemerintah atau diktator yang mempunyai terlalu banyak pasang kasut. Sikap tamak, rakus dan tidak memperdulikan rakyat miskin telah mendorong mereka membeli ribuan pasang kasut dengan tujuan melawa, bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk.
Isteri diktator Filiphina; Imelda Marcos misalnya, mempunyai hampir 2,000 pasang koleksi kasut. Itulah jumlah kasut ketika dia dan suaminya ketika melarikan diri meninggalkan Filipina semasa pemberontakan kuasa rakyat.
Antara jenama kasut yang dimilikinya ialah Ferragamo, Givenchy, Channel dan Christian Dior yang bersaiz 8 1/2 inci.
Begitulah akibatnya apabila hati dikuasai sifat tamak. Hati akan mempengaruhi kaki untuk melangkah dengan sombong dan bongkak. Namun, semua itu tidak akan bermakna jika ia menjadi sebab seseorang melangkah ke neraka.
Bukankah Allah sudah mengingatkan kita: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Surah Lukman 31: 18).
Pengajarannya, jangan sombong dengan kasutmu. Kerana kasut yang digunakan ke arah kejahatan adalah bayangan kasut neraka. Sebaliknya, kasut yang digunakan ke arah kebaikan dan kebajikan adalah bayangan kasut syurga.
Sayangnya, ramai orang yang berbangga dengan kasut yang mahal. Mereka merasakan tinggi diri hanya kerana kasut yang dipakainya mahal.
Tidak benar sama sekali jika nilai diri kita terletak pada nilai kasut yang kita pakai. Jika itu benar, siapakah diri kita sekiranya kasut yang mahal itu hilang atau rosak?
Hakikatnya, jangan dihinakan nilai diri kita yang mulia dengan hanya pada sepasang kasut yang terletak di kaki. Kerana nilai diri kita yang sebenarnya terletaknya pada hati.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak melihat rupa lahir kamu dan harta benda kamu, tetapi Dia melihat pada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Ahmad)
Namun, ini tidak bermakna orang Islam dilarang berhias dan bercantik-cantik dengan pakaian, termasuk dengan kasut yang mereka pakai.
Asalkan niat memakainya kerana Allah yakni tidak sombong dan menunjuk-nunjuk, diperbuat daripada bahan yang halal dan suci dan dengan sumber wang yang halal untuk membelinya, maka memakai kasut yang indah tidak menjadi satu kesalahan, malah digalakkan.
Rasulullah bersabda: “Allah itu indah dan suka kepada keindahan.” (Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, pakailah kasut yang indah, tetapi pastikan hati kita lebih indah. Insya-Allah hati yang indah itulah yang akan membawa kaki kita melangkah ke syurga. Dan di syurga pasti ada kasut yang lebih indah daripada kasut kita di dunia!
sumber: genta-rasa.com

Energy soya protein


ESP bukan hanya untuk WANITA.
Tapi untuk semua JANTINA dan peringkat umur.
ESP bukan sahaja untuk CANTIK dan MENYUSU
Tapi ESP bantu turunkan tahap KOLESTROL
Kesihatan itu AMANAH
Tak guna simpan duit banyak
Jika amanah kesihatan dibiarkan sahaja
Duit boleh dicari
Kesihatan tak boleh dijual beli
Cegah sebelum kronik
Sebaik-baik menjaga amanah kesihatan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty