8 sebab kenapa anda harus pilih CINCH untuk kurus


Salam semua.. Hari ini Izura nak cerita pasal apa yang Hot sempena bulan ini ;)
CINCH SHAKE MIX~!

Tajuk saya hari ini
8 SEBAB KENAPA ANDA HARUS PILIH CINCH UNTUK KURUS ;)





CINCH MEMANG UNTUK KURUS
Cinch memang diciptakan untuk kurus. Ada nama program tau "Inch Loss Programme" atau nama melayu nya "Program Kehilangan Inci" hehehe. Tang mana kuruih tu? Tang perut la. Pinggul ke, jari pon boleh kuruih. Tang mana paling seram u ols tengok? Hahahaha.. 
Tahukan mana? Kegendutan extreme! Ada yang fobia untuk kurus sebab yoyo-effect diet. Kenapa yoyo effect? Sebab masa itu, jisim otot pon berkurang. Bila jisim otot kurang, slim la u ols. Bila otot nak kembali terbentuk, masa tu haihhh lapar semacam. Apa lagi, makan!!!! Naik balik berat badan. Jisim otot dan lelemak tidak kurang dengan seimbang. Itu la yoyo-effect! Kejap kecik, kejap besar. Kejap kempis, esok kembang.
Tapi cinch ini, mengekalkan jisim otot walaupon dalam proses slim down!







KAJIAN DAN UJIAN KLINIKAL YANG TIPTOP
Kajian yang di jalankan keatas CINCH dan Program nya itu adalah unik. Hanya yang pakar je tahu berapa kandungan rahsia leucine di dalam Cinch.
Dr foster ada berkata " the Shaklee Weight Managemant Program adresses the issues I've raised through my reaserch. It truly approach to weight management forever"






LEUCINE YANG UNIK
Fungsi leucine sangat unik. Leucine adalah antara rantaian amino asid. Fungsi Leucine adalah mensistesis otot dan mengekalkan jisim otot bila kita sedang dalam proses mengurangkan lemak dari badan. Kekalkan kadar metabolik badan kita berbanding dengan kebanyakkan makanan lain yang menurunkan kadar metabolik badan dan kita dapat pecahkan kitaran diet kekal.







ESP vs CINCH
ESP adalah energizing soya protein. Nama pon energizing = memberi tenaga. ESP dan Cinch adalah 2 jenis hidangan yang semenangnya kaya dengan protein.
ESP ada rantaian amino asid yang berfungsi untuk stimulate otot supaya lebih bertenaga dan membuatkan otot kita bekerja dan kita cepat rasa lapar. Tetapi ESP adalah lebih kepada meal replacement. Hidangan gantian untuk sarapan, lunch atau dinner anda. Kalau bagi yang tak makan malam, dan tiba2 terasa gastrik atau lapar lain macam, bole minum ESP untuk hilangkan rasa lapar.
CINCH pula lebih protein dan ada leucine. Memang de deisgnkan untuk bakar lemak.






CINCH penuh dengan multivitamin
Cinch ada semua vitamin yang di perlukan badan. Karbohidrat. Protein. Gula. Masalah kulit jerawat pon boleh cantik dengan CINCH. sebab protein membentuk tisu baru dengan cepat ;)


RASA YANG SEDAP SANGAT
Cinch ada 3 perisa iaitu Chocolate, Caffe Latte, dan Vanilla.
Semua ada rasa yang dah cukup ngam dah dengan selera tekak. Mix je dengan air suam, boh 1 atau 2 scoop pilihan Cinch Shake u ols, boh ais beberapa ketul, minum. WALLA...
Kalau rajin, blend la ais tu, jadi lah Cinch Chocolate Ice Blended.
Kalau u ols amik rasa vanilla lagi bole buat pelik2, blend dengan pisang ke, mangga ke, stoberi ke? Blend dengan ais, WALLA!!





KOMBINASI YANG MENARIK DENGAN CINCH TEA
yes! Ada gandingan baru la mantop meletop. Iaitu bff nya ENERGY CINCH TEA MIX.
Cinch tea bole meningkatkan kadar mrtabolisme. Sesuai di minum setiap pagi atau sebelum bersenam. Bila bersenam tu, perghhh peluh jantan menjurai2 ke bumi. Rasa nya rasa teh hijau yang pahit2 gitu. Ala, bole je telan gitu. Kalau tak boleh, mix dengan sunquick atau kordial oren.





PROMOSI APRIL 2015
Cinch sedang dalam harga murah ni.
Buy 3 free 1. Jimat rm173. Kalau u ols istiqamah, 1 kanister bole bertahan 1setengah bulan hingga 2 bulan.
Ada scoop dalam kanister tu. So u ols bole agak nak minum banyak mana.
Oh ya, perisa yang sedang di promosikan adalah CHOCOLATE dan CAFFE LATTE.
nak dapatkan harga ahli? Bole..




Thanks

Health makes you pretty
Izura 0126647809



Multivitamin VS obimin


Salam semua, Izura upload video tau. Saja buat demo mengenai Multivitamin dan Obimin.
Simple saja Izura dan team buat tapi inshaAllah buat u ols paham. 
Moga memberi manfaat pada u ols especially ibu mengandung yang makan Obimin ;)

Bukan menidakkan obimin tapi bole kita cari alternatif lain kan yang lebih selamat, semulajadi, tiada pewarna dan tidak membuatkan u ols sembelit.
 itu yang penting. hahahhaha

1 botol rm89.
1 botol ada 120 biji
1 hari 1 biji
1 biji 75 sen saja
Tiada GST

Jom tengok Video saya ;)
click >>> Multivitamin Vitalea Vs Obimin



boleh watsapp saya untuk diskaun
saya pasti beri
health makes you pretty
izura
0126647809

Kebaikan Lecithin


Salam semua ;) sempena promosi Lecithin pada bulan April, saya nak share kebaikan Lecithin. (promosi buy 6 free 1 dan beli 2 dapatkan 5% diskaun)

Saya listkan 10 Kebaikan Lecithin ye. Semoga memberi manfaat kepada anda ;)






1) Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, dan K yang larut lemak.



(saya dalam proses membuat demo mengenai lecithin. u ols tunggu ye update dari saya, mesti u ols rasa WOW! power nya lecithin ni!


2) Pemecahan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.



3) Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati. Apabila lemak di bawa keluar dan tidak termendap di dalam salur darah, is tidak terbawa masuk ke dalam hati kita ;)


4) Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. ye, ada banyak testimoni menarik tentang lecithin dan kurus. u ols bole google juga tau!



5) Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan. Bahan utama Lecithin adalah soya. YES! soya adalah bahan anti-oksida yang paling fofular di Jepun. so tak mustahil boleh mencantikkan kulit.


6) Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.


7) Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang. nota tambahan : kalau ada Batu Karang, u ols makan juga Omega ye.


8) Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stres. Makanan tambahan paling murah dan berkesan untuk perkembangan minda dan pembelajaran anda! anak kecil pon bole makan ye.






9) Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah. Bila lemak tidak terkumpul dan di bawa keluar, inshaALLAH tiada darah tinggi atau kolesterol.


10) Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak.









Health makes you pretty
0126647809
Izura


Shaklee ada GST?


Salam semua, Izura nak bagitahu berita gembira.
Harga Jualan SHAKLEE tiada GST.
Suka kan?




dengan saya
No GST
COD
Free Gift
Include Postage



Health Makes you Pretty
Izura
0126647809



Makanan tambahan untuk ibu bekerja



Hai semua..Selamat berhujung minggu. Rileks sikit hari minggu kan atau lagi sibik? Yang holiday atau weekend gateway gitu.. ENJOYYYY! Masa weekend la nak rileks kan. 
Eh.. u ols ibu bekerja? bekerja macam sy ke? 8pg-5ptg? pagi dalam pukul 6 dah bangun. 6.45pg dah keluar rumah. Petang sampai rumah pukul 6. Kena masak untuk suami dan anak, Kemas rumah, siapkan makan mandi anak, basuh baju bagai.. macam2 la..kadang2 pukul 9mlm pon belum rileks lagi. Izura ni, tak setiap hari la masak, ada hari cuti juga. Sebab ada pasar malam.. weeehhuuuu! Kadang2 rasa nak minum minuman jadi superhero pon ada. Ada yang kena hantar anak tuisyen malam. kelas mengaji la..Izura belum sampai tahap macam tu lagi. Tapi tunggu la lagi 2 tahun, Adam dah mula sekolah.. fuh fuh fuh...

Kepentingan dan kesedaran dalam mengambil makanan tambahan perlu ada. Tengok nenek dulu, sihat dan aktif je kan? mereka banyak mengambil herba dan jamu kampung yang asli. Dan kebanyakkan mereka tidak bekerja macam kita. ye la kan, faktor peredaran zaman. Tak kerja macam mana nak tampung keinginan dan nafsu terhadap beg tangan dan kasut.. dan kedai makan best2 kat KL ni..hehehe 

Saya mengamalkan ESP setiap pagi sebelum pergi kerja. Mesti bancuh secawan dengan sunquick + air sejuk saja. Tak ada masa nak blender smoothies bagai la.. Adam pula saya buatkan susu coklat + Mealshakes. Sekali nafas je selesai.. Bau Mealshakes memang sedap. Rasa nak ngap je juga ...
Then saya akan makan sebiji 1 Bcomplex. Bcomplex bagus untuk kulit, bagi tenaga sebab ada acid folic. Dan Bcomplex ni membuatkan kita rasa tenang dan tak meroyan..
Masa kat opis, sy telan la Vitalea dan VitaminC.
Selepas makan malam, Alfalfa tak lupa dan Ostematrik. Gabungan 2 ni akan membuatkan u ols lawas. Pagi2 bangun tidur, minum air segelas dan berlari lah ke tandas. )over la kan berlari!!)
oh ya, tak lupa juga kat Vitamin E dan Carotomax. Izura ada masalah silau malam, so Carotomax membantu. sebab dulu kan kalau tgk lampu atau telepon dalam tempat yang gelap sikit, mesti ada rasa tertarik kat hujung anak mata tu. sakit tau.. sekarang macam takde pulak. InshaAllah akan terus konsisten! Adam pula, makan 2 biji Chewable VitaminC. Dia suka masam2 tu.. gigit selambe je..

Nanti kita cerita lagi apa yg menarik untuk di share ye.









Health Makes you Pretty
Senyum!

Power pumping

Hai semua.. Izura nak ucapkan setinggi-tinggi sebukit segunung tahniah kerana anda telah menjadi ibu. ok la, tahniah juga kepada anda kerana sudah menjadi bapa (bagi syokk sikit). Pengalaman sendiri ye, fullfeed anak sampai 2 tahun adalah satu tempoh yang sangat happy. Puas hati aku ok! u ols kena tahu yang breastfeeding amat mudah dan sangat seronok.. Satu nikmat yg Allah beri khas utk ibu2 yg melahirkan anak. Bawa je nenen ke mana2. tak tinggal kan kat rumah? gurauuu je! Mesti bawa kehulu-hilir kannnnn??

Nak mudah lagi kan, ilmu breastfeeding perlu ada. Tanpa ilmu tentang penyusuan susu ibu.. belilah semua pun keperluan & gadget utk breastfeed. Hatta breast pump ribu riban pun... bazir je jika tidak disertai dgn ilmu tentang penyusuan susu ibu.  

Meh Izura share simple je amalan harian ibu2 menyusu ni bagi nak maintain susu u ols ;)





1) Jaga Demand agar Supply Terjaga

Ini yg paling asas. Sebab penghasilan susu badan sangat dipengaruhi oleh permintaan bayi anda.

Izura bagi satu analogi. Seorang peniaga yg nak untung. Dah tentu peniaga tersebut perlu menjual utk dapatkan keuntungan dari perniagaannya. Adalah tidak masuk akal kalau peniaga tersebut tak jual apa2 tiba2 dilimpahi keuntungan yg melimpah2. 

Sama dgn breastfeeding. Baby perlu demand untuk susu (nenen la kiranya) baru pengeluaran susu akan banyak. Macam mana nak demand susu banyak2? Direct feed setiap 2 jam atau mommy yang berkerja, kerapkan pam susu. misal kata kerja 8-5ptg, buat la 3 atau 4 kali pam susu. boleh kan??






Jangan lupa masa kita pam dan menyusu, kita berdoa ;)


2) Amalan Power Pump






Power pump adalah salah satu latihan utk create demand (demand: susu). Sangat afdal exercise power pump ni dilakukan di waktu tengah malam sebab waktu ni badan kita dah relax, tenang.. baby pun dah tidur dan hormon prolaktin ibu tengah tinggi.



Harap gamba ni dapat bagi gambaran buat mommies. Simple kan gambar ni?
Izura dulu masa pam, tengok gambar anak atau video2 dia. amik mood positive kengkonon!




satu hari Izura pam 3 kali di opis dan 2 kali di rumah. masa di rumah memang direct feed saja.



3) Jaga Pemakanan Ibu.

Jaga makan. Simple saja. Kita fikir macam ni, kalau makan ini anak macam mana? Kalau makan itu, anak sakit perut tak? Macam Izura dulu, tak bole makan durian sangat. Sebab nanti Adam macam tak nak sangat susu itu, heheheh. 
Lagi satu, Izura amik supplement juga. Semestinya Shaklee.. ingat ye, supplement bukan banyakkan susu. TIDAk! Tiada supplement di dunia ni yang banyakkan susu. Tipu dan Menipu.
Supplement berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung. mampu membekalkan susu ibu yang meriah. Makanan harian tidak cukup tau untuk memberi nutrisi kepada kita. PERCAYALAH cakap saya. U ols rasa badan tu semacam je bila dah makan supplement. Lebih UMPHHHH!
Bila sihat-- happy-- ceria-- bertenaga-- aktif-- positive-- bersemangat-- lebih tenaga untuk pam dan menyusu-- susu meriah!

Letih tau rasa badan bile lepas mengepam dan menyusu. Rasa haus semacam je.

Air kosong jangan lupa. atau air mineral. amik banyak2.. 3Liter tau mommies! kalau boleh masa tempoh feeding tu, pantang la ais dan minuman bergas ;) Susu ibu adalah air, kena amik banyak air kalau nak susu banyak juga!


health makes you pretty
0126647809
izura mohamad sobri


Cinch Shaklee lagi...

Saya suka semua rasa! Sedap dan mengenyangkan tau. Nasib u ols baik bulan April 2015 ni..
Promosi untuk perisa Caffe Latte dan Chocolate ni.
Dapatkan 4canister pada harga 3 canister! makna kata buy 3 free 1 la..


Perbandingan Shaklee dan jenama lain. Amacam? siapa menang?



1 kanister bole buat dalam 15-20 hidangan 
1 hari 1 kali cukup kan.
Dapatkan dengan saya, sy sertakan dengan Shaker tau!



Cinch kaya dengan leucine atau leusina ;)


Antara fungsi Leusina dalam cinch ini ;)



Testimoni dari pengguna Cinch di USA



Antara faedah utama Cinch Mix Shake :

  • Indeks Glisemik Rendah- 22 sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Diperkayakan dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Memberi kesan lapar yang panjang
  • Rasa yang sedap sangat. 




Health makes you pretty
Izura
0126647809