Showing posts with label eat clean. Show all posts

Adakah buah-buahan baik untuk anda?


Tidak!
Bagi anda yang ada masalah kesihatan. Berhati-hati. Buah boleh menaikkan kandungan gula dalam darah secara mendadak.
Durian, anggur, tebu, epal.

Tapi jawapan spontan bagi orang yang sihat.
Of course! Jawapan spontan gitu.
Buah baik untuk kulit juga kesihatan.
Buah mengandungi kandungan serat yang tinngi.
Juga mengelakkan sembelit.
Selain itu, vitamin dan mineral juga multivitamin yang banyak.
Makan buah, kulit cantik.
Instant sihat dan cantik.
Buah juga bagus untuk anda yang dalam proses menurunkan berat badan.
Mamajura bercerita tentang buah asli tau. Gula pon dari gula asli buah-buahan tersebut.
Bukan buah proses jadi jeruk.
Atau jadi jus yang banyak di jual dipasaran. Tu semua bikin ðŸ˜œ yang banyak di jual dipasaran. Tu semua bikin ðŸ˜œ

10 makanan yang membuatkan kulit anda berseri-seri.



1- Dark Chocolate.
Kajian menunjukkan dark chocolate memelihara kulit dari kerosakan sinaran matahari. Dark chcolate merupakan salah satu agen anti penuaan yang kaya dengan anti oksida yang dipanggil flavanoids yang mana ia melawan radikal bebas.
Dark chocolate mengandungi bahan yang boleh menghalang kulit dari sinaran UV dan melambatkan kewujudan kedutan dan garis halus. Padan la masker dan rawatan spa ada rawatan coklat ðŸ˜˜

2. Kacang Walnuts
Kacang walnuts antara kacang mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi. Juga kandungan VitaminE yang membantu kulit anda lembut dan anjal. Kacang Walnuts juga melindungi kulit dan rambut anda dari sinaran cahaya matahari dan memastikan rambut bercahaya.
Rasa nak buat masker walnut tak?

3. Spinach atau Bayam.
Kegemaran Popeye kan? Hehehe. Bayam mengandungi 3 kali ganda antioksida iaitu VitaminC, vitaminE, dan beta-carotene.
Buat la sup bayam setiap hari pon tak apa. Masak sup je, tak payah tumis pon takpe. Sangat berkhasiat dan sedap.

4. Lentils.
Sumber protein dan zat besi yang baik. Bantu pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat.

5. Chia Seeds
I love Chia Seeds. Bukan ada rasa pon, tapi dah terbiasa. Chia seeds kaya dengan antiboksida, protein dan asid lemak omega 3. Kelebihan lain Chia Seeds adalah mengurangkan kolesterol, membuat anda kenyang lebih lama ðŸ˜œ kurus u ols!

6. Almonds.
Kaya dengan flavonoids dan VitaminE. Almonds juga mengandungi kandungan fiber dan protein yang tinggi. Bantu dalam mengurangkan radikal bebas dalam badan termasuk asap rokok. Padan banyak losyen dan alat kosmetik ada minyak almond kan?

7. Flaxseeds
Flaxseeds mengandungi asid lemak omega 3 dan 6 yang tinggi. U ols tahu tak, minyak omega membantu membuatkan kulit anda pinkish dan lembap? Tak ada flaxseeds, telan saja Omega Guard Shaklee. Berseri-seri juga ðŸ˜˜

8. ðŸ¥‘ Avocado
Superfood. Ada dalam Shampoo, lotion dan mask muka.
Avocado memgandungi antioksida yng tinggi, fiber, potasium, magnesium dan folate.

9. Berries
Strawberry, rasberry, blue berry..
Semua la. Cherry berry je tak ye. Hahahaha
Berries kaya dengan vitaminC. Tak ada berries, roger MJ order VitaminC.

10. Seaweeds.
Sayur laut. Tinggi dengan zat besi dan phytonutrients. Membekalkan nutrisi yang memaintain kan anda rasa cantik, kulit lembap.
Kaya sengan iron, magnesium, Zinc omega 3 dan 6 juga selenium.

So ada yang dah nak ke pasaraya beli superfood di atas?
But its okay, tak ke pasaraya pon tak apa. Roger MJ.. Shaklee kan ada ❤️

#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

"ROTI EXPIRED"


Jangan ambil mudah pada roti expired!
Ini kerana sebelum 3 hari roti itu expired kulat dah mula tumbuh dan bau kulat pun kita dah boleh hidu sebenarnya.

Kulat yang tumbuh sukar dilihat dengan mata kasar guna mikroskop. Ada orang tak kisah pun makan roti expired.
Tapi tunggu dalam 10 tahun lagi bila umur meningkat dan imuniti pada badan menurun. Kulat menghasilkan spora, bila kita sentuh pada permukaan roti ia terbang masuk hidung dan masuk udara sekeliling tanpa sedar.
Bila masuk ke hidung ia ke paru-paru dan membiak dalam paru-paru tau!
Nota kaki : MJ insoffff.

Air berkarbonat


WASHINGTON - Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.

Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.

Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.

Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.

Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.

Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.

Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit."


P/s- Langkah pertama yang harus anda ambil untuk mengurangkan berat badan adalah dengan minum lebih banyak air kosong. Kurangkan minuman bergas(berkarbonat) dan minuman berkalori lain.

Jika anda perlu bantuan untuk masalah kegemukan anda, hubungi saya SEKARANG untuk konsultasi PERCUMA.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Chia seeds

Hai semua.
Trend kan minum atau makan chia seeds ni. trend sebab perkataan cia cia cia pon ada kan ;) u ols beli chia seeds kat mana? saya beli kat giant je. Kat tempat timbang-timbang serbuk kari bagai. Saya rasa situ paling murah. 100gm rm7.50 je.

eh, tak perlu la packing cantik-cantik ke. Beli je kat giant tu. balik tuang dalam Tupperware ke bekas sendiri. JIMAT.

Hari ni saya siap dah cerita mengenai chia seeds yang kita perlu tahu.
JOM saya SHARE.

Bismillah..


Chia seeds.

Chia seeds di kenali sebagai “superfood” atau “very-very versatile food”
Pertama kali dikomersialkan di Guatamela, Mexico.
Dalam bahasa Mayan bermaksud STRENGTH atau RUNNERS FOOD.
Dalam bahasa Nahuatl bermaksud oily atau berminyak. Dan juga dikenali sebagai GOLDEN CHIA.
"Runners food" kerana pada zaman dahulu, pelari dan wira akan memerlukan chia seeds sebagi tenaga semasa berlari jarak jauh atau semasa berjuang atau berperang.



Apa yang terkandung dalam CHIA SEEDS ni?



~Chia seeds kaya dengan omega-3 fatty acids malah lebih tinggi dari kandungan minyak dalam minyak ikan. WOW
~Linolenic asid juga. Baik untuk hormone wanita.
~Kaya dengan Vitamin B, thiamine, niacin, riboflavin, folate, calcium, iron, magnesium, manganese, phosphorus, dan zinc.
~Kaya dengan Vitamin A B E dan D.
~Juga sebagai anti-oksida yang baik.

·         Dietary fiber (11g – 42% nilai harian disyorkan))
·         Protein (4.4g – 9% nilai harian disyorkan))
·         Omega-3 fatty acids (4915 mg)
·         Omega-6 fatty acids (1620 mg)
·         Calcium (77 mg – 18% nilai harian disyorkan))
·         Copper (0.1 mg – 3% nilai harian disyorkan))
·         Phosphorus (265 mg – 27% nilai harian disyorkan))
·         Potassium (44.8 mg – 1% nilai harian disyorkan))
·         Zinc (1.0 mg – 7% nilai harian disyorkan)


Sifat-sifat Chia Seeds
Menyerap air 12kali ganda dari saiz sebiji chia seeds. Ia akan membentuk rupa seakan gel di dalam air. Dan kita akan rasa seakan berlendir. Mungkin itu lagi mengukuhkan sebab yang Chia Seeds boleh menyebabkan seseorang itu terasa lebih penat dan letih bila makan Chia seeds ini. Kekurangan air kan. So, kita kena minum air banyak-banyak.


Keperluan harian
Hanya 1 sudu besar sehari untuk tenaga selama 24jam.


Kebaikan Chia Seeds

1. Kulit & Penuaan

Chia seeds mempunyai kepekatan jumlah fenolik semulajadi (antioksidan) hampir dua kali lebih tinggi dan aktiviti antioksidan telah ditunjukkan untuk menghentikan sehingga 70% daripada aktiviti radikal bebas.

Ini adalah bahawa chia seeds kaya dengan antioksidan semulajadi. Antioksidan mempercepatkan sistem pembaikan kulit, dan mencegah kerosakan yang lebih teruk. Pengambilan chia seeds juga boleh mencegah penuaan kulit pra-matang disebabkan oleh keradangan kerosakan radikal bebas.

Nak cantik lebih, tepek chia seeds kat muka. Tapi jangan lupa cuci tau, nanti orang ingat kita banyak tahi lalat hidup pulak. hehehehe.



2.Sistem penghadaman yang lebih baik

Chia seeds tinggi dengan serat. Chia seeds membantu menggalakkan kekerapan membuang air besar dan najis yang sihat. Kandungan serat yang kaya dengan chia seeds juga membantu kita merasa lebih penuh lebih cepat kerana ia menyerap sejumlah besar air dan segera mengembang dalam perut apabila dimakan.

Ini dapat menjelaskan mengapa kajian klinikal telah membuktikan bahawa chia membendung kelaparan dan menyekat selera makan, yang juga boleh membawa kepada penurunan berat badan.

Juga apabila dimakan, chia seeds membuat bahan gelatin seperti di dalam perut. tindakan gel membentuk Ini adalah kerana serat larut dalam biji chia dan ia boleh bekerja sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan probiotik dalam usus.

Extra bonus kalau nak kurus ;)



3.Kesihatan Jantung

Chia seeds boleh mengurangkan keradangan, mengawal kolesterol dan mengawal tekanan darah. Selain itu, risiko mendapat aterosklerosis adalah rendah.

Chia seeds  adalah tinggi dalam linoleik, asid lemak yang membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak A, D, E dan K.

Chia seeds juga mengandungi Omega-3 asid lemak daripada ikan salmon, malah lebih tinggi dari kandungan lemak minyak ikan . Omega-3 untuk melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan darah, kolesterol tidak baik, dan keradangan. Keradangan boleh meletakkan tekanan pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 

Jadi dengan memakan chia seeds anda boleh meningkatkan dan melindungi jantung anda!
Saya juga makan Omega Guard Shaklee.



4. Mencegah dan memulihkan Diabetic

Chia seeds boleh membantu mencegah gangguan metabolik seperti dyslipidemia (lemak yang berlebihan dalam darah) dan rintangan insulin - yang adalah dua faktor dalam pembangunan diabetes.

Ujian klinikal di lakukan keatas tikus A yang sihat dan diberi makan Chia Seeds dan tikus B yang disuntik supaya ada penyakit kencing manis dan diberi Chia seeds.
(Saya tak pasti dalam bentuk apa chia seeds tu, mungkin bentuk serbuk ke, atau di sumbat dalam cheese ke, hehehe. tak sure.)

Dan keputusan selepas 3 bulan, tikus A bebas diabetic. dan surprisingly, tikus B juga.

Jom makan Chia Seeds. Baru sebab ke-4 dah mula rasa nak makan setong chia seeds.



5.Tingkatkan Tenaga & Metabolisme anda

Pengambilan chia seeds boleh mempertingkatkan prestasi senaman untuk senaman yang berlangsung 90 minit.

Ujian yang dijalankan, pelari A minum Gatorade. pelari B minum separuh Gatorade n campur separuh chia seeds. Keputusannya, masa yang diberikan sama.

So, energy mereka sama. Dah boleh la kurangkan minum Gatorade tu. Minum Performance Drink lagi bagus. Kandungan gula yang lebih selamat.



6. Tulang yang kuat

Dalam chia seeds ada kandungan kalsium, magnesium dan Vitamin D.
barulah ada tulang dan gigi yang sihat.




7. Membina otot & Kurangkan Berat

Chia seeds adalah sejenis tumbuhan yang berdasarkan protein. Ini merupakan satu lagi sebab benih super ini adalah besar untuk mengambil untuk mereka yang cuba untuk meletakkan pada otot tanpa lemak, membakar lemak, dan mengimbangi tahap gula dalam darah.

Chia seeds kaya dengan antioksidan untuk membantu menggantikan beberapa nutrien hilang semasa bersenam. Mereka tinggi kandungan mineral penting seperti kalsium, fosforus, magnesium, mangan, tembaga, zink, besi dan niasin.

Salah satu ciri-ciri yang membuat chia seeds begitu unik adalah bahawa ia boleh menyerap sehingga 12X beratnya sendiri di dalam air. Oleh kerana itu, chia seeds boleh memanjangkan penghidratan dan meningkatkan penyerapan nutrien elektrolit. 

Ini juga melambatkan pencernaan dan membolehkan anda sentiasa berasa kenyang lebih lama mengurangkan ketagihan gula. Ini part yang paling saya suka ;)

Dan kerana chia seeds juga tinggi zink, mereka membantu meningkatkan badan anda leptin. Leptin adalah hormon utama yang mengawal badan anda selera makan, bagaimana badan anda menghabiskan tenaga dan mengawal bagaimana tahap tenaga anda! Ia juga meningkatkan stamina dan daya tahan, membuat chia seeds satu sumber pemakanan jika anda sedang mencari untuk mendapatkan dalam bentuk.



8. Mencegah kanser Payudara dan Kanser Serviks

Chia seeds kaya dengan asid alpha lineic (atau ALA) yang merupakan asid lemak Omega-3.
Kajian mendapati, ALA menyebabkan kematian sel sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel yang sihat. Walaupun lebih banyak kajian masih perlu dilakukan untuk mengetahui implikasi mendalam ALA di lain-lain jenis kanser, ini adalah satu penemuan yang hebat untuk wanita bergelut dengan jenis semakin biasa kanser. Nauzubillah..



9. Kesihatan gigi

Chia seeds yang penuh dengan kalsium, fosforus, Vitamin A dan zink, tidak hairanlah bahawa mereka adalah makanan utama untuk membantu gigi anda! Kalsium adalah blok bangunan gigi anda dan diperlukan untuk kesihatan gigi.

Zinc menghalang tarter dengan menjaga plak daripada MINERALIZING ke gigi anda dan mempunyai kesan anti-bakteria yang menyimpan kuman nafas berbau jauh. Vitamin A dan fosforus juga penting bagi gigi yang kuat dan mulut yang sihat.

Keburukan Chia Seeds
Kadang-kadang sesetengah orang mungkin mengalami ketidakselesaan perut apabila memakan chia seeds terutama dalam jumlah yang besar disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi. Seperti mana-mana makanan, makan secara sederhana dan sentiasa minum air yang banyak kecuali merendam benih anda.



Bagaimana nak makan/minum chia seeds?

Rendam chia seeds, hanya campuran mereka dalam 1:10 nisbah chia kepada air. 
Itulah kira-kira 1.5 benih sudu chia dalam satu cawan air. Ia tidak perlu untuk menjadi tepat, tetapi kalau u ols mahu rupa macam gel dan tidak terlalu berair, biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga 2 jam.


Sejak chia seeds boleh memegang air sehingga 12 kali beratnya dalam air, ia bagus untuk mengelakkan dehidrasi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menyerap mereka, maka mereka juga boleh menyerap air daripada anda semasa penghadaman. Jadi pastikan anda minum banyak air sepanjang hari untuk menjaga tubuh anda terhidrat.

So, u ols dah tahu kandungan. kebaikan. keburukan dan cara nak makan/minum chia seeds kan.


Rumusan saya berdasarkan pembacaan saya di Wikipedia dan blog ini di bawah
https://authoritynutrition.com/11-proven-health-benefits-of-chia-seeds/
https://draxe.com/chia-seeds-benefits-side-effects/


Terima kasih kerana sudi membaca.





Air dalam kehidupan

IMPAK MINUM AIR YANG BETUL
Dua gelas air selepas bangun tidur membantu menggiat organ dalaman

 Satu gelas air sebelum makan bantu proses hadam makanan

Satu gelas air sebelum tidur dapat mengelak dari diserang angin ahmar dan jantung

 Satu gelas air sebelum mandi, bantu turunkan tekanan darah









Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Diet seimbang



Seringkali kita dengar jika mengajak teman -teman makan ayat yang keluar dari mulut mereka ialah "Aku diet"
Kononnya tak mahu makan kerana mahu kelihatan kurus. Setuju?
TAHUKAH ANDA maksud diet adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit.
Sebagai contoh "Diet rendah gula" untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Kesilapan memahami maksud diet ini secara tidak langsung telah membawa kita kepada amalan diet yang tidak sihat.
Bila sebut "diet" ramai yang akan fikir, jangan makan untuk kelihatan kurus.
Diet yang seimbang adalah dengan mengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Suka Makanan Manis

JOM KURANGKAN MAKANAN MANIS

===============================
.
1. HINDARI GODAAN MAKANAN BERGULA.
Kawal keinginan ketika membeli belah. Alihkan fokus dari melihat makanan yang manis dan bergula. Gantikan dengan memilih buah dan sayur-sayuran
.
2. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
Ia juga akan menyebabkan tubuh mendapat keperluan air yang mencukupi. Tips untuk mudah minum air putih adalah dengan mencampurkan hirisan lemon di dalam air putih anda.
.
3. GANTIKAN DENGAN MEMINUM TEH HERBA.
Teh ternyata tidak hanya mampu menghilangkan rasa dahaga, malah memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Selain boleh mencegah kanser perut, ia juga mampu mencegah masalah gigi berlubang. Pilihan saya tentunya Cinch Tea Shaklee.
.
3. AMBIL SUPPLEMENT
Vitamin C misalnya sangat bermanfaat untuk mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula. Vitamin C semulajadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi. Sementara magnesium membantu mengatur tahap tahap gula dalam darah dan banyak diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin, ikan dan daging.
.
4. MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari, dan mengatur tahap gula di dalam darah. Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya. Semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk kedalam aliran darah . Jangan lupa memilih sayuran hijau sebgai pengganti makanan bergula.
.
5. PILIH MAKANAN DARI PEMANIS SEMULAJADI.
Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan. Bahkan, ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa. Contohnya seperti madu.
.
6. JAGA KESEIMBANGAN HORMON TUBUH
Gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik. Oleh kerana itu, sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein, kabohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah, and akan memberikan sumber tenaga yang stabil serta akan menjaga tubuh tetap sihat.
.
7. BACA LABEL MAKANAN
Baca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan terutama kadar gulanya. Ini kerana sebahagian makanan, kadar gulanya tersembunyi dan tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa , glukosa maltosa , fruktosa dan sebagainya . Selain itu , makanan yang tinggi kandungan karbohidrat juga boleh menyebabkan tubuh badan mendapat gula yang tinggi .
.
TAHUKAH ANDA bahawa anda perlu berhati-hati juga dengan makanan yang berlabel sugar free. Ini kerana, kebiasaannya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula. Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula pengganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.
.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Gula itu Racun


GULA ITU RACUN

==============


1. Gula boleh menekan sistem imun anda.
2. Gula mengganggu hubungan mineral dalam badan.
3. Gula boleh menyebabkan kenakalan remaja kanak-kanak.
4. Gula dimakan semasa mengandung dan penyusuan boleh mempengaruhi pengeluaran tenaga otot dalam anak, yang boleh menjejaskan keupayaan individu untuk bersenam.
5. Gula dalam soda, apabila diminum oleh kanak-kanak, menyebabkan kanak-kanak kurang minum susu.
6. Gula boleh meningkatkan glukosa dan tindak balas insulin dan mengembalikan mereka ke tahap puasa perlahan dalam pengguna kontraseptif oral.
7. Gula boleh meningkatkan spesies oksigen reaktif (ROS), yang boleh merosakkan sel-sel dan tisu.
8. Gula boleh menyebabkan hiperaktif, kebimbangan, tidak boleh menumpukan perhatian dan sifat mudah tersinggung kanak-kanak.
9. Gula boleh menghasilkan peningkatan yang ketara dalam trigliserida.
10. Gula mengurangkan keupayaan badan untuk mempertahankan terhadap jangkitan bakteria.
11. Gula menyebabkan penurunan dalam keanjalan tisu dan fungsi – gula lebih banyak anda makan, keanjalan yang lebih dan fungsi anda kalah.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty