Pantang larang orang cina


PANTANG LARANG BERPANTANG ORANG CINA

 Ibu-ibu yang baru melahirkan tidak dibenarkan untuk mandi dan mencuci rambut semasa tempoh berpantang 30 hingga 40 hari. Kepercayaan orang cina air adalah sejuk dan boleh menyebabkan “angin” masuk ke dalam badan, dan akan menyebabkan sakit badan, otot dan sendi yang teruk apabila umur makin meningkat.

 Jika ibu-ibu yang baru melahirkan bertegas untuk mandi atau membasuh rambut, mereka dibenarkan mandi dengan air rebusan herba yang dibuat khas dari bahan-bahan yang boleh memanaskan badan.

 Mandi perlu dengan air panas dan hanya pada waktu siang saja. Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, mesti minum wain (DOM atau wain halia) untuk memanaskan badan dan mengelakkan ‘angin’ daripada memasuki tubuh.

 Untuk mengelak tubuh dimasuki “angin”, ibu-ibu juga tidak dibenarkan keluar rumah, tidur dibawah kipas dan dalam hawa dingin.

 Sepanjang berpantang ibu-ibu dibalut dengan lapisan pakaian tebal dan sarung kaki supaya tidak mendedahkan badan dimasuki “angin”.

 Ibu-ibu dilarang daripada melakukan kerja-kerja rumah, mengangkat barangan berat, kerana ini boleh menyebabkan kekenduran rahim (prolaps).

 Ibu-ibu tidak dibenarkan terlalu banyak membaca, menonton TV dan menangis tidak dibenarkan langsung. Jika tidak, penglihatan mata akan lemah dengan ketara.

 Hubungan seks dengan suami juga dilarang selama 100 hari selepas bersalin.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments