Showing posts with label #Doozybeauty. Show all posts

GLA bagus untuk

• Ekzema dan Psoriasis. Kajian dari 20tahun dulu, menunjukkkan susu ibu yang kekurangan GLA, boleh menyebabkan anak mengalami ekzema. Dengan pengambilan GLA, mendedahkan bahawa pengurangan inflamasi, kekeringan, kulit mengelupas, dan keseluruhan masalah kulit menjadi terkawal. • Asthma. Asthma berkait rapat dengan ekzema. Asthma meningkatkan leukotrienes. Manakala GLA membantutkan penghasilan leukotrienes. GLA adalah antara rawatan semulajdi untuk pesakit asthma. • Pesakit kencing manis. Dalam kajian, GLA mampu membantu pesakit diabetic neuropathy. Diabetic yang menggangu fungsi saraf. • Rheumatoid Arthritis (RA). GLA membantu mengurangkan inflamasi. Ada juga kajian mengatakan, ia boleh membantu dan meningkatkan simptom dan fungsi yang sekali gus mengurangkan kesan sakit. • PMS Premenstrual syndrome sangat menggangu wanita kan? GLA adalah salah satu pilihan untuk melegakan sakit senggugut. • Kulit lebih pinkish. Kulit dan Omega 6 sangat berkait rapat. Ada kajian mengatakan, nak cantik pastikan pengambilan Omega 3 dan Omega 6. #DoozyBeauty #beYOUtiful #mamaCOOL #SaintisCantik

10 makanan yang membuatkan kulit anda berseri-seri.









1- Dark Chocolate.
Kajian menunjukkan dark chocolate memelihara kulit dari kerosakan sinaran matahari. Dark chcolate merupakan salah satu agen anti penuaan yang kaya dengan anti oksida yang dipanggil flavanoids yang mana ia melawan radikal bebas.
Dark chocolate mengandungi bahan yang boleh menghalang kulit dari sinaran UV dan melambatkan kewujudan kedutan dan garis halus. Padan la masker dan rawatan spa ada rawatan coklat 😘


2. Kacang Walnuts
Kacang walnuts antara kacang mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi. Juga kandungan VitaminE yang membantu kulit anda lembut dan anjal. Kacang Walnuts juga melindungi kulit dan rambut anda dari sinaran cahaya matahari dan memastikan rambut bercahaya.
Rasa nak buat masker walnut tak?


3. Spinach atau Bayam.
Kegemaran Popeye kan? Hehehe. Bayam mengandungi 3 kali ganda antioksida iaitu VitaminC, vitaminE, dan beta-carotene.
Buat la sup bayam setiap hari pon tak apa. Masak sup je, tak payah tumis pon takpe. Sangat berkhasiat dan sedap.


4. Lentils.
Sumber protein dan zat besi yang baik. Bantu pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat.


5. Chia Seeds
I love Chia Seeds. Bukan ada rasa pon, tapi dah terbiasa. Chia seeds kaya dengan antiboksida, protein dan asid lemak omega 3. Kelebihan lain Chia Seeds adalah mengurangkan kolesterol, membuat anda kenyang lebih lama 😜 kurus u ols!


6. Almonds.
Kaya dengan flavonoids dan VitaminE. Almonds juga mengandungi kandungan fiber dan protein yang tinggi. Bantu dalam mengurangkan radikal bebas dalam badan termasuk asap rokok. Padan banyak losyen dan alat kosmetik ada minyak almond kan?


7. Flaxseeds
Flaxseeds mengandungi asid lemak omega 3 dan 6 yang tinggi. U ols tahu tak, minyak omega membantu membuatkan kulit anda pinkish dan lembap? Tak ada flaxseeds, telan saja Omega Guard Shaklee. Berseri-seri juga 😘


8. 🥑 Avocado
Superfood. Ada dalam Shampoo, lotion dan mask muka.
Avocado memgandungi antioksida yng tinggi, fiber, potasium, magnesium dan folate.


9. Berries
Strawberry, rasberry, blue berry..
Semua la. Cherry berry je tak ye. Hahahaha
Berries kaya dengan vitaminC.


10. Seaweeds.
Sayur laut. Tinggi dengan zat besi dan phytonutrients. Membekalkan nutrisi yang memaintain kan anda rasa cantik, kulit lembap.
Kaya sengan iron, magnesium, Zinc omega 3 dan 6 juga selenium.


So ada yang dah nak ke pasaraya beli superfood di atas?




#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL

JERAWAT.

Apa itu jerawat? Jerawat adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan bintik hitam, benjolan kecil pada muka, bahu, belakang, leher, dada dan bahagian atas lengan. Jerawat juga boleh menjadi blackheads, whiteheads, sista dan nodul. Jerawat biasanya timbul bila masa seseorang meningkat baligh. Pada peringkat itu, kelenjar sebaceous atau minyak bergerak aktif. Kulit manusia ada liang yang menyambungkan kelenjar minyak di bawah lapisan kulit iaitu dermis. Folikel menyambungkan kelenjar dengan kulit. Folikel adalah sejenis kantung yang menghasilkan dan merembeskan cecair. Kelenjar yang menghasilkan minyak dipanggil sebum. Sebum mengangkut sel kulit mati dari folikel ke kawasan dermis ke epidermis. Rambut atau bulu juga tumbuh melalui kawasan tersebut. Jerawat terjadi apabila folikel ini tersumbat dan minyak terbentuk dibawah lapisan kulit. Sel kulit, sebum dan rambut boleh berkumpul dan menghasilkan satu gumpalan. Gumpalan ini dijangkiti bakteria dan menyebabkan benjolan. Dari situ jerawat mula dihasilkan. Bakteria yang menghasilkan jerawat dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes) Jerawat la pulakkkkk hari ini. #DoozyBeauty #beYOUtiful #mamaCOOL #SainticCantik

Paraben


Paraben digunakan dengan meluas dalam industri kosmetik dunia.
85% jenama produk kecantikan mengandungi Paraben.

‘They’re inexpensive and effective’

Paling banyak digunakan adalah butylparaben, methylparaben, dan propylparaben.

Shampoo, conditioner, maskara, foundation, pencuci muka dan body lotion. Dan paling banyak kandungan dalam deodorant. Bak kata Adam “ketiak wangi”

Masalah paraben?
Paraben mempunyai struktur seperti menyerupai estrogen. Tapi namanya xenoestrogens. ‘Estrogen disruption’ boleh kearah kanser payudara dan masalah pembiakan. Pada tahun 2004, pakar mengatakan, terdapat struktur paraben dalam slide mikrosopik seorang pesakit kanser payudara.

Tetapi tiada kajian saintifik yang mengatakan paraben penyebab kanser payudara.

Namun, University of Reading membuat kajian, 18 dalam 20 sample tisu pesakit kanser payudara mengandungi paraben. Tapi ini masih belum kuat mengatakan paraben penyebab kanser.

Tapi kita sebagai pengguna harus tahu apa isi kandungan dan bijak memilih.
Nak nak sekarang produk tempatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Tahukah kita isi kandungannya?

Tepuk ‘botol pencuci muka’, tanya ‘diri sendiri’

#SaintisCantik
#beYoutiful
#Cantikdanselamat

Macam mana nak sapu blusher?


Macam mana nak apply blusher? Dan macam mana kita apply blusher?

Dua soalan yang berbeza kan? Tapi ramai yang guna satu cara.

Iaitu, senyummmm.. sapu kat atas pipi pau.
Senyum lebih lagi, bagi pipi pau naik lagi. Sapuuuuu..

Siap. Yang pipi pau semakin pau. Yang pipi roti naan pon jadi pau.

Bila saya tengok gambar ehsan google tu kan, nak tergelak part muka square. Baru tahu muka square kena sapu membulat. Baru nampak muka balance. Kalau muka square, sapu guna cara "senyum" mesti macam robot petak je muka 😜

Saya selalu gabungkan blusher dan bronzer. Suka sangat guna bronzer sebab effect 3D. Rahang naik, hidung mancung.

Ilusi semua tuuuuuu.

Nota kaki : Bronzer tau, bukan bonzer tau.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik



#pipipau