TAZKIRAH : BAYARAN SYURGA

TAZKIRAH : BAYARAN SYURGA


Suatu hari Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi, ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan SYURGA Allah?
Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

mengapa bayi menolak penyusuan.


Terdapat beberapa sebab bayi menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah:
 Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
 Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
 Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.
 Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
 Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
 Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
 Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
 Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.
 Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.
 Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.
ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Menyusu Anak


Air sering menjadi topik salah faham antara anak dan menantu. Bila berpantang ibu mertua sangat-sangat sensitif tentang air.
Menurut ibu jika minum lebih air boleh sebabkan rahim kembang dan perut buncit.
Tapi bagi ibu menyusu, pengambilan antara 8-10 gelas air diperlukan bagi memastikan proses penghasilan susu tidak terganggu.
Selain minum air masak, ibu juga disarankan minum jus buah buahan yang segar seperti epal, dan sayuran seperti lobak merah.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1








Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah dan turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar.
[Muttafaqun 'alaih]


Energy Soya Protein


ESP mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.
ESP membantu proses penghasilan susu ibu dan bantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit je.
ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.
ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging. Senang cakap ia bebas dari lemak
ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink.
ESP promosi bulan ni tau. Boleh dapatkan 2 botol ESP dengan penjimatan lebih 5%.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Rambut dan berpantang

Minggu lepas melawat kawan bersalin. Haa tu dia. Sekali tengok dia punya sanggul. Nalaaa. Hahahaha. Tinggi tu.
Tanya dia kenapa tinggi sangat sanggul ni? Dia kata, mak dia cakap kena ikan tinggi-tinggi supaya darah meroyan tak naik kepala?
Alamak, konpius tetiba. Sebab pernah baca dia kata elok potong rambut pendek. Sebab rambut antara sel yang paling banyak makan nutrien. Jadi dalam waktu berpantang lebih baik rambut pendek dan lagi mudah diurus.
Jom kawan-kawan share pengalaman masing-masing. Rambut panjang atau rambut pendek?
Kenapa? Fakta atau auta?

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”. 


Huraian Hadith: 
  1. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.
  2. Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.
  3. Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
  4. Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan, antara nikmatnya ialah anggota badan kita sangat besar manfatnya kepada kita, kerana itu kita wajib menggunakan anggota kita untuk melaksanakan perintah Allah atau apa yang harus dilakukan, atau sekurang-kurangnya tidak melakukan keburukan dan kejahatan. Oleh itu syukur terbahagi kepada : 1. Syukur wajib, iaitu dengan melakukan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. 2. Syukur sunat iaitu melakukan amalan-amalan sunat seperti zikrullah dan membantu manusia.
  5. Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin