Showing posts with label ibu berpantang. Show all posts

Ikat rambut semasa berpantang.

Ikat rambut tinggi. Fakta atau auta Mitos atau fakta? Orang dulu-dulu berpesan, kalau mengandung, jangan potong rambut. Biarkan rambut panjang. Mengurai macam kak limah pon takpe. Orang tua-tua cakap tu ada maknanya tau. Ada betulnya.. Ikat rambut tinggi dan ketat-ketat semasa berpantang adalah untuk “Face Lift” Apa itu Face Lift? Dan apa logiknya Face Lift? Bila kita ikat rambut ketat-ketat, urat dan sendi muka tertarik keatas. Ternaik gitu. Supaya muka tak cepat kendur dan cekang. Kalau tak ikat, muka cepat kendur dan otot muka tak kuat. #DoozyCantik #beYOUtiful #mamaCOOL #SaintisCantik

Kepentingan berpantang

Berpantang ni bagi wanita ibarat dilahirkan semula. 
Fragile sangat, seperti bayi baru lahir. Badan ibu menjadi tidak kuat dek kerana banyak kehilangan darah juga tenaga. Bila berpantang, pentingnya kita sihatkan badan semula. Supaya kita sihat luaran dan juga dalaman. 

Kesihatan mental juga sangat penting. Bila difikirkan balik, kesihatan mental yang paling penting. Kerana bila mental sihat, badan pon sihat kan? Tak perlu kata ibu berpantang, kita yang setakat pantang tengok makanan pon, kalau dalam keadaan mental serabut dan letih, nak berjalan pon kalau boleh mengesot. 

Dan nak berselubung je atas katil. 
Oleh itu kesimpulannnya, berpantang menyihatkan dalam, luaran dan mental. 

#DoozyCantik 
#beYOUtiful 
#mamaCOOL 
#SaintisCantik

Siapa yang perlu berpantang?

Bagi sekurang-kurangnya 44hari hingga 100 hari.

• Semestinya ibu lepas bersalin. Anak yang cukup minggu.
• Ibu yang keguguran. Anak dalam kandungan 6-9bulan.

Bagi ibu yang keguguran anak dalam kandungan berusia 1-5bulan, ibu hanya dinasihatkan pantang makan dan minum. Jikalau mahu berurut, selepas hari ke30.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

10 perkara WAJIB berpantang.



1. Pakai stokin seelok-eloknya paras betis. Stokin tebal ala-ala stokin bola gitu

2. Bengkung jangan tinggal, untuk dapatkan bentuk badan idaman semula. Banyak bengkung dipasaran sekarang. Pilih je nak yang mana. Seelooknya cari yang senang nak buang air kecil dan menyerap peluh.

3. Sentiasa berpeluh, bagus untuk detox badan. keluarkan toksin yang u ols kumpul 9 bulan tu. Masa mengandung mana ada mind-set nak kurus kan? Makan je apa nak makan.

4. Ikat rambut tinggi dan ketat. Sebab tu orang tua tua kata, simpan rambut panjang bila mengandung. Nanti berpantang boleh tarik ketat-ketat.

5. Basuh kepala dengan air sejuk. Untuk mengurangkan risiko migrain dan keguguran rambut. Kepala sahaja ya. Dari bahu sampai ke kaki, haruslah air suam.

6. Bertungku. Sekarang banyak jenis tungku. Tak perlu guna dapur gas pon ada dah, guna elektril je 😊

7. Makan suplemen, jamu dan herba(bila anak bebas jaundis). Banyak jamu dan herba sekarang, u ols kena study dulu. Especially yang full breastfeed anak.

8. Minum air secukupnya. Tapi elakkan air manis dan air sejuk.

9. Elakkan bersedih dan stress. Nanti u ols cenderung terkena meroyan.

10. Jangan angkat benda berat selain dari bayi anda sendiri. Masa berpantang tak perlulah buat kerja berat. Angkat barang ke, sental lantai ke. Kerja rumah biasa boleh la buat. Tapi kalau ada bantuan lebih elok.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Keburukan tidak berpantang dengan betul.


• Masalah pengumpulan angin dalam badan. Errrr errrrkkk je nanti ðŸ˜œ
• Cepat sakit badan dan kerap demam. Erti kata lain, salah urat.
• Mudah terkena bentan.
• Perut cepat buncit dan otot mengeleber. Macam mana nak pakai swimming suit ðŸ˜œ
• dan paling teruk, boleh kena meroyan. Badan tak sihat, mental pon jadi tak sihat.
Thanks my bebeh
Noor Nadia Ishak semoga ilmu yang diberikam dapat dimanfaatkan oleh pembaca MJ.

Ikat rambut tinggi. Fakta atau auta Mitos atau fakta?



Orang dulu-dulu berpesan, kalau mengandung, jangan potong rambut. Biarkan rambut panjang.
Mengurai macam kak limah pon takpe.

Orang tua-tua cakap tu ada maknanya tau. Ada betulnya..

Ikat rambut tinggi dan ketat-ketat semasa berpantang adalah untuk “Face Lift”

Apa itu Face Lift? Dan apa logiknya Face Lift?

Bila kita ikat rambut ketat-ketat, urat dan sendi muka tertarik keatas. Ternaik gitu. Supaya muka tak cepat kendur dan cekang.

Kalau tak ikat, muka cepat kendur dan otot muka tak kuat.

#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik



Kepentingan berpantang.


Berpantang ni bagi wanita ibarat dilahirkan semula.
Fragile sangat, seperti bayi baru lahir.
Badan ibu menjadi tidak kuat dek kerana
banyak kehilangan darah juga tenaga.

Bila berpantang, pentingnya kita sihatkan badan semula.
Supaya kita sihat luaran dan juga dalaman.
Kesihatan mental juga sangat penting.
Bila difikirkan balik, kesihatan mental yang paling penting. Kerana bila mental sihat, badan pon sihat kan?
Tak perlu kata ibu berpantang, kita yang setakat pantang tengok makanan pon, kalau dalam keadaan mental serabut dan letih, nak berjalan pon kalau boleh mengesot. Dan nak berselubung je atas katil.
Oleh itu kesimpulannnya, berpantang menyihatkan dalam, luaran dan mental.

Siapa yang perlu berpantang?


Bagi sekurang-kurangnya 44hari hingga 100 hari.
• Semestinya ibu lepas bersalin. Anak yang cukup minggu.
• Ibu yang keguguran. Anak dalam kandungan 6-9bulan.

Bagi ibu yang keguguran anak dalam kandungan berusia 1-5bulan, ibu hanya dinasihatkan pantang makan dan minum. Jikalau mahu berurut, selepas hari ke30.
Kredit to Noor Nadia Ishak sebab berjaya menjadi tukang urut professional.
Bukan senang nak jadi tukang urut. Macam-macam pe’el manusia.
Dapat customer macam MJ, mau MamiNad datang mengurut bawa pita pelekat paling power. Bising naw mulut. Sakit la. Suruh stop la.

10 perkara WAJIB berpantang.


1. Pakai stokin seelok-eloknya paras betis. Stokin tebal ala-ala stokin bola gitu.
2. Bengkung jangan tinggal, untuk dapatkan bentuk badan idaman semula. Banyak bengkung dipasaran sekarang. Pilih je nak yang mana. Seelooknya cari yang senang nak buang air kecil dan menyerap peluh.

3. Sentiasa berpeluh, bagus untuk detox badan. keluarkan toksin yang u ols kumpul 9 bulan tu. Masa mengandung mana ada mind-set nak kurus kan? Makan je apa nak makan.
4. Ikat rambut tinggi dan ketat. Sebab tu orang tua tua kata, simpan rambut panjang bila mengandung. Nanti berpantang boleh tarik ketat-ketat.
5. Basuh kepala dengan air sejuk. Untuk mengurangkan risiko migrain dan keguguran rambut. Kepala sahaja ya. Dari bahu sampai ke kaki, haruslah air suam.
6. Bertungku. Sekarang banyak jenis tungku. Tak perlu guna dapur gas pon ada dah, guna elektril je ðŸ˜Š
7. Makan suplemen, jamu dan herba(bila anak bebas jaundis).
Banyak jamu dan herba sekarang, u ols kena study dulu. Especially yang full breastfeed anak.
8. Minum air secukupnya. Tapi
elakkan air manis dan air sejuk.
9. Elakkan bersedih dan stress. Nanti u ols cenderung terkena meroyan.
10. Jangan angkat benda berat selain dari bayi anda sendiri. Masa berpantang tak perlulah buat kerja berat. Angkat barang ke, sental lantai ke. Kerja rumah biasa boleh la buat. Tapi kalau ada bantuan lebih elok.


Khidmat urut di Selangor

Kak Nad menawarkan servis urutan selepas bersalin bagi kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang, Puncak Alam, Kuala Selangor, dan Tanjung Karang. 

Urutan selepas bersalin amat penting bagi melancarkan perjalanan darah, mengelakkan daripada bentan, membantu memulihkan urat yang kembang semasa mengandung, mengecutkan rahim, dan membuang angin. 

SERVIS URUTAN SELEPAS BERSALIN BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR, SHAH ALAM, SUNGAI BULOH, RAWANG, PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR DAN TANJUNG KARANG



Berikut adalah pakej rawatan berpantang yang disediakan oleh Kak Nad: 


Pakej A


Pakej B


Pakej C dan Urutan Mengandung

Hubungi Kak Nad untuk maklumat lanjut dan membuat temu janji urutan selepas bersalin. 

Kak Nad

Hubungi mamajura untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.



 





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Angin masuk Badan selepas berpantang.

ANGIN MASUK BADAN?
Orang tua selalu pesan pada ibu yang baru bersalin. Pantang molek-molek, nanti angin masuk bentan.
Rasanya skrip wajib diterima oleh semua ibu berpantang.
Tapi persoalannya benarkah angin boleh masuk ke dalam badan ibu selepas bersalin? Umum sedia maklum mengenai kebaikan mengamalkan berpantang untuk mencegah atau mengurangkan angin dalam badan.

Mengikut istilah, angin dalam badan berpunca dari gas yang ada dalam sistem gastrointestinal yang mengandungi gas tidak berbau.
Kira-kira 99 peratus gas buangan dari usus dan gas tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.
Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar. Angin badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.
Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik. Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak, pasti merasa tidak selesa dan sakit-sakit seluruh tubuh badan.
Oleh itu penjagaan semasa berpantang sangat pelru diambil berat agar masalah sebegini tidak timbul.
Untuk dapatkan manfaat serta nutrisi yang baik semasa berpantang. Saya sarankan u tuk anda cuba set Berpantang Shaklee yang terbukti berkesan, selamat dan semulajadi.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Khasiat lada hitam

Setiap ibu berpantang, boleh dikatakan hampir semua, menu berpantang pasti ada lada hitam.
Ia dipercayai dapat menghangatkan tubuh ibu dan membuang angin.
Sebenarnya terlalu banyak khasiat lada hitam ini. Antaranya ialah
 Menjaga kesihatan usus dan sistem penghadaman
 Membantu keluarkan angin dalam badan
 Membantu panaskan badan ibu dalam pantang
 Menghapuskan kelemumur
 Menjaga kesihatan kulit
 Melegakan hidung tersumbat dan batuk
 Menambah selera makan
 Elakan kemurungan
 Bantu kurangkan berat badan
Akan tetapi, walaupun lada jitam ni bagus pada badan, terutama pada ibu berpantang. Namun ambil pada kadar berpatutan. Takut beri mudarat kepada bayi terutama yang menyusu badan.
Lada hitam terdiri dari kandungan mineral seperti l mangan, vitamin K, copper, serat, zat besi, chromium dan kalsium.
Dalam set berpantang Shaklee, Alfalfa Complex, Vitalea dan Ostemetrix juga mempunyai kandungan dan khaisat yang sama.
Ramai ibu bersetuju, Set Berpantang Shaklee merupakan pilihan utama untuk kembalikan kesegaran dan kecantikan tubuh selepas melahirkan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Pantang larang orang cina


PANTANG LARANG BERPANTANG ORANG CINA

 Ibu-ibu yang baru melahirkan tidak dibenarkan untuk mandi dan mencuci rambut semasa tempoh berpantang 30 hingga 40 hari. Kepercayaan orang cina air adalah sejuk dan boleh menyebabkan “angin” masuk ke dalam badan, dan akan menyebabkan sakit badan, otot dan sendi yang teruk apabila umur makin meningkat.

 Jika ibu-ibu yang baru melahirkan bertegas untuk mandi atau membasuh rambut, mereka dibenarkan mandi dengan air rebusan herba yang dibuat khas dari bahan-bahan yang boleh memanaskan badan.

 Mandi perlu dengan air panas dan hanya pada waktu siang saja. Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, mesti minum wain (DOM atau wain halia) untuk memanaskan badan dan mengelakkan ‘angin’ daripada memasuki tubuh.

 Untuk mengelak tubuh dimasuki “angin”, ibu-ibu juga tidak dibenarkan keluar rumah, tidur dibawah kipas dan dalam hawa dingin.

 Sepanjang berpantang ibu-ibu dibalut dengan lapisan pakaian tebal dan sarung kaki supaya tidak mendedahkan badan dimasuki “angin”.

 Ibu-ibu dilarang daripada melakukan kerja-kerja rumah, mengangkat barangan berat, kerana ini boleh menyebabkan kekenduran rahim (prolaps).

 Ibu-ibu tidak dibenarkan terlalu banyak membaca, menonton TV dan menangis tidak dibenarkan langsung. Jika tidak, penglihatan mata akan lemah dengan ketara.

 Hubungan seks dengan suami juga dilarang selama 100 hari selepas bersalin.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

ilmu berpatang


Berpantang sebenarnya momen indah untuk ibu-ibu. Akan tetapi adakalanya ianya boleh jadikan ianya satu pengalaman ngeri.
Kesakitan luka jahit menjadi mimpi ngeri. Masalah susu yang tidak keluar boleh buatkan si ibu murung. Keadaan badan yang lesu dan lemah buat diri lagi rasa tidak bertenaga.
Alhamdulillah. Maslah ini dapat di atasi dengan pengambilan set berpantang shaklee.
Kita hanya berusaha, Allah jua yang memberikan kesembuhan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty




Rambut dan berpantang

Minggu lepas melawat kawan bersalin. Haa tu dia. Sekali tengok dia punya sanggul. Nalaaa. Hahahaha. Tinggi tu.
Tanya dia kenapa tinggi sangat sanggul ni? Dia kata, mak dia cakap kena ikan tinggi-tinggi supaya darah meroyan tak naik kepala?
Alamak, konpius tetiba. Sebab pernah baca dia kata elok potong rambut pendek. Sebab rambut antara sel yang paling banyak makan nutrien. Jadi dalam waktu berpantang lebih baik rambut pendek dan lagi mudah diurus.
Jom kawan-kawan share pengalaman masing-masing. Rambut panjang atau rambut pendek?
Kenapa? Fakta atau auta?

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Stokin dalam berpantang

ANGIN OH ANGIN

Angin semasa berpantang adalah perkara biasa. Sebab tu semasa pantang kita digalakan pakai stokin.
Kata orang tua-tua supaya angin tak masuk dari kaki. 
Ok hari ni nak share pasal halia. Bagaimana halia boleh bantu nyahkan angin ni ketika berpantang.

TAHUKAH ANDA
 Pati air halia boleh disediakan pada minggu ke36 hingga 38 kehamilan.
 Air halia bagus untuk mengurangkan angin dan menghangatkan badan. Ibu berpantang disarankan minum tiga cawan air halia sehari.
 Jangan minum terlalu banyak air halia kerana boleh menyebabkan badan terlalu panas seterusnya memberi kesan kepada susu badan dan bayi yang menyusu.
 Air Halia Bahan-Bahan:
Halia sebesar tapak tangan
2.5 liter air
Gula kabung secukup rasa
2 biji bunga cengkih
Sehelai daun pandan jika suka
Cara-caranya:
1. Ketuk halia dan rebus sampai menggelegak. 2. Kecilkan api, renehkan rebusan sehingga menjadi satu liter air sahaja.
3. Selepas sejuk, simpan pati di dalam botol. Tuang sedikit pati dan dicampurkan dengan air. Sedia untuk diminum sepanjang tempoh berpantang.
Selamat berpantang, jaga-jaga jangan sampai angin masuk badan ya.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Berpantang dan air



PANTANG KERING KONTANG



Teringat kisah seorang teman, yang berpantang dengan mertua. Setiap hari menangis dan akhirnya terganggu jiwa.
Maklumlah orang pantang ni sensitif sikit. Semasa pantang dijaga oleh ibu mertua. Ibu mertua sangat baik dan terlalu sayangkan dia. Sehingga mahukan semua yabg erbaik untuk menantu tersayang.
Ibu asal dari kampung. Maka berpantang sudah tentu mengikut cara kampung sepenuhnya. Ok sahaja. Demi kesihatan sendiri katanya.
Tapi yang jadi maslah. Bila ibu terlalu berkira tentang air. Bayangkan sehari hanya dibenarkan minum segelas air.
Kulit mula pecah-pecah. Baby mahu menyusu lagi. Bagaimana mahu beri baby susu jika diri sendiri terasa kering kontang.
Suami juga tak mampu buat apa. Dia hanya mampu menangis. Sampaikan terpaksa curi minum air paip ketika mandi. Sadis sangat rasanya.
Sebenarnya air memainkan peranan penting semasa berpantang.
Ibu harus dapat cukup air. Badan kita perlu 13 gelas sehari. Bukan bermaksud minum 13gelas terus sehari.
Minum macam biasa. Sedikit demi sedikit dalam tempoh 24jam hingga cukup 13 gelas. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya
Tiada kajian saintifik yang kata minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu.
Tetapi kurang air akan sebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih buruk ia boleh akibatkan sembelit.
Peritnya sembelit masa berpantang ni.
Oleh itu ibu-ibu jelita. Pastikan kalian dapat cukup air semasa berpantang ya. Jangan seksa diri semasa berpantang.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Sayur semasa berpantang

BAHAYA SAYUR KETIKA BERPANTANG

Umum mengetahui sayur adalah makanan terbaik untuk kesihatan. Tapi harus sedar. Tak semua sayur sesuai diambil semasa berpantang.
Antara sayur yang boleh diambil semasa berpantang ialah sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih.
Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
Manakala ulam dan rempah ratus seperti halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.
Ia berfungsi untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Urutan semasa berpantang

URUTAN NIKMAT

Menurut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, antara manfaat urutan selepas bersalin ialah:

Melancarkan perjalanan darah
Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung
Menaikkan semula rahim
Membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya
Memecahkan lemak
Menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal
 Mempercepat proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak

Haa yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.
Oleh itu ibu-ibu. Jangan lepaskan peluang untuk tubuh anda dibelai sepanjang tempoh berpantang.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Kebaikan ikan masin


TAHUKAH ANDA Ibu dalam pantang dilarang makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ibu digalakan mengambil ikan segar seperti Salmon, Ikan Merah, Ikan Yu, Ikan Jenahak, Ikan Haruan.
Haa ikan harian ni bagus juga u tuk bantu cepat sembuhkan luka. Tapi saya memilih Zink Shaklee untuk luka sembuh dengan lebih pantas dan tidak bahayakan kesihatan.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty