TAZKIRAH : HAMBA TREND ATAU HAMBA ALLAH

TAZKIRAH : HAMBA TREND ATAU HAMBA ALLAH

Banyak trend yang menyusup masuk ke dalam masyarakat muslim, kadangkala ‘dijemput’ oleh muslim itu sendiri.
Kebanyakan trend yang berakar dari akar tidak baik ini, sangat mudah tersebar dan jadi praktik hidup kalangan kita, terutamanya anak-anak muda.
Kalau dulu, sekejap-sekejap timbul budaya shuffle, kemudian timbul pula K-pop, pejam celik selepas itu timbul pula Gangnam Style dan pelbagai lagi macam trend hidup yang merosakkan.
Terbaru, Vape menjadi trend yang asalnya cuba mengatasi masalah rokok, tetapi rupanya jauh lebih merosakkan dari rokok. Bukan sahaja tidak begitu berjaya menangani masalah ketagihan, tetapi pula mengundang masalah kehilangan adab dan rasa malu.

Siapa Yang Kita Ikut?
Trend atau budaya-budaya sebegini, sebenarnya atas sebab apa kita mengikutinya?
Sebab seronok?
Sebab kawan?
Sebab tunjuk hebat?
Atau sebab tak nak dikatakan ketinggalan arus zaman?
Kalau tak nak dikatakan ketinggalan arus zaman, sang Khalilullah, Ibrahim a.s. pun tidak mengikuti ‘trend’ zamannya yang mempertuhankan berhala lebih besar dari Allah. Baginda dilempar ke dalam api, baginda membuktikan di depan Namrud akan keesaan Allah ketika Namrud mendakwa ketuhanannya. Trend-trend semasa itu tidak mempengaruhi baginda sehingga Allah menyuruh kita mengikut manhaj Ibrahim ini, iaitulah yang tidak mudah terpengaruh oleh tarikan-tarikan trend duniawi yang bercelapak di sekitar kita.
“Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif dan dia bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” [An-Nahl : 123]
Kalau hanya semata-mata ikut-ikutan, ketahuilah ramai orang binasa kelak di akhirat kerana mengikut tinggalan nenek moyang mereka, ikut-ikutan dengan orang yang mendahului mereka.
“Bahkan mereka berkata : Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan jejak mereka. Dan demikianlah Kami tidak mengutus sebelum kami seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata : Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka…Maka Kami binasakan mereka maka perhatikanlah kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.” [Az-Zukhruf : 22-25]

Membesarkan Trend Dalam Hidup Lebih Dari Allah
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman, cintanya amat sangat kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu hanyalah kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya.” [Al-Baqarah : 165]
Apa juga tandingan selain Allah dalam hidup kita ini, yang kita besarkannya lebih dari Allah, kita telah menjadi hamba kepada benda itu.
Kalau yang kita besar-besarkan dalam hidup kita itu trend semasa sehingga melalaikan dan mengenepikan Allah dalam pertimbangan akal kita, maka kita hamba kepada trend.
Kalau yang kita agung-agungkan dalam hidup kita itu harta sehingga kita letak Allah di tepi serta tidak peduli lagi halal haram, membantu orang susah dan lain-lain, maka kita adalah hamba kepada harta.
Mereka ini kelak, yang mengikut sesuatu kerana ia trend semasa yang diikuti ramai, sebagaimana firman Allah :
“ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali.”
“Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti : Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka.” [Al-Baqarah : 166-167]

Penutup : Menjadi Hamba Allah Dengan Sebenarnya
Salahkah mengikut trend?
Kalau ia adalah trend yang baik, yang menyumbang kepada ketaatan dan peningkatan iman kepada Allah, pastilah tidak salah. Tetapi tetap bukan trend itu yang kita agungkan, yang kita agungkan dalam hidup kita tetap adalah Allah s.w.t.
Trend akan berlalu pergi. Apa yang seronok hari ini untuk diikuti, 2-3 tahun lagi mungkin dah tak dipandang. Apa yang begitu hebat diwar-war pada hari ini, 10 tahun lagi, orang pun mungkin dah tak pedulikannya.
Kalau kita hidup di atas trend semasa, kita akan mudah menjadi lalang, orang yang tiada prinsip. Trend berubah, kita ubah lagi.
Sedangkan orang yang ada Allah dalam hidupnya, imanlah yang menjadi prinsipnya. Hubungan dengan Allahlah yang menjadi neraca penentu baik buruknya.
Contoh mudah yang biasa kita dengar pada hari ini, adalah suatu ketika dahulu di Barat sendiri pernah mengkanunkan pengharaman homoseksual, perkahwinan sesama jantina, tetapi hari ini trend berubah, lalu menghalalkan pula hal itu. Lalu adakah selamat diri kita, generasi kita kalau bersama trend yang sedemikian berubah-ubahnya?
Maka, letakkanlah Allah sebagai yang paling utama dan paling besar dalam hidup kita. Nescaya yang lain-lain akan jadi kecil belaka di mata hati kita.

SUMBER: langitilahi.com

Multivitamin terhebat

HEBAT SANGAT KE VITA-LEA SHAKLEE?
=================================

TAHUKAH ANDA!

Vita-Lea asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan PERKATAAN VITAMIN yang disebut kini asalnya dari Shaklee.


Apa Kelebihan MULTIVITAMIN SHAKLEE?


 Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
 Disokong oleh 7 kajian klinikal.
 Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
 Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
 Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
 Merupakan multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusiaVita-Lea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab.
Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan Vita-Lea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)
Vita-Lea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Haa! Tu baru sikit saya kongsikan tentang hebatnya Multivitamin Shaklee ni. Vita-Lea pilihan utama untuk kami seisi keluarga.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Busung



[ MENGANDUNG KE BUSUNG? ]

Seronoknya menjamu selera. Semua pun nampak sedap mahu dirasa.
Sampai tak sedar seluar dari Saiz M bertukar ke L, ada dari L ke XXL.
Serammm! Paling sadis ada yang tanya, eh Pregnant ke? Masa tu rasa nak bertukar jadi Hulk.
Relax jangan sedih. Saya sedia membantu.
Jom dapatkan set Kembali Langsing bersama Shaklee serendah RM159.00
Membantu untuk dapatkan perut yang kempis seawal seminggu!! Ya seawal seminggu!
Jom, tunggu apa lagi?


Reply saya "NAK LANGSING" sekarang!
Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


TAZKIRAH : DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

TAZKIRAH : DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu.
Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! 
Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   
Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.
Mengapa di dunia ini tidak ada kedailan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas? Ya, inilah kaedah Allah menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman.
Menerusi pengajian tauhid, yakni dalam mengenal sifat-sifat Allah, memang kita telah sedia maklum bahawa Allah swt akan memberi dan menunjukkan sifat keadilan-Nya secara mutlak dan tuntas di akhirat nanti. Manakala, di dunia ini Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara sepenuh dan menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.
Lihat bagaimana nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan beberapa nabi yang lain telah dibunuh oleh musuh-musuh kebenaran. Sekiranya kita sebagai suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, pemimpin, pengikut… menerima layanan atau balasan yang tidak adil, biasalah. Inilah hakikat dan lumrah hidup yang mesti ditempuh. Jangan mencari yang ‘serba kena’ kerana hidup dipenuhi oleh resam yang ‘serba tidak kena’.
 Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan seua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat).
Justeru, apabila Allah menyuruh manusia melakuan kebaikan atau meninggalkan kejahatan, Allah akan menyeru kepada manusia yang beriman dengan lafaz “Ya ayyuhal lazi na amanu – wahai orang yang beriman.” Begitu juga apabila Rasulullah saw menyeru untuk umatnya melakukan kebaikan, baginda sering memulakanya dengan berkata, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah…”
Banyak hikmahnya mengapa Allah dan RasulNya berbuat demikian, salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dengan ikhlas, sabar dan istqamah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yakni, mereka yang yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau seksa yang setimpal.
Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.
Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”
Mereka tidak mengutuk orang lain, keadaan, diri mereka sendiri apalagi mempersalahan Tuhan. Mereka tidak akan menyesal dan kesal terhadap apa yang berlaku sebaliknya mencari tapak dan semangat baru untuk berusaha dengan lebih baik. Lalu dalam kamus orang berjaya sering tertera pengukuhan kata-kata ini: Kegagalan adalah peluang untuk memulakan semua dengan lebih baik!”
Oang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain.
Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata.
Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.
Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”
Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!
Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

Mulakan pernigaan dengan Shaklee


Ramai pula yang PM tanya nak JOIN AHLI bagaimana..? begini adik2 kakak2

Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit

Atau, pembelian bernilai RM 680 (=200 UV) akan mendapat keahlian PERCUMA.
^^ Yuran Keahlian adalah seumur hidup.
^^ Nikmati potongan harga 15-20% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
^^ Tidak perlu bekejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.
^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.
^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.
^^ SISTEM yang kami gunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee di bawah Zi2M family. Menjana INCOME 3-4-5 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Jadikan Diri Anda Cantik


CANTIK DALAM CANTIK LAH LUAR

=============================

Untuk kelihatan cantik ramai yang suka memilih produk kosmetik bagi menampal "kecacatan" yang sedia ada.

Namun perubahan boleh dilakukan hari ini. Apa kita kita cuba produk kecantikan yang memberikan kecantikan secara semulajadi dari dalam. Bila penjagaan rapi diberikan dari dalam. Pasti yang luar juga kelihatan cantik secara alami.

Persoalannya, Bagaimana mahu cantikan kulit dari dalam?

Mudah sahaja, dengan memberi makan kepada sel-sel di dalam badan kita.

Haaa? Bagi makan pada sel? Apa makanan sel?

NUTRIEN!

Nutrien yang cukup menjadikan tubuh kita berfungsi dengan baik, sekaligus memberi kesan yang sangat hebat pada kulit.



Apakah Vitamin yang penting untuk kulit kelihatan cantik?

.
VITAMIN E
Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
Menguatkan jaringan pada sel kulit.
Membantu mengurangkan risiko jangkitan akibat dari masalah jerawat dan sebagainya.
Membantu menjadikan kulit lebih cerah dan ceria.


VITAMIN A
Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
Mengawal selia penghasilan sebum di wajah.
Menguatkan jaringan pada sel kulit.
Mencegah kemunculan jerawat.


VITAMIN C
Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
Melindungi sel dengan membentuk membran sel yang kuat.
Menguatkan imuniiti tubuh untuk melawan jerawat.
Mencegah penuaan pada kulit.
Membantu dalam penghasilan kolagen.


VITAMIN B COMPLEX
Melancarkan peredaran darah.
Membantu dalam penghasilan sel-sel baru.
Menjaga kelembapan kulit secara semulajadi.
Membantu mencegah dan merawat jerawat.


Buat pesanan sekarang untuk kulit cantik dari dalam menarik di luar.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : PENGEMBARA BUTA ATAU CELIK?

TAZKIRAH : PENGEMBARA BUTA ATAU CELIK?

Satu hari seorang lelaki buta berdiri di tepi tiang lampu isyarat. Abu kebetulan mahu melintas jalan memimpin tangan lelaki buta itu. “Pak Cik mahu pergi ke mana?”
Lelaki buta itu menyambut tangan Abu. “Aku nak pergi ke KLCC, ada temujanji di sana. Kamu mahu ke mana pula?”
Abu dan lelaki buta itu bergerak melalui jalur zirafah apabila lampu isyarat bertukar merah.
“Kebetulan, saya juga mahu ke KLCC. Ada temuduga kerja di sana. Mari saya temankan Pak Cik hingga ke LRT.”
Mereka berdua berjalan dan berkenalan ringkas sepanjang langkah dari lampu isyarat sehingga masuk ke pintu masuk KL Sentral.
“Terima kasih kerana membantu. Boleh Pak Cik tahu cita-cita kamu apa?”
Banyak mata memandang Abu yang sedang berjalan dan berbual dengan lelaki buta itu.
“Dulu saya belajar kejuruteraan, sebabnya saya bercita-cita mahu jadi jurutera.”
Tersenyum lelaki yang menggalas beg hitam itu apabila dia menerima jawapan Abu.
“Itu pekerjaan, bukannya cita-cita.”
Mereka masih lagi berjalan, dia sudah nampak mesin menjual tiket LRT. Namun, jawapan balas si buta itu membuatkan langkah Abu menjadi perlahan.
“Maksud Pak Cik bagaimana?”
“Pekerjaan berbeza dengan cita-cita. Pekerjaan ialah kaedah untuk kita berusaha bagi mendapatkan rezeki. Cita-cita pula jawapan kepada soalan untuk apa kita hidup sekarang ini?”
Langkah mereka berdua terhenti di depan mesin tiket LRT. Pemuda itu membeli dua tiket dari KL Sentral ke KLCC. Kemudian, perjalanan diteruskan naik ke tingkat atas mendaki tangga bergerak.
“Nampaknya saya belum pernah fikirkan jawapan untuk soalan itu. Cita-cita Pak Cik pula apa?”
“Jika aku cerita nanti kamu ketawa.”
“Setiap orang ada hak untuk memiliki dan mengejar cita-citanya.”
“Aku mahu mengembara. Ada orang ketawa apabila aku kata mahu pergi mengembara. Mereka ketawa kerana aku buta. Sedangkan mereka yang ketawa itu tidak sedar, walaupun mata aku ini buta aku tahu ke mana aku mahu pergi.”
Mereka mengambil tempat dibelakang garisan kuning menunggu ketibaan tren,
“Pak Cik mahu pergi ke mana? Jika menarik, saya pun mahu ikut serta.”
“Aku tidak pergi ke mana-mana. Sebaliknya hidup aku sekarang ini adalah pengembaraan. Disebabkan aku mahu jadikan syurga sebagai destinasi terakhir.
Aku perlu mengembara di dunia ini bagi mengumpul bekalan selagi aku masih ada upaya? Cita-cita aku adalah syurga.”
Adakah kita penggembara buta atau pengembara celik?
Tuan-tuan, adakah kita ini pengembara buta? Adakah kita tahu untuk apa kita dilahirkan, dibesarkan, diberikan ilmu, kemudian menjadi dewasa, tua dan akhirnya pengembaraan kita di dunia tamat selepas berjumpa Izrail.
Jika kita ingat semula cerita di atas ini tadi. Ramai orang yang ketawa kepada si buta itu. Sedangkan, orang yang ketawa kepadanya itu juga sebenarnya tidak jelas ke mana destinasi akhir yang mereka mahu tuju.


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Surah Ali-Imran ayat 133.