TAZKIRAH : KUBUR

TAZKIRAH  : KUBUR

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak  roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Roh Org tua itu : Jikalau kau nak tahu  jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia  yang  mempunyai kubur di kampung  ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa  Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....
Jom  laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa  akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia  belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya  dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.- Fazli

ESP is awesome part 18


hampir 100 testimoni menarik tentang ESP saya kupaskan.
anda boleh rasai kebaikan dan kehebatan ESP.



FEVERETTTT...


Kulit dia cantikkkk...


In Love..


Ajaib..


Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809


TAZKIRAH : KEMAAFAN & TERIMA KASIH

TAZKIRAH : KEMAAFAN & TERIMA KASIH

Dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya.

Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya.

Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut.

Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(Ali ‘Imran: 134)

TAZKIRAH : AYAM & LEMBU

TAZKIRAH : AYAM & LEMBU

Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.

Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..

Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.

Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"

"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.

"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).


ESP is awesome part 17

COMELNYA DIAAAAAA...


anak ke3 dan full breastfeed


Jatuh Hati terussss....


Hati tergoda..




Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809


TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)‎), diambil dari perkataan solat (الصلاة‎) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا}

{Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43].
[Pamplet Selawat di: 17- Selawat Fadhilat & Kaifiat 2013. MBB
[Edisi Jawi diSelawat Sohihah 2013 -1434 – Jawi
Hukum berselawat.

Kelebihan Selawat:
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]



Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA MEMBERI KEMAAFAN

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA MEMBERI KEMAAFAN

Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”.
HR Muslim

Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (An Nisa’: 149).

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (An Nuur; 22)

Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti? Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.


Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.