Tips menabung

TIPS DARI DR AZIZAN OSMAN  
Merancang kewangan kita sebelum terlewat.


Waktu Pagi:
X Jgn Withdraw Duit Dari Atm
X Jgn Byr Loan
X Jgn Byr Hutang

Pagi adalah Utk Kita:

~ Sedeqah
~ Jemput Rezeki Melalui Dhuha
~ Berzikir Dan Selawat
Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG

Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni


Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn.
Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.


Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll


Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri


Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu


Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT....
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!

...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita.
❤Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.
Selamat beribadah & Salam sayang buat semua☺❤....

TAZKIRAH : TIGA BUDAK DAN SEEKOR JIN


TAZKIRAH : TIGA BUDAK DAN SEEKOR JIN



Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliau pun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkatakepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

“Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara- saudara kami yang telah beriman yang lebih dahulu dari kami, janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang- orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.”
(Al-Hasyr:10)

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA AL-KAHFI


TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA AL-KAHFI


Seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Said Al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat." 
(Hadith sahih)

Hadith lain yang menyebut tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat adalah seperti berikut:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul 'atiq." 
(Hadith sahih) 

TAZKIRAH : SUATU HARI DI LAPANGAN TERBANG




TAZKIRAH : SUATU HARI DI LAPANGAN TERBANG

Kisah ini berlaku di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya.
Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.
Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata “Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun”. Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.
Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.
Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : ‘Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu”.
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!
Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat.
Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.


Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa.” (Al-Hujurat: 12)




 

TAZKIRAH : HIMPUNAN KEBAIKAN





TAZKIRAH : HIMPUNAN KEBAIKAN
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke’aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama Mmereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur’an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa’at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.




TAZKIRAH : SI TUKANG GUNTING





TAZKIRAH : SI TUKANG GUNTING

Seorang laki-laki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.
Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu wujud seperti yang encik katakan tadi."
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?
"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak wujud. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu wujud, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak wujud sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak wujud!..."

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.

Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."
"Ah, anda merepek saja...Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan…"Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang wujud. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang…”
(Al-Ahzab:41-42)



TAZKIRAH : WASIAT SI JUTAWAN



TAZKIRAH : WASIAT SI JUTAWAN


Di dalam sebuah negeri yang makmur, terdapat seorang jutawan yang terkenal dengan banyaknya harta kekayaan. Rumahnya yang besar seperti istana, deretan kereta mewah di parkir garaj, rumah sewa tidak terkira, tanah dan ladang yang berekar – ekar luasnya.
Perniagaannya sangat maju sehinggakan jika beliau berhenti berniaga pada hari ini pun, hartanya tidak akan habis untuk tiga generasi yang akan datang.
Pada suatu hari, jutawan telah dikesan oleh doktor bahawa beliau telah menghidap kanser pada tahap akhir dan dijangka tidak dapat hidup lebih lama lagi di dunia. Walaupun agak terkejut dengan berita ini jutawan ini pasrah dengan takdirnya itu dan membuat persediaan menghadapi kematian dengan tidak bertangguh lagi.
Maka pada suatu hari, jutawan ini telah mengumpulkan anak – anaknya bagi menyampaikan berita itu. Anak-anaknya terkejut dan berasa sedih dengan berita ini akan tetapi mereka reda dengan ketentuan Allah s.w.t.
Pada hari-hari terakhir di dunia ini, jutawan telah membuat wasiat kepada anak sulungnya dengan satu wasiat ganjil iaitu apabila pada hari pengkebumiannya nanti, tanamkanlah dia bersama sepasang stoking buruk yang sering dipakainya untuk berjalan–jalan pada waktu petang.
Walapun wasiat itu kedengaran pelik, namun sebagai anak yang taat, anaknya itu berjanji akan menunaikan wasiat tersebut.
Ajal dan maut di tangan Allah swt, akhirnya jutawan itu meninggal dunia juga. Maka pada hari pengkebumiannya, anak sulungnya telah memakaikan ayahnya itu dengan sepasang stoking buruk sebagaimana yang telah diwasiatkan sebelum ini.
Imam yang menguruskan jenazah jutawan itu merasa terkejut dengan permintaan itu dan tidak membenarkan wasiat itu diteruskan.
Namun, anaknya berkeras juga untuk menunaikan wasiat ayahnya itu hingga terjadinya perbalahan kecil di tanah perkuburan. Jadi bagi menyelesaikan masalah itu, peguam jutawan tersebut telah dipanggil untuk memastikan adakah jutawan tersebut telah meninggalkan wasiat seperti itu.
Menurut peguam, jutawan itu telah meninggalkan suatu wasiat dalam bentuk sepucuk surat sebelum meninggal. Lantas itu surat itu dibuka dan dibaca oleh anaknya. Setelah selesai membaca surat itu, air matanya mengalir tidak tertahan lagi.

Apakah isi kandungan surat tersebut sehingga terjadi demikian?
“ Wahai anakku, andainya engkau membaca surat wasiat ini, ketahuilah bahawa aku telah pun pergi meninggalkan dunia yang fana ni. Maka janganlah engkau bersedih di atas kematian ku ini.
Anakku, aku berkira pasti pada saat ni engkau sedang berbalah mengenai pengurusan jenazah tentang stoking burukku? Ayah sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku anakku.
Ketahuilah anakku bahwa sepanjang hidupku, ayahmu ini sentiasa berusaha keras untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi banyak seperti sekarang. Namun setelah ayah menghadiri satu kuliah tahulah ayah bahawa harta yang dimiliki ini tidak akan dapat dibawa ke dalam liang lahad walau satu sen pun.
Jadi lihatlah sendiri anakku kejadian pada hari ini. Jangankan wang satu sen, stoking buruk pun ayah tidak mampu membawanya bersama ke dalam kubur. Jadikanlah perisitiwa ini sebagai satu pengajaran untukmu anakku. Kumpullah harta biar berpada.
Yang penting kumpullah amalan baik supaya kita dapat membawanya ke alam yang kekal abadi nanti.
Akhir kata, engkau doakanlah kesejahteraaan ayah di alam barzakh ini supaya ayah mendapat rahmat daripada Allah s.w.t dan terlepas dari azab kubur ini.
Ayahmu. “
Pengajaran:
Pengajaran yang boleh kita dapati daripada kisah ini ialah walau sebanyak mana harta yang dikumpul pun ianya masih tidak dapat dibawa sebagai bekalan di akhirat sana. Hatta sepasang stoking buruk.
Kumpullah harta di jalan yang halal dan diberkati. Iringilah usaha itu dengan amal kebajikan dan ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t. Semoga kita beroleh kemenangan yang abadi di akhirat nanti.