TAZKIRAH : ORANG JEPUN & IKAN JERUNG


TAZKIRAH : ORANG JEPUN & IKAN JERUNG 

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan. Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. 

Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. 

Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan. 

Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggapcabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. 

Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam. 
'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut: 3)

TAZKIRAH : MEMATAHKAN SEMANGAT SYAITAN


TAZKIRAH : MEMATAHKAN SEMANGAT SYAITAN 


“Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah. Sekurang-kurngnya, dengan mengucapkan A’uzubillahi min al-syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, dan hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.”
-Imam Syafie-
 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih

hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika
kamu orang-orang yang beriman” 
(Ali-`Imran: 139)




TAZKIRAH : ULAR & GERGAJI


TAZKIRAH : ULAR & GERGAJI


Alkisah, seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu di petang hari. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya masih berserakan dan tidak merapikannya.

ketika ular itu berjalan kesana kemari di dalam gudang, tanpa sengaja ia merayap di atas gergaji.

Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.

Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.

Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati....



Teman-teman....

Kadangkala, di saat kita marah, kita ingin melukai orang lain.Tapi sesungguhnya tanpa disedari, yang dilukai adalah diri kita sendiri.

Mengapa? Kerana perkataan dan perbuatan di saat marah adalah perkataan dan perbuatan yang biasanya akan kita sesali di kemudian hari..

Mari, kita sama-sama belajar untuk tidak marah (atau setidaknya mampu meredakan marah) terhadap situasi buruk yang mungkin kita alami.




Dari abu Hurairah radhiyallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Bukanlah orang kuat itu yang menang dalam pergaduhan, tetapi orang yang kuat adalah yang boleh menahan dirinya ketika marah."
(HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH : BELAJAR DARI CICAK


TAZKIRAH : BELAJAR DARI CICAK

Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  bagi memburu mangsanya?Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.

Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!

Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:
“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

TAZKIRAH : SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA


TAZKIRAH : SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA




Melakukan kebaikan termasuk dalam perkara-perkara yang dapat mendatangkan kebahagian dan menghilangkan keresahan. Kebaikan yang dimaksudkan adalah seumpama sedekah, beramal soleh dan memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain. Semua ini merupakan satu daripada sekian banyak perkara yang mampu menciptakan kedamaian di dalam dada.

...wahai orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu..
(Al-Baqarah : 254)

...lelaki dan perempuan yang bersedekah...
(Al-Ahzab : 35)

Rasulullah menggambarkan orang yang kedekut dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus-menerus memberi dan membelanjakan hartanya, sehingga jubah dan baju besinya menjadi terasa longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Sementara itu orang yang kedekut terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu menyedekahkannya, sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit dan menghimpit, yang pada akhirnya akan meneympitkan jiwanya.

Allah S.W.T. berfirman : 
Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana keteguhan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai)..
(Al-Baqarah : 265)
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu..
(Al-Isra' : 29)
Sesungguhnya terbelenggunya jiwa disebabkan terbelenggunya tangan dari mengeluarkan sedekah. Orang kedekut adalah orang yang paling sesak dadanya dan sempit akhlaknya kerana mereka adalah orang yang kedekut atas anugerah Allah. Seandainya mereka sedar bahawa apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebahagian, nescaya mereka akan segera melakukan kebaikan ini.
Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik (bersedekah dengan ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampunkan kamu..
(At-Taghabun : 17)

Allah S.W.T. juga berfirman :
...dan barang siapa yang diperlihara dari menjadi kedekut, mereka itulah orang yang beruntung.
(Al-Hasyr : 9)
...dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anuerahkan kepada mereka.
(Al-Baqarah : 3)

Allah telah menganugerahkan kamu
maka nafkahkanlah sebahagian dari pemberian tersebut.
Kebendaan itu sebenarnya tidak ada
usia pun berakhir.
Harta itu bagaikan air.
Jika tidak pernah digunakan
dia akan berhenti mengalir.
Jika dia dimanfaatkan
alirannya tidak akan pernah susut.

Hatim mengatakan :
Wahai orang yang tidak mengetahui 
hal yang ghaib selainNya
Yang menghidupkan
tulang-belulang putih yang sudah lapuk
aku pernah merasakan lapar menggigit perutku
sementara perbekalan pun menggoda.
Akan tetapi, rasa takut yang amat sangat
adalah saat menghadapi hari
saat kebanyakan manusia merasa tercela.

Si dermawan ini(Hatim) menyuruh isterinya supaya menjamu tetamunya, menunggu para pemgikutnya untuk makan bersama dengannya, serta meyapa mereka dengan ramah untuk melapangkan dadanya. Dia berkata kepada isterinya:
Jika dikau menyiapkan bekal

maka siapkanlah dalam jumlah yang banyak
kerana saya tidak makan sendirian.

 Dia kemudian berkata kepada isterinya sambil menjelaskan falsafah hidupnya yang cukup jelas itu, satu perbandingan yang sangat terbuka:
Perlihatkanlah kepadaku seorang dermawan

yang meninggal sebelum ajalnya
maka hati ini terasa ikhlas 
atau perlihatkan kepadaku orang bakhil
yang merasa kehidupannya kekal.


Apakah mengumpulkan harta itu boleh menambah umur perilakunya? Atau apakah membelanjakan membuat harta berkurang? Tentu saja tidak. Semua itu tidak benar.       

Rujukan :Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 

TAZKIRAH : KEMAHUAN YANG MEMBAJA


TAZKIRAH : KEMAHUAN YANG MEMBAJA 


Seorang mahasiswa yang berasal dari salah sebuah negara Islam belajar di Barat, iaitu di London. Di sana, dia tinggal bersama keluarga Britain yang kafir untuk mendalami bahasa Inggeris. Dia adalah seorang pelajar muslim yang taat kepada agamanya, selalu bangun menjelang fajar untuk pergi ke tempat air dan berwuduk. Air di sana sangat dingin disebabkan pengaruh cuaca. Setelah itu dia pergi ke tempat solatnya, untuk bersujud, ruku', bertasbih dan bertahmid kepada Tuhannya. 
Dalam keluarga itu terdapat seorang perempuan tua yang selalu memperhatikan apa yang dilakukan oleh pelajar muslim ini. Setelah beberapa hari, perempuan tua itu bertanya : "Apa yang engkau lakukan?" Pelajar itu menjawab : "Agamaku memerintahkanku untuk melakukan ini." Perempuan tua itu bertanya lagi : "Mengapa tidak kamu tunda waktunya untuk beberapa saat agar kamu boleh lebih menikmati tidurmu?" Pelajar itu menjawab : "Tetapi Tuhanku tidak akan menerima jika aku menangguhkan waktu solat dari waktu yang telah ditentukan."
     Perempuan tua itu pun menganggukkan kepalanya dan berkata : "Sungguh, ini adalah sebuah kemahuan yang mampu mematahkan sebatang besi."
Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jaul-beli dan berzikir kepada Allah dan mendirikan solat...
(An-Nur : 37)
     Inilah tuntutan iman, bukti kuatnya keyakinan dan pengaruh tauhid. Kekuatan ini pulalah yang telah memberi inspirasi  kepada para penyihir Firaun. Mereka terbuka pintu hati untuk beriman kepada Allah, Tuhan semesta alam ketika mereka terlibat dalm pertarungan antara Nabi Musa A.S dan Fir'aun. Mereka berkata kepada Firaun :
Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan...
(Taha : 72)
     Ini adalah sebuah pertentangan yang jarang didengar. Ketika itu mereka berkewajipan untuk menyampaikan risalah dan kalimat yang benar dan kuat (kalimat tauhid) kepada penguasa yang kafir dan diktator itu. 
   Hubaib bin Zaid pernah menemui Musailamah Al-Kazzab untuk mengajaknya kembali kepada tauhid. Namun Musailamah menolak, bahkan mencincang tubuhnya. Walaupun dia diperlakukan seperti itu, sama sekali tidak gentar hinga akhirnya menemui ajalnya sebagai seorang syahid. 
...dan orang yang menjadi saksi di sisi Rabb mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. 
(Al-Hadid : 19)
     Saat Khubaib bin 'adi diangkat ke tali gantung, dia malahan bersenandung :
Aku tidak khuatir jika tewas dalam keadaan muslim
Di mana pun aku berada
kematianku ada dalam kekuasaan Allah.

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA DOA

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA DOA

Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi : 

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" 

(hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)