Shaklee Picisan



SHAKLEE PRODUK PICISAN 

=======================

Shaklee BUKAN Produk Picisan!
Tapi merupakan satu produk yang dengan izin Allah di asaskan oleh seorang manusia hebat 100 tahun dahulu yang mampu berfikir secara Luar Biasa untuk kehidupan masyarakat 100 tahun kehadapan hari ini.
Dr Forrest C. Shaklee
Siapa Beliau?
* Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa.
* Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering).
* Doktor meramalkan beliau boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.
* Berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
* Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar.
* Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal.
Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.
* Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner.
* Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.
* Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care.
* Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.
* Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.
* Beliau mencipta Multi Vitamin PERTAMA di dunia. Vita-Lea



Free Konsultasi

COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



TAZKIRAH : PENAPIS TAHAP TIGA

TAZKIRAH : PENAPIS TAHAP TIGA

Kita begitu bimbang dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari. Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat, kita pun membeli penapis air yang beribu harganya. Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita? Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih?

Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.

"Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?"

"Tunggu dulu. Sebelum kamu memberitahu cerita itu, saya ingin menjalankan sedikit ujian yang dipanggil "penapisan tiga peringkat"

"Penapisan tiga peringkat?"

"Ya, betul. Sebelum kamu bercerita tentang guru itu, mungkin ada baiknya kita berfikir sejenak dan menapis setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut kamu Sebab itulah saya menamakannya "penapisan tiga peringkat".

Peringkat pertama ialah KEBENARAN (truth).
Adakah kamu benar-benar yakin cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu, cerita benar?

"Tidak, sebenarnya saya baru saja terdengar cerita itu dan...."


"Baiklah..jadi kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang, kita cuba peringkat kedua pula iaitu KEBAIKAN (goodness).
Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya tentang guru itu, sesuatu yang baik?"

"Tidak, sebaliknya...."

"Jadi, kamu akan menyampaikan sesuatu yang tidak elok tentang guru tersebut dan juga kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang tinggal satu lagi peringkat iaitu peringkat ketiga.

Peringkat ketiga ialah MANFAAT (usefulness).

Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada saya?"

"Tidak juga..."

Murid itu terdiam.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat dan Maha Penyayang.
(Al Hujurat, 49:12)

Detox Yourself


Anda sering keletihan, lesu tidak bertenaga?

Cepat sangat jadi pelupa.
Cepat bosan dan kurang daya tumpuan.
Tidur sering terganggu pula tu.
Lagi parah, nak membuang sembelit pulak.
Kulit pun lesu, jerawat merata-rata
Kuku dan rambut rapuh sangat.
Sakit kepala asyik menyerang

.
Aduhh! Biasakah anda mengalami simptom sebegini?
.
TAHUKAH ANDA? Itu petanda bahawa badan kita dipenuhi dengan toksin.
.
Bahaya ke tak?
.
Tentulah bahaya. Jika dibiarkan berlarutan. Macam-macam penyakit datang menyerang.
.
Bagaimana atasi?
.
.
Oh mari saya bantu. Jom DETOX dengan Supplement Shaklee.


Selepas 4-6 jam anda akan rasa:
- Badan terasa ringan kerana awal-awal pagi pasti sudah membuang.

Selepas 1-2 hari:
- Sakit kepala mula berkurangan ataupun terus hilang

Selepas 1-2 minggu:
- Perut yang membusung kembali kempis
- Lebih bertenaga dan ada fokus
- Kurang mengidam makanan bergula

Selepas 4 minggu:
- Kulit wajah lebih segar dan berseri
- Rasa lebih cergas dan bertenaga
- Rasa lebih bersemangat dan bermotivasi
.
Namun, perlu diingat ya. Kesan berbeza-beza mengikut tahap kesihatan setiap individu.
.
Jadi, tunggu apa lagi?
.
Jangan biarkan diri anda diselubungi TOKSIN!



Free Konsultasi

COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809

Pretty Healthy

Tahukah Anda?

TAHUKAH ANDA??

Protein Shaklee mempunyayi 1001 kelebihan, dan 31 daripadanya ialah;

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus dan gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi 12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser
16. Bertindak sebagai antioksidan
17. Menguatkan sistem imun tubuh
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik
19. Memelihara kesihatan jantung
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones
24. Membantu merendahkan paras kolestrol
25. Mencegah osteoporosis
26. Membantu pembentukan sel-sel baru
27. Membantu menyembuhkan gastrik
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809

Pretty Healthy


TAZKIRAH :KASIH SI KECIL

TAZKIRAH :KASIH SI KECIL

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”.

(Al-Baqarah :286)

Vivix

TUA SEBELUM USIA
=================
Proses penuaan berlaku secara semulajadi dalam kehidupan seorang manusia. Namun begitu, di zaman penuh dengan pencemaran ini, proses penuaan berlaku dengan begitu pantas, dan memberi kesan bukan saja pada penampilan, malah kesihatan secara amnya!
.
Pelbagai penyakit yang berpunca dari proses penuaan, dan boleh melanda orang-orang muda yang mengalami penuaan sebelum usia.
.
Penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung, Parkinson, katarak, malah penyakit nyanyuk mudah sangat menyerang.
.
Oleh itu amat penting untuk kita menjaga keremajaan sel, agar terus sentiasa sihat, sekurang-kurangnya tidak dikata TUA sebelum masanya.
.
Apakah produk anti penuaan dari Shaklee?
.
Tentulah VIVIX SI TONIK AJAIB, buat anda kelihatan MUDA 25 tahun dari USIA.
.

Promosi Bulan Januari 2016
Buy 6 free 1
Buy 2 get 5% Diskaun




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809

Pretty Healthy

TAZKIRAH : DOA SEORANG SAHABAT

TAZKIRAH : DOA SEORANG SAHABAT

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

[Surah Luqman:18]