TAZKIRAH : MEMATAHKAN SEMANGAT SYAITAN


TAZKIRAH : MEMATAHKAN SEMANGAT SYAITAN 


“Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah. Sekurang-kurngnya, dengan mengucapkan A’uzubillahi min al-syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, dan hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.”
-Imam Syafie-
 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih

hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika
kamu orang-orang yang beriman” 
(Ali-`Imran: 139)




TAZKIRAH : ULAR & GERGAJI


TAZKIRAH : ULAR & GERGAJI


Alkisah, seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu di petang hari. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya masih berserakan dan tidak merapikannya.

ketika ular itu berjalan kesana kemari di dalam gudang, tanpa sengaja ia merayap di atas gergaji.

Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.

Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.

Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati....



Teman-teman....

Kadangkala, di saat kita marah, kita ingin melukai orang lain.Tapi sesungguhnya tanpa disedari, yang dilukai adalah diri kita sendiri.

Mengapa? Kerana perkataan dan perbuatan di saat marah adalah perkataan dan perbuatan yang biasanya akan kita sesali di kemudian hari..

Mari, kita sama-sama belajar untuk tidak marah (atau setidaknya mampu meredakan marah) terhadap situasi buruk yang mungkin kita alami.




Dari abu Hurairah radhiyallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Bukanlah orang kuat itu yang menang dalam pergaduhan, tetapi orang yang kuat adalah yang boleh menahan dirinya ketika marah."
(HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH : BELAJAR DARI CICAK


TAZKIRAH : BELAJAR DARI CICAK

Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  bagi memburu mangsanya?Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.

Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!

Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:
“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

TAZKIRAH : SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA


TAZKIRAH : SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA




Melakukan kebaikan termasuk dalam perkara-perkara yang dapat mendatangkan kebahagian dan menghilangkan keresahan. Kebaikan yang dimaksudkan adalah seumpama sedekah, beramal soleh dan memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain. Semua ini merupakan satu daripada sekian banyak perkara yang mampu menciptakan kedamaian di dalam dada.

...wahai orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu..
(Al-Baqarah : 254)

...lelaki dan perempuan yang bersedekah...
(Al-Ahzab : 35)

Rasulullah menggambarkan orang yang kedekut dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus-menerus memberi dan membelanjakan hartanya, sehingga jubah dan baju besinya menjadi terasa longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Sementara itu orang yang kedekut terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu menyedekahkannya, sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit dan menghimpit, yang pada akhirnya akan meneympitkan jiwanya.

Allah S.W.T. berfirman : 
Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana keteguhan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai)..
(Al-Baqarah : 265)
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu..
(Al-Isra' : 29)
Sesungguhnya terbelenggunya jiwa disebabkan terbelenggunya tangan dari mengeluarkan sedekah. Orang kedekut adalah orang yang paling sesak dadanya dan sempit akhlaknya kerana mereka adalah orang yang kedekut atas anugerah Allah. Seandainya mereka sedar bahawa apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebahagian, nescaya mereka akan segera melakukan kebaikan ini.
Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik (bersedekah dengan ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampunkan kamu..
(At-Taghabun : 17)

Allah S.W.T. juga berfirman :
...dan barang siapa yang diperlihara dari menjadi kedekut, mereka itulah orang yang beruntung.
(Al-Hasyr : 9)
...dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anuerahkan kepada mereka.
(Al-Baqarah : 3)

Allah telah menganugerahkan kamu
maka nafkahkanlah sebahagian dari pemberian tersebut.
Kebendaan itu sebenarnya tidak ada
usia pun berakhir.
Harta itu bagaikan air.
Jika tidak pernah digunakan
dia akan berhenti mengalir.
Jika dia dimanfaatkan
alirannya tidak akan pernah susut.

Hatim mengatakan :
Wahai orang yang tidak mengetahui 
hal yang ghaib selainNya
Yang menghidupkan
tulang-belulang putih yang sudah lapuk
aku pernah merasakan lapar menggigit perutku
sementara perbekalan pun menggoda.
Akan tetapi, rasa takut yang amat sangat
adalah saat menghadapi hari
saat kebanyakan manusia merasa tercela.

Si dermawan ini(Hatim) menyuruh isterinya supaya menjamu tetamunya, menunggu para pemgikutnya untuk makan bersama dengannya, serta meyapa mereka dengan ramah untuk melapangkan dadanya. Dia berkata kepada isterinya:
Jika dikau menyiapkan bekal

maka siapkanlah dalam jumlah yang banyak
kerana saya tidak makan sendirian.

 Dia kemudian berkata kepada isterinya sambil menjelaskan falsafah hidupnya yang cukup jelas itu, satu perbandingan yang sangat terbuka:
Perlihatkanlah kepadaku seorang dermawan

yang meninggal sebelum ajalnya
maka hati ini terasa ikhlas 
atau perlihatkan kepadaku orang bakhil
yang merasa kehidupannya kekal.


Apakah mengumpulkan harta itu boleh menambah umur perilakunya? Atau apakah membelanjakan membuat harta berkurang? Tentu saja tidak. Semua itu tidak benar.       

Rujukan :Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 

TAZKIRAH : KEMAHUAN YANG MEMBAJA


TAZKIRAH : KEMAHUAN YANG MEMBAJA 


Seorang mahasiswa yang berasal dari salah sebuah negara Islam belajar di Barat, iaitu di London. Di sana, dia tinggal bersama keluarga Britain yang kafir untuk mendalami bahasa Inggeris. Dia adalah seorang pelajar muslim yang taat kepada agamanya, selalu bangun menjelang fajar untuk pergi ke tempat air dan berwuduk. Air di sana sangat dingin disebabkan pengaruh cuaca. Setelah itu dia pergi ke tempat solatnya, untuk bersujud, ruku', bertasbih dan bertahmid kepada Tuhannya. 
Dalam keluarga itu terdapat seorang perempuan tua yang selalu memperhatikan apa yang dilakukan oleh pelajar muslim ini. Setelah beberapa hari, perempuan tua itu bertanya : "Apa yang engkau lakukan?" Pelajar itu menjawab : "Agamaku memerintahkanku untuk melakukan ini." Perempuan tua itu bertanya lagi : "Mengapa tidak kamu tunda waktunya untuk beberapa saat agar kamu boleh lebih menikmati tidurmu?" Pelajar itu menjawab : "Tetapi Tuhanku tidak akan menerima jika aku menangguhkan waktu solat dari waktu yang telah ditentukan."
     Perempuan tua itu pun menganggukkan kepalanya dan berkata : "Sungguh, ini adalah sebuah kemahuan yang mampu mematahkan sebatang besi."
Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jaul-beli dan berzikir kepada Allah dan mendirikan solat...
(An-Nur : 37)
     Inilah tuntutan iman, bukti kuatnya keyakinan dan pengaruh tauhid. Kekuatan ini pulalah yang telah memberi inspirasi  kepada para penyihir Firaun. Mereka terbuka pintu hati untuk beriman kepada Allah, Tuhan semesta alam ketika mereka terlibat dalm pertarungan antara Nabi Musa A.S dan Fir'aun. Mereka berkata kepada Firaun :
Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan...
(Taha : 72)
     Ini adalah sebuah pertentangan yang jarang didengar. Ketika itu mereka berkewajipan untuk menyampaikan risalah dan kalimat yang benar dan kuat (kalimat tauhid) kepada penguasa yang kafir dan diktator itu. 
   Hubaib bin Zaid pernah menemui Musailamah Al-Kazzab untuk mengajaknya kembali kepada tauhid. Namun Musailamah menolak, bahkan mencincang tubuhnya. Walaupun dia diperlakukan seperti itu, sama sekali tidak gentar hinga akhirnya menemui ajalnya sebagai seorang syahid. 
...dan orang yang menjadi saksi di sisi Rabb mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. 
(Al-Hadid : 19)
     Saat Khubaib bin 'adi diangkat ke tali gantung, dia malahan bersenandung :
Aku tidak khuatir jika tewas dalam keadaan muslim
Di mana pun aku berada
kematianku ada dalam kekuasaan Allah.

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA DOA

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA DOA

Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi : 

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" 

(hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)




TAZKIRAH : MATA LEBAH VS MATA LALAT



TAZKIRAH : MATA LEBAH VS MATA LALAT

Satu kisah motivasi yang terkenal di Amerika Syarikat. Ianya kisah duka seorang isteri juga merupakan ibu kepada dua orang anak kembar. Dia berkahwin dengan lelaki pilihannya. Malang sekali, setelah berkahwin dia baru mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang penagih dadah tegar.
Setiap hari dia akan menanti kepulangan suaminya. Sudah pasti hidangan pukulan, tendangan dan tampar dari si suami menjadi rutin harian. Suaminya akan pulang dalam keadaan menggigil dan membelasah si isteri yang enggan memberikan wang kepadanya. Ketagihannya yang melampau membuatkan isteri terpaksa bekerja keras mencari wang untuk menyara kedua anak kembar mereka.
Yang lebih menyedihkan, setiap kali si isteri dibelasah suaminya, perbuatan itu diperhatikan oleh kedua-dua anak mereka. Fenomena ini memberi kesan yang mendalam kepada kedua-dua anak tersebut.
Masa berlalu pantas, rumah tangga ini punah sama sekali. Si suami kemudian meninggal dunia dengan mulut berbuih di bawah jambatan. Si isteri pula tidak lama kemudian meninggal dunia akibat kesan tekanan yang sangat dahsyat. Tinggallah kedua-dua anak kembar ini meneruskan kehidupan sendirian.
Bertahun-tahun kemudian orang menemui seorang daripada kembar tersebut sedang hancur ketagihan dadah terbongkang di bawah jambatan. Di mana saudara kembarnya? Mereka menemuinya di wisma miliknya sendiri di bawah nama syarikat guaman paling terkemuka. Dia menjadi seorang peguam hebat. Ketika ditanyakan kepada mereka berdua tentang nasib hidup yang berbeza, jawapan kedua-duanya adalah sama.
“Saya tengok apa yang ayah lakukan.”
Seorang melihat kemusnahan itu dan menirunya.
Seorang lagi melihat benda yang sama dan bertekad untuk segera membesar bagi membebaskan ibu daripada seluruh kesakitan itu!!
Seorang lagi melihat kehidupan lampau mereka dan motivasinya musnah. Sementara yang seorang lagi melihat kehidupan lampau sebagai pendorong motivasi.
Dua anak membesar daripada susuan ibu yang sama, tinggal di rumah yang sama, bermain di lorong yang sama, makan hidangan yang sama serta menyaksikan semua benda yang sama, tetapi membesar sebagai manusia yang berbeza. Si penagih melihat perangai si ayah untuk dijadikan ikutan. Si peguam melihat perjuangan ibunya membuatkan ia gigih menegakkan keadilan.
Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana seseorang melihatnya. Itu lebih penting!”
Kesimpulannya, pandanglah peristiwa seperti mata lebah. Segala bau busuk, najis dan kotoran ditolak ketepi. Namun lebah terus mencari bunga lalu mencipta madu. Bukannya seperti pandangan mata sang lalat. Haruman dan bunga ditinggalkan. Mencari najis dan kotoran membiakkan penyakit dan melumpuhkan alam.
oleh: Imam Muda Asyraf