Subur


1. PISANG
Pisang bagus untuk tambah sperma.  Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut ada dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu tungkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).
Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
   
2. COKLAT
Banyak khasiat pada badan sebenarnya. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

3. BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang berperanan   penting dalam ereksi. Bawang putih  mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. DELIMA
Delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

5. DAGING MERAH
Daging mengandungi zat seperti zink yang bantu halang radikal bebas (free radicals) dari jadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga bantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  KACANG WALNUT
Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7.  BAYAM 
Terdapat banyak kandungan folic acid dalam bayam yang boleh bantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.  SALAD BUAH
Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma.
Dengan menjadikan buah-buahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh halang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

9. TELUR
Telur dapat bantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.
Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.  

10. AIR KOSONG
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments