Bush pinggang yang sihat


TAHUKAH ANDA bahawa buah pinggang adalah antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialysis dan rawatan transplan buah pinggang. Ianya tidak dapat setanding dengan buah pinggang milik anda sendiri.
Oleh itu jaga kesihatan buah pinggang anda sebaiknya. Antara perkara yang boleh diamalkan ialah;

1. SENTIASA AWASI TEKANAN DARAH DAN PARAS GULA
Kandungan gula yang berlebihan dalam darah untuk tempoh yang lama akan merosakkan berjuta sel halus di antara kedua buah pinggang.
Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan salur darah halus ke buah pinggang anda.


2. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Makanlah mengikut panduan pyramid makanan atau dengan mengimbangi sajian anda dengan keperluan karbohidrat, protein, vitamin dan juga sedikit lemak. Bagi menjamin buah pinggang anda kekal berkualiti, banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan kacang, bayam, kacang soya, coklat dan ubi kentang kerana ia mampu menambah risiko berlakunya batu karang dalam buah pinggang.


3. KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING
Diet yang tinggi kandungan protein dari haiwan akan memudahkan pembentukan batu karang akibat berkumpulnya kalsium berlebihan. Daging biasanya akan menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh tubuh. Selain batu karang, asid urik berlebihan juga boleh mengakibatkan gout.


4. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Garam yang berlebihan akan mengakibatkan lebih banyak cecair terkumpul di dalam badan atau juga dikenali sebagai ‘water retention’. Keadaan ini juga membuatkan buah pinggang anda akan ‘dikerah’ untuk bekerja secara berlebihan.


5. MINUM AIR SECUKUPNYA
Air yang cukup memainkan peranan penting untuk membantu buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan.


6. JANGAN MEROKOK
Merokok bukan sahaja meningkatkan dua kali ganda risiko diserang kanser buah pinggang sebaliknya turut menyumbang kepada risiko kematian akibat penyakit lain seperti serangan jantung.


7. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Kafein mempunyai kelebihan menyerap cecair dalam tubuh. Oleh itu, pengambilannya secara berlebihan akan membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Tubuh yang dehidrasi atau kekeringan ini akan membuatkan buah pinggang anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyingkirkan cecair dan toksin yang tidak diperlukan dari tubuh. Ini memberi tekanan berlebihan pada buah pinggang anda. Justeru, bertukarlah kepada kopi atau teh yang tidak mengandungi kafein.



8. HIDUP LEBIH AKTIF
Jangan lupa untuk bersenam kerana senaman secara keseluruhan baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang , pilihlah aktiviti yang lebih santai seperti berjalan, yoga atau berkebun.
Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Sakit Lutut

ANTARA PUNCA SAKIT LUTUT

========================


TENDONITIS
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon. Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.


KEDUDUKANKEPALA LUTUT BERALIH
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudkan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.


OSTEOARTHRITIS
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.


OSGOOD / SCHLATTER DISEASE
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit. Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dan lain-lain.


MEDIAL PLICA SYNDROME
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.


LLIOTIBIAL BAND SYNDROME
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.


BURSITIS
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir. Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.


SERPIHAN TULANG (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi. Ini memberi kesan yang sakit dan bengkak.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tidur ketika menyusu


[Tidur Ketika Menyusu]

==================

Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja. Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja?
Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.
Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding menyusu.
Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam sehari untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.
Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30 minit dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.
Sekiranya bayi anda terus mengantuk ketika menyusu atau dia tidur lebih tiga jam tidak bangun lagi, anda perlu mengejutkan bayi untuk menyusu.
Jangan dibiarkan dia terus lena tidur!

Tip kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu
 Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu menyusu.

 Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi di atas badan anda, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari tidur.
 Geletek bibirnya dengan puting susu anda yang telah dibasahi air susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
 Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan berborak dengannya.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


NutriWHITE



TAHUKAH ANDA Set Kecantikan NutriWhite Shaklee dihasilkan selepas kajian bersama selama tiga tahun di antara Saintis Jepun dan Amerika. Hasil dari kajian mereka telah memilih 16 bahan semulajadi terbaik untuk menjadi bahan utama di dalam set NutriWhite ini.
.
Antara review yang kami terima dari mereka yang dah mencuba. Buat saya pun teruja sama.
.
"Kulit makin cerah, sekata dan tidak berminyak lagi lepas gunakan NutriWhite shaklee"
"Muka rasa lebih bersih dan jimatttt! Tahan sehingga 6-8 bulan.."
"Kulit rasa moist dari sebelum ini, kulit tak lagi kering!"
"Selepas 2 minggu kulit lembut macam baby""
"Setaraf SK-II ok"
.
Mungkin anda seorang sahaja yang belum lagi cuba.
.
Tak kan biarkan mereka sahaja rasa bahagia dan jelita.
.
Anda juga layak untuk turut sama merasainya.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

MLM


TAHUKAH ANDA?
MLM (multilevel marketing) merupakan antara 5 cara pemasaran yang boleh digunakan untuk menjual produk kepada pelanggan.
Ironinya, ramai orang salah gunakan teknik ni dengan menindas orang lain.
Cara pemasaran ini banyak dimanipulasi oleh syarikat yang menjalankan skim cepat kaya ataupun leaders MLM yang inginkan keuntungan segera atau mengejar pangkat besar dengan manipulasi teknik tertentu.


TAHUKAH ANDA?
MLM Juga dikenali dengan network marketing, di mana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Semakin luas channel, semakin besar network marketing anda.


TAHUKAH ANDA?
Shaklee menggunakan kaedah MLM untuk mengedarkan produknya.
Sebab tu tiada artis khas jadi duta. Pengedar tu sendiri adalah artis. Kamilah artisnya.


TAHUKAH ANDA?
Ada syarikat MLM yang fokus jual beli orang bukan jual beli produk.
Kebanyakannya adalah skim cepat kaya yang menyembunyikan wajah sebenar mereka di sebalik topeng MLM.


TAHUKAH ANDA?
Perniagaan Shaklee sangat mudah. Boleh dijalankan secara online dan offline. Punyalah seronok menjalankan bisnes ni umpama menanam pokok durian. Mula-mula agak letih, tapi bila tiba masa menuai. Puas sangat rasanya.


TAHUKAH ANDA?
Tiada istilah, tak payah usaha, tak payah cari orang, tak payah jumpa orang, tak payah keluar rumah, tak payah buat apa-apa dalam perniagaan ni.
Itu bukan perniagaan, itu kematian!


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Diabetis

KENALI DIABETIS
================

Diabetis adalah kerana ketidak normalan dalam pemprosesan mengawal gula dalam darah.
Ada dua tahap Diabetis
 Diabetis Type 1 : Disebabkan oleh badan yang kurang menghasilkan insulin
 Diabetis Type 2 : Disebabkan oleh kegagalan insulin mengawal selia paras glukosa.
Sayangi tubuh badan anda dengan pilih-pilih apa yang di makan.


#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M






Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Atok dan Rashid


NI KISAH RASHID 
===============
.
Sebelum ini, Si Cucu asyik merungut sebab atok selalu cepat letih. Merajuk dengan atok sebab tak boleh main sama-sama.
.
Alasan atok bila Si Cucu ajak bermain,

"Pinggang atok sakitlah, rasa macam nak terputus. Atok tak larat nak main dengan Rashid"
.
Akibat tak puas hati dengan jawapan Si Atok, Rashid mengambil sebotol Ostemetrix milik ibunya dan menghulurkan 4 biji pil susu tersebut kepada Si Atok.
.
Dengan lafaz Bismillah, tanpa banyak soal, atok menelannya sebaik sahaja selepas makan malam.
Bangun sahaja pagi, atok rasa ringan sangat badan. Sakit pinggangnya juga berkurangan. Atok terus melompat riang memeluk Rashid.
.
Itulah kisah Atok dan Rashid.
.
Jadilah seperti Rashid yang peka tentang kesihatan Atoknya.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty