Showing posts with label food. Show all posts

Sarapan itu penting.

TAHUKAH ANDA jarang sarapan boleh mengakibatkan strok kerana tabiat tersebut mendorong kepada penyakit darah tinggi.
Kenyataan berdasarkan kajian ke atas 82,772 lelaki dan wanita Jepun berusia 45-74 tahun yang memiliki riwayat sakit jantung dan kanser sejak 1995 hingga 2010.
Kajian mendapati, strok akibat pendarahan otak juga sering terjadi pada waktu pagi.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Donut yang sedap.


Bila sebut donut, ianya memang menjadi pilihan utama kanak-kanak. Lagilah sekarang ni pelbagai jenama donut muncul dengan resepi tersendiri.
Donut antara pemanis mulut yang mengundang bahaya tanpa kita sedari. Kadar gula dalam donut bukan pilihan terbaik untuk anak-anak.
1 biji donut biasanya mengandungi 200kcal. Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal! Sebab tu kalau lebih sangat makan orang kata pipi dah macam donut.
Nak makan boleh, tapi biar berpada-pada.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Kebaikan Timun.



14 SEBAB KENAPA PERLU MAKAN TIMUN
1. Timun menghidrat tubuh anda
Jika anda agak sukar untuk minum air dengan banyak. Anda boleh gantikan dengan memakan timun. Timun mengandungi 90% air.

2. Timun dapat melawan suhu panas
Timun boleh melegakan pedih ulu hati dan melegakan demam panas. Timun yang dikisar boleh disapukan pada kulit yang terbakar akubat dari panahan matahari.

3. Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita. Timun juga boleh memecahkan batu karang.

4. Timun sebagai sumber vitamin harian
Mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri.

5. Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

6. Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah merupakan sumber terbaik untuk mereka yang mahu turunkan berat badan. Tukar habitmengunyah kerepek kentang kepada mengunyak timun.
Timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

7. Menyegarkan mata
Lingkaran hitam bawah mata boleh diatasi dengan meletakkan hirisan timun. Sifat anti radang yang terdapat pada timun boleh mengatasi keletihan mata.

8. Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

9. Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’ pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol.
Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah.

10. Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat jadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

11. Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

12. Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

13. Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

14. Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Bahaya bayam

BAHAYA BAYAM!
Selalu kita dengar sayur merupakan makanan kesihatan terbaik untuk tubuh. Tapi tahukah anda jika kita salah menyediakannnya ia boleh mengundang BAHAYA.
Bayam akan mengeluarkan racun jika ianya dipanaskan kembali. Kandungan nitrat yang ada di dalam bayam mampu menjadi racun yang menggalakkan kejadian melecur.
Nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosin yang sangat berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.
Perubahan kimia kandungan nitrat menjadi nitrosin terjadi ketika memanaskan bayam yang sudah lama sejuk.
Ketika bayam yang sudah mengalami perubahan kimia tersebut dimakan oleh orang dewasa atau anak-anak maka boleh mempengaruhi kerja-kerja darah untuk menghantarkan oksigen ke suluruh tubuh, dan tidak dapat diramalkan pada bila-bila masa darah dapat berhenti melakukan tugasnya untuk membawa oksigen seluruh badan.
Oleh itu pastikan kita tak panaskan kembali bayam yang telah sejuk selepas dimasak.
Ini kerana hanya akan menimbulkan pelbagai kemungkinan datangnya penyakit,  dari yang ringan hingga yang parah.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Manfaat Air putih

Air putih boleh dikatakan minuman wajib untuk semua orang. Banyak manfaat air putih pada badan antaranya,
 Melancarkan sistem pencernaan di dalam badan
 Menjadikan kulit awet muda.
 Mencegah penyakit Jantung
 Mengeluarkan racun dari dalam tubuh
 Dapat mengawal berat badan
 Mencegah penyakit batu karang
 Bantu mengawal emosi dan mood seseorang
 Menjaga kebersihan dan kesihatan gigi
 Elakkan kaki dari krem
 Lancarkan proses pembuangan air besar
 Ubat paling mujarab untuk masalah sakit kepala
 Kurangkan masalah kanser usus
 Otak boleh berfikir dan bekerja dengan lebih baik.
Pengambilan Performance Drink Shaklee boleh mengekalkan kadar cecair yang diperlukan badan dan mengelakan dari terdehidrasi.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Khasiat tomato


19 KHASIAT TOMATO YANG PERLU ANDA TAHU

1. Mengurangkan Risiko Masalah (Sakit) Jantung
2. Kaya Dengan VItamin Dan Mineral
3. Tomato Boleh Mengurangkan Kesan Buruk Merokok
4. Menambah Rasa Secara Semula Jadi
5. Banyak Kandungan Fitonutrien
6. Memperbaiki Sistem Penghadaman Dan Elak Sembelit
7. Kurangkan Bahaya Pengambilan Ubat Statin
8. Mencegah Masalah Buah Pinggang dan Batu Karang
9. Jaga Kesihatan Rambut
10. Kulit yang Lebih Sihat

11. Kesihatan Tulang
12. Meningkatkan Sistem Imun Badan
13. Mengurangkan Risiko Darah Beku
14. Mencepatkan Pembakaran Lemak
15. Melindungi Mata dan Penglihatan
16. Menjauhkan Anda Daripada Strok
17. Menstabilkan Biokimia Badan Bagi Pesakit Kencing Manis
18. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat
19. Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Sarapan


TAHUKAH ANDA Tak Sarapan boleh mengindang pada derita STROKE?
Ramai orang yang sering mengabaikan sarapan. Padahal, sarapan memiliki peran penting bagi aktiviti seharian.
Lambat mengambil sarapan menyebabkan seseorang itu dalam BAHAYA.
Kajian terbaru yang dilakukan saintis dari Osaka University Graduate School of Medicine di Jepun menemukan bahwa mengabaikan sarapan boleh menyebabkan STROKE.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Jintan Hitam

31 MANFAAT HABBATUS SAUDA / BLACK SEED / JINTAN HITAM

1. Merawat penyakit Diabetis Melitus
2. Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
3. Mengatasi masalah keputihan.
4. Meningkatkan kualiti dan oenghasilan susu badan
5. Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
6. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
7. Memperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan lelaki (meningkatkan kualiti dan jumlah sel sperma).
8. Mengatasi gangguan seksual dan impotensi
9. Anti alergi dan anti bakteria
10. Anti radang (merawat pelbagai macam radang)
11. Merawat penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus seperti cacar, herpes, dan lain-lain.
12. Anti tumor dan kanser
13. Mengatasi tekanan darah tinggi
14. Sesuai jntuk mereka yang ada tekanan darah rendah
15. Menyembuhkan jangkitan saluran perkumuhan
16. Merawat penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, dan lain-lain)
17. Merawat flu dan batuk
18. Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
19. Mengatasi depresi dan kelelahan
20. Anti Oksida dan anti penuaan
21. Normalkan kadar kolesterol dalam darah
22. Mengatasi gangguan kulit (jerawat, flek dan luka kulit)
23. Mengatasi epilepsi dan kejang
24. Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah kelumumur
25. Membantu menyelesaikan masalah gangguan pencernaan
26. Mengatasi masalah kebas
27. Mengatasi sakit kepala (migrain)
28. Menyembuhkan anemia
29. Mengeringkan luka-luka yang terbuka
30. Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
31. Menyembuhkan penyakit hati / hepatitis dan perlemakan hati kerana alkohol




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Manfaat lobak

9+1 MANFAAT LOBAK


KULIT : Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah
MATA : Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.
KANSER : Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.
KOLESTROL : Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.
OTAK : Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.
TEKANAN : Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.
JANTUNG : Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
MEMBERSIHKAN BADAN : Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.
ANTISEPTIK : Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.
ANTI-PENUAAN : Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Laici adalah agen penuaan.



LAICI AGEN PENUAAN?
Bila sebut laici terus terasa manisnya di lidah. Antara makanan dan minuman anak-anak bila berada di kedai makan.
Laici sebenarnya sangat bermanfaat untuk kecantikan. Ia dikatakan cukup kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas.
Oligonol yang terkandung dalamnya pula mampu hilangkan bintik-bintik flek hitam akibat sinaran matahari.
Malah dia boleh kekalkan kesihatan rambut tau jika diambil secara konsisten.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kafein


BREAKFAST APA PAGI NI?
================================
Bila sebut kopi memang mak atau ayah di kampung tu cerah mata. Kopi antara minuman kegemaran ibu ayah.
Tapi tahukah anda KOPI boleh mengundang bahaya? Antaranya ialah,
❣Getaran Jantung Tinggi. Kandungan kafein dalam kopi dapat meningkatkan degupan jantung. Maka dari itu bagi penderita serangan jantung sebaiknya elak dari ambil  kopi secara berlebihan.
❣ Lemahkan daya tahan tubuh. Kandungan kafein dalam kopi memiliki sifat menyerap vitamin, mineral, serta cairan dalam tubuh. Hal ini dapat akubatkan daya tahan tubuh kita menjadi lemah.
❣Kadar trilegserida tinggi. Kopi dapat meningkatkan kadar trigliserida dan kolesterol dalam tubuh, hal ini akan mengakibatkan lemak dalam tubuh mengendap serta penyempitan pembuluh darah yang mana dapat menimbulkan serangan jantung atau stroke
❣Risakan Gigi. Kopi dapat mengakibatkan gangguan pada gigi, yaitu gigi berlubang dan menyebabkan gigi kuning, serta mengakibatkan timbulnya karang gigi.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty
A

Halia dan kebaikannya

TAHUKAH ANDA Lelaki yang mengamalkan minum air halia dapat mencegah masalah mati pucuk, menambah air mani dan lemah tenaga batin untuk lelaki.
Halia juga dapat buangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum. Dengan cara rebus halia yang dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty






Gula yang memudaratkan


Tahukah anda, terdapat lebih dari 70 mudarat pengambilan gula putih atau gula pasir berlebihan. Hari ini saya ingin kongsikan 78 kesan buruk pengambilan gula putih.

1. Melemahkan sistem imunisasi.
2. Mengganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menjadi penyebab rasa mengantuk dan kurang cergas.
4. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
5. Menyebabkan kanak-kanak mengantuk, gelisah dan nakal.
6. Meningkatkan paras trigliserid ( minyak dan lemak )
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan penyakit.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolestrol baik (HDLs)
10. Menggalakkan pertumbuhan kolestrol jahat yang berbahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kupram dalam badan.
13. Mengganggu serapan kalsium dan magnasium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan tahap glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras seronin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung kronori.
24. Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukan.
28. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan colitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab arthritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu di dalam ginjal.
33. Penyebab pembentukan yis dan kandiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang dalam hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apandiks.
37. Merangsang tanda-tanda multiple scierosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil pencegah kehamilan.
41. Penyebab penyakit gusi.
42. Penyumbang kepada osteoporosis.
43. Penyebab kemerosotans ensitiviti insulin.
44. Penyebab air liur berasid.
45. Penyebab kemerosotan toleransi glukosa.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolestrol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protin bertukar hingga mengganggu serapan protin oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada penyakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab akzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab katarak.
57. Penyebab emfiserma.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati etrbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak di dalam hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberi tekanan tinggi dan kerosakan kepada pankreas.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun mata.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Mengganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria di dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Sayur-sayuran



TAHUKAH ANDA sayur-sayuran bukan saja beri kesan untuk kesihatan, cantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak.
Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.
Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.
Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.
Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).
Oleh itu pastikan sayuran salah satu menu wajib diet anda.
Kalau susah sangat nak makan sayur, meh hubungi saya untuk saya bantu anda dapat khasiat sehebat sayur-sayuran yang ada.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Keledek


Bila terbayang keledek teringat karipap mak di kampung. Kulit garing dan ranggup diluar isi lemak manis di dalam.
Oh nikmatnya masakan ibu. Tapi hari ni bukan mahu cerita tentang masakan ibu.
Tapi mahu share tentang banyaknya manfaat keledek yang ramai tak tahu. 


TAHUKAH ANDA KELEDEK;
1. Rasa manis dan gula semulajadi untuk menghasilkan tenaga
2. Sumber kalium (potassium), satu elektrolit penting untuk badan mengawal isyarat degupan jantung dan saraf.
3. Mengandungi iron  yang membantu dapat tenaga yang cukup.
4. Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan total.
5. Vitamin C yang baik dan penting untuk bantu imunisasi badan dan elak dari diserang selsema.
6. Warna oren ubi keledek mengandung karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser.
Tapi di bandar susah dah nak jumpa keledek ni kalau tak betul-betul. Jadi u tuk dapatkan manfaat di atas saya cadangkan ambil supplement untuk pastikan kesihatan yabg berpanjangan.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Lemon


TAHUKAH ANDA Lemon sejenis buah yang mengandungi herba detoks. Ramai yang ambil sebagai minuman harian bersama air panas.
 Lemon mampu membersihkan badan dari racun dan tingkatkan fungsi sistem cernaan usus.
 Segelas air lemon panas sebelum sarapan bantu untuk kekal segar dan mengurangkan nafsu makan
 Lemon mampu untuk tingkatkan detoksifikasi
 Kepahitan lemon mengaktifkan aliran hempedu, membantu emulsi dan mengeluarkan racun yang larut dalam lemak
 Parutan kulit lemon berikan manfaat kesihatan maksimum
 Kulit lemon mengandungi limonin flavonoid, dan di situlah sifat detox berasal
 Sebab tu perlu ambil segelas air lemon yang ditambah dengan sesudu teh parutan kulit lemon
 Maka manfaat dari lemon dapat dimanfaatkan sepenuhnya



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kelebihan Tomato

11 KEHEBATAN TOMATO

1. Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

2. Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.

3. Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.

4. Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari.
Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.

5. Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari.
Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

6. Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam.
Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.

7. Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.

8. Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera.
Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.

9. Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.

10. Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.

11. Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty