Letih

ANDA CEPAT LETIH DAN PENAT?
=========================



Adakah anda salah seorang dari mereka?
 Sentiasa rasa lemau
 Mata berat macam ada batu
 Pantang lepas perut terisi mata pun mahu terkatup
 Otak lambat berfikir
 Melepek 24 jam
 Nak buat apa pun tak terdaya
AWAS!! Sebelum si Isteri muncung sedepa, muka masam mencuka.
Mari dapatkan Cinch Tea Mix. Mudah sahaja. Ambil satu sachet tuang kedalam air dan minum.
Badan pasti rasa lebih segar dan bertenaga. Isteri tersenyum gembira.
Lagi best boleh dapat pakej abang sado kalau diambil dengan konsisten.









Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Kelemunur

KELEMUMUR Arghhhhhh!
===================


 SYAMPU YANG SESUAI
Bukan semua syampu rambut direka dan diproses untuk tujuan yang sama, terdapat pelbagai kenis syampu diluar sana yang berteraskan untuk menguatkan akar rambut, menghitamkan rambut, menjaga kulit kepala dan lain-lain.
Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih syampu untuk kelemumur ataupun syampu anti- kelemumur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. PM saya untuk pilihan syampu yang terbaik

 YOGURT
1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.
2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.

 ASPIRIN
1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.
3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.

 CUKA EPAL (Apple Cider Vinegar)
1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.

 PISANG DAN CUKA
1. Kupas satu ulas pisang.
2. Campurkannya dengn 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste
3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.
4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda
5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.
6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.

 BAKING SODA
Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.
Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.
Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!

 PENGAMBILAN ZINC
Sesetengah pakar menyatakan bahawa kekurangan zinc sebenarnya boleh membawa kepada kemerosotan struktur protein yang membentuk folikel rambut. Perkara ini akan melemahkan folikel yang boleh menyebabkan rambut gugur dan menjadi lemah.
Zinc juga dipercayai memainkan peranan penting dalam penghasilan DNA dan RNA. DNA dan RNA diperlukanbagi menghasilkan bahagian sel-sel folikel rambut yang membawa kepada pertumbuhan rambut lebih sihat.
Zinc juga boleh membantu menjaga keseimbangan hormon yang boleh menjadi salah satu sebab mengapa ia begitu berkesan dalam mencegah keguguran rambut. Terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan, seseorang yang memiliki rambut beruban berubah kepada warna asal apabila dipelihara dengan diet yang kaya dengan zink atau makanan tambahan pertumbuhan rambut.
Sebagai bonus, zinc untuk pertumbuhan rambut yang boleh membantu menghapuskan kelemumur pada kulit kepala juga.
Sayangi Mahkota anda, PM saya sekarang untuk dapatkan nasihat terbaik berkaitan penggunaan Syampu dan Zinc untuk kulit kepala kekal sihat.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kutu di Rambut

Musim persekolahan sudah lebih sebulan berlalu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulut ibu-ibu bila bersembang tentang sesi persekolahan anak-anak.
Tak terbatas tentang guru-guru, tentang group whatsapp ibu bapa, tentang pencapaian anak-anak dan juga kebersihan anak-anak. terdengar rungutan dan keluhan beberapa ibu tentang masalah kutu yang menyerang si anak.
Aduh yang ini memang memeningkan. Sebab seorang habis satu rumah boleh mengenyam.
itu yang terpanggil untuk berkongsitentang cecair ajaib Basic-H yang ibu-ibu beli untuk bersihkan kasut sekolah anak. TAHUKAH IBU-IBU yang ianya boleh digunakan untuk menghilangkan kutu pada kepala.
TERKEJUT? kan di botol pun ada tulis 1001 kegunaan BASIC H ni. Jadi tak perlu terkejut sangat. Selamat menggunakan Basic-H ni kerana ia tiada bahan kimia yang berbahaya kepada.
Bukankah Motto Shaklee Sentiasa Selamat, berkesan dan mesra alam. Jadi apa yang nak dirisaukan. Kalau nak tau, kandungan Basic-H ialah minyak jagung dan minyak kelapa. Sesuai sangatlah kan nak matikan kutu kat kepala tu.
Senang sahaja, jadikan Basic-H sebagai syampu rambut anak kita. Guna sikit je pun dah berbuih. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Singkirkan kutu yang mati dengan sikat kutu. Cara ni lagi senang. Anak kita pun tak pedih mata. 



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Ciri Rambut bermasalah

4 CIRI RAMBUT BERMASALAH

=========================


 RAMBUT TIDAK ELASTIK
Cara memeriksa tahap elastik rambut adalah dengan langkah-langkah berikut.
1. Ambil ujung rambut anda, sekitar dua hingga tiga helai.
2. Cuba tarik rambut tersebut. Jika rambut Anda putus ditengah-tengah, itu merupakan tanda rambut yang tidak sehat dan tak lagi elastik.
3. Untuk itu, gunakan pelembab atau perapi yang mengandung protein untuk mengembalikan kesihatan rambut.

 RAMBUT ROSAK
Rambut yang disyampu setiap hari memiliki risiko kerosakan yang tinggi. Hal ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalam syampu mampu membuat rambut menjadi kering dan kusam. Pastikan syampu yang anda gunakan mengandungi protein untuk memelihara kesihatan rambut.

 RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut merupakan bahagian rambut yang berusia paling tua. Ujung rambut juga seringkali tidak mendapatkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar di kulit kepala sehingga umumnya sering kering dan bercabang.
 RAMBUT MUDAH KUSUT
Jika rambut mudah kusut saat disikat atau bahkan saat anda gosok dengan tangan, maka ini bererti rambut anda memerlukan protein. Protein akan membantu menutrisi rambut hingga akar-akarnya dan menguatkan rambut sehingga tidak mudah kusut.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Mati dalam kereta

KEMATIAN DI DALAM KERETA

======================


Sering kita mendengar kisah kematian di dalam kereta dan ini disebabkan ventilasi yang kurang baik sehingga pembuangan asap yang bocor masuk ke dalam kereta dan perlahan- lahan dihidu oleh nereka yang berada di dalam kereta.
Di musim cuti begini, pasti banyak kereta tersadai di RNR di sana sini dalam keadaan ramai yang tertidur di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond terpasang.
Ramai juga ibu ayah yang cuai sering meninggalkan anak-anak di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat.
Karbon monoksida (CO) adalah gas tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa dan tidak mengiritasi yang boleh menyebabkn kematian mengejut kepada mereka yang terhidu.
Gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.
Ianya bahaya kerana boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia.
Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.
Oleh itu ibu ayah, berhati-hati jangan sampai kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut.
Jangan biasakan diri tidur di dalam kereta kerana ia boleh membawa kepada kematian di dalam senyap.
Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastikan persekitaran luas dan terbuka. Ini kerana Walaupun enjin kereta anda tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.
Jangan biarkan KECUAIAN ANDA menjadi pembunuh mereka yang tersayang.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Diet seimbang



Seringkali kita dengar jika mengajak teman -teman makan ayat yang keluar dari mulut mereka ialah "Aku diet"
Kononnya tak mahu makan kerana mahu kelihatan kurus. Setuju?
TAHUKAH ANDA maksud diet adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit.
Sebagai contoh "Diet rendah gula" untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Kesilapan memahami maksud diet ini secara tidak langsung telah membawa kita kepada amalan diet yang tidak sihat.
Bila sebut "diet" ramai yang akan fikir, jangan makan untuk kelihatan kurus.
Diet yang seimbang adalah dengan mengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Ostematrix


Aduh-aduh dia rasa merayap-rayap. Eh berapa banyak semut ni merayap kat kaki. Nak angkat pun berat rasa kaki. Salah cuit boleh menjerit.
Haa pernah tak rasa seperti di atas ni?
Selalu rasa kalau waktu duduk lama sangat, sama ada selepas solat, lepas bersila lama kupas bawang di dapur dan sebagainya.
TAHUKAH ANDA Antara tanda kekurangan kalsium ialah merupakan punca kepada rasa seperti di atas atau kebas. Ia menyebabkan rasa kebas pada tangan dan kaki serta mudah rasa lenguh-lenguh badan.
Kesan kekurangan kalsium juga menyebabkan seseorang mudah terkena penyakit tulang rapuh seperti osteoporosis terutamanya bagi wanita berusia lewat 20an dan ke atas. Insomnia, gigi mudah reput dan masalah haid juga boleh berpunca daripada kekurangan kalsium.
Pengambilan makanan tambahan kalsium berkualiti tinggi yang mengandungi nutrien kritikal seperti kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi dapat membantu melindungi, membina dan mengekalkan tulang yang kuat dan sistem saraf yang sihat.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty