Ciri Rambut bermasalah

4 CIRI RAMBUT BERMASALAH

=========================


 RAMBUT TIDAK ELASTIK
Cara memeriksa tahap elastik rambut adalah dengan langkah-langkah berikut.
1. Ambil ujung rambut anda, sekitar dua hingga tiga helai.
2. Cuba tarik rambut tersebut. Jika rambut Anda putus ditengah-tengah, itu merupakan tanda rambut yang tidak sehat dan tak lagi elastik.
3. Untuk itu, gunakan pelembab atau perapi yang mengandung protein untuk mengembalikan kesihatan rambut.

 RAMBUT ROSAK
Rambut yang disyampu setiap hari memiliki risiko kerosakan yang tinggi. Hal ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalam syampu mampu membuat rambut menjadi kering dan kusam. Pastikan syampu yang anda gunakan mengandungi protein untuk memelihara kesihatan rambut.

 RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut merupakan bahagian rambut yang berusia paling tua. Ujung rambut juga seringkali tidak mendapatkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar di kulit kepala sehingga umumnya sering kering dan bercabang.
 RAMBUT MUDAH KUSUT
Jika rambut mudah kusut saat disikat atau bahkan saat anda gosok dengan tangan, maka ini bererti rambut anda memerlukan protein. Protein akan membantu menutrisi rambut hingga akar-akarnya dan menguatkan rambut sehingga tidak mudah kusut.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Mati dalam kereta

KEMATIAN DI DALAM KERETA

======================


Sering kita mendengar kisah kematian di dalam kereta dan ini disebabkan ventilasi yang kurang baik sehingga pembuangan asap yang bocor masuk ke dalam kereta dan perlahan- lahan dihidu oleh nereka yang berada di dalam kereta.
Di musim cuti begini, pasti banyak kereta tersadai di RNR di sana sini dalam keadaan ramai yang tertidur di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond terpasang.
Ramai juga ibu ayah yang cuai sering meninggalkan anak-anak di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat.
Karbon monoksida (CO) adalah gas tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa dan tidak mengiritasi yang boleh menyebabkn kematian mengejut kepada mereka yang terhidu.
Gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.
Ianya bahaya kerana boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia.
Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.
Oleh itu ibu ayah, berhati-hati jangan sampai kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut.
Jangan biasakan diri tidur di dalam kereta kerana ia boleh membawa kepada kematian di dalam senyap.
Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastikan persekitaran luas dan terbuka. Ini kerana Walaupun enjin kereta anda tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.
Jangan biarkan KECUAIAN ANDA menjadi pembunuh mereka yang tersayang.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Diet seimbang



Seringkali kita dengar jika mengajak teman -teman makan ayat yang keluar dari mulut mereka ialah "Aku diet"
Kononnya tak mahu makan kerana mahu kelihatan kurus. Setuju?
TAHUKAH ANDA maksud diet adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit.
Sebagai contoh "Diet rendah gula" untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Kesilapan memahami maksud diet ini secara tidak langsung telah membawa kita kepada amalan diet yang tidak sihat.
Bila sebut "diet" ramai yang akan fikir, jangan makan untuk kelihatan kurus.
Diet yang seimbang adalah dengan mengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Ostematrix


Aduh-aduh dia rasa merayap-rayap. Eh berapa banyak semut ni merayap kat kaki. Nak angkat pun berat rasa kaki. Salah cuit boleh menjerit.
Haa pernah tak rasa seperti di atas ni?
Selalu rasa kalau waktu duduk lama sangat, sama ada selepas solat, lepas bersila lama kupas bawang di dapur dan sebagainya.
TAHUKAH ANDA Antara tanda kekurangan kalsium ialah merupakan punca kepada rasa seperti di atas atau kebas. Ia menyebabkan rasa kebas pada tangan dan kaki serta mudah rasa lenguh-lenguh badan.
Kesan kekurangan kalsium juga menyebabkan seseorang mudah terkena penyakit tulang rapuh seperti osteoporosis terutamanya bagi wanita berusia lewat 20an dan ke atas. Insomnia, gigi mudah reput dan masalah haid juga boleh berpunca daripada kekurangan kalsium.
Pengambilan makanan tambahan kalsium berkualiti tinggi yang mengandungi nutrien kritikal seperti kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi dapat membantu melindungi, membina dan mengekalkan tulang yang kuat dan sistem saraf yang sihat.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Mata

MAHUKAN MATA YANG CANTIK?

===========================
.
1. Pengambilan Telur
Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang makan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dapat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.
.
2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida
Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.
.
3. Banyakkan mengambil Omega 3
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.
.
4. Supplemen
Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor.
.
5. Menjaga tekanan darah dan berat badan
Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.
.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Anak

PUNCA DAN CARA MELAYANI ANAK YANG MOODY

==========================================

1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.
 Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani
.
2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.
.
 Sikap ibu bapa:
* Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
* Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
* Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."
.
3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.
.
 Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.
.
4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.
.
 Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.
.
5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.
.
 Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.
.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Zuriat

ZURIAT OH ZURIAT 

================

Bagi pasangan yang berumahtangga, anak sudah pasti menjadi topik utama. Agak menjengkelkan kerana sikap sesetengah masyarakat yang kurang sensitiviti dan suka melabelkan mengikut citarasa mereka.
.
Tak mengandung jadi isu. Anak ramai pun jadi isu. Susah jika ramai sangat yang mahu mempersoalkan kerja Tuhan.
.
Namun, bagi mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Jangan rasa sedih atau rendah diri. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Namun tidak salah untuk berusaha dan terus mencuba.
.
Di sini saya kongsikan bagaimana pengambilan supplements Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?
.
Vitamin Asas
.
(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex
.
Vita-Lea, B-Comp dan Vit-C adalah merupakan vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

.
Vitamin Kesuburan
.
(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

.
(5) Zink
Digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).
.

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

.
Kita merancang, Allah jua yang menentukan segala. Tapi tak salah untuk kita mencuba.
.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty