TAZKIRAH ; JUJUR

TAZKIRAH : JUJUR! 

Suatu masa dahulu, terdapat seorang Maharaja yang perlu memilih pengganti takhtanya. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengumpul semua pemuda di dalam jajahannya, lalu berkata, "Sudah tiba masanya beta turun takhta dan mencari pengganti beta untuk mentadbir negeri ini. Oleh itu pada hari ini beta akan memberikan kepada setiap orang dari kamu sebiji benih - benih yang sangat istimewa. Beta mahu kamu menanam benih ini, jaga dan siramlah ia setiap hari dan kembali ke istana dalam masa satu tahun dari sekarang, dan tunjukkan kepada beta hasil tanaman kamu dari benih ini. Kemudian beta akan memilih pengganti beta bedasarkan hasil tanaman yang kamu bawakan kepada beta."
Maka setiap pemuda disitu termasuklah seorang budak lelaki bernama Ling, mengambil sebiji benih dan mula menanamnya. Kira-kira empat minggu kemudian, segelintir di kalangan para pemuda tersebut mula bercerita tentang biji benih yang mereka tanam, serta tanaman yang sudah mula membesar. Ling sering memeriksa biji benih yang ditanamnya, namun tiada apa pun yang tumbuh. Enam bulan kemudian, Ling mendapat tahu yang semua pemuda telah berjaya mendapat pelbagai jenis tanaman, pokok dan bunga. Tetapi biji benih Ling masih tidak tumbuh!
Genap satu tahun kemudian, tibalah hari yang dinantikan dan semua pemuda di dalam jajahan itu membawa hasil tanaman mereka mengadap maharaja. Walaupun ketakutan, Ling tetap pergibke istana bersama mereka. Disitu Ling berasa sungguh kagum melihat para pemuda lain dan hasil tanaman mereka yang pelbagai. Ling meletakkan pasunya yang kosong di atas lantai dan para pemuda lain mentertawakannya.
Apabila Maharaja tiba, baginda meninjau sekitar dewan dan menyambut para pemuda yang berada disitu. Ling cuba bersembunyi di belakang pemuda-pemuda itu. "Memang hebat sungguh jenis-jenis tanaman, pokok dan bungaan yang telah kamu semua tanam" kata maharaja. "Hari ini salah seorang dari kamu akan dilantik menjadi Maharaja yang baru." Tiba-tiba Maharaja ternampak Ling yang berdiri dibelakang kumpulan tersebut. Baginda mengarahkan kepada pengawal untuk membawa Ling ke hadapan. Ling berasa sungguh takut sekali.
Apabila Ling berdiri dihadapan Maharaja, baginda bertanyakan namanya. "Nama saya Ling," dia menjawab. Semua pemuda lain mula mentertawakannya, tetapi Maharaja mengarahkan mereka untuk diam.
Baginda memandang ke arah Ling dan kemudian membuat pengumuman, "Lihatlah! Inilah Maharaja kamu yang baru! Namanya ialah Ling!" Ling sungguh terkejut dan merasa tidak percaya. Biji benihnya tidak membuahkan hasil langsung, bagaimana mungkin dia dipilih menjadi Maharaja.
Kemudian Maharaja berkata, "Setahun yang lalu beta telah memberikan biji benih kepada semua yang berada di sini. Beta telah menyuruh kamu menanam, menyiram, membaja dan membawa hasilnya kembali kepada beta hari ini. Tetapi apa yang kamu tidak ketahui ialah biji benih yang beta telah berikan kepada kamu telah direbus terlebih dahulu. Dan tidak mungkin sebarang tanaman boleh tumbuh daripadanya. Setiap seorang dari kamu telah membawa pokok, tumbuhan dan bungaan, kecuali Ling! Bila kamu semua mendapati yang biji benih tersebut tidak tumbuh, kamu telah menggantikannya dengan biji benih yang lain. Hanya Ling saja yang telah bersikap jujur dan membawa pasu yang mengandungi biji benih yang asal kepada beta. Oleh itu, pada pandangan beta, hanya dia seorang yang layak menjadi Maharaja."
*****
Alangkah hebatnya ganjaran untuk kejujuran!


Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

[Al-Ahzab : 70 – 71]

Rambut sihat

PANDUAN MEMILIH SYAMPU PROSANTE SHAKLEE









Pelbagai maslah rambut menyerang individu yang berbeza. Maka rawatan dan penggunaan syampu juga berbeza.

Dengan Shaklee kami menawarkan dua set asas.
1️⃣ Masalah Rambut Gugur, kurang maslah rambut, tiada maslah berkaitan kulit kepala.
 Revitalizing Shampoo
 Lightweight Shampoo
 Nourishing Scalp Treatment
2️⃣ Masalah Rambut Gugur Dan Berkelemumur, Rambut Bercabang, Rambut Rosak, Rambut Berminyak, Kulit Kepala Gatal, Kulit Kepala Berkuping Dan Lain-Lain
 Purifying Shampoo
 Replenishing Conditioner
 Nourishing Scalp Treatment

Set 1)
Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner boleh digunakan sepanjang 4-6 kali seminggu.
Manakala Nourishing Scalp Treatment boleh guna setiap hari sepanjang minggu.

Set 2)
Purifying Shampoo boleh digunakan 1-2 kali seminggu dan Replenishing Conditioner boleh digunakan 1-6 kali seminggu mengikut jenis rambut.
Manakala Nourishing Scalp Treatment boleh guna setiap hari sepanjang minggu juga.
Untuk Long Last Finishing Spray pula boleh digunakan untuk menggayakan dan mengekalkan style rambut jadi boleh guna pada bila-bila masa diperlukan.
Jadi anda boleh pilih untuk guna Set 1 jika rambut tidak banyak masalah. Jika rambut dan kulit kepala banyak masalah, boleh pilih Set 2 ataupun boleh kedua-dua set sekali iaitu Set 1 dan Set 2.
Sebabnya untuk rambut dan kulit kepala yang agak bermasalah seperti berminyak, rambut gugur dan berkelemumur, kulit kepala berkuping, kulit kepala gatal, rambut bercabang dan rambut rosak perlu gunakan Set 2 untuk rawatan yang lebih intensif.
Tapi set ni tak boleh guna selalu. Jadi untuk hari-hari lain, boleh guna Set 1 untuk penjagaan dan mencuci rambut.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Rambut kerap gugur

WANITA! APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG RAMBUT?
============================================
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.


5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : PERSAINGAN TIDAK SIHAT

TAZKIRAH : PERSAINGAN TIDAK SIHAT

Suatu ketika dulu terdapat seorang lelaki yang hidup berjiran. Mereka sering menunjuk-nunjuk kekayaan mereka kepada satu sama lain. Satu hari, salah seorang dari mereka telah membeli sebuah kereta baru, Ferrari. Sewaktu dia memandu kereta baru itu untuk pulang ke rumah, jirannya juga sedang berada di bahagian hadapan rumah dengan sebuah kereta Rolls Royce.
"Cantik kereta awak." Kata jiran yang memiliki kereta Rolls Royce.
"Terima kasih. Kereta ini ada telefon. Kereta Rolls Royce awak ada telefon tak?" Tanya pemilik Ferrari.
Pemilik Rolls Royce itu menjawab, "ya, kereta saya ada telefon."
Kemudian jirannya bertanya, "awak ada peti sejuk tak dalam kereta tu? Kereta saya ada peti sejuk dekat kerusi belakang."
Pemilik Rolls Royce mula rasa tercabar. "Ya, saya pun ada peti sejuk."
Kemudian, pemilik Ferrari itu berkata. "Baguslah tu. Kereta awak ada televisyen tak? Kereta saya ada televisyen di tempat duduk belakang."
Kini pemilik Rolls Royce itu benar-benar merasa bengang. "Sudah tentulah saya ada televisyen. Ini kereta Rolls Royce lah!"
"Ye ke? Tapi tentu awak tak ada katil dalam kereta tu kan? Kereta saya ada katil." Kata pemilik Ferrari dengan angkuh.
Disebabkan rasa tidak puas hati, pemilik Rolls Royce itu terus pergi menemui penjual keretanya dan meminta mereka memasang sebuah katil di dalam keretanya.
Keesokan harinya, pemilik Rolls Royce itu bangun awal pagi kerana mahu menunjukkan katil yang baru dipasangnya itu kepada jirannya. Dia mengetuk pintu depan rumah jirannya, kemudian menekan loceng pintu rumah, tetapi tiada sesiapa membuka pintu. Tidak lama kemudia dia ternampak cermin kereta Ferrari jirannya berkabus dari dalam. Dia pun mendekati kereta itu lalu mengetuk cermin kereta. Beberapa saat kemudian, pemilik Ferarri itu menjenguk keluar.
Dengan bangganya pemilik Rolls Royce itu berkata "Saya pun dah pasang katil di dalam Rolls Royce saya sekarang."
Pemilik Ferarri itu memandangnya dan berkata, "Awak ganggu saya sedang mandi semata-mata untuk memberitahu hal sekecil itu!"
**************
Cerita ini sebenarnya mengingatkan bahawa kita tidak akan pernah dapat untuk hidup aman jika kita terus membiarkan diri kita dikuasai oleh perasaan hasad dengki terhadap orang lain bukan? dan jika diri kita tidak hidup aman, sudah pasti kita tidak boleh memberikan tumpuan dalam hidup; tidak boleh memberi perhatian terhadap matlamat hidup, mahupun terhadap kejayaan di dunia dan di akhirat kelak!
"Jauhilah sifat hasad karena hasad itu memakan (pahala) kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar."
(H.R. Abu Dawud)

Teknik penjagaan rambut


Mungkin selama ini kita tidak cakna dengan cara mencuci rambut.
Tapi sedar atau tidak rupanya cara kita mencuci rambut punca pada kerosakan rambut itu sendiri.
Helaian rambut yang bersifat lembut dan halus dan mudah rosak jika diuruskan dengan cara yang salah.

Saya kongsikan tips mencuci rambut yang tepat.

Langkah 1: Sikat rambut terlebih dahulu, mencuci rambut yang kusut akan mengakibatkannya bertambah kusut. Jangan menyikat rambut semasa basah, kerana ja akan menyembabkannya gugur, rapuh, dan mudah patah.

Langkah 2: Basahkan rambut dan kulit kepala dengan air suam yang akan membuka liang, serta mengnyahkan semua minyak dan kotoran. Lebih baik basahkan rambut di bawah pancuran air yang mengalir.

Langkah 3: Tuangkan syampu ke telapak tangan secukupnya, gosok perlahan sehingga keluar buih baru sapukan ke atas rambut. Urut  kepala dengan ujung jari, agar memperlancar peredaran darah di kepala. Jangan sesekali menggaruk, kerana ia akan melukakan kulit kepala dan mengakibatkan iritasi.

Langkah 4: Bilas rambut dengan air dingin untuk menutup liang kulit yang sebelumnya telah terbuka. Pemakaian syampu boleh diulang kembali, dan bilas dengan air dingin.

Langkah 5: Ramas rambut dengan lembut untuk mengurangkan kadar air, kemudian sapukan conditioner pada helaian rambut saja. Hindari pemakaian conditioner sampai kulit kepala, kerana akan menyebabkan gatal dan kelemumur. Bilas kembali dengan air dingin sampai conditioner benar-benar bersih

Langkah 6: Untuk mengeringkannya, lap rambut perlahan-lahan dengan tuala bersih, tapi jangan digosok-gosok. Kemudian, biarkan rambut mengering dengan sendirinya.
Selamat mencuba. Pelihara mahkota keindahan anda sebaiknya.






Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Avocado

TAHUKAH ANDA rambut dan kulit berkongsi keperluan vitamin dan mineral yang hampir sama?
Ramai yang ambil mudah tentang kesihatan rambut. Sedangkan ianya memainkan peranan penting pada kehidupan seseorang.







Antara vitamin yang ditawarkan oleh Shaklee untuk rambut sihat ialah Zinc, B Complex, Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner.

 ZINC
Berfungsi untuk mengawal hormon dalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.

 B COMPLEX
Inositol merupakan salah satu vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri.

 REVITALIZING SHAMPOO & LIGHTWEIGHT CONDITIONER 
Khas ntuk rambut yang lebih sihat bersih dan mudah diurus. Hanya yang SEMULAJADI. Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser seperti paraben, SLF, SLS dan lain-lain.

Gabungan keempat-empat produk ini bergungsi untuk anda dapatkan
 RAMBUT yang KUAT
 Mengurangkan masalah keguguran rambut
 Membersihkan kulit kepala
 Melembut dan melebatkankan rambut
Pasti En Suami tak puas membelai rambut anda.
Oh ya! SET ini boleh digunakan oleh LELAKI mahupun WANITA ya.
Hubungi saya untuk rambut yang lembut dibelai.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : KASIH DIKASIHI

TAZKIRAH : KASIH DIKASIHI

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya menjeling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. “Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk.
Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.
“Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah.
“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.
“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!”
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. “Mama dah baca, seronok papa,” kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba Serena bertanya. “Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. “Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator. Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu. Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Rasulullah saw mencium Hasan bin 'Ali. Ketika itu disampingnya duduk Aqra' bin Habis. Al-Aqra' berkata: "Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun daripada mereka yang pernah saya cium. "Rasulullah saw. memandang kepadanya, kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi".