TAZKIRAH : ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

TAZKIRAH : ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian -ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan- anak-anak, cita-cita dan harapan- tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut)-qum faanzir-bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan -pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.  
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!



Sendi


Apa itu Osteoarthritis (os=tio=at=trai=tis)?
Osteo maknanya tulang
arthro maknanya sendi
itis maknanya radang
Sejenis sakit lutut yang libatkan radang sendi lutut dan tulang sekelilingnya. Ia adalah sakit lutut di kalangan orang-orang yang berumur terutama 50 tahun ke atas. Ia disebabkan oleh proses ‘guna pakai dan haus’ (wear and tear).
Punca pelapik lutut haus (degeneration) dengan cepat.
 Obesity
 Kencing manis
 Kecederaan kaki yang masa lalu. Kaki yang cedera akan membuatkan fungsi kaki tidak normal seperti sebelum itu lagi. Sedikit sebanyak tekanan terhadap pelapik lutut tidak sama rata lagi. Ini seperti keadaan tayar yang cepat haus disebabkan oleh balance atau alingnment yang sudah tidak normal.
 Radang lutut yang lain seperti gout (ga=ut), rheumathoid arthritis (riu=ma=toid, at=trai=tis).
 Radang sendi akibat penyakit tersebut membuatkan tekanan terhadap pelapik tidak sama rata dan mengakibatkan kerosakan pada pelapik.
 Kecacatan kaki yang azali (congenital).
 Keturunan (genetic).
 Penyakit saraf.
Pengambilan Ostemetrix, Omega dan Kolagen secara konsisten dapat mengatasi masalah radang sendi.
Berikan ibu ayah yang terbaik untuk terus berjalan dan beribadah dengan .



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kejang Otot



TAHUKAH ANDA Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.
Ianya boleh diatasi dengan cara relaxkan otot dan kendurkan kawasan kaki yang kejang.
Pengambilan OSTEMETRIX sangat membantu golongan warga emas dari diserang masalah kekejangan otot.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)‎), diambil dari perkataan solat (الصلاة‎) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا}

{Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43].
[Pamplet Selawat di: 17- Selawat Fadhilat & Kaifiat 2013. MBB
[Edisi Jawi diSelawat Sohihah 2013 -1434 – Jawi
Hukum berselawat.

Kelebihan Selawat:
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya

Kebas Tangan



PUNCA TANGAN DAN KAKI SERING KEBAS
1. Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
2. Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
3. Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
4. Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
5. Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
6. Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
7. Carpel tunnel syndrome. Melibatkan sesiapa yang kerja melibatkan pergerakan tangan yang banyak. Contohnya, jurutaip, pesakit diabetis, orang yang kerap migrain.
8. Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
9. Kesan daripada pengambilan ubat.
10. Kesan bahan toksik yang terkandung dalam rokok.
11. Minum minuman keras.
12. Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Impian lelaki


Boleh dikatakan 9 dari 10 lelaki buncit selepas berkahwin. Adakalanya si isteri tak sempat lagi mengandung, suami dah mengandung dahulu.
Macam-macam teori yang diberikan mengapa suami buncit selepas berkahwin. Namun itu bukan persoalannya.
Adakah mustahil untuk suami kembali sasa dan katakan "pergi" kepada perut boroi?
Tidak!
Tidak mustahil sama sekali. Semua suami boleh kembali sasa jika mengamalkan gaya hidup sihat yang betul.
1. Jangan makan pada waktu malam
2. Jangan ambil makanan ringan
3. Kurangkan pengambilan gula dan minuman bersoda
4. Lakukan senaman kardio
5. Jaga pengambilan diet seharian
Berikut adalah suplemen yang dicadangkan  untuk bantu hilangkan perut buncit lelaki:
 Protein : Cinch Shake Mix & ESP
• Untuk pelihara otot dan elakkan muscle tear selepas aktiviti senaman.
• Beri rasa kenyang dan tenaga yang berpanjanga
 OmegaGuard & Lecithin
• Pecahkan lemak
 Detox : Alfalfa & Herblax
• Bantu keluarkan toksin dan lemak-lemak yang sudah dipecahkan keluar dari tubuh
 Metabolisme : Cinch Energy Tea Mix
• Tungkatkan metabolisme tubuh
 Nutrisi Lengkap : Vitalea Iron Formula
Buncit bukan seksi, tapi buncit merugikan!




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1


Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Islam itu mengambil berat tentang hal kebaikan, walau sekecil mana amalan kebajikan dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
  2. Umat Islam dilarang memandang enteng perkara-perkara kebajikan walaupun sekadar senyum semasa bertemu dengan kawan-kawan dan saudara-saudara seagama, kerana senyuman itu juga akan mendapat balasan pahala.
  3. Senyuman boleh menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara yang bersaudara dan sesama manusia.