TIPS URUS JADUAL HARIAN


TIPS URUS JADUAL HARIAN

1)Buat List THINGS-TO DO

CARA- Senaraikan perkara yang nak kita lakukan pada hari ini. Lekatkan pada dinding atau esbok (peti sejuk) atau cork board (papan gabus). Cork board yang murah di Daiso rm5 saja u ols. Ada juga jual pin cantik2, siap ada diamond n bentuk binatang comel2 lagi..
THINGS-TO-DO bole di buat mengikut kategori,
:: Hari ini
:: Minggu ini
:: Bulan Ini
:: Year Planner


Hari ini

Minggu Ini


Year Planner


Contoh : Cork Board


2)Bila masa sesuai kita listkan?

:: Pada waktu malam sebelum tidur. Sebab mana tahu ada tugasan hari tu kita tak dapat selesaikan, kita bring forward hari esok. Tapi kalau boleh di mansuhkan, ignore saja.
:: Bila bangun pagi. (sesuai untuk WAHM atau suri rumah yang ada urusan lain untuk di uruskan) banyak benda yang perlu di lakukan oleh suri rumah ni. Kata orang tak pernah habis la kerja suri rumah. Hehehe
:: Bila tiba di pejabat. Masuk je office, duduk kat meja office tu, listkan tugasan untuk hari itu. Nampak lebih terurus dan sistematik. Tak la rasa stress dan kelam kabut sampai nak lunch pon tak sempat.


3) Senaraikan yang mana patut di dahulukan dulu. Dan kenal pasti yang mana bole di lakukan dalam 1 masa ;)

Contoh:
Hari ini
~kemas baju
~basuh kasut anak
~basuh bilik air
~basuh baju 2 bakul
~pergi pasar
~gosok baju


OK, dari list di atas, kita dah senaraikan  apa yang kita nak buat hari ini kan. So kita boleh fikirkan mana yang perlu di dahulukan dulu.

1st kita bole pergi pasar tapi sebelum kita pergi pasar, kita bole sumbat baju segala dalam washing machine kan? Nanti balik pasar, washing machine kita selesai, kita bole sidai terus. Jimatkan masa.
Lepas tu dalam list ada basuh bilik air, bole buat masa kita mandi kot. 2 in 1 u ols. Jimat masa lagi.
Gosok baju bole buat sebelum tidur rasanya. Sebab nak pakai baju masa pagi pergi kerja kan? Jangan buat masa bangun tido nak pergi kerja tu. Kelam kabut u ols..


4) Tips berguna

:: Untuk memudahkan proses masak (biasa di guna pakai untuk ibu-ibu bekerja)
- Listkan menu masakan untuk seminggu terus
- Blend siap-siap cili merah/kering, bawang merah, bawang putih, halia dan sebagainya.
- Bila nak masak, campak saja ;)

:: Untuk memudahkan proses membasuh baju
- Set kan hari apa nak membasuh. misal kata Sabtu dan Ahad. atau Selasa Khamis. tapi kalau tiap2 hari membasuh tu, tak dapat nak nolong.

:: Bahagi kan tugas antara penghuni di dalam rumah
- antara suami, isteri, anak-anak yang lain ;)








Thanks sebab baca ;)



COD shaklee ku


Hai semua ;)
saya nak share kesyukuran saya menCOD dan pos barangan semenjak semalam.
Omega 1 set ada 7 ketul
1 Herbal Blend
2 Vivix
3 ESP

Alhamdulillah ;)


comel tak sticker saya??


Packing pakai bubble wrap supaya selamat sampai ke Kota Damansara dan Kuala Lipis ;)


Untuk bakal pengantin ;)
ada free gift comel ;)



Alhamdulillah ;)

PROMOSI DECEMBER 2014



Hai semua ;)
Bulan ini gila gempak punya DEAL

Buy 6 free 1 untuk VitaminC dan VitaminE

Bole beli satu VitaminC dan VitaminE, combo gitu...



Izura 0126647809

MELAKA yang best :)

Hai semua ;)
Last week saja ala-ala weekend gateway ..
i and kengkawan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Pagi jam 11pagi kami mulakan perjalanan ke Melaka from KL. Perjalanan Ok saja cuma ada jem sikit2 hat orang buat jalan tu. Biasa lah kan..
Kami Check in di Seri Costa Hotel dalam jam 2petang macam tu.
Booked hotel di Bookong.com saja with breakfast rm150. ok la kan untuk 1 malam. Niat nak berjalan pon.
Yang best nya, dekat sangat dengan Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Melaka Duck Tour, Mc Donalds Mahkota, H&M, shopping complex dan Asam Pedas Newton. Kami tak drive pon.. jalan kaki saja u ols ;)


gambar ihsan Mr Google


 Lepas Check-in, rehat kejap dalam sejam macam tu, kami berjalan ke Newton Food Court. Dalam 10 minit dari hotel kami. Kami lunch di Food Court yang mostly hidangan nya Asam pedas. Orang kat sini memang ramai. Our 1st try Asam Pedas Jr and Catering. Dalam 5 bintang saya bagi 2setengah bintang je la. So-so saja ;)


itu dia Asam Pedas JR

antara hidangan nya. Meriah u ols... tapi kena tanya harga dulu. Kang jack pot, menganga!



Antara yang ada di Asam Pedas Jr ini ;)
Harga ok.. tak sempat snap gamba makanan pon. Lapau bebeno masa ni. Yang saya ingat, 1 pari, 1 kembung, 1 ayam kampung, 1 cencaru bakar dan 1 pinggan ketam. around rm75 ;)
Udang Kara itu rm38 sekor wooooo...


Next pit stop-
Menara Taming Sari. Ihsan Mr google;)



Lepas tu we all terus g Taming Sari. Masa ni kami tengah beratur. Panas + hangat masa nak naik Menara Taming Sari. Masa ni jam 4.30ptg. Tengok
 muka hero.. hahahahhaha..
berlemuih dia masa ni.


Dengan perut penuh dan kekenyangan nya. 
Seorang Dewasa rm10 dan Adam rm5 saja. Panas dan ramai manusia. Biasalah baru start cuti sekolah. Tapi kami gagah juga sebab dah sampai depan mata ;)


Papa + Mama + Hero.
Kami wefie atas Taming Sari ini ;)
Hero ni tak takut pon tengok bawah walaupon tinggi.
selamba je dia. Tahniah kat papa adam sebab tak takut pon. Yey.. 
Dalam menara ni ala2 solero shot je. Tapi slow je u ols. Tak seram mana pon. Its fully air-conditioner. Sejuk dalam menara ni ;)


permandangan Hotel kami dari atas Menara Taming Sari ni.


Lepas turun Taming Sari dalam jam 5ptg, kami menghabiskan masa di taman permainan sebelah Menara Taming Sari ni. Sebab nya kami dah beli tiket untuk menaiki Duck Tour. Tour kami pukul 6 petang. so kami terpaksa la lepak2 dulu.
Kat park tu Adam Harith try la basikal ni. apa nama ntah. 10 minit rm6. dek sebabkan dia tak berapa nak reti kayuh basikal ni, dia naik 5 minit saja. haishhhh...lagi 5 minit tu Adam jadi Pak maon bawa beca
Adam dan basikal baring. Orang tak berapa nak tinggi tapi nak naik juga. Tak sampai kaki tu haaaaa..


Adam Pak Maon.. beca ni dia reti la bawa sebab basikal. Comel kan beca kecik ni. Nasib la kerusi beca tu doraemon. Kalau hello Kitty memang dia tak nak naik. Boy kan, mana nak naik hat girl punya. Itu pon dia sibuk suruh mama cabut bunga kat beca tu. Katanya fomfuan punya. Hahahaha


6 petang. YEY! naik Duck tour. Itu Mr Duck Tour kami.
Dewasa rm38
Kanak2 rm22
boleh tahan kan harga tiket. But what i can say, once i a life time kan. Menarik naik duck tour ini.
Antara yang saya ingat pasal Duck Tour ni, Nama kereta ini Quacker 1. Umur dia dalam 60tahun. Kereta ini dulu milik kerajaan British di gunakan masa perang dulu. Kereta ni bole jalan atas darat dan laut. Ada satu je kat Melaka setakat ni. Lagi 2 atau 3 bulan muncul la Quacker 2 ;)
Perjalanan mengambil masa 45 minit.
darat dan terus ke laut ;)
dan naik semula ke darat. Lokasi naik dan turun di depan Menara Taming Sari juga.




Half dari Rombongan kami. 
Masa ni atas laut. 
Jangan risau, ada live jacket di bawah seat :)



Peace :)
Atas laut lagi..



Adam layan laut. Dia ralik tengok laut. Dia sibuk cari tayar. Ye la, masa kat darat nampak 
tayar kereta perang ni. Masuk laut, hilang terus.


Adam layan laut. Macam kena pelali tengok ombak laut ni. Actaully masa kat darat ni Adam dah nak tidur. Penat suruh dia bangun. Berjaya juga bila kereta perang masuk laut. Hahahaha.. segar bugar biji mata dia.



Papa + mama + Hero
Nampak tak wisel Itik adam tiup tu?
haaaa.. itu la hasil dari kemenangan mama jawab soalan dari Mr Duck Tour itu,
soalan nya - "apakah nama kereta ini"
ada jawab Quacker, ada jawab Quack Quack.
haaaa.. i ols terus Google u ols.
Jawapan dia ;) QUACKER 1..
dapat la hadiah wisel tapi wisel itik.
kikikiki ;)




MALAM....


Turun je Duck Tour ni, hujan. So kami balik je la hotel kami. Masa tu pon nak dekat azan maghrib. Balik hotel kejap maghrib dulu. Sampai hotel je melepek kejap. Penat tapi happy..
Dalam jam 8 malam kami berjalan kaki lagi ke Newton. Tapi kami ke asam pedas lain pula. Belakang sekali. Kat situ dalam 5 bintang saya bagi 4 bintang. Better dari 1st trial masa lunch :)
Kami makan dalam 8 dewasa. Tak lebih rm200. Meriah sangat. Tapi tak sempat juga snap gambar sebab kelaparan. Lagi pon i pegang adam masa tu. Dia tidur kepenatan.



Lepas kenyang terus berjalan kaki ke Melaka River Cruise. Dalam jam 10malam masa tu. Dewasa rm15. Adam rm5 saja.Angin sepoi sepoi bahasa. Perut kenyang, mata kuyu layu.
Layan angin malam hari. Great experienced.
Itu hero mengantuk layan angin atas cruise. Adam masa naik menara taming sari siap kata bila dia nampak cruise dari atas, "mama, adam nak naik bot air busuk tu" hahaha.. bot air busuk tu. Actually air memang agak busuk sebab air longkang besar kan. Nasib naik malam, kalau naik siang tak tahu la rupa macammana? Jeng jeng jeng..


Mama + hero + aunty mira + uncle joe


Ini family picture kami. Senyuman adam telah berjaya mencairkan mama dan papa. Masa ni jam 11malam, so they all jual murah kot. Rm45 untuk gamba 3D dan keychain 3D ini.


Selesai Melaka River Cruise, kami minum di McDonalds. Sampai bilik hotel 1pg.
Tamat lah perjalanan 1 hari kami..

Hari seterusnya kami ke Klebang Coconut Shake, beli belah di pasar je, dan ke Taman Rama-rama dan reptilia.
nak cari bahan nak cerita sebab tak snap gamba pon masa perjalanan hari ke2 kami.

Kami nak meneruskan percutian lagi.
semoga berjaya :)
Bulan 2 2015 di Pulau Lagenda :)




Ready stock

Hai semua :)
Tengahari tadi i pergi HQ sunway pinnacle beli barangan Shaklee.
Bole tahan juga banyak la.
For my 'anak' aka downlines.
Tapi we all kat Shaklee tak bahasakan upline atau downline sangat. Ada, tapi untuk yang baru2. Tapi lama akak biasa dengan panggilan mak, nenek, adik beradik. Lebih mesra dan family orientate gitu..
Well, mostly ready stock yang banyak kali ini adalah omega. Sebab apa? Sebab bulan ni kan promo omega.
So gempak la sales omega :)
For more info do contact me.
Special delivery



Anak suka makan omega



Hai semua ;)
salam Jumaat penuh berkat..

ini anak saya ;) Adam Harith 4 tahun.
dari kecik memang Adam ok je kalau suruh kunyah omega ni.
Selamba je dia gigit macam chewing gum.
Adam namakan vitamin ni VITAMIN BELON
Asyik suruh kunyah je kan...
So, saya nak pelbagaikan cara nak bagi Adam Omega Guard Shaklee ni.
Saya masukkan ke dalam botol air kegemaran dia.
Saya picit dulu bagi pecah capsule itu.
Adam minum dengan selamba tanpa rasa apa2 pelik pon dalam minuman dia.
Alhamdulillah ;)





tengok tu. Capsul saja.. minyak ikan dah masuk di dalam air.
Selamat sudah Adam Harith minum ;)

Tiap 3 hari sekali saya akan bagi dia sebiji.
Semoga anak mama sihat dan bijak.
InshaALLAH.

seterunya mengenai omega di sini


Omega Guard buy 6 free 1
nak beli 1 pon bole
beli 2 dapatkan 2% diskaun lagi.




Health makes you pretty
izura
0126647809



Omega dan asthma



Hai semua ;)
Testimoni fresh omega yang di share oleh kawan saya ;)
kes nya anak selalu asthma ;)
anaknya selalu keluar masuk hospital kerana asthma.
dengan usaha ibunya yang prihatin, try la omega pada anak
ia terbukti berkesan dan mengurangkan asthma anakya ;)


Omega untuk semua.
bukan kerana sudah ada penyakit nak makan omega. Tidak... hok biasa2 ni pom bole makan.


buy 6 free 1 omega guard
buy 2 5% discount.


seterusnya bole baca di sini

health makes you pretty
izura
0126647809