Salam perkenalan 2023.

Hai Hai semua..



Asbab pertambahan follower dalam beberapa bulan ni. Maka MJ terpanggil nak perkenalkan diri untuk ke sekian kalinya.

Dengan lafaz, salam perkenalan. Welcome to my territory aka My virtual diary.
Nama dalam IC- Izura Binti Mohamad Sobri tapi lebih dikenali dengan panggilan Izura, Zura, Izu, Izur, mama, MJ. Paling famous MJ la sebab nama glamour. Tapi ada juga orang panggil mama je. Macam i ni mama semua orang 🥹
Izura sahaja. Tiada Siti, Nurul atau Nur. Tapi nur ada diwajah sentiasa.. ahh gitu!
MJ bermaksud Mamajura. Alkisah masa Adam kecil, dia pelat. Biasa lah budak. Bila tanya nama mama apa? “Nama mama, Mama Jura.” So melekat la Jura tu.
Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang sudah berusia 13tahun. Anak yang baik, handsome, soleh, bijak dan sangat bertanggungjawab. Semua kata-kata yang baik kerana doa ibu, makbul oleh Allah SWT.
Walaupun anak sudah remaja, tapi jiwa kekal remaja ok. Lagi lah makan Shaklee kan. Luar dalam insyaAllah sentiasa muda remaja. Ahh sempat lagi dia mempromosi kan.
Mendapat pendidikan awal tadika di Shah Alam. Sekolah Rendah Raja Muda, Shah Alam. Sekolah Menengah Subang Jaya. Alhamdulillah terus melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Juruteknologi Makmal Perubatan.
Masih berkhidmat dalam bidang perubatan di hospital terkenal di Kuala Lumpur. Lalu federal highway sebelah pintu gerbang KL tu, situ la. Kalau sampai territory MJ, hello hello la.
Alhamdulillah, MJ juga merupakan Certified Skincare Consultant dari pentauliahan mentor skincare guru Malaysia Puan Mary.
Terjebak dengan Shaklee secara tidak sengaja. Asbab penyusuan menemukan MJ dengan ramai sahabat yang inginkan berjaya dalam penyusuan susu ibu. Rezeki Allah beri berjaya menyusu kan anak nan seorang tu tanpa susu formula hingga 2tahun dan seterusnya.
Dari situ segalanya bermula. Alhamdulillah hari ini Shaklee menjadi sumber pendapatan kedua dan hobi utama dalam perkongsian cerita seharian MJ selama 8tahun.
Mengemudi team shaklee seramai 350 orang dan terus berkembang dan terus beri inspirasi untuk mereka berjaya jauh lebih
hebat
dari MJ. Mereka sumber dan nadi kekuatan kenapa masih kekal dan setia di sini bersama.
MJ suka habiskan masa di rumah, membaca, menonton filem, masak dan makan bersama keluarga, travel, personal coaching, melayan anak buah bisnes dari seluruh pelusuk Malaysia.
Impian MJ ialah mahu pergi ke semua negara yang ada dalam dunia ni. Dan MJ nak pasakkan impian seterusnya travel bersama Shaklee.
Suka bercerita tentang skincare, fesyen, resepi masakan kepada kawan-kawan. Biasa lah wanita kan. Siapa tak suka benda cantik.
Secara luaran biasa orang akan labelkan MJ sombong dan tak mudah mesra. Tapi kalau dah kenal confirm menyesal dengan pandangan pertama. Nak cakap pun tak boleh stop. Mungkin kena azankan kat telinga.
Suka juga memasak. Ianya satu terapi. Dan juga anak pun sekali sama minat suka memasak. Tapi dia lagi
hebat
dari mama nya.
Suka tengok movie. Genre kartun, magic, gempa bumi, binatang atau penyiasatan. Harry Potter, Zathura, Planet of the apes, Hunger Games, Maze Runner.. apa lagi ek?
Suka cari tempat makan. Suka rasa makanan yang baru. So far, tekak boleh terima la makanan pelik-pelik.
Sekarang kembali aktif menulis di blog http://prettyhealthybyizurasobri.blogspot.com
Please support ya.
Oklah, tu je MJ nak share. Kalau nak tahu lain-lain boleh komen kat bawah. Nanti MJ jawab ok.
InsyaAllah kita sama-sama gunakan medium facebook ni untuk terus berukhwah dan berkasih sayang kerana Allah Taala.
Terus sama-sama berpesan-pesan dengan kasih sayang dan saling bertegur sapa melalui like komen dan share ya.
Kalau jumpa kat luar tu tegur lah. Jangan malu-malu. MJ tak sombong, cuma kadang-kadang tu sambil jalan sambil berangan atau fikir nak makan apa je. Tu sampai blank.
Salam sayang dari ku,
Seorang yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik

No comments