Mudah letih


“Asyik rasa letih je badan ni walaupun kerja kat office”
“Penat ulang alik drive jauh ke tempat keja'
“Penat pagi-pagi dah keluar rumah, malam balik kena buat kerja rumah, jaga anak-anak kecik…saya rasa penat sangat”
.
Tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya letih dan lesu dengan jadual kerja dan rutin harian yang padat. Keluar pagi, balik petang atau malam. Dengan menempuh perjalanan pergi balik kerja dan menyiapkan kerja-kerja di pejabat, pastinya keletihan.
.
Sedangkan enjin kereta kalau asyik guna je tanpa henti lama-lama menurun juga performance nya ye tak? Sebab tu kereta bila cukup masa cukup kilometer kita hantar servis. Sebab nak performance yang tip top dan elak kerosakan teruk.
.
Macam tu juga dengan badan kita. Letih kerja tak cukup tidur, tanggungjawab banyak di pejabat, di rumah lagi. Kita kena servis badan kita dengan isi nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh badan, urat saraf kita dan sistem badan kita setiap hari.
.
Di sini saya kongsikan tiga (3) supplement asas yang membantu masalah keletihan. .
 VITA-LEA
Multivitamin daripada Shaklee ini mengandungi zat besi yang sangat diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Dengan mengandungi 24 jenis mineral untuk menampung kekurangan nutrisi yang sentiasa hilang disebabkan aktiviti seharian kita termasuk cara pemakanan.

 B-COMPLEX
Ada 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan badan dengan baik. B-complexs juga membantu untuk melancarkan perjalanan darah kita yang mana penting untuk membawa oksigen secukupnya ke otak. Oksigen yang cukup membolehkan kita dapat berfikir dengan baik dan otak dapat mengawal seluruh sistem dalam badan dengan baik.

 OSTEMETRIX
Gabungan terbaik kalsium, magnesium dan vitamin D. Ostematrix sangat bagus untuk sistem perkumuhan yang mana melancarkan perjalanan. Jika sistem ini tidak lancar maka toksik-toksik yang terhasil menyebabkan keseluruhan sistem badan akan terganggu.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : BERAKHLAK MULIA

TAZKIRAH : BERAKHLAK MULIA

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah bani Umaiyah yang terkenal dengan kebijaksanaanya. Dia menjadi khalifah pada 99H atau 717 masihi yang menggantikan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik yang berasal daripada keturunan Saiyidina Umar Al Khatab.

Selepas upacara perlantikan khalifah baru,beliau merasa sangat letih.Oleh itu dia berhasrat untuk berehat dahulu sambil menunggu waktu Zuhr. Sebaik sahaja membaringkan badannya,tiba-tiba anaknya,Abdul Malik datang menemuinya dan berkata, "Ada orang ingin berjumpa,ayah".

"Aku ingin tidur sebentar.Selepas Zuhr aku akan terima sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan ku",jawab khalifah.

Maka Abdul Malik pun berkata, "Ayah,siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga Zuhr?".

"Astaghfirullah.."khalifah tersedar daripada kesilapannya dan bingkas bangun daripada tempat tidurnya.

"Aku beruntung mempunyai anak yang selalu membantuku menegakkan ajaran agama,"katanya sambil memeluk anaknya.Khalifah segera pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.

Pada suatu pagi sebelum Subuh,khalifah masuk ke masjid untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah.Ruang di dalam masjid masih gelap kerana lampu belum dihidupkan.Ketika dia berjalan dia terpijak seseorang yang sedang tidur di situ.Orang yang dipijak itu lantas menjerit, "Apakah kamu sudah gila?!"

Pengawal yang mengiringi khalifah merasa marah dengan perbuatan orang yang menjerit tadi yang dianggap tidak beradab. 

Dia memegang tangan orang yang menjerit tadi namun khalifah segera menarik tangan pengawal itu dan berkata, "Mengapa kita mesti marah?Bukankah dia cuma bertanya adakah kita sudah gila.Jawapannya ialah tidak,selesai?"

Demikianlah tingginya akhlak seorang khalifah umat islam yang patut dicontohi oleh setiap orang.


“Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada Hari Kiamat nanti selain akhlak mulia. Sesungguhnya Allah membenci orang yang berbuat keji dan berkata-keta keji.”
(Riwayat At-Tirmidzi)


Doa banyakkan susu ibu

Ramai Ibu yang mencuba pelbagai cara untuk memperbanyak susu. Namun jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada yang Maha Memberi rezeki.
Susu ibu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk anak kita. Mohon dan minta dariNya untuk dikayakan rezeki menyusukan simanja.
InsyaAllah doa dari hati ibu yang ikhlas pasti didengariNya.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Suami dan isteri dalam penyusuan

Suami tempat si isteri bermanja, dambakan perhatian dan bantuan. Selari dengan gelaran ketua keluarga yang diberikan, suami harus bijak dan cakna apa yang berlaku dalam rumahtangga.
Dalam proses penyusuan. Sokongan dan perhatian dari suami sangat memainkan peranan.
Sebagai isteri, sangat bahagia jika suami dapat:
~ Sama-sama bantu menguruskan anak. Sebagai bapa baru mungkin kekok untuk melayan anak. Tapi suami boleh tanyakan pada isteri apa yang boleh abang bantu. Ia dah cukup buat hati si isteri berbunga bahagia.
~ Suami yang tidak cerewet. Sebagai ibu yang bekerja dan menyusukan. Ia memang sangat mencabar. Mahu uruskan urusan pejabat, urusan anak-anak, urusan susu, urusan rumahtangga. Adalah membahagiakan jika suami faham situasi isteri dan tidak cerewet dengan hal remeh temeh.
~ Suami turut sama mengali ilmu penyusuan. Sekarang terlalu banyak blog yang bercerita tentang penyusuan. Suami juga boleh turut sama dalam kelas-kelas laktasi yang diadakan.
~ Beri bantuan kewangan. Beli kan pum yang berkualiti untuk proses penyusuan Si Manja. Sekurang-kurangnya sebagai tanda terima kasih kepada si isteri atas pengorbanan mengandung dan melahirkan simanja.
~ Sentiasa ada bila isteri memerlukan. Bukan bermakna isteri mahu berkepit 24jam dengan suami. Tapi sebagai "sandaran" pada isteri bila menghadapi maslah dalam penyusuan.
~ Manjakan isteri. Tidak dinafikan, isteri yang menyusu tanpa mengambil sebarang supplement sangat meletihkan. Sebagai suami yang perkasa, anda boleh mengurut badan isteri yang keletihan semasa mengepam atau menyusu. Boleh juga hadiahkan isteri minuman tenaga seperti Energizing Soy Protein untuk pastikan si isteri kekal bertenaga dan ceria.
~ Hargai isteri. Peranan isteri sangat besar dalam rumahtangga. Suram isteri maka suramlah seisi rumah. Hargai mereka. Tidak salah seorang suami yang dikatakan sebagai tulang rusuk wanita ini menghargai insan yang sanggup berkorban bentuk badan mengandungkan si manja.
Mungkin sebagai suami pada awalnya rasa sukar atau rasa tips di atas sebagai remeh. Namun percayalah ianya sangat membantu si ibu dalam proses menyusukan si manja.
Ibu bahagia anak kenyang gembira.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : ABU HANIFAH & SI PEMALAS

TAZKIRAH : ABU HANIFAH & SI PEMALAS 

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata,
“Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis,
”Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi,
“Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhantidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya,
“Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolonganAllah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Jika engkau berada  di waktu petang, janganlah menunggu waktu pagi, dan jika engkau berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang.  Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan waktu hidupmu sebelum matimu.”

Cara penyimpan susu ibu

Ramai ibu keliru tentang cara menyimoan susu dan jangka hayat susu ibu. Mari saya kongsikan tips tentang cara simpan susu
 Di dalam suhu bilik (19 hingga 26*C), tahan sehingga 4-6 jam
 Di dalam bekas penyejuk [Cooloer Bag] (kurang 4*C), tahan sehingga 12-24 jam
 Di dalam peti sejuk (kurang 4*C), tahan sehingga 7hari
 Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20*C) tahan antara 3 hingga 6 bulan
Susu ibu pilihan terbaik untuk si manja



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Susu ibu yang berkualiti

Susu ibu memang tidak dinafikan lagi kehebatannya. Namun itu tidak bermakna ibu boleh ambil enteng sahaja.
Untuk memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti. Ibu haruslah
 Sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, relax dan tidak strees
 Tidak mengeruhkan keadaan dengan sesiapa hanya kerana ibu mampu susukan bayi dan memandang ibu yang tidak boleh menyusukan bayi sebagai satu kesalahan besar
 Sentiasa aktif dan kekal cerdas
 Punya hubungan baik dengan semua orang terutama suami.
 Nikmati kebahagian berumahtangga bersama cahaya mata dengan lebih baik dan gembira
 Tabah menghadapi ujian
 Tetap kekal cantik dan menawan
 Jaga pemakanan. Kebanyakan ibu menyusu makan ikut sempat sahaja.
 Cari waktu rehat. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami.
 Jangan hanya fokus pada makanan yang banyakan susu. Tapi pastikan makan secara seimbang.
 Ambil makanan tambahan untuk pastikan ibu dapat cukup nutrien untuk menghasilkan susu yang berkualiti.
 Jangan abaikan kebajikan diri sendiri
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Tapi untuk pastikan baby dapat nutrien dan zat yang cukup dari susu ibu. Ibu harus pastikan tubuhnya mendapat diet yang seimbang.
Set penyusuan Shaklee memberikan nutrient lengkap untuk ibu menyusu bagi memastikan ibu kekal sihat, cergas dan jelita.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty