Ibu bekerja dan menyusukan bayi

BEKERJA BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENYUSUKAN BAYI

Penyusuan bagi ibu yang bekerja memang agak mencabar. Ramai ibu bekerja dalam dilema mahu menyusukan bayi mereka.
Mari saya kongsikan beberapa tips penyusuan untuk menjayakan misi penyusuan bagi ibu yang bekerja.
6. Sediakan Stok Susu Ibu Sekurang-kurangnya 2 Minggu Sebelum Bekerja.
5. Rancang Masa Dan Tempat Yang Sesuai Dan Selesa Untuk Mengepam di Pejabat
4. Beritahu Majikan  Ibu Akan Ambil Sedikit Masa Untuk Mengepam Ketika Berada Di Pejabat
3. Berfikiran Positif Dan Katakan "Aku Boleh"
2. Keluarkan Sedikit Modal Untuk Membeli Pum Yang Sesuai Digunakan Sewaktu Bekerja
1. Carilah Ilmu Penyusuan dan Group Sokongan Penyusuan Terutama Bagi Ibu Bekerja.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1


Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.”

Huraian Hadith: 
1.       Sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan tanpa menentukan masa dan waktu.
2.       Islam menyuruh hambanya supaya segera bertaubat. Kesalahan yang dilakukan pada waktu siang hendaklah segera bertaubat pada waktu malam dan kesalahan yang dilakukan pada waktu malam hendaklah segera bertaubat pada waktu siang.

3.       Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari sebelah barat (tanda terlalu hampir kiamat).

Bagaimana susu terhasil?

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

 ALVEOLI
• Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan.
• Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda.
• Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

 DUKTUL
• Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

 DUKTUS SUSU
• Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi.
•Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi.
• Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Cara simpan susu ibu

9 CARA SIMPAN SUSU IBU

9. Bekas yang digunakan untuk menyimpan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun (lebih elok jika gunakan sabun cuci botol baby) dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
8. Antara bekas yang boleh digunakan ialah
• Bekas Plastik (bekas dadih - biasanya saya gunakan untuk tiga kali penggunaan sahaja)
• Botol Susu yang Free BPA
• Bekas kaca yang bertutup kedap
• Breast Milk Storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan susu perahan ibu.
7. Catatkan tarikh perahan sebelum menyimpan.
6. Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk satu bekas, contohnya 2-5 oz sahaja setiap bekas.
5. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
4. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
3. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kesan dari kekerapan membuka dan menutup peti sejuk)
2. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
1. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty





TAZKIRAH : BAYARAN SYURGA

TAZKIRAH : BAYARAN SYURGA


Suatu hari Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi, ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan SYURGA Allah?
Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

mengapa bayi menolak penyusuan.


Terdapat beberapa sebab bayi menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah:
 Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
 Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
 Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.
 Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
 Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
 Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
 Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
 Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.
 Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.
 Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.
ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Menyusu Anak


Air sering menjadi topik salah faham antara anak dan menantu. Bila berpantang ibu mertua sangat-sangat sensitif tentang air.
Menurut ibu jika minum lebih air boleh sebabkan rahim kembang dan perut buncit.
Tapi bagi ibu menyusu, pengambilan antara 8-10 gelas air diperlukan bagi memastikan proses penghasilan susu tidak terganggu.
Selain minum air masak, ibu juga disarankan minum jus buah buahan yang segar seperti epal, dan sayuran seperti lobak merah.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty