Halia dan kebaikannya

TAHUKAH ANDA Lelaki yang mengamalkan minum air halia dapat mencegah masalah mati pucuk, menambah air mani dan lemah tenaga batin untuk lelaki.
Halia juga dapat buangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum. Dengan cara rebus halia yang dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty






Kanser Prostat



8 TANDA KANSER PROSTAT
 Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
 Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan
 Tidak boleh mengeluarkan air kencing
 Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
 Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
 Terasa sakit ketika air kencing keluar
 Terdapat darah dalam air kencing atau air mani
 Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha
Bagi anda yang mempunyai masalah prostat. Saya cadangkan pengambilan vivix secara konsisten untuk membantu anda lebih sihat.


                                                           Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



TAZKIRAH : ALLAH MAHA MENGETAHUI




TAZKIRAH : ALLAH MAHA MENGETAHUI

Satu hari, seekor Nuri bernama Cici pulang ke rumah, benggang, keliru dan marah.
“Saya tak suka paruh saya!” rungut Cici kepada maknya.
“Mengapa pula? Kan cantik?” kata maknya.

“Burung lain semua mempunyai paruh yang lebih cantik – Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit! Saya saja yang ada paruh macam ini!” kata Cici.
 Berfikir sejenak melihat ke cermin, mak Cici turut bersetuju dengan anaknya.
“Jom kita pergi tanya Tok Guru. Beliau akan tahu apa nak buat. Dia paling bijak dalam kumpulan
Nuri dan tinggal di pokok tertinggi,” kata mak Cici.
Cici dan maknya tiba di rumah Tok Guru di pohon tertinggi.
“Maafkan saya Tok Guru. Saya ada masalah yang paling besar di dunia,” kata Cici.
“Apa yang saya boleh bantu?” tanya Tok Guru kumpulan Nuri.
“Saya ada satu paruh yang hodoh dan bodoh. Mengapa saya tidak layak mendapat paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit?” tanya Cici sambil maknya mendengar.
“Betul itu. Mereka semua ada paruh yang hebat.
Cici, jawab dulu soalan saya, suka tak makan cacing dan benda-benda krustasia?” tanya Tok Guru.
"Ewekkk! Itu menjijikan!” jawab Cici.
“Itu tujuan mengapa paruh Sendok dibuat sebegitu rupa. Bagaimana pula dengan ikan?” tanya Tok Guru lagi.
“Itu lagi jijik… melompat-lompat dalam mulut!” jawab Cici lagi.
“Hmmm… jadi paruh Pelikan pun tak sesuai untuk Cici. Bagaimana pula dengan arnab dan tikus?” tanya Tok Guru lagi.
“Ewwww… darah ewwww…” Cici rasa nak muntah.
“Hmmm… jadi paruh Helang pun tak sesuai untuk Cici. Bagaimana pula dengan bijiran yang kecil?” tanya Tok Guru.
"Itu ok. Tapi saya suka kacang yang lebih besar macam Almond dan Hazelnut,” kata Cici, si Nuri sambil menelan air liurnya.
“Saya ada beberapa biji. Saya ambilkan,” kata Tok Guru.
Cici terus makan Almond dan Hazelnut yang disediakan Tok Guru.
“Jadi Cici, jika kamu ada paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit boleh kah kamu menikmati Almond dan Hazelnut itu?” tanya Tok Guru.
“Rasanya tidak,” jawab Cici sambil tersentak.
Cici dan maknya terhenti seketika perlakuan mereka. Mereka memandang Tok Guru - airmata mula mengalir.
“Terima kasih Tok Guru. Kami faham sekarang. Paruh kami adalah terbaik dan direka khas untuk kami. Kami tak patut dengki dengan paruh orang lain,” kata Cici dan maknya.

…………………………………….
Bersangka baiklah bahawa Allah Maha Adil. Apa yang ada pada orang lain ada tujuannya yang mungkin tidak sesuai untuk kita. Kita adalah unik dengan kelebihan tersendiri. Takkan itu pun kita tidak boleh bersangka baik dengan Allah dan ciptaannya?

“….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu Tidak mengetahui.”
[Al Baqarah 2: 216]

Kenali lelaki

KENALI LELAKI
Lelaki dan perempuan bagaikan langit dan bumi. Orang perempuan kata sukar mengenali lelaki. Orang lelaki pula kata sukar memahami wanita.
Sebenarnya tiada salah dan betul. Kerana lelaki ini wataknya sangat berbeza dengan wanita. Mari kita kupas untuk sama-sama mengenali insan bernama lelaki ini

1. HIDUP LELAKI MUDAH
Cara hidupnya mudah. Sebab itu mereka sukar faham bahasa kuasan orang perempuan. Orang perempuan lebih suka berkias dari berterus terang.
Orang lelaki lebih suka benda mudah, direct to the point kata orang kampung saya. Jadi wahai wanita. Selepas ini, kurangkan berkias. Tanya sahaja terus.

2. BAHASA LELAKI BERBEDA
Mereka cakap dengan bahasa berlainan. Sebab itu lelaki dan perempuan saling sukar untuk berkomunikasi.
Lelaki agak sukar melahirkan rasa hati. Apa yang mereka cakap kadangkala kontra dari niat di hati.

3. DIAM MEMBISU
Haa yang ni ramai orang perempuan tak boleh tahan. Sebab lelaki lebih suka menyembunyikan dan membisu. Mereka lebih suka pendam sendiri.

4. LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. LELAKI TAK SUKA DIPAKSA
Berbeza dengan orang perempuan yang agak suka memaksa lelaki melahirkan perasaanya.
Adalah lebih baik bagi wanita belajar membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

6. LELAKI BERAHSIA DENGAN LELAKI LAIN
Berbeza dengan wanita, yang boleh canang semua cerita dia dengan kawan terdekat. Ia agak berbeza dengan lelaki. Merekaagak sukar berkongsi seperti wanita
Oleh itu wahai wanita, sebelum anda mahu difahami. Belajar untuk memahami



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kebaikan Oat



Haa tu dia! Mana satu yang di dahulukan? Hari ini sana sini sibuk bekerja. Keluar awal pagi pulang lewat malam. Kesihatan diabaikan begitu sahaja.
Janji duit yang dicari dapat dimiliki. Malangnya tanpa mereka sedar, mereka terpaksa membeli kesihatan dengan kekayaan yang mereka ada.
Bila makan di luar, terlupa diri seketika. Selagi ada menu semua mahu dipesan memenuhi meja. Akhirnya perut penuh nak jalan pun menggah.
Yang sedihnya makanan yang dikaut tanpa mereka sedar menjadi racun pada kesihatan. Akhirnya kerakusan menikmati makanan menjadi senjata "pembunuh" kesihatan.
Akhirnya, ubat di makan sebagai makanan.
Duit ringgit yang dicari sehingga mengabaikan kesihatan menjadi alat untuk membayar kembali nikmat "hidup sihat"




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : ILMU

TAZKIRAH : ILMU

Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki tua dan tiga orang anak lelakinya. Si ayah sudah lanjut usia dan tinggal bersama anak-anaknya di sebuah pondok usang dan kecil di atas sekeping tanah yang luasnya ibarat sekangkang kera. Lelaki tua yang miskin itu memanggil ketiga – tiga anak lelakinya menemuinya.
Kata lelaki tua itu, “Ayah tidak mampu untuk membahagikan harta ayah kepada kalian dengan mencukupi kerana ia terlalu sedikit. Jadi sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah telah memutuskan untuk memberikan kepada seorang sahaja anak ayah.”
Ketiga-tiga anaknya mendengar dengan penuh khusyuk tanpa apa – apa soalan.
“Di atas meja itu ada sembilan keping wang syiling,” kata lelaki tua itu. “Ayah mahu kamu bertiga mengambil tiga keping syiling setiap seorang dan dengan syiling itu, kamu perlu membeli apa-apa saja yang dapat memenuhi seluruh ruang pondok kecil ini.
Balik ke sini semula esok. Sesiapa antara kamu yang berjaya berbuat demikian akan mendapat harta ayah untuk dijadikan miliknya.”
Tanpa membantah atau meminta penjelasan lanjut daripada ayah mereka, tiga beradik itu mengambil tiga keping wang syiling setiap seorang lalu beredar dari situ. Mereka mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan oleh ayah mereka.
Secara berasingan, anak pertama dan kedua pergi ke segenap kampung untuk mendapatkan barangan yang sesuai untuk menjayakan tugas yang diberikan.
Si abang sulung menggunakan tiga keping wang syiling yang diperoleh untuk membeli beberapa guni jerami, namun gagal memenuhi seluruh pondok mereka. Adiknya juga menggunakan kesemua tiga keping syiling itu untuk membeli beberapa guni bulu burung.
Sebaliknya, adik bongsu mereka hanya menggunakan satu daripada tiga keping wang syiling yang diberikan untuk membeli empat batang lilin. Dia menunggu apabila hari mula gelap untuk menyalakan lilin. Dia terbukti berjaya kerana cahaya lilin – lilin tersebut dengan mudah sahaja menerangi seluruh ruang pondok tersebut.
Hasilnya kesemuanya harta milik lelaki tua itu berpindah milik kepada anak ketiga itu.
………………….
Apakah yang membezakan antara adik bongsu dengan dua abangnya ? Jawabnya ialah ‘ilmu’. Dengan ilmu dia dapat menandingi abang – abangnya dengan mudah.
Banyak masalah dalam hidup kita dapat ditangani dengan mudah jika kita bijak menggunakan akal pemberian Allah.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia akan mendapatkan pahala seperti pahala yang diperoleh orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dia akan mendapatkan dosa sebanyak yang diperoleh oleh orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.”
[Riwayat:Imam Muslim]


Kolesterol


TAHUKAH ANDA Ujian Kolesterol dikenali sebagai Lipid Studies. Pemeriksaan kolestrol amat disarankan kepada lelaki berumur 35 tahun ke atas.
Antara gejala mereka yang memiliki kolestrol tinggi ialah:
 Terasa pening dari bahagian belakang kepala (petanda strok)
 Kejang pada bahagian leher dan bahu.
 Kerap kejang di bahagian kaki dan tangan.
 Kebas kaki dan tangan
 Dada sebelah kiri seperti tertusuk
 Saluran darah di jantung tersumbat (petanda sakit jantung)
Gaya hidup mainkan peranan penting dalam kesihatan yang baik. Pemakanan juga penyumbang utama pada kesihatan yang optimum.

Pengambilan Lecithine, Omega dan Phytocol dari Shaklee dapat membantu mengatasi masalah kolestrol dan mengelakan dari diserang sakit jantung


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty