Makanan penggalak susu ibu

11 MAKANAN PENGALAK SUSU
1. Lobak Putih @ Merah
Lobak sangat sinonim pada ibu menyusu. Selain lauk terbaik masa berpantang. Ia juga dianggap sebagai pengalak susu terbaik. Selain itu lobak putih juga bagus untuk ibu-ibu yang ada masalah kencing kotor
2. Sawi
Sawi juga salah satu menu wajib semasa berpantang. Sawi ni banyak khasiatnya walaupun rasa agak pahit. Selain boleh bantu tambahkan susu, sawi juga pilihan terbaik untuk ibu yang ada masalah sembelit
3. Betik muda
Teringat kisah kawan saya, masa mula-mula di rumah mertua. Betik muda disangkakan honeydew. Kelat muka menahan pahit. Kebanyakkan orang tua nasihatkan anak-anak yang mahu susukan baby makan lebih banyak betik muda.
Betik muda ni nak sedap boleh juga dimasak sup makan dengan nasi panas.
4. Jantung Pisang
Jantung pisang ni bukan sahaja sedap jika dicicah dengan air asam. Malah dipercayai boleh bantu tambah susu ibu.
5. Longan Kering & Kurma Cina
Kedua tumbuhan ini dikatakan sejuk dan baik untuk kesihatan. Boleh dibeli di kedai Cina atau juga pasaraya seperti Tesco.
Rebus keduanya bersama gula batu. Selain dapat menyejukan badan. Ia sangat membantu untuk melancarkan proses penghasilan susu.
6. Halba @ Fenugreek
Ada yang kata perlu makan satu sudu kecil setiap hari. Ada juga yang rendam dn minum airnya. Boleh juga masukan halba dalam masakan seperti singgang.
7. Kurma
Kurma kaya dengan Zat Besi dan kalsium yang boleh membentuk susu ibu. Sebenarnya dari mengandung lagi elok ambil kurma ni. Kurm kaya dengan serat. Kalau nak dapatkan rasa yang lagi lazat, blend kurma dan ESP. Nikmat bakk angg!
8. Barli
Barli ni minuman kesukaan satu keluarga. Tak kira suam atau sejuk tetap tetap jadi pilihan. Selain bantu tambah susu sangat sesuai juga diambil masa demam.
9. Bayam
Dah macam popeye pulak. Bayam bi ada ibu yang alah. Sebab dikatakan sejuk. Jadi jangan ambil masa berpantang. Tapi ianya sangat membantu menghasilkan susu.
10. Susu, Horlicks & Milo
Minuman jenis "malted drinks" dipercayai dapat meransang penghasilan susu. Mili panas antara minuman wajib ibu-ibu semasa berpantang juga kan.
Susu pula membekalkan kalsium untuk ibu. Kalaium sangat penying bagi ibu menyusu. Tapi saya lebih suka memilih Ostemetrix memandangkan tekak tak boleh nak telan susu.
Yang bestnya Ostemetrix ni bantu juga atasi masalah simpul mengkarung dan bantu masalah sembelit juga tau.
11. Pil & Supplement
Selain makanan-makanan di atas. Supplement juga sangat membantu dalam proses penghasilan susu ni. Pilihan ramai ibu tentunya Set Menyusu Shaklee.
Tapi supplement ni tak akan buat susu terus mencurah macam air paip tau. Tapi ia bantu melengkapkan nutrient di dalam badan kita. Bila badan dapat cukup nutrien maka kita makan apa pun, zar mudah diserap. Bila zat cukup. Maka proses penghasilan susu pun mudah berlaku.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Papa handle EBM

CARA PAPA HANDLE EBM BILA MAMA OUTSTATION
PAPA! boleh lakukan sebegini;

1. Siap-siap keluarkan susu yang dah dicairkan dari peti sejuk. Simpan dalam cooler bag dalam bilik.
2. Papa boleh set jam ikut waktu baby biasa menyusu. Sekurang-kurangnya 2 jam sekali ya Papa!
3. Keluarkan botol susu pada suhu bilik dlm 5-15 minit sebelum bagi baby minum.  Untuk pastikan susu tidak terlalu sejuk.
Atau keluarkan botol susu dan suamkan dlm warmer dlm 5-10 minit.
4. Papa jangan lupa goyangkan perlahan-lahan botol tu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.
5. Papa kena ingat tau!

 Jika ebm tu simpan dalam cooler bag/box yang tak ada ice pack, jangka hayat susu boleh bertahan selama 4 jam pada suhu bilik. Ni kalau Papa tak panaskan susu tu.
 Set jam ikut jadual penyusuan baby.
 Berikan ebm kepada baby apabila sampai jadual menyusu baby. Tak perlu panaskan lagi. Cuma goyangkan botol susu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.
Terima Kasih Papa sebab bantu Mama berikan yang terbaik untuk Si Manja.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : CINTA DUNIA

TAZKIRAH : CINTA DUNIA

Seorang tabi’in, Salamah bin Dinar (Abu Hazim) pernah ditanya oleh Abdurrahman bin Zaid bin Aslam, semoga Allah merahmati keduanya:
“Sungguh aku mendapati pada diriku ini sesuatu yang membuatku bersedih”, kata Abdurrahman.
“Apa itu wahai putra saudaraku?” tanya Salamah bin Dinar.
“Cinta dunia,” jawab Abdurrahman.
Salamah bin Dinar berkata, “Ketahuilah, sesungguhnya aku tidak menyalahkan diriku kerana sesuatu yang Allah beri padaku iaitu Allah telah membuat kita cinta akan dunia ini.
Tapi janganlah kecintaan kita pada dunia membuat kita mengambil sesuatu yang Allah benci. Dan menghalangi kita dari sesuatu yang Allah cintai.
Jika demikian yang kita lakukan, maka kecintaan pada dunia tidak membahayakan kita. Selain (dua) hal ini, barulah kita cela diri kita (kerana mencintai dunia).”

Pengajaran:
Pertama: Abu Hazim, Salamah bin Dinar mengatakan, “Allah telah membuat kita cinta akan dunia”. Hal ini sebagaimana firmanNya :
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali Imran: 14).
Semua yang disebutkan dalam ayat ini adalah kehidupan dunia. Laki-laki suka terhadap wanita, begitu juga sebaliknya. Manusia berharap berketurunan, memiliki anak. Cinta emas, perak, rumah yang indah, dan kendaraan yang bagus. Manusia senang dan berharap memiliki ternak yang banyak dan ladang yang luas. Allah memberikan fitrah kepada manusia suka pada semua itu. Dijadikan indah dalam pandangan mereka.
Kedua: Kecintaan terhadap dunia ini sebenarnya tidak tercela. Sebagaimana ucapan Salamah bin Dinar, “Aku tidak menyalahkan diriku kerana sesuatu yang Allah beri padaku”. Kecuali jika kita mengambil sesuatu yang Allah benci. Mengambil dalam bentuk material. Atau melakukan sesuatu yang haram. Demi memiliki bahagian dari dunia itu. Atau cinta dunia itu menghalangi kita dari sesuatu yang Allah cintai. Contohnya: Allah mencintai manusia mengerjakan solat. Tapi disebabkan  perkejaannya (untuk mendapatkan bahagian dari dunia), manusia menunda solat atau bahkan meninggalkan solat. Wal ‘iyadzubillah.


Bengkak susu


BENGKAK SUSU! Aduh Sengsaranya.
Bengkak susu boleh buat Si Ibu menangis bak anak kecil. Malah lagi buruk dari anak kecil menangis. Hahahaha.
Mari saya kongsikan antara punca bengkak susu ni.
1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama.
2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch).
3. Penyusuan yang tidak kerap. (Inadequate feeding).
4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).
5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).
6. Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian bra yang berdawai
7. Susu mengering terlalu tebal pada bahagian puting, akibatnya  susu baru tak boleh nak keluar
8. Tidak pum mengikut jadual. Ibu ramai yang suka pum tunggu susu penuh.
9. Jangkitan yis juga boleh menyebabkan bengkak susu
Pengambilan Lecithin dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu ini. Disamping itu. Colina yang terdapat dalam lecithin juga baik untuk perkembangan otak bayi.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Seimbang kan susu ibu;)


Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah breast:
*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
1. Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif.
Semasa memulakan penyusuan, offer dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.
2. Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy).
Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Offer breast yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.
Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.
3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu.
Some babies prefer posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan baby suka menyusu di sebelah breast sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.
4. Tandem pumping.
Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah breast adalah setara, dan extra stimulasi dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.
Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di breast yang produktif ini tidak terganggu.
5. Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif.
Contohnya jika anda memerah kedua belah breast selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi extra stimulation kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat signal untuk meningkatkan penghasilan susu.
6. Pam selepas menyusu.
Utamakan direct feeding kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu breast itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet)
Sumber : Pum on the go


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1










Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Huraian Hadith:
  • Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.
  • Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
  • Orang yang menuntut ilmu akan dapat faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan Negara.
  • Jalan menuju syurga memerlukan perjuangan dan pengorbanan.



Bekalan susu ke rumah pengasuh


Kadang-kadang kita pening macam mana cara nak bekalkan susu anak kan?
Mari saya kongsi kan...
********************************************************************************************************
Cara Bekalkan Susu Ke Rumah Pengasuh
1. Ibu perlu pastikan baby mahu menyusu dari botol. Ibu perlu latih baby dahulu mengunakan botol.
Jika baby tak mahu sebab ibu beri. Minta bantuan ahli keluarga untuk beri baby susu dari botol.
Antara botol yang sesuai untuk baby yang menyusu badan ini ialah botol MAM dan AVENT. Dapat bantu baby dari keliru puting.
2. Pastikan ibu tahu corak baby menyusu.
Berapa banyak amaunnya, berapa kerap dan sebagainya. Ia bagi mengelak pembaziran susu berlaku.
Baby berusia 2 bulan biasanya minum 2 oz susu setiap kali penyusuan.
Baby berusia 3 bulan, 3 oz untuk setiap kali penyusuan.
Baby berusia 4 bulan dan ke atas, 4 -5 oz untuk setiap kali penyusuan.
Biasanya bayi akan menyusu susu ibu secara puratanya 4 -5 oz sahaja setiap kali sesi penyusuan.
Baby akan menyusu sedikit tetapi kerap.
3. Untuk menyediakan bekalan EBM ke rumah pengasuh atau nurseri, ibu kena pastikan nak bawa EBM beku atau fresh (yang baru diperah atau masih dalam chiller).
Apabila EBM telah disejukkan dalam peti ais, ibu-ibu akan dapat lihat dua lapisan akan terbentuk pada EBM tersebut.
Susu ibu terdiri dari dua komponen
• susu cair (foremilk)
• susu pekat (hindmilk).
Bila disejukkan, foremilk dan hindmilk akan terpisah menjadi dua lapisan.
Lapisan atas (foremilk) - nampak cair, berair. Ini kerana foremilk untuk menghilangkan dahaga bayi
Lapisan bawah (hindmilk) - pekat dan berkrim. In kerana hindmilk mengenyangkan bayi.
4. Jika ibu-ibu mahu beri EBM beku kepada pengasuh, PASTIKAN EBM itu dah cair. Elak bagi EBM beku kepada pengasuh dan berharap pengasuh tahu bagaimana nak handle dan kita perlu ingat, bila bayi nak susu, dia bukan boleh tunggu.
5. LABELKAN SUSU. Ianya sangat penting. Selain dari takut tertukar dengan susu baby lin. Ia juga bagi memastikan susu mana yang haris diberikan dahulu.
Labelkan mengunakan nombor dan beri pada baby mengikut aturan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty