Tips elak muka ketat



Buka pintu, kelihatan muka En Suami masam mencuka. Nak tegur pun seram. Ermm mesti ada yang tak kenalah tu di pejabat.
Hilang mood nak bercerita tentang keletah anak-anak. Tak apa kita kasi dia cool dulu. Mungkin tips di bawah boleh bantu untuk En Suami segera tersenyum;
1. Zahirkan Rasa Belas
Sebagai isteri, harus faham situasi suami yang bekerja keras mencari nafkah menyara keluarga. Harus timbul rasa simpati dan faham dengan keadaan suami.
Ringankan mulut untuk ucapkan syukur dan terima kasih atas pengorbanan suami yang keluar pagi pulang adakalanya malam bekerja mencari nafkah.
2. Lemparkan Senyuman Mengoda
Sambut suami dengan senyuman paling manis. Bukan dengan kerutan dan wajah masam mencuka. Senyuman isteri penawar strees suami.
3. Tampil Menarik
Tidak perlu make up setebal 3-4 inci. Cukup u tuk kelihatan menarik dan tenang di mata suami. Bukan dengan baju kelawar, badan bau bawang, sanggul tinggi macam ibu berpantang.
Siap mandi dan tampil menarik sebelum suami pulang. Suami lebih suka melihat kecantikan natural si isteri.
4. Sediakan Keperluan Suami
Sebagai isteri pasti tahu apa keperluan suami. Ada yang pulang mahu dihidangkan minum oetang, ada yang mahu terus makan, aa yang mahu disiapkan kelengkapan mandi.
Sebagai isteri kenal pasti apa keperluan dan kesukaan suami sebaik sahaja pulang ke rumah.
5. Beri Ruang Untuk Berehat
Jangan diasak dengan soalan bertubi-tubi sebaik sahaja melihat kelibat suami di hadaoan pintu. Walaupun anda excited nak cerita macam-macam. Beri ruang seketika untuk suami berehat sebaik sahaja pulang dari pejabat.
Jangan mulakan pertengkaran.
6. Suasana Ruma Nyaman Dan Tenang
Kemas rumah dan jadikan suasana rumah tenang.
Ajak anak-anak kemas peralatan mainan dan mandikan anak siap-siap. Emosi suami boleh terganggu bila lihat rumah macam tongkang dengan anak yang comot.
Cara isteri menyambut suami pulang kerja merupakan momen penting bagi memastikan emosi suami berada dalam keadaan tenang dan mendamaikan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments