Showing posts with label intermittent fasting. Show all posts

"Intermittent fasting"

 Apa itu “Intermittent fasting”?




PENGENALAN.

Apa ni sana sini asyik cakap tentang IF atau “Intermittent fasting”. “Intermittent Fasting” bukanlah sejenis diet atau makanan untuk berbuka puasa.

“Intermittent” dalam Bahasa Melayu bermaksud terputus-putus. Hahaha.. comel kan.

Terputus-putus puasa. Atau puasa sekejap-sekejap kata orang. Ada yang kata puasa berkala. 

Intermittent Fasting (IF) mula mendapat popularity apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus. 

Amazing!

Awal-awal dulu MJ pun ada mindset yang IF ni pelik. Apa benda lah puasa sekerat-sekerat. Kan lebih baik puasa je. Dah macam style orang Hindu puasa tapi boleh minum air. Bukan dapat pahala pun puasa gaya gini. Buang masa, buang kudrat je.

Ye la, ilmu tak kaji lagi. Mumayiz kata orang. hehehe

Ada orang kata, “buat apa IF, puasalah betul-betul. Mana aci boleh minum air”

Mereka yang berkata dan berfikiran begitu, mesti tidak faham dan tahu apa itu IF.

“Intermittent fasting” lebih kepada satu gaya atau corak dalam pengambilan makanan yang lebih teratur mengikut batas masa yang telah ditetapkan dengan tujuan mendapatkan kebaikan dari berpuasa.

Sebenarnya waktu tidur juga kita sedang berpuasa kerana waktu makan terakhir dengan waktu makan seterusnya dah terjarak lebih lama cuma kita saja tidak beranggapan ia sebagai berpuasa.

Sebab itu, bila kelapangan pada hujung minggu kan, MJ suka ambil masa lebih untuk tidur siang. Bukan apa, masa weekdays kan bekerja, tak ada masa nap lama sikit waktu siang. Ala, orang kata acah acah healing.

eh! tidur pun healing for me.

okay, back to IF stories la..

Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi daripada berpuasa. Malah dalam ajaran islam pun diwajibkan umatnya berpuasa selama sebulan jika tiada keuzuran. Dan dalam Islam juga ada puasa sunat Isnin dan Khamis juga puasa Nabi Daud. Betul, berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan

Untuk mempraktikkan “Intermittent fasting” amat mudah dan praktikal. Kita bebas untuk memilih masa dan memilih tempoh jam berpuasa dan boleh dipraktikkan sama ada ingin minum air atau tidak semasa berpuasa.

Tapi tak semua mampu nak puasa Isnin Khamis, Puasa Nabi Daud boleh follow IF.




JOM MJ share diantara kebaikkan berpuasa:-

💥 Membantu proses detox

💥 Menurunkan paras gula dalam darah.

💥 Memperbaiki fungsi insulin

💥 Meningkatkan metabolisma

💥 Menurunkan berat badan. 

💥 Mengawal rasa lapar. 

💥 Mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kronik

💥 Memperbaiki fungsi otak

💥 Meningkatkan daya ingatan

💥 Memperbaiki kesihatan usus

💥 Memperbaiki sistem imun

💥 Mencantikkan kulit

💥 Mengaktifkan proses autophagy



MACAM MANA NAK BUAT?

Kajian mengesyorkan kita berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih (jika mampu) untuk memaksimumkan manfaat berpuasa. Terdapat pelbagai jenis atau cara melakukan IF.

IF 12/12 : bermaksud 12 jam tempoh berpuasa, 12 jam had waktu makan

IF 16/8 : bermaksud 16 jam tempoh berpuasa, 8 jam had waktu makan

Untuk Newbies (yang baru bermula) atau ibu menyusu boleh mulakan IF 12/12 dahulu.

Nak buat lebih 18 jam atau 20jam pun boleh. 


FASTING WINDOW.

Dalam fasting window IF anda boleh minum (minuman yang dibenarkan sahaja) tetapi tidak dibenarkan untuk makan. 

Waktu berpuasa bergantung pada Pelan IF yang anda pilih (12/12), (16/8) atau (20/4)

Ini MJ selitkan apa yang boleh minum.



APA PULA FAEDAH IF?

Faedah IF antaranya : 

• Fokus untuk mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat ke dalam kehidupan anda.

• Belajar cara menguruskan tabiat makan anda.

• Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.

Sekiranya dilakukan dengan betul IF membantu untuk penurunan berat badan, membantu pesakit diabetes menstabikan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaat terhadap kesihatan.

MJ perasan prubahan setelah sebulan berIF ni. Inch loss, selera makan tersekat. OH NO! hahah.. biasa boleh habiskan sepinggan kuey teow, ni nak habis kan pun semput dan mengah. 

MJ rasa inch loss tu paling best! Loose je seluar dan lengan baju.


APA YANG BERLAKU SEMASA INTERMITTENT FASTING?

Jika selama ini kita makan sehari 5-6 kali sehari, dalam IF fokus utama mengurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja. 

Jika selama ini kita biasa makan lewat malam dan kerap mengambil snek atau jajan, dalam IF anda hanya perlu ubah masa anda untuk makan malam lebih awal dan elakkan mengambil snek. 

Mungkin agak susah pada peringkat awal, tetapi alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat atau nak sihat pasti memerlukan sedikit pengorbanan atau lebih tepat disiplin diri. 

BETUL kan?

Kata orang, nak gemuk mudah sangat. Nak kurus tu susah dan semestiya memerlukan komitmen yang power!

Dalam IF anda boleh pilih sendiri berapa jam kita mahu berpuasa (fasting window) dan berapa jam masa untuk makan (eating window).

Ingat MJ cerita sebelum ini, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF! So, boleh la tidur lama sikit. OOPPSSS!

Dan semasa fasa berpuasa IF, Anda boleh minum Air kosong, kopi kosong, teh hijau atau Cinch Tea (minuman tanpa kalori). Semuanya tanpa gula ya! 






STYLE MANA YANG PALING BERKESAN?

Plan 16/8 lebih effektif berbanding 12 jam untuk menurunkan berat badan dan Plan asas untuk dapat impact paling cepat!

Selepas puasa 16jam, badan kita berkerja sebagai "Mesin Pembakar Lemak!" Wow bestkan!

Apa akan jadi selepas 16 Jam?  

  • Insulin lebih stabil, kurangkan risiko diabetes
  • Pembakaran lemak lebih efektif, lebih bertenaga, berat badan turun lebih cepat
  • Mengurangkan trigeliserida, mengurankan oksidadi kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Leption dan Ghrelin lebih sensitif, lebih mudah kawal lapar
  • Human Growth hormone meningkat, metabolisma turun meningkat
  • Mengurangkan inflamasi - mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Mengurangkan radikal bebas. Detoksifikasi lebih efektif. Lalu meningkatkan potentsi panjang usia dan awet muda
  • Meningkatkan daya ingatan dan mengelakkan penyakit Alzheimer

Namun untuk ibu menyusu ekslusif (baby bawah 6 bulan) atau ibu hamil dengan GDM (Pesanan ni incase masa depan korang hamil dan mahu buat IF untuk kawal gula dalam darah) boleh laksanakan Plan 12/12. Ibu menyusu bayi secara ekslusif tidak digalakkan melakukan IF melebihi 15 jam. Berbuka jika tidak mampu.  

Mereka yang ada masalah diabetes, gastrik, atau masalah kesihatan yang lain mulakan dengan plan basic 12/12 dahulu ya.

Apabila kita berada dalam tempoh makan, jangan lupa untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi dan mempraktikkan gaya hidup sihat untuk memaksimumkan manfaat kesihatan berpuasa.


Jom ikut posting seterusnya mengenai IF. #Intermittentfasting

Cukup la dulu pengenalan manja-manja, u ols boleh sambung baca mengenai Intermittent fasting lagi. 

Adrenalin rush betul bila cerita pasal IF ni.

Terima kasih kerana membaca.


Kita jumpa lagi di posting seterusnya.

love, 

MJ


#blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023